Friday, 19 March 2021

Our Mission And Vission

 Misi kita hanya Satu . Untuk kembalikan semula CINTA yang telah hilang untuk dirasai ke seluruh manusia-manusia dan seluruh makhluk Allah Swt . Kita cuma HAMBA MUTLAK . Sesungguhnya Pemerintah Mutlak Sekelian Alam sedang melihat kita di dalam pelayaran berlabuhlah kita untuk sampai ke destinasi yang sama Untuk bertemu Pemerintah Mutlak Sekelian Alam dan Junjungan Besar Rasulullah Saw . Itulah Kekasih Abadi dan Kekasih Setia yang menanti kita . Sesungguhnya kita semua Wakil Mutlak merangkap Hamba Mutlak kepada Allah Swt  Pemerintah Mutlak Maharaja kepada Raja-Raja Di Sekelian Alam Allah Azza Wa Jalla . Ya Allah ampunkanlah Aku Ya Allah diatas semua kesalahan , dosaku dan segala yang telah kulakukan yang telah kulakukan selama menjalani tugasku sebagai wakilmu dan hambaMu  dan ampunkanlah seluruh hamba-hamba Mu yang telah meninggal dunia atau yang masih ada sesungguhnya kami semua amat merinduiMu dan amat merindui Rasulullah Saw .. Sesungguhnya Ya Allah jika benar apa yang telah diisyaratkan olehmu kami memohon Ya Allah jadikan kami Penguasa Dunia dan kami berjanji akan memakmurkan dunia sepertimana hamba-hamba Mu sebelum Kami .

Shah Al Amin @ Nik Mohd Aminudin Bin Laisal Jamal 

Jumaat 19/3/2021@5 Syaaban 1442

Thursday, 18 March 2021

Agenda Reset Malaysia : Pemangkin Kegemilangan Malaysia

 *Agenda Reset Malaysia: Pemangkin Kegemilangan Malaysia.*


Saya berteori dan bermimpi-mimpi  untuk sebuah idealismse Islam bagi negara Malaysia  bermula  sejak awal 1990-an sehinggalah 2000-an.


 Kemuncak impian ini ialah  menjuarai Hadiah Sastera Perdana Malaysia pada tahun 2012 dengan novel berjudul  Baldatun Thoiyyibatun Warabbun Ghafuur.


Dan kemudiannya  diikuti pula oleh buku Revolusi Senyap,  sebuah buku yang menterjemahkan  teori   kepada proses realiti supaya Sistem Demokrasi Berparlimen di negara ini ditamatkan dan digantikan pula dengan negara Malaysia yang ditadbir di bawah   Pemerintahan   RRM. 


Kedua dua buah buku itu telah dihadiahkan kepada banyak pihak termasuklah RRM sendiri.


Saya percaya kedua-dua buah karya itu dan karya-karya saya  yang lain,   baik karya kreatif khasnya cerpen  dan buku-buku  semi ilmiah,   ada peranannya masing-masing dalam mood dakwah amar makruf nahi mungkar  yang saya namakan  *Revolusi Senyap*.


Mood Revolusi Senyap memang berjalan secara senyap-senyap, sendirian, tanpa teman, tanpa  sebarang sokongan dan  bantuan atau publisiti. Cuma program HIKMAH anjuran Tuan Merah Silu sahaja saya berkesempatan sebanyak tiga kali dijemput sebagai penceramah di Pagoh, Chenor dan Janda Baik.Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Radhi Shafie  yang sudi menjemput saya. 


Allah Taala tiba-tiba takdirkan berlaku pertemuan saya dengan Dato Dr. Ramalan. Saya dimasukkan senyap-senyap ke dalam grup Demi Melayu oleh Tun Suzana pada tahun 2019 apabila   Tun Suzana mengenali saya melalui program HIKMAH di Pagoh. Saya dah lupa tahun bila.


Dari grup DMlah segalanya bermula apabila *mimpi-mimpi saya  dan angan-angan Dato Dr. Ramalan*  bertaup melalui nota-nota yang kami siarkan,  sehingga membawa kepada  perjuangan bertemakan  *Agenda Reset Malaysia yang dipopularkan oleh Dato Dr. Ramalan.*  Kronologinya adalah seperti berikut: 


1. Ogos 2019 saya dimasukkan  ke dalam *grup DM*  dan kemudiannya dijemput menghadiri mesyuarat   di KL. Di sana saya telah  *memberikan cadangan*  supaya dibentuk perwakilan  mempersembahkan model Pemerintahan RRM  kepada YDPA. Oleh kerana grup ini berminat dengan agenda mereka, maka kertas kerja saya  tidak dibentangkan.


Oleh kerana saya  tidak menyertai mesyuarat yang berikutnya, lantas saya dikeluarkan oleh admin.


Namun Dato Dr. Ramalan *menghubungi saya* meminta saya e-melkan kertas kerja itu. Dia berkenan untuk menelitinya. 


2. Setelah setahun berlalu,  pada pertengahan tahun  2020 saya tiba-tiba   *ditarik semula* ke dalam grup DM. Saya diminta turut sama memeriahkan  grup DM ini.


3.  Terbukti melalui nota-nota saya dan nota Dato Dr. Ramalan yang  kami  siarkan  di dalam grup DM,  Dato Dr. Ramalan rupa-rupanya  *berkongsi idea dan agenda  yang sama* dengan saya iaitu kami menulis  demi  Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia. 


Saya dengan *model  Sistem Pemerintahan RRM* yang akan  menghidupkan kembali nostalgia   istilah -istilah klasik pembesar-pembesar Melayu dalam pentadbiran. Model pemerintahan itu mencadangkan *Malaysia  melaksanakan sistem pemerintahan Islam sepenuhnya*  dengan kembali semula ke pangkal jalan setelah   tersasar terlalu jauh daripada jalan kehidupan yang dibentangkan oleh Rasulullah SAW. 


Bangsa Melayu  mesti *pulangkan kembali negara ini kepada pemilik asalnya*  iaitu  RRM  untuk  melaksanakan pemerintahan Islam berasaskan format yang saya sediakan demi  menamatkan perbalahan dan perpecahan oleh sistem demokrasi berparlimen.


Format pemerintahan oleh RRM yang diperkenalkan akan *menamatkan era yang serba buruk*  kerana akan melonjakkan orang-orang yang berkeperibadian mulia memegang tampuk kepimpinan di segenap  bidang kepimpinan.


 Menakala Dato Dr. Ramalan pula  dengan  *plan strategik yang hebat-hebat  bagi  membangun dan mengangkat martabat bangsa dan negara* bukan sahaja ke seluruh Alam Melayu tetapi kepada persada dunia antarabangsa.


Visi dan misi yang *tersangat hebat dan cemerlang*  ini tidak akan sekali-kali dapat be direalisasikan selagi negara ini ditadbir oleh kerajaan demokrasi seperti sekarang.


Maka bertauplah dua gagasan idea yang cukup hebat untuk Islam dan bangsa Melayu!


 Aduhai...Allah *mempertemukan kami*   dan rupa-rupanya kami berkongsi persefahaman dan mendukung agenda yang  hampir- hampir sama dalam semua perkara.


*MasyaAllah. Tabarokallah. Lailahaillah.*


4. Bulan  Ogos/September 2020  saya *menyusun strategi*  bersama Dato Dr. Ramalan  bagaimana nak membawa model pemerintahan RRM saya itu mengadap YDPA.


5. DS Mufti Pahang bersetuju untuk berbincang dengan Dato Dr. Ramalan di Kuantan  mengenai *angan-angan dan mimpi* kami itu tapi terhalang oleh PKP.


6. Dato Dr. Ramalan lalu  mencadangkan supaya saya *berbincang dengan Tengku Amir, Yang diPertua MUIP* sebagai laluan untuk mengadap YDPA. Maka dicubalah  melalui beberapa individu. Antaranya teman baik Tengku Amir,  Pegawai Khasnya dan DS Mufti serta Timbalannya.  Tapi semuanya gagal. Pertemuan tidak dapat berlaku.


4.  Tanpa diduga tiba-tiba pada bulan Januari 2021 terbuka ruang untuk  Dato Dr. Ramalan    *menghantar nota angan-angannya*  yang dijamin sampai kepada YDPA, MRRM dan VVIP.


Selepas nota tersebut  sampai kepada sasarannya, melalui tiupan angin yang bertiup lembut,  baharulah nampak kepada saya  *bakal  berbunganya  sebuah impian dan harapan* untuk mudah-mudahan bakal bermulanya sebuah era baru  yang Dato Dr. Ramalan popularkan dengan istilah  *Agenda Reset Malaysia*.


MRRM dijangka bersidang pada awal Februari 2021  untuk mengumumkan keputusan  pendirian MRRM atas cadangan nota Dato Dr. Ramalan itu.


Tiba-tiba persidangan ditangguh pula kepada 24 Februari. Kemudian sehari dua menjelang tarikh itu, persidangan ditangguh pula kepada 30 Jun 2021.


Ada perkara- perkara *kerahsiaan*  pada peringkat MRRM sehingga agenda yang  dinamakan Agenda Reset Malaysia itu ditangguh.


Oleh kerana Agenda Reset Malaysia adalah agenda bangsa Melayu  yang begitu besar yang akan *merombak seluruh sistem yang sedia ada yang  akan diserasikan sepenuhnya  dengan Sunnah Allah dan Sunnah Rasul-Nya* maka MRRM  tertekan untuk tidak menerimanya.


MRRM sebenarnya *tidak ada pilihan untuk tidak  menerimanya*  kerana sebagai penaung agama, bangsa  dan negara,  Agenda Reset Malaysia sesungguhnya  adalah agenda agung akhir zaman bagi bangsa Melayu yang akan menjadi formula perpaduan Melayu, perpaduan Islam dan perpaduan Malaysia. 


Agenda Reset Malaysia  amat diyakini, insyaAllah  akan *menyelesaikan semua kemelut dan permasalahan* di negara ini kerana slogan agung *Islam adalah penyelesai segala masalah*


Semoga dalam tempoh terdekat, insyaAllah  kita akan mendapat solusinya. 


Senario  politik semasa akan  menentukan apakah akan berlaku pergolakan politik yang menyulitkan sehingga Proklamasi Darurat Covid-19 ini mungkin boleh bertukar menjadi darurat politik sehingga YDPA perlu mengistiharkan pemerintahan MAGERAN.


*Hanya MAGERAN* saja yang  boleh memungkinkan Agenda Reset Malaysia ini menjadi kenyataan.


Kami  menyerahkan kepada bangsa Melayu   sama ada untuk membiarkan Malaysia kekal seperti sekarang ini atau *beranjak melonjak ke hadapan* menyesuaikan dengan dunia era baru menjelang fasa terakhir akhir zaman,  sepertimana yang  dijanjikan bahawa Islam akan bangkit dari Timur dan bangsa Melayulah yang akan mengibarkan panji-panjinya.


Marilah kita sama-sama  doakanlah apa-apa yang terbaik buat bangsa Melayu, umat Nabi  Muhammad SAW dan negara Malaysia tercinta kita ini.


Semoga Allah memudahkan seluruh urusan. Aaminn!


Kamaludin Endol @ Demi Melayu

19  Mac 2021.


www.worldislamicnation.com

Tuesday, 16 March 2021

Bismillah : Anti Globalis

 *Bismillah : Anti Globalis ?*


Dalam nota-nota saya, saya sering mencatat *Para Elit Global* kelompok manusia yang berada dalam golongan 1% di atas piramid dunia.


Kelompok manusia yang sedang mengawal kehidupan 99% manusia dalam pelbagai bidang.


Apakah saya *anti globalis ? Oh ! No..* Saya kurang pasti. Apa yang pasti saya cinta Ketimuran. Saya cinta Nusantara. Saya cinta sesuatu yang ke *Melayu* an. Saya mencintai segala kekitaan kita.


Lebih alami. Lebih menyenangkan. Lebih harmonis dan yang paling penting adalah lebih menyihatkan.


Wilayah kita yang subur, kaya dengan pelbagai tumbuh-tumbuhan, akar-akar kayu dan kaya juga dengan flora dan fiona.


*Perang Kesihatan* yang di lancarkan oleh Para Elit Global terhadap manusia sejak tahun 1940an telah membuat manusia terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan yang berorientasikan dadah untuk seumur hidup.


Mereka menggunakan kekuatan media massa untuk menyebarkan propaganda mengenai gaya pemakanan yang salah.


Propaganda mereka membuatkan *pemikiran bawah sedar* manusia percaya bahawa gaya pemakanan sehat yang mereka anjurkan adalah betul dan benar.


Seiring dengan itu maka bermunculanlah gergasi-gergasi industri pemakanan, rantaian restoran makanan segera dan korporat-korporat farmasi di seluruh dunia.


Manusia terus di *brainwash* dan  di buat percaya dengan betapa baiknya *red meat,* telur dan susu sebagai sumber protein dan bermacam-macam lagi doktrin propaganda makanan kesihatan mereka.


Hasilnya timbullah pelbagai penyakit, darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, *hyper tension* dan pelbagai lagi jenis penyakit yang kalau kita nak sebut boleh tergeliat lidah.


Apabila sudah di hinggapi dengan pelbagai penyakit maka manusia akan terus di buat bergantung kepada ubat-ubatan mereka seumur hidup.


Maka jadilah *industri perubatan dan peralatan perubatan yang bersandarkan kepada ramainya orang yang sakit di dunia ini* menjadi antara industri yang terbesar di dunia.


Silakan untuk tidak percaya dengan apa yang saya catat. Tapi buatlah *homework* sendiri ok ! 


Selidiki siapa pemain-pemain yang berada di belakang industri-industri tersebut dan juga yang berada di belakang NGO-NGO pelbagai penyakit ?


Sebagai seorang *Saudagar Mimpi,* saya sarankan *follow the money trail* untuk mengetahui apa yang sebenarnya sedang berlaku di dunia ini.


Dalam impian untuk membangun sebuah peradaban baru yang hebat dan di unggul dari Timur, sudah sampai masanya untuk kita membangunkan industri makanan yang bukan sahaja suci dan halal tetapi yang *pro vegetarian.*


*Kembali kepada memakan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan meminum air dari akar-akar kayu.*


Apa kata anda uji apa yang saya catatkan ini. Buat *medical check-up* untuk mengetahui status kesihatan anda kemudiaan anda diet atau gaya pemakanan harian anda. Amalkan untuk memakan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan minum air akar-akar kayu selama 14 hari.


Setelah itu buat *medical check-up* dan lihat hasilnya.


Sekiranya status kesihatan anda bertambah buruk, berhenti dari terus mengikuti nota-nota pendek saya pada setiap pagi.


Tetapi kalau status kesihatan anda bertambah baik maka berazamlah untuk terus mengikuti nota-nota pendek saya pada setiap pagi. Boleh... ? 😜


Saya menyaksikan di depan mata saya, moyang saya hidup sehingga berumur 100 tahun lebih tanpa sebarang penyakit. Umur 100 tahun lebih pun masih mampu mengayuh basikal berbatu-batu lagi hanya dengan mengamalkan gaya pemakanan yang sederhana. Gaya pemakanan ala Timur, ala Nusantara dan ala Melayu ( sebenarnya ala Jawa ) 🤣🤣🤣🤭


Demi kesihatan yang lebih baik, lakukan apa yang saya sarankan dengan kadar segera.


Sementara itu teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk menjadi *lebih cerdik, tidak membabi buta dan lebih bertanggung-jawab lagi. InsyaaAllah*


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

17 March 2021.


www.worldislamicnation.com

Bismillah : Mekah Dan Madinah Hak Siapa

 *Bismillah : Mekah Dan Madinah Hak Siapa ?*


Tular surat terbuka tanpa nama penulis yang di tujukan khusus kepada saya kerana nota saya yang bertajuk *Skandal Kouta Haji ?*


Surat terbuka itu bertajuk ;


*Pemberian Kouta Haji Hak Mutlak Raja Arab Saudi Bukannya Menteri Haji Dan Umrah.*


Surat terbuka itu mengandungi beberapa dakwaan terhadap diri saya.


*1. Saya di dakwa kurang cerdik kerana menulis dengan membabi buta dan tulisan saya di anggap boleh menimbulkan fitnah terhadap Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi yang telah kembali menjalin hubungan akrab dalam setahun ini.*


*Jawapan saya ;* Saya akui saya *kurang cerdik* sebab itu saya lebih banyak bertanya soalan. Mereka yang rapat dengan saya tahu bahawa saya lebih banyak bertanya soalan berbanding dengan menjawab soalan.


Namun saya menyangkal dakwaan penulis tersebut bahawa saya menulis secara *membabi buta* tanpa memikirkan implikasi tulisan saya terhadap hubungan antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.


Kalau saya jenis yang semberono, kaki fitnah dan tidak bertanggung-jawab, sudah pasti saya tidak akan menulis nama penuh saya dan gelaran saya pada setiap nota-nota saya.


Saya tidak tahu bahawa *pemberian kouta haji adalah hak mutlak Raja Arab Saudi.* Bolehkah saya bertanya, siapa yang memberikan hak tersebut kepada Raja Arab Saudi ? Dan sejak bila pulak tu ?


*Kalau betul dapat kouta tambahan sebanyak 10 ribu tu, tunjukkanlah surat dari Raja Salman itu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya kami semua boleh bersyukur dan berbangga dengan pencapaian PM Malaysia ?*


Takkan tak boleh kot ??


Baik, soalan seterusnya...


Bukankah *Mekah* dan *Madinah* termasuk juga *Baitul Maqdis* adalah milik umat Islam ?


Kenapa bukan umat Islam yang menguruskan dan mentadbir 3 Kota Suci tersebut ?


Nampak gaya kerajaan Malaysia kena buat seminar antarabangsa untuk membincangkan perkara yang besar seperti ini.


*2. Memberi tanggapan seolah-olah pemecatan Dr Mohammed Saleh adalah kerana memberi 10,000 kouta haji kepada Malaysia menerusi lawatan TSMY baru-baru ini.*


*Jawapan saya ;* Isu pemecatan ini berlaku kebetulan sempena dengan lawatan PM Malaysia ke Arab Saudi. Sudah pasti ia akan menimbulkan spekulasi dan pelbagai tafsiran khususnya dari umat Islam di Malaysia. Dan ini bagi seseorang yang *kurang cerdik* seperti saya, sudah pasti saya anggap ianya adalah sesuatu yang biasa dan wajar.


*3. Cuba menimbulkan syak wasangka kononnya wujud skandal rasuah dalam pemberian kouta haji tersebut.*


*Jawapan saya ;* Saya sekadar bertanya apakah ada skandal rasuah yang berlaku di sebalik penambahan kouta tersebut ?


Takkan tanya pun tak boleh ? Sekolah mana pulak yang mengajar bertanya pun tak boleh ni ?


Saya kira pertanyaan itu ada dasarnya. Bukankah kerajaan PN ini telah di anggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai kerajaan yang paling korup sekali ?


Bukankah wujudnya *kluster katak lompat* di kalangan ahli-ahli parlimen Malaysia kerana  sogokan dan rasuah ?


Atau mungkin anggapan majoriti rakyat Malaysia itu salah kerana mungkin motif sebenar wujudnya *kluster katak lompat* ini adalah kerana mereka ingin menyelamatkan negara dari di hancurkan oleh kerajaan PH ?


Kalau benar begitu, mengapa PM kerajaan PH dan Menteri-Menterinya tidak di tangkap, siasat dan di dakwa di mahkamah ?


Pelik tu...


Apa kata cadangkan kepada *Majlis Raja-Raja Melayu* agar saya di lantik jadi *Pengerusi Suruhanjaya Siasatan Di Raja* untuk menyiasat kegiatan rasuah di kalangan ahli-ahli parlimen Malaysia agar persepsi rakyat dapat di perbetulkan.


Maka bolehlah saya gunakan kaedah *Hipnosis* untuk menjalankan siasatan ke atas mereka.


Maklumlah nak siasat orang-orang cerdik ni bukan boleh pakai kaedah yang biasa. Perlu pada kaedah yang luar biasa. Ini pandangan sayalah, pandangan orang yang kurang cerdik.


*4. Saya di nasihatkan agar meminta maaf secara terbuka kepada Kerajaan Malaysia, Kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri dan rakyat Malaysia yang mungkin telah tersalah anggap selepas membaca tulisan itu.*


*Jawapan saya ;* Saya tidak ada masalah untuk berbuat demikian. Saya bersedia untuk meminta maaf secara terbuka mahu pun secara tertutup sekiranya benar tulisan saya itu menjejaskan hubungan antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi yang sudah kembali akrab sejak setahun ini.


Kenapa ? Sebelum ini tidak akrab ke ? Sejak bila pulak tu ? Saya tak tahu pun....


Setahu saya PM ke enam, *Dato Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah* cukup akrab dengan Raja Salman dan keluarga Di Raja Arab Saudi.


Kalau tak percaya, beri peluang kepada *Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah* untuk menunaikan umrah. Kita sama-sama saksikan nanti sama ada mereka akan di terima untuk mengadap Raja Salman atau pun cuma sekadar dapat bercakap melalui alam maya sahaja masa di Arab Saudi nanti.


Kalau kita tak *test @ uji,* kita tak akan tahu. Betul tak ?


Jangan risau. Saya cukup yakin bahawa mereka tidak akan melarikan diri. Kalau mereka lari juga, biarlah saya yang jadi ganti mereka untuk masuk ke dalam penjara. Maklumlah saya ni kurang cerdik. Dah tentu idea pun kurang cerdik juga.


Kalau boleh, saya pun nak ikut umrah sekali dengan mereka supaya senang saya nak minta maaf dengan Raja Salman dan kerajaan Arab Saudi nanti.


Jadi, berani ke PM dan kerajaan Malaysia menyahut cabaran saya ini ?


Jadi pemimpin ni kena berani, tegas dan ada hala tuju. Kalau setakat sembang kari, tak payah la ( sekadar mengutip kata-kata sahabat saya, Dato Z @ Captain America ).


Kepada penulis yang tak bernama tu, sampaikanlah nota saya ini kepada *boss* awak. Mudah-mudahan dia terpujuk, terayu, tergoda, terinspirasi dan termotivasi untuk menunaikan permintaan-permintaan saya ini.


Dari *orang yang kurang cerdik, membabi buta dan tidak bertanggung-jawab.*


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

16 March 2021.


www.worldislamicnation.com

Monday, 15 March 2021

Bismillah : Pelacur Politik Atau Politik Pelacuran

 *Bismillah : Pelacur Politik Atau Politik Pelacuran ?*


Saya kira, rakyat Malaysia sudah pasti kenal dengan *Tokoh Hebat Negara* yang di beri nama *YBM Tengku Razaleigh Hamzah.* Ahli Parlimen paling *senior* dari Gua Musang, Kelantan.


Bagi mereka yang mengenali beliau secara dekat sudah pasti mengakui bahawa beliau adalah seorang yang berbudi pekerti halus, lembut, bersopan santun tetapi tegas. Ciri-ciri seorang *Bangsawan Melayu @ Malay Gentleman* yang sejati.


Namun, satu Malaysia bergegar laksana di landa gempa bumi dengan kenyataan terbukanya yang menyifatkan parti *PAS* seperti *pelacur* dalam dunia politik negara.


Saya tahu ramai yang melenting dengan kenyataan itu. Sabar...


*Sabar itu subur tapi kalau tak sabar, nanti masuk kubur...*


Hati-hati...


Jadi, saya harap kepada semua pihak, terutamanya para pemimpin dan ahli-ahli parti PAS jangan cepat melatah dengan kenyataan beliau itu.


Tarik nafas dalam-dalam ok ! Lepaskan dan renungkan baik-baik kenyataan tersebut. 


Ini kerana saya yakin, sudah pasti beliau mempunyai alasan-alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.


Apakata saya anjurkan agar barisan kepemimpinan tertinggi PAS untuk melakukan kunjungan hormat kepada beliau dan bertanya sendiri secara langsung kepada beliau, apa sebenarnya yang sedang terbuku di hati beliau. Mengapa beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ? Apa motif sebenar beliau ?


Jangan lupa, kita sedang melalui fasa paling mencabar dalam kehidupan kita sebagai sebuah negara bangsa.


Kita sedang melalui satu suasana yang cukup luar biasa yang belum pernah kita alami selama ini.


Pasti ada pihak yang sedang mengaut keuntungan dari apa yang sedang berlaku ?


Jadi, *think correctly act accordingly.*


Tidak terfikirkah kita kenapa tiba-tiba muncul *Tun Musa Hitam* yang sudah lama hilang dari radar media massa negara ?


Dan kenapa tiba-tiba muncul pula isu *Kalimah Allah* yang sepatutnya sudah lama selesai ?


Lawatan PM ke Negeri Perlis dan ke Negara Arab Saudi dan UAE.


Apa sebenarnya yang sedang berlaku di sebalik tabir yang menghalang penglihatan dan pengetahuan kita ?


Saya sendiri sedang meraba-raba sebuah makna dan erti di sebalik apa yang sedang terjadi.


Bagi saya, *YBM Tengku Razaleigh Hamzah* adalah seseorang yang memiliki kecerdasan dan kebijaksanaan yang luar biasa. Orang yang seperti ini tidak akan sembarangan dalam tutur bicaranya. Apa lagi kalau di lakukan secara terbuka.


Saya yakin, sudah pasti ada pesan politik dan moral yang ingin di sampaikan oleh beliau kepada seluruh rakyat Malaysia.


Jadi saya harap, jangan begitu mudah untuk menghukum beliau. Tahap kesedaran dan kecerdasan kita belum apa-apa jika di bandingkan dengan beliau.


Saya sendiri, tidak sembarangan apabila mencadangkan nama beliau kepada *Majlis Raja-Raja Melayu* untuk di lantik sebagai *Perdana Menteri Malaysia yang ke Sembilan* bagi menerajui sebuah *care taker government* untuk melaksanakan *Agenda Reset Malaysia.*


Saya sendiri punya alasan yang saya sifatkan sangat kukuh untuk saya berbuat demikian.


Maka saya yakin, *YBM Tengku Razaleigh Hamzah* juga sentiasa mempunyai alasan atau dalil yang kukuh untuk setiap perkataan dan tingkah laku beliau.


*He is not ordinary my friend.*


Jadi saya cadangkan kita semua terus berlapang dada dan berhati-hati dalam menyikapi dan menyantuni kenyataan dari *seorang negarawan yang terbilang ini.*


Jangan lupa bahawa beliau telah membuktikan kehebatannya kepada kita suatu masa dahulu. Beliau tidak dapat meneruskan aksi dan prestasi hebatnya kerana terhalang oleh kelicikan permainan politik ala *Machiavelli* Tun M dan kuncu-kuncunya.


Jadi, melalui nota pendek ini, saya dengan segala rendah diri, memohon kepada para pemimpin kanan parti-parti politik yang ada di Malaysia agar bertemu dengan beliau dan berbincang dengan beliau untuk mencari solusi yang terbaik buat rakyat dan negara ini.


Inilah satu-satunya langkah terbaik yang seharusnya di lakukan oleh para elit politik demi kepentingan rakyat dan negara ini.


Semoga langkah ini dapat membawa sinar baru dalam dunia politik kita yang tersangat kelam pada hari ini.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

15 March 2021.


www.worldislamicnation.com

Friday, 12 March 2021

Bismillah : Undi 18. Jangan Nafikan Hak Mereka

 *Bismillah : Undi 18. Jangan Nafikan Hak Mereka !*


Saya agak terperanjat membaca kenyataan Tan Sri Rais Yatim, Yang Di Pertua Dewan Negara kepada Bernama semalam.


Beliau menyatakan bahawa adalah tidak pratikal untuk mengimplentasikan *Undi 18* pada masa ini. Ini kerana ia akan melibatkan masa dan sumber yang banyak.


Apa motif Tan Sri Rais Yatim dengan kenyataan tersebut ?


Kalau benar tidak praktikal kenapa rang undang-undang yang menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun di luluskan oleh Dewan Negara pada Julai 2019 ?


Bila sudah di luluskan, kenapa mahu di nafikan pula hak mereka ?


Mereka sudah layak mengundi. Jadi biarlah mereka melaksanakan tanggung-jawab mereka kepada negara.


Biarlah mereka memilih pemimpin yang mereka rasa mampu untuk memimpin mereka di zaman *all digital* pasca Covid 19.


Siapa kita untuk menafikan hak mereka sebagai warga negara Malaysia ?


Atau, apakah ini bermakna bahawa *parti Bersatu* takut untuk berdepan dengan pengundi muda pada PRU 15 ?


Logiknya, bukankah kenyataan Tan Sri Rais Yatim itu juga telah menunjukkan kelemahan yang ketara oleh kerajaan pimpinan TSMY ?


*Come on Tan Sri !* Kita sudah berada di zaman *all digital* sekarang. Kalau setakat urusan pendaftaran dan mengundi, semuanya boleh di buat di hujung jari. Apa yang susah sangat tu ?


Untuk makluman Tan Sri. Ini zaman generasi muda. Zaman *the new mind.* Kita kenalah beri peluang kepada generasi muda untuk menentukan hala tuju negara ini.


*Old guard* seperti Tan Sri dan yang seangkatan dengan Tan Sri perlulah memberi laluan kepada generasi yang lebih muda.


Pemikiran generasi muda agak mudah. Mereka hanya mahu negara ini di pimpin oleh golongan yang mampu menyerap aspirasi dan ambisi mereka.


Majoriti dari mereka punya keinginan untuk bersaing dengan pemain-pemain global. Dan perkembangan teknologi digital di zaman ini memungkinkan hasrat tersebut di capai.


Kita tidak boleh membiarkan *the old mind* menyekat kreativiti dan innovasi mereka. Apatah lagi ambisi mereka.


Berikan mereka ruang dan peluang.


Generasi mereka sudah terdedah dengan perkembangan teknologi digital seawal mereka di bangku sekolah rendah lagi.


Ini bukan generasi muda di tahun 60an, 70an atau 80an. Ini generasi muda Abad ke 21. Ini generasi yang menjadikan orang-orang seperti *Jeff Bezos, Mark Zuckerberg, Jack Ma, Elon Musk dll sebagai ikon.*


Ini generasi yang tidak pernah beratur dalam bank untuk melakukan sebarang transaksi kewangan.


Hari-hari mereka di temani oleh *smart phone.* Kita cuma perlu pastikan agar mereka lebih *smart* dari *smart phone* mereka. Itu saja.


Secara peribadi, saya menganggap kenyataan Tan Sri Rais Yatim itu tidak *valid* dan merupakan satu lagi cubaan dari kerajaan PN untuk mengingkari Perlembagaan Negara.


Ini pentingnya sebuah lembaga seperti *politburo @ central committee* yang di cadangkan oleh *Agenda Reset Malaysia* di adakan dengan kadar segera.


Biarlah sebarang dasar, perancangan dan hala tuju negara di tentukan oleh lembaga seperti itu. Ini bagi mengelakkan pihak-pihak yang berkepentingan untuk mengambil kesempatan atau memanipulasi keadaan.


Cukup-cukuplah ! Negara yang sepatutnya menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020, di lihat makin hari makin undur belakang.


Apa nak jadi ??


*Let's move forward. Its a brand new world.*


Beri peluang kepada *Agenda Reset Malaysia.* Beri peluang kepada generasi muda untuk menentukan hala tuju baru negara ini.


Kita perlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan kuat untuk membawa negara *to the next level.*


Kita tidak berminat untuk bersaing dengan negara-negara dunia ketiga. Kita mahu bersaing dengan Amerika dan China. Kita tahu kita mampu melakukannya.


Saya ulangi lagi sekali. *Its a brand new world. A world that is fit for everybody.*


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di pujuk, di rayu, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

12 March 2021.

Bismillah : Antara Tuhan Dan Agama

 *Bismillah : Antara Tuhan Dan Agama.*


Keputusan Mahkamah Tinggi yang telah membatalkan larangan terhadap penggunaan *Kalimah Allah* kepada bukan Islam telah mengamit kesedihan dan kekecewaan kepada umat Islam.


Namun keputusan itu di sambut dengan gembira oleh umat Kristian di negara ini sebagaimana yang telah di zahirkan oleh YB Teresa Kok.


Keputusan ini boleh di terima sekiranya kita berada di negara-negara lain tetapi bukan di Malaysia. Ini kerana Malaysia adalah sebuah negara Islam. Status ini jelas termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Di Malaysia, kita bukan sahaja mendukung prinsip *Kepercayaan Kepada Tuhan* bahkan memperakui bahawa *cara hidup bernegara di negara ini adalah Islam.*


Dalam Islam, Tuhan yg bernama Allah itu *tidak beranak dan tidak di peranakkan.* Apakah umat yang beragama Kristian mempunyai keyakinan yang sama seperti umat Islam ?


Kalau tidak mengapa mereka harus bergembira dengan keputusan tersebut ?


Apa motif kegembiraan  mereka yang sebenarnya ? 


Bukankah mereka juga harus turut bersedih dan kecewa sebagaimana umat Islam ?


Bukankah keputusan ini bertentangan dengan *Status Negara* sebagaimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan ?


Kalau untuk mempertahankan kesucian dan kemuliaan *Kalimah Allah* sahaja kita sudah gagal, bagaimana mahu memperkasakan Islam sebagai *Cara Hidup Bernegara* di negara ini ?


Bukankah *mempertahankan Islam pada setiap masa* itu adalah Sumpah Negara ?


*Sumpah yang mengikat seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama mereka.*


Jadi mempertahankan kesucian dan kemuliaan *Kalimah Allah* juga termasuk di dalam wilayah untuk *mempertahankan Islam pada setiap masa.*


Nama Tuhan yang suci dan mulia sahaja tidak mampu kita pertahankan bagaimana pula kita nak pertahankan Islam, agama yang telah di redhai di sisi-Nya ?


Apa yang berlaku jelas membuktikan betapa rendahnya tahap *consciousness and competency* kita dalam bernegara.


Ini sesuatu yang sepatutnya di risaukan oleh semua pihak terutama sekali oleh *Duli-Duli Tuanku Raja-Raja Melayu.*


Bukankah *Institusi Kehakiman* itu mewakili pemerintahan Raja-Raja Melayu di negara ini ?


*Jadi keputusan mereka sebenarnya adalah keputusan Raja-Raja Melayu.*


Jadi sebagai rakyat Malaysia dan umat Islam, apakah pilihan kita ?


Menyokong keputusan tersebut atau menentang keputusan tersebut ?


Apa pendirian Menteri Agama yang mewakili kabinet pentadbiran Malaysia dalam isu ini ?


Kita mahukan pendirian yang jelas dari kerajaan PN yang sedang mentadbir negara ini.


Saya sedang melihat seolah-olah negara ini sedang bergerak dengan pantas untuk menjadi sebuah negara republik yang sekular dan liberal.


Apakah saya tidak salah penglihatan ? Kalau penglihatan saya tidak salah maka matlamat *Gerakan Subversif Republik Malaysia* untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik menjelang tahun 2030 akan menjadi kenyataan.


*Agenda Reset Malaysia* adalah *counter narrative* yang jelas kepada agenda *Gerakan Subversif Republik Malaysia.*


Semakin hari semakin terbukti bahawa umat Islam tidak ada pilihan yang lain kecuali menyokong perjuangan *Agenda Reset Malaysia.*


Sehingga ke hari ini, sudah terbukti bahawa negara ini semakin tersesat jauh dari landasannya yang sebenar.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

11 March 2021.

Sunday, 7 March 2021

Bismillah : Collaboration Not Competition

 *Bismillah : Collaboration Not Competition.*


Dalam era *all digital,* permainan dan aturan permainan berubah secara total.


*Competition @ pertandingan @  persaingan* dalam era baru ini mempunyai makna yang berbeza dari yang pernah kita kenali sebelum ini.


Persaingan dalam era ini bukan untuk semua. Ia hanya bagi pihak yang besar-besar sahaja. Pihak yang besar bersaing dengan pihak yang lebih besar. 


Ia bukan persaingan antara unit dengan unit tetapi persaingan antara rangkaian dengan rangkaian yang lain. Inilah zaman teknologi *block chain.*


Unit-unit yang membentuk rantaian @  jaringan @ rangkaian. Ia membentuk sebuah platform. Platform yang sangat besar untuk menguasai semuanya.


Teknologi atau mekanisme baru ini pula akan membentuk satu doktrin baru iaitu *winner's takes all.*


Ini era untuk *berkolaborasi @ collaboration* bukan lagi era untuk *berkompetisi @ competition.*


Mereka yang tidak mahu berkolaborasi akan tewas dan ketinggalan.


Contoh-contoh yang kolaborasi yang membentuk sebuah platform adalah seperti *Amazon, Face Book, Ali Baba* dan lain-lain lagi.


Platform-platform seperti ini yang akan menguasai permainan dan pasaran. Sama ada di bidang politik mahu pun di bidang ekonomi.


Dalam tempoh 15 - 20 tahun ini kita sudah menyaksikan bagaimana platform-platform ini menguasai permainan dan pasaran.


Dalam konteks bernegara pula, saya selalu menyarankan agar melihat kepada China. Melihat bagaimana China membentuk model politik dan ekonomi mereka.


Di China, tidak ada kepentingan lain yang lebih besar dari kepentingan negara. Semua pihak bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat negara.


Korporat-korporat besarnya bertaburan di seluruh dunia membawa agenda negara. Mereka bergerak secara terpimpin dengan matlamat yang sama. *To Make China The Greatest In The World.*


Dengan kesedaran ini, dalam tempoh 40 tahun, China sudah berupaya menyaingi Amerika untuk menjadi pemimpin dunia pasca Covid 19.


Dengan sistem unik yang di amalkan dan dengan populasi melebihi 1.4 billion, negara mana lagi yang mampu untuk bersaing dengan China di Abad ke 21 pasca Covid 19 ini ?


*Agenda Reset Malaysia* dengan wawasan untuk membangunkan *Special Economic Zone* di Sabah adalah satu inisiatif untuk membangunkan sebuah platform yang dapat menyatu-padukan seluruh umat Islam di dunia.


Dalam era baru ini, umat Islam tidak boleh lagi bersaing sesama sendiri. Mereka wajib bersatu-padu untuk kekal relevan dan menjadi *the next super power.*


*Tanpa penyatuan dan kesatuan yang terpimpin, umat Islam akan terus kekal seperti buih-buih di lautan.*


Sudah sampai masanya bagi umat Islam di seluruh dunia untuk membentuk satu hala tuju dan matlamat baru dalam kerangka berfikir *how to make Islam great again ?*


Dengan populasi umat Islam yang hampir mencecah 2 billion, dengan sistem, hala tuju dan matlamat baru, hanya umat Islam yang berpotensi untuk bersaing dengan China di pentas global.


Marilah kita tinggalkan hiruk-pikuk politik semasa yang melelahkan dan merugikan kita semua.


*Agenda Reset Malaysia* adalah agenda bangsa Melayu @ Nusantara dan agenda umat Islam di seluruh dunia. Tidak ada masa yang lebih baik dari sekarang untuk kita bersatu dan membentuk satu kesatuan baru bagi membina satu masa depan baru yang lebih gemilang.


Jangan sia-siakan peluang yang sudah ada di depan mata. Gunakan kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya.


Kita mempunyai pelbagai aset dan sumber yang di perlukan *to Make Islam Great Again.* Kenapa nak sia-siakan semua itu dengan perkara yang melelahkan dan merugikan kita semua ?


*Just say good bye to yesterday and let's move on for a better tomorrow.*


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

8 Februari 2021



Bismillah : Manhaj Melayu@Manhaj Nusantara

 *Bismillah : Manhaj Melayu @ Manhaj Nusantara.*


Dunia hari ini semakin sakit. Bukan kerana pandemik Covid 19 dari Wuhan. Tetapi akibat dari jangkitan wabak yang lebih merbahaya iaitu *Penyakit Wahn @ Cinta Dunia dan Takut Mati.*


Dalam bahasa saya, penyakit ini saya panggil sebagai sindrom *fear and greed.*


Ini doktrin yang telah di paksakan oleh para elit global untuk mengawal dan mengendalikan 99% manusia di atas muka bumi melalui *common education system.*


Manusia di buat tidak berdaya akibat di belenggu dengan sistem kehidupan yang telah di cipta oleh para elit global.


*Fear and greed* terus di suburkan dalam jiwa manusia dengan segala propaganda dari media yang di kuasai oleh mereka.


Satu-satunya ubat yang paling mujarab untuk segala kecelaruan dan kegalauan yang sedang menimpa umat manusia itu adalah *harapan.*


Inilah ubat yang sangat di perlukan oleh umat manusia yang sedang mengalami penyakit jiwa yang kronik itu.


Sebab itu saya menyeru semua pihak agar membina kerangka berfikir di dalam wilayah *how to Make Islam Great Again ?*


Ini kerana hanya Islam sahaja yang dapat membebaskan manusia dari di belenggu oleh sistem kehidupan yang membuatkan manusia seolah-olah seperti haiwan yang di cucuk hidungnya.


Soalannya sekarang, bagaimana kita akan melakukannya ?


Jawapan saya, kita akan melakukannya dengan menggunakan *Manhaj Melayu @ Nusantara.*


Ini kerana *Bangsa Nusantara* memiliki karakter istimewa dan aset-aset yang tidak di miliki oleh bangsa-bangsa lain di dunia ini.


Bangsa Nusantara sudah hidup *bertuhan* dan memiliki *tatanan hidup* yang sistematik jauh sebelum kedatangan Islam di Nusantara.


Karakter istimewa Bangsa Nusantara itu terbina kerana mewarisi sifat-sifat para Nabi yang muncul sebelum munculnya Nabi Muhammad Rasulullah SAW.


Ciri-ciri karakter tersebut adalah ;


1. Murah hatinya Nabi Ibrahim AS.

2. Redhanya Nabi Ismail AS.

3. Sabarnya Nabi Yaakub AS.

4. Mampu berkomunikasi dengan isyarat seperti Nabi Zakaria AS.

5. Uzlah seperti Nabi Yahya AS.

6. Jubah Wool ( sederhana ) seperti Nabi Musa AS.

7. Pengembara seperti Nabi Isa AS.

8. Rendah Hati seperti Nabi Muhammad Rasulullah SAW.


Lapan ciri-ciri ini ada pada Bangsa Nusantara. Mereka adalah bangsa Sufi. Bangsa yang mempunyai kesedaran jiwa dan rohani yang tinggi.


*Sebab itu bangsa ini bijak, cerdas dan sakti.*


Jangan percayakan saya tapi kajilah kehebatan bangsa ini semenjak kegemilangan peradaban Atlantis lagi. 


Begitu juga dengan kegemilangan Kedah Tua, Sriwijaya, Melaka dan Majapahit. 


Kaji kesenian dan pertukangan mereka yang halus dan berkualiti tinggi.


Dan kaji, apakah rahsia yang telah membuatkan bangsa ini boleh menjadi begitu hebat sekali ?


Dan kini, *Agenda Reset Malaysia* telah mengerakkan bangsa ini dari tidurnya yang panjang. InsyaaAllah, dunia akan menyaksikan kebangkitan sebuah bangsa yang hebat ini.


Mereka akan bangkit dengan satu *harapan* baru. Harapan buat seluruh umat manusia di seantero dunia. InsyaaAllah.


Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan bangsa terhebat ini.


Allahumma aamiin.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

7 March 2021.


Friday, 5 March 2021

Bismillah : The New Santara @ Nusantara 2.0

 *Bismillah : The New Santara @ Nusantara 2.0*


Masih ada yang bertanya kepada saya, bila *Agenda Reset Malaysia* akan bermula ?


Jawapan saya mudah sahaja, apabila diri kita pada hari ini sudah mulai ada kesedaran untuk berubah menjadi lebih baik di masa akan datang maka *Agenda Reset* sudah bermula dalam diri kita.


Kesedaran dari dalam diri kita itu yang akan mengerakkan kita untuk berubah menjadi lebih baik pada hari esok.


Ini kerana *Agenda Reset Malaysia* adalah satu gerakan untuk mereset diri kita, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.


Ia satu agenda yang menyeru kepada satu *gelombang kebangkitan kerohanian @ spiritual* di seluruh Nusantara @ Kepulauan Melayu.


Hanya dengan kesedaran kerohanian @ spiritual sahaja baru kita akan dapat mencapai titik kemuncak kesedaran yang sejati @ *The Ultimate Consciousness.*


Hanya dengan mencapai *kemuncak kesedaran sejati @ the ultimate consciousness* sahaja baru kita akan menjadi peribadi yang mempunyai *jati diri yang kental.*


Peribadi yang mempunyai kebijaksanaan dan kecerdasan yang tinggi serta memiliki kesaktian.


Inilah bangsa *New Santara @ Nusantara baru* yang ingin kita lihat.


Ini antara sebabnya kenapa dalam *Agenda Reset Malaysia* saya tekankan mengenai *Ilmu Mengenal Diri @ Ilmu Rasa.*


Ilmu untuk mengenal sebenar-benar diri kita dalam masyarakat Melayu atau Ilmu untuk mengenal *Sang Diri Sejati @ Sang Guru Sejati,* Ilmu Kejawen dalam masyarakat Jawa.


Ilmu untuk mengenal *Nur Muhammad* dalam Tasawuf Islam. *Roh Kudus* dalam Agama Kristian, *Atma* dalam Agama Hindu, *Budi* dalam Agama Buddha dan *The Light* dalam gerakan *The New Age* di negara-negara Barat.


Kita kembali memahami dan menghayati sisi *esotoris* agama-agama yang ada di atas muka bumi ini.


Hanya dengan memahami dan menghayati sisi *esotoris* agama-agama yang ada, barulah kita akan dapat hidup secara harmoni dalam masyarakat yang menganut pelbagai agama dan budaya di atas muka bumi ini.


Memahami perbezaan antara sisi *eksotoris* dan *esotoris* dalam sesuatu agama itu cukup penting sebenarnya bagi mengelakkan salah faham antara penganut agama yang kadang kala hingga boleh membawa kepada pertumpahan darah.


Tidak ada peperangan antara agama sebenarnya. Yang ada hanyalah agama di jadikan sebagai alat untuk menghalalkan peperangan demi memperluas kekuasaan dan kekayaan para elit masyarakat semenjak ribuan tahun dahulu.


Dan hari ini para elit global menggunakan Covid 19 sebagai alat dalam melancarkan *perang biochemical* ke atas penduduk dunia bagi tujuan politik dan ekonomi mereka.


Sebagai golongan yang berada di *bottom of the piramid,* sewajarnya kita sedar mengenai agenda *konspirasi para elit global* terhadap kita.


Kita hanya akan berjaya memenangi peperangan dengan para elit global dengan berusaha untuk lebih mengenali diri kita dan mengenali siapa musuh kita.


Jika tidak, kita hanya akan bertelingkah sesama kita dan terus berpecah belah sesuai dengan apa yang di mahukan oleh musuh-musuh kita iaitu para elit global.


Sampai bila kita akan terus begini ?


Sampai bila kita mahu terus di adu domba dan berpecah-belah ?


Mulailah membina kekuatan kita dengan meningkatkan kesedaran jiwa dan kerohanian kita.


Mulai dengan membina tabiat-tabiat baru yang lebih positif seperti membaca bahan-bahan yang inspiratif dan motivatif.


Banyakkan mendoakan kebaikan untuk orang lain dan bersedekah. Mungkin di lain kesempatan kita bicarakan soal sedekah pula. InsyaaAllah.


Jadi mulailah mereset diri anda. Andalah sebenarnya *Agenda Reset Malaysia* itu. Bukan orang lain.


Jangan mengharapkan perubahan tanpa berbuat apa-apa.


Kita hanya mampu mengubah diri kita bukan diri orang lain. Bila kita berubah, InsyaaAllah dunia kita akan berubah.


Perubahan besar yang berlaku kepada diri adalah apabila saya mulai menulis setiap pagi untuk anda hingga ke hari ini.


Kita sama-sama berubah demi membina sebuah dunia baru yang lebih baik, lebih indah dan lebih sejahtera buat semua.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk membela agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

6 March 2021.