Wednesday, 23 November 2011

Perbezaan World Baitul Mal dan Pusat Zakat Sedunia

Ramai yang bertanya apa bezanya World Baitulmal dengan World Zakat Organisation.
Jawapan saya, perbezaannya adalah sangat besar. World Baitulmal ditubuhkan dengan taufik dan hidayah daripada Allah SWT untuk dijadikan sebagai rumah perbendaharaan yang akan bertanggung-jawab untuk menaungi, mentadbir dan menguruskan harta dan kekayaan ummah.

World Baitulmal juga bertanggung-jawab untuk menjaga hal-ehwal dan kebajikan ummah disamping tanggung-jawab untuk membangun dan memperkasakan ummah.

Wold Baitulmal juga akan menjadi platfom atau tapak tunggal kepada sistem kewangan dan ekonomi Islam. Dan ini secara langsung menjadi tapak kebangkitan Daulah Islamiyah dizaman ini.

Segala dasar, perancangan dan aktiviti World Baitulmal akan dipantau dan diawasi oleh World Islamic Chamber of Commerce (WICC).

Manakala World Zakat Organisation pula ditubuhkan dengan matlamat untuk mengumpul dan mengagih-agihkan wang zakat. Ianya ditubuhkan dengan inisiatif dari pemerintah-pemerintah negara-negara umat Islam.

Dari segi struktur, secara hieraki, dengan adanya World Baitulmal maka wajiblah keatas World Zakat Organisation bergabung dan bernaung dibawah World Baitulmal.
Dan wajib juga keatas World Zakat Organisation untuk menyerahkan segala kutipan wang zakat kepada World Baitulmal untuk ditadbir dan diuruskan demi kepentingan maslahat ummah diseluruh dunia.

Dengan tertubuhnya World Baitulmal, adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam diseluruh dunia untuk mengikhtirafnya dan memperakuimya sebagai satu-satunya rumah perbendaharaan untuk umat Islam diseluruh dunia.

Adalah menjadi kewajipan juga kepada semua institusi-institusi kewangan Islam dan institusi-institusi kebajikan umat Islam yang ada diseluruh dunia untuk bergabung dan bernaung dibawah World Baitulmal.

Proses pengabunggan dan konsolidasi semua institusi-institusi tersebut hendaklah dilaksanakan dengan kadar segera demi kepentingan dan kesejahteraan ummah.

Kewajipan ini hendaklah dipatuhi oleh seluruh umat Islam kerana ianya adalah menuruti kehendak syariah Islam. Semoga dengan segala ketaatan dan kepatuhan tersebut kita semua insyallah akan mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah SWT.

Sekiranya ada sebarang pertikaian dan perselisihan dikalangan umat mengenai saranan-saranan yang telah dikemukakan maka hendaklah umat ini kembali kepada Al-Quran, Sunnah, Qias dan Ijmak sebagai sumber hukum.

Sebarang maklum balas adalah sangat dihargai.

Monday, 21 November 2011

World Baitulmal – A single platform for Islamic Financial System

World Baitulmal ditubuhkan untuk menjadi rumah perbendaharaan dan pusat kewangan Islam sedunia. Ianya juga akan menjadi platform tunggal dan sentralisasi dalam sistem kewangan Islam.

World Baitulmal juga antara lain akan berfungsi sebagai :-

1.     Badan yang akan bertanggung-jawab untuk mengelola kebajikan. pembangunan dan hal-ehwal ummah.

2.     Pusat pengumpulan dan pengagihan wang zakat umat Islam sedunia.

3.     Pusat pentadbiran dan pengurusan harta-harta umat Islam terutamanya harta waqaf. Ini termasuklah 3 tempat suci umat Islam iaitu, Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis. Ini kerana tiada sesiapa mahu pun mana-mana negara termasuk Arab Saudi yang mempunyai hak untuk mentadbir dan menguruskan tempat-tempat tersebut melainkan ummah. Ianya milik ummah dan wajib dikembalikan kepada ummah.

4.     Bertanggung-jawab untuk memakmurkan dan mensejahterakan umat Islam dan umat manusia.

Tanpa tapak atau platform tunggal yang sesuai yang memenuhi tuntutan syarak dan kehendak Islam, sistem kewangan Islam tidak akan berjaya diwujudkan. Impian dan harapan untuk melihat kewujudan sebuah sistem kewangan tanpa pinjaman dan bebas riba akan hanya tinggal impian sahaja. Dan tanpa sistem kewangan Islam, sistem ekonomi Islam tidak akan wujud.

Begitu juga dengan impian untuk melihat emas dan perak sebagai matawang atau sebagai medium of transaction dalam sistem ekonomi dan kewangan tidak akan dapat dicapai. Tanpa mempunyai platform dan mekanisme yang sesuai ianya tidak akan dapat dilaksanakan dan diamalkan terutamanya dalam ekonomi moden yang begitu komplek dan komprehensif.

Tanpa menjadikan emas dan perak sebagai matawang tunggal dalam sistem kewangan, kita akan sentiasa dibelenggu dengan masalah spekulasi dan ketidak-stabilan nilai matawang dalam pasaran. Sebagai matawang tunggal, emas dan perak juga dapat mencegah lambakkan wang kertas yang tidak mempunyai nilai intrinsic kedalam pasaran  yang bolih menyebabkan inflasi dan deflasi yang tidak terkawal dalam sistem ekonomi.
Kewujudan World Baitulmal juga adalah merupakan interpretasi kesatuan dan persatuan dalam Islam sebagaimana yang dituntut dalam Aqidah Islamiyah itu sendiri. Dan sewajarnya menjadi wadah kepada kesatuan, persatuan dan persaudaraan Islam.

Pada hari ini kesatuan dan perpaduan dikalangan umat Islam diseluruh dunia amat sukar untuk dicapai kerana wujudnya sempadan-sempadan politik dan sistem perundangan yang berbeza-beza dikalangan negara-negara umat Islam. Maka dengan lahirnya World Baitulmal adalah sewajarnya badan ini dijadikan platform kepada kesatuan dan perpaduan seluruh umat Islam.

Setelah jatuhnya Empayar Othmaniah pada tahun 1923, para penjajah barat telah membentuk dan melakar semula peta dunia. Mereka menggunakan kaedah ‘ pecah dan perintah’ (divide and rule) untuk melemahkan umat Islam dan untuk memudahkan mereka mengawal umat Islam diseluruh dunia. Maka muncullah negara-negara baru yang suatu waktu dahulu bernaung dibawah Empayar Othmaniah.

Negara-negara baru ini diwujudkan dan dibentuk dengan berasaskan kepada sistem sekuler-kapitalisme. Sistem yang mengasingkan agama dari cara hidup. Baik dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Sebuah sistem yang memuja dan mengagungkan pembangunan fizikal dan material serta mementingkan hiburan semata-mata. Ini menjadikan Islam begitu terasing daripada kehidupan ummah.

Islam adalah ‘Ad-Din’ atau cara hidup yang sempurna. Cara hidup yang diredhai dan telah dijamin kesempurnaannya oleh Allah SWT. Islam tidak sebagaimana agama-agama yang lain memiliki 3 komponen penting iaitu Aqidah, Syarak dan Akhlak yang melayakkannya untuk menjadi sebuah agama dan cara hidup yang seharusnya diikuti oleh setiap umat manusia.

Kejatuhan Empayar Othmaniah menjadi  permulaan kepada zaman kegelapan umat Islam. Tanpa naungan sistem Khilafah Islam, umat Islam semakin hari semakin berpecah belah, keliru dan semakin lemah. Dan ulamak-ulamak diwaktu itu telah berfatwa ‘ mulai hari ini wajiblah keatas tiap-tiap umat Islam untuk membangunkan kembali sistem Khilafah dan Daulah Islamiyah.’

Dengan mengamalkan sistem politik demokrasi, mereka telah dikelirukan dengan bermacam-macam isme-isme dari Barat. Keliru dengan berbagai-bagai terminologi dan definasi yang sengaja diwujudkan untuk menyesatkan mereka.

Dan dengan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis pula kehidupan mereka telah dibelenggu dengan hutang-piutang. Mereka dipaksa bekerja siang dan malam hanya untuk ,melunasi hutang-hutang mereka dan memperkayakan para-para kapitalis yang menjadi tuan-tuan mereka. Mereka dididik untuk menjadi manusia yang hanya mementingkan kerjaya dan pengumpulan harta. Kesibukkan rutin harian mereka menyebabkan mereka lupa dengan tugas hakiki mereka hamba Allah dan Khalifah Allah diatas muka bumi ini. Mereka lupa dengan segala macam hubungan dan peranan sebagaimana yang telah diajar oleh Islam.

Kewujudan World Baitulmal adalah merupakan anugerah dan rahmat dari Allah SWT kepada umat manusia. Ia adalah merupakan tapak kepada kebangkitan Daulah Islamiyah. Daulah yang akan mengembalikan dan mengatur seluruh urusan kehidupan manusia kelandasan syariah Islam yang diredhai Allah SWT.

Ia juga adalah merupakan jawapan kepada segala macam krisis yang telah ditimbulkan oleh sistem ekonomi dan kewangan kapitalis.

Kepada seluruh umat Islam dan umat manusia, saya menyeru marilah kita membangunkan sebuah system ekonomi dan kewangan alternative yang bersumberkan wahyu dari yang Maha Agung dan Maha Mengetahui. Sistem yang kita amalkan pada hari ini sudah diambang kehancuran.

Kalau Amerika dan negara-negara maju yang lain juga hampir muflis dan hancur kerana mengamalkan sistem kapitalis ini apatah lagi negara-negara lain. Sebagai manusia kita diberi anugerah yang paling besar. Anugerah untuk memilih. Kenapa kita tidak memilih untuk berjalan dilandasan yang sebenarnya. Landasan yang telah diikuti oleh umat-umat yang terdahulu. Landasan yang telah terbukti mampu membawa umat manusia kepada kemakmuran dan kesejahteraan.

Sunday, 20 November 2011

Tujuan Penubuhan World Islamic Chamber of Commerce

Dunia diambang kehancuran. Sistem ekonomi dan kewangan kapitalis yang dianuti oleh hampir seluruh Negara didunia telah gagal. Gagal dari semua dimensi. Bermacam-macam krisis timbul. Politik, ekonomi, kewangan, sosial dan alam sekitar.Atas kesedaran tersebut lahirlah World Islamic Charmber of Commerce atau WICC secara ringkasnya. Sebuah organisasi yang diwujudkan untuk mempromosi dan membangunkan sistem ekonomi dan kewangan Islam. WICC juga akan berperanan sebagai sebuah badan yang akan membuat dasar, peraturan dan menjadi pengawas dalam pasaran sistem ekonomi dan kewangan Islam.Ini kerana Islam tidak mengamalkan pasaran bebas (un-regulated market) seperti yang kononnya diamalkan sekarang. Walaupun kononnya pasaran yang ada sekarang dikenali sebagai pasaran bebas namun ia tidak pernah sunyi dari campur-tangan pemerintah. Apatah lagi bebas dari monopoli, manipulasi dan eksploitasi dari golongan mereka yang berkuasa dan berpengaruh. Dan gejala-gejala inilah menyebabkan timbulnya berbagai krisis ekonomi dan kewangan. Olih itu sebuah badan pengawas adalah diperlukan bagi mengawasi perjalanan pasaean dan juga segala bentuk aktiviti yang dijalankan. Ini bagi mempastikan agar segala bentuk monopoli. manipulasi dan eksploitasi tidak berlaku dalam pasaran. Dengan adanya badan pengawas seperti WICC ini akan mewujudkan kestabilan dan keseimbangan dalam pasaran.Sebuah mahkamah yang akan dikenali sebagai World Syariah Court perlu diwujudkan. Mahkamah ini perlu diwujudkan sebagai tempat untuk mencari penyelesaian sekiranya berlaku pertikaian dikalangan pemain-pemain dalam pasaran ekonomi Islam. Ini dapat mempastikan wujud keadilan dalam pasaran ekonomi Islam kerana segala pertikaian akan diadili menurut lunas-lunah syariah.Pasaran dalam sistem ekonomi Islam dibentuk dan dibangunkan selaras dengan dasar, prinsip-prinsip dan peraturan-peraturan yang telah digariskan menurut syariah Islam. Ini bagi menjamin wujudnya keadilan, keseimbangan dan kestabilan dalam pasaran.Ini bertentangan dengan apa yang sedang berlaku dalam pasaran bebas. Pasaran ini kononnya dibentuk dan dibangunkan oleh market forces. Market forces ini yang akan menentukan segala-galanya dalam pasaran bebas. Ini termasuk harga serta permintaan dan bekalan. Namun apa yang berlaku dimana-mana sentiasa ada campur-tangan dari pemerintah bila dirasakan pemerintah perlu untuk campur-tangan demi melindungi kepentingan sesetengah pihak.Kita lihat apa yang berlaku di Amerika Syarikat, negara yang menjadi pendokong dan promoter kepada sistem ekonomi dan kewangan kapitalis. Negara yang kononnya menjunjung prinsip-prinsip amalan pasaran bebas.Mereka sendiri turut masuk campur dalam pasaran. Sanggup membelakangkan prinsip-prinsip amalan pasaran bebas. Bahkan sanggup pula membelanjakan wang rakyat beratus-ratus billion untuk mem bail-out korporat-korporat besar mereka yang jatuh muflis akibat krisis kewangan. Kenapa mereka tidak membiarkan sahaja korporat-korporat tersebut jatuh muflis ? Bukankah apa yang sedang berlaku ini disebabkan oleh market forces ? Kenapa harus menggunakan wang rakyat untuk membela para kapitalis yang selama ini mengaut keuntungan yang berlipat ganda dari rakyat ? Dimana keadilan dan logikanya semua ini ?Dan yang lebih melucukan lagi, kerajaan Amerika sendiri terpaksa menaikkan debt ceiling mereka supaya mereka boleh meminjam lagi bagi membiayai pembayaran faedah kepada hutang-hutang mereka. Ini dilakukan bagi mengelakkan Negara tersebut diistiharkan sebagai muflis kerana kegagalannya untuk membayar huyang Negara atau Sovereign Default. Inilah krisis yang sedang berlaku di Negara-negara Eropah seperti Greece. Ireland, Portugis dan banyak lagi yang bakal menyusul. Ekonomi Amerika sendiri yang kononnya ditadbir dan diuruskan oleh the best brain in the world sedang menuju kehancuran akibat menanggung hutang yang besar Mereka hamper tidak mampu untuk membayar faedah daripada hutang-hutang mereka. Itu baru faedah bukan hutang pokok. Bayangkan betapa dahsyatnya kesan dan akibat daripada hutang dan faedah ini kepada manusia. Tanpa ehsan dari negara kominis seperti China, Amerika sudah lama muflis.Sebab itu Islam tidak menggalakkan berhutang. Apatah lagi menjadikan hutang sebagai satu bentuk perniagaan. Ianya dilarang sama sekali.Persoalannya, kemana perginya pakar-pakar ekonomi dan kewangan mereka yang selama ini sering menunjuk ajar dan mengkritik Negara-negara lain terutamanya Negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia contohnya ? Kenapa mereka tidak mampu menanggani masalah daripada sistem yang mereka cipta sendiri ? Dan bagaimana pula dengan CEO-CEO korporat-korporat besar mereka yang dibayar dengan gaji jutaan dollar setahun ? Kalau mereka-mereka ini hebat, terpelajar dan berpengalaman kenapa korporat-korporat yang mereka terajui dan tadbir bolih hancur dan muflis ? Mana perginya segala teori dan strategi pengurusan mereka ? Semakin dibaiki semakin besat pula masalah.Kalau setakat jadi pemimpin korporat hanya untuk menambahkan hutang, saya fikir kita tak perlukan mereka-mereka yang berpengalaman dan berkelulusan tinggi. Bila ekonomi tengah baik sombong dan megah dengan pencapaian mereka tetapi bila ditimpa krisis melutut dan menyembah pemerintah mohom bantuan. Alasannya ini bukan kesilapan mereka tetapi kerana berlaku krisis ekonomi global. Persoalannya mengapa berlaku krisis ekonomi global ? Apakah pakar-pakar mereka tidak cukup pakar sehingga tidak mampu menjangka dan meramalkan masalah yang bakal mereka hadapi ?Dimana silapnya semua ini ? Kerajaankah yang tidak cekap menguruskan ekonomi atau pengurusan yang tidak cekapkah atau memang sistem ini yang bermasalah dan wajar dipersalahkan ? Sia-sia bergelar pakar kalau ekonomi dinegara sendiri pun tidak mampu diurus dan ditangani dengan baik.Mungkin sudah waktunya untuk kita menilai semula sistem yang kita anuti ini. Ini kerana sistem yang kita anuti ini sudah terbukti tidak mampu mensejahterakan dan memakmurkan dunia. Malahan ia telah menghancur dan memporak-perandakan Negara-negara pengasasnya. Sistem yang tidak pernah sunyi dari berbagai krisis. Umpama sebuah kereta yang sering rosak dan sentiasa perlu diperbaiki. Tidakkah ini menjadi liabiliti terbesar dalam hidup kita. Bukankah wajar untuk kita gantikan dengan sistem yang lain.Perlukah dipertahankan lagi sebuah sistem ekonomi yang kononnya terbaik dan hebat tapi berbillion penganutnya hidup dalam kesengsaraan ? Bahkan yang lebih malang, lagi beratus juta penganutnya sedang mengalami kebuluran diseluruh dunia akibat mengamalkan system ini.Mungkin sudah sampai waktunya untuk kita melihat dan menilai semula sistem yang kita anuti ini. Barangkali kita juga sudah sewajarnya berfikir untuk menukar sistem yang ada ini dengan sistem yang baru. Kalau di Eropah, sudah ada pemikiran yang ingin menggabungkan antara sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosialis. Gagasan pemikiran ini dikenali sebagai The New Way. Walau apapun yang sedang mereka fikir dan ingin mereka laksanakan bukankah mereka masih ingin mencuba dan bereksperimen dengan teori dan idealogi manusia ? Dan mahukah kita terus disesatkan oleh golongan-golongan seperti ini dengan teori-teori dangkal mereka ? Bagi kita umat Islam yang bilangannya sudah menjadi 1.6 billion mengapa tidak kita memilih untuk kembali kepangkal jalan. Kembali beriman kepada Allah dan RasulNya. Bukankah sudah ada jaminan dari Allah SWT bahawa Islam itu adalah agama yang sempurna. Agama yang memiliki sistem dan peraturan hidup yang lengkap dan komprehensif. Yang diturunkan untuk dijadikan suatu cara hidup oleh umat manusia. Sistem wahyu yang telah diturinkan kepada kita oleh sang pencipta yang lebih mengetahui segala keperluan dan kemahuan serta segala kelemahan dan kekerungan kita sebagai umat manusia.Apakah kita merasa kita lebih pandai dari Allah SWT sehingga kita berani menolak sistemNya dan mengamalkan sistem kita sendiri yang lahir daripada logik akal dan nafsu kita semata-mata ?Dengan terbentuknya WICC, saya memohon dan menyeru kepada seluruh umat Islam diseluruh dunia untuk bersatu dan bersama-sama berusaha untuk membentuk dan membangunkan sebuah sistem ekonomi dan kewangan yang baru yang bersumber dari Al-Quran dan Sunnah serta Qias dan Ijmak.Sebuah sistem baru yang berdasarkan kepada iman dan taqwa. Yang menjunjung tinggi peradaban dan nilai-nilai kemanusian sebagaimana yang telah dicuntuhkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW. Sebuah system yang akan meletakkan yang hak diatas tempat yang sewajarnya. Untuk apa kita pertahankan lagi sistem yang hanya menguntungkan segelintir pihak. Sedangkan majoritinya hanya menjadi mangsa kepada keserakahan nafsu para kapitalis yang hanya memikirkan keuntungan sahaja. Sombong dan angkuh dengan apa yang mereka miliki. Dan apabila mereka ditimpa bencana kita juga yang terpaksa dikorbankan untuk menyelamatkan mereka. Sampai bila kita ingin diperbodoh-bodohkan oleh mereka ?Siapakah mereka-mereka ini yang begitu istimewa sekali ? Apakah hanya kerana mereka memiliki pengaruh dan wang maka mereka wajar di istimewakan ? Sedangkan apa sahaja yang mereka miliki sudah terbukti bukanlah dari hasil kepintaran dan kemampuan mereka bahkan mereka ini hanyalah sekadar bernasib baik sahaja.Marilah kita bersatu dan berjuang bersama-sama demi kepentingan anak cucu kita dan seluruh umat manusia. Marilah kita bersama-sama kembali ke jalan Allah. Jalan yang diredhaiNya. Semuga kehidupan kita diberkati dan diredhai. Marilah kita bersatu dan berjuang diatas kalimah La ilaha ila Allah dan Muhamaddurrasulullah sebelum datangnya 4 perkara. Muda sebelum datangnya tua. Sehat sebelum datangnya sakit. Senang sebelum datangnya susah dan hidup sebelum datangnya mati.





Dengan ini saya menyeru kepada anda yang rasa beragama Islam dan yang masih sayangkan ALLAH ,RASULULLAH ,UMAT ISLAM BERJUANG BERSAMA WICC DAN World Baitul Mal untuk melahirkan platform tunggal sistem ekonomi Islam dengan Wicc menjadi platform bagi seluruh umat Islam dan melahirkan dan memlaksanakan platform tunggal sistem kewangan Islam bagi seluruh umat Islam dan manusia dengan WoRLD Baitul Mal sebagai platform tunggal dengan mengikut Al-Quran dan AS-SUNNAH seperti mana zaman Rasulullah dan Sahabat yang 4 ....mari bersama kami saudara-saudara ku sekelian ....inilah tapak kebangkitan Islam untuk seluruh dunia ALLAH HUAKHBAR ALLAH HUAKHBAR ALLAH HUAKHBAR ....__________________