Thursday, 31 December 2020

Welcome To The Great Reset 2021

 *Welcome To The Great Reset 2021.*


Hari ini kita sudah melangkah masuk ke tahun 2021. Agenda *The Great Reset 2021* sudah bermula.


Perubahan besar yg drastik akan berlaku di seluruh dunia.


Agenda utama pada kali ini adalah utk *global monetary reset and the implementation of digital currency.*


Agenda ini akan memacu dgn pesat perkembangan dan penggunaan teknologi 5G dan AI.


Perkembangan ini akan membentuk permainan dan peraturan baru. *The name of the new game is Big Data.*


Bakal pemenangnya adalah mereka yg menguasai data terbesar di dunia.


Persaingan di antara Amerika dan China terutamanya dlm bidang teknologi dan perdagangan akan menjadi semakin sengit dlm era baru ini.


Perkembangan pesat yg sdg berlaku di China dlm tempoh 20 tahun ini memungkinkan China utk  menjadi negara yg memimpin dunia dlm era baru *All Digital* ini.


Kebangkitan Islam sebagai *the third force* dgn populasi umatnya yg hampir 2 billion dan bersifat *sporadic* akan memberi keseimbangan kpd persaingan Amerika dan China di peringkat global.


Umat Islam yg selama ini di pisahkan oleh perbatasan politik akan dapat bersatu secara *online* dlm sebuah *digital platform* tidak lama lagi.


*Islamic Digital Leadership* yg akan menyatukan mereka. Bukan lagi *political govt* atau *political leadership.*


*Political govt* akan menjadi idea yg sudah lapuk dan ketinggalan.


Dlm era *All Digital* manusia sudah tidak lagi memerlukan kepemimpinan personaliti. Mereka akan di pimpin oleh sistem digital.


*Kini terpulang kpd para pemimpin umat Islam dan umat Islam itu sendiri. Mahu mengubah dunia atau di ubah oleh dunia.*


Sebagai peringatan utk semua, di zaman baru ini, ideologi2 selain Islam, *doesn't make sense anymore. Out dated and obsolete !*


Teruskan beramal dgn demokrasi kalau mahu terus ketinggalan zaman !


Di Malaysia, bukan Mandat Rakyat tetapi Titah Tuanku yg akan menjamin kita utk dapat menyatukan umat Islam di seluruh dunia dan membuatkan kita mampu bersaing dgn Amerika dan China di pentas global.


Banyak yg sudah saya sampaikan dlm nota2 pendek saya. Fahami isyarat dan *keywords* yg saya gunakan.


Saya tidak main2. Saya sdg mengajak semua pihak utk menyelamatkan *erti sebuah kehidupan* yg sdg di hancurkan oleh kerakusan para elit global penyembah syaitan.


Percayalah, hanya Malaysia yg mampu menjadi tapak kebangkitan Islam di akhir zaman.


Kita yg memulai peradaban dunia dan kita yg akan mengakhirinya.


Segalanya bermula di sini dan segalanya akan berakhir di sini.


Di sinilah bermulanya titik yg pertama. Titik yg membentuk sebuah huruf. Huruf yg membentuk satu perkataan. Perkataan yg membentuk sepotong ayat. Dan ayat2 yg membangkitkan sebuah penceritaan.


Cerita tentang Allah, Manusia dan Alam. 


Cerita terbaru tentang erti sebuah kehidupan yg hakiki sudah pun bermula.


Selamat dtg kpd satu kebangkitan baru. Kebangkitan sebuah peradaban Melayu/Islam modern di zaman *All Digital.*


Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yg sdg berusaha utk merenung nasib bangsa dan negaranya.

Ramalan Yunus@Demi Melayu 

1 Januari 2021


Wednesday, 30 December 2020

Reset Malaysia : A Deadly 2020

*Reset Malaysia : A Deadly 2020.*


Hari ini hari terakhir kita berada dlm tahun Masihi 2020.


Tahun kesedihan buat seluruh umat manusia. Tahun meratapi sebuah kematian. Bukan kematian jiwa tetapi matinya *kepemimpinan @ leadership.*


*Pusara Di Lebuhraya*


Dalam perjalanan ini

Menuju destinasi

Berbagai lebuhraya di lalui

Perjalanan ku terhenti

Di lebuhraya ini

Terpandang pusara diam menyepi


               - Ekamatra


Sebuah trajedi pembunuhan terbesar dlm sejarah manusia. *Kepemimpinan* mati ter bunuh dgn secara trajis oleh *false alarm @ hoax* dari *World Health Organization @ WHO.*


Bukan virus dari Wuhan yg mematikan kepemimpinan tetapi wabak *Wahan @ cinta dunia dan takut mati* sebagaimana yg telah di isyaratkan oleh Rasulullah SAW 1400+ tahun dahulu.


Di Malaysia lebih parah lagi. Kepemimpinan sudah mati sejak PRU 14 pada tahun 2018. Di bunuh dgn kejam oleh mandat rakyat.


Di tahun 2020 kita menyaksikan seorg pemimpin baru yg sudah uzur utk menerajui negara. Dan keuzurannya sudah menjadi *rahsia umum.*


PM yg sdg uzur ini menjadi asbab berlakunya bencana politik dan ekonomi yg memudaratkan agama, bangsa dan negara.


Kita menyaksikan sandiwara *political corruption* di tahap yg paling menjijikkan.


Semua itu di persembahkan kpd kita di atas pentas politik demi menjaga status dan kedudukan.


Transaksi politik yg berlaku di belakang layar mencabar nalar kewarasan kita.


Tidak ada dlm sejarah kita seorg PM yg begitu korup seperti hari ini.


Jawatan kabinet dan kedudukan dlm korporat2 GLC dan GLIC menjadi komoditi yg di perdagangkan di bursa politik.


Yg paling mengecewakan Covid 19 di jadikan perkakas utk mengertak YDPA dan Raja2 Melayu dan utk menakut-nakutkan rakyat jelata.


Pengkhianatan terbesar buat sebuah negara bangsa.


Apa pun yg sdg berlaku, sebagai rakyat di negara ini kita perlu fokus pada masalah utama kita. 


Masalah utama kita bukan Covid 19. Bukan krisis kesihatan, kewangan dan ekonomi.


Masalah utama kita adalah kepemimpinan. Ini yg perlu kita atasi dgn kadar segera.


*Kita pastikan di penggal pertama tahun 2021 kita harus ada kepemimpinan baru utk menerajui hala tuju negara.*


Kita perlukan *Titah DiRaja* bukan *Mandat Rakyat* utk membentuk satu kepemimpinan baru.


Kita bangsa Melayu. Bukan Melayu namanya kalau tidak ber *Raja.*


Kesetiaan kita kpd Raja dan Negara. Bukan kpd parti2 politik. Apa lagi kpd pemimpin2 politik.


Kita kembalikan kebijaksanaan dan budi bicara utk membentuk kepemimpinan baru kpd YDPA dan Majlis Raja2 Melayu.


Sudah terbukti semenjak *Proklamasi Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957,* mandat rakyat tidak mampu memberikan keadilan dan kesejahteraan kpd org2 Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.


Krisis politik terus berlaku dan berpanjangan sehingga ke hari ini.


Kekuasaan di manipulasi dan di eksploitasi hanya utk kepentingan para elit politik dan kroni2 mereka sahaja.


Penguasaan ekonomi org2 Melayu masih lemah dan masih di bawah paras 30%.


Bukankah org2 Melayu sepatutnya menguasai 70-80% ekonomi negara ?


Bukankah sepatutnya 10 org yg terkaya di Malaysia adalah org2 Melayu ?


Kenapa perkara yg sepatutnya berlaku tidak berlaku ?


Sampai bila nak salahkan org2 Cina dan DAP ?


Sampai bila nak salahkan British ?


Sampai bila nak salahkan para Elit Global ?


Oleh itu saya berharap di tahun 2021 ini kita semua sanggup melakukan perubahan yg besar secara drastik.


Kita perlu berhenti bercakap soal *survival* sebuah negara bangsa.


Kita bukan sekadar nak *survive* tetapi nak merdeka dan berdaulat.


Bukan lagi seperti haiwan ternak yg di cucuk hidung oleh para elit global.


Kita bina satu impian dan harapan baru. Kita bangun satu peradaban baru pasca Covid 19. *Peradaban Melayu/Islam terunggul dlm sejarah moden manusia.*


*Peradaban yg berdiri teguh di atas Aqidah, Syariat dan Akhlak Islamiah yg syumul.*


*Tidak ada sejarah yg terbaik yg mampu di jadikan pedoman dan pengajaran selain dari sejarah para Nabi dan sejarah agung Junjungan besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW dan para sahabatnya.*


Tahun 2021 wajib di jadikan pentas aksi dan prestasi sebuah bangsa berdaulat yg bangkit dan maju ke hadapan utk memimpin dunia.


Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yg sdg berusaha utk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

31/12/2020 

Tuesday, 29 December 2020

Reset Malaysia : Perkasakan JAKIM

 *Reset Malaysia : Perkasakan JAKIM.*


Makanan halal adalah merupakan antara perkara yg penting dlm kehidupan seorg Muslim.


Sebagai sebuah negara Islam, adalah menjadi kewajipan negara utk memastikan bekalan makanan utk umat Islam adalah halal dan mencukupi.


Di Malaysia, semua pihak bertanggung-jwb utk memastikan standar makanan halal itu di patuhi. Dan itu adalah tanggung-jwb kenegaraan setiap warga.


Maka apabila timbul isu *daging import non halal* adalah tidak wajar utk menuding jari ke arah JAKIM sepenuhnya. Byk agensi2 lain yg terlibat dlm perkara ini.


JAKIM sudah melakukan yg terbaik dlm kapasitinya utk memastikan SOP pensijilan halal di patuhi pada setiap masa.


Semua pihak harus berhati-hati dlm membuat tuduhan terhadap JAKIM.


Ia bukan kesalahan JAKIM. Ia merupakan  kelemahan dan kegagalan yg fatal bagi negara.


Saya perlu mengingatkan semua pihak bahawa,


*Integriti JAKIM wajib di jaga dan di pertahankan dgn segala cara.*


Ini kerana satu-satunya negara di dunia ini yg mengeluarkan *Sijil Halal* adalah Malaysia melalui JAKIM.


Dan *Sijil Halal* tersebut di perakui di seluruh dunia.


Saya ulangi, *di perakui di seluruh dunia.*


Sijil2 halal yg lain di seluruh dunia hanya di keluarkan oleh organisasi masyarakat @ *Non Governmental Organization @ NGO.* 


*Bukan oleh negara.*


Sebab itu saya mencadangkan agar Malaysia menjadi *pusat monetari, kewangan, perdagangan dan pusat bekalan makanan halal @ halal food bank* bagi umat Islam di seluruh dunia.


Ini kerana *standar penarafan halal* kita sudah di ikhtiraf oleh seluruh dunia.


Kita berpotensi menjadi pemimpin dlm menegakkan prinsip *halalan toyibban* di dunia.


*Ini antara kekuatan negara dari segi geo politik, geo ekonomi dan geo strategi.*


Maka sudah sampai masanya agar kekuatan ini di pertingkatkan dan di gunakan secara maksimum bagi kepentingan negara dan umat Islam di seluruh dunia.


Maka apabila meledak isu mengenai *daging import non halal* wajib bagi pihak kerajaan utk segera bertindak menyiasat dan mendakwa semua pihak yg terlibat hingga ke akar umbinya. Dan seterusnya menghukum para pelakunya dgn hukuman yg maksimum.


Ini adalah satu kesalahan yg besar. Jenayah pengkhianatan terhadap YDPA, Raja2 Melayu dan negara.


*Tidak ada hukuman yg setimpal melainkan hukuman mati atau penjara seumur hidup bagi pelaku jenayah seperti ini.*


Saya tidak menolak kemungkinan bahawa ini adalah satu kegiatan *subversif* dan jenayah terancang utk mensabotaj JAKIM dan negara Malaysia.


Oleh itu saya ingin mengingatkan semua pihak agar peka dan berhati-hati dgn *Gerakan Subversif Republik Malaysia @ GSRM* yg bercita-cita utk menjadikan *Malaysia sebuah negara republik sekular menjelang 2030.*


*Suruhanjaya Penyiasatan DiRaja* perlu di bentuk dgn kadar segera bukan sahaja utk menyiasat isu *daging import non halal* tetapi yg lebih utama adalah utk menyiasat *Gerakan Subversif Republik Malaysia @ GSRM.*


GSRM adalah ancaman terbesar negara. Satu  gerakan terancang utk mengulingkan *YDPA dan Raja2 Melayu* serta menjalankan aktiviti2 utk mensabotaj negara dari pelbagai sudut.


Ancaman ini perlu di hapuskan dgn kadar segera.


Sudah tiba masanya utk memperkasakan JAKIM dari pelbagai dimensi.


JAKIM perlu di angkat dan di nobatkan sebagai lembaga @ agensi penguat kuasa utk menegakkan prinsip *amar maaruf nahi mungkar* di negara ini.


Perubahan struktural dan perundangan perlu di lakukan. JAKIM perlu di letakkan di bawah pengawasan YDPA dan Raja2 Melayu.


Bidang kuasa JAKIM perlu di perluaskan. Ini bagi memastikan agar prinsip *amar maaruf nahi mungkar* dalam semua bidang dapat di tegakkan di negara ini.


Keprihatinan dan inisiatif dari semua pihak di perlukan utk memastikan agar hasrat ini dapat di laksanakan.


Sementara itu, teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yg sdg berusaha utk merenung nasib bangsa dan negaranya di masa hadapan.


Ramalan Yunus @ Demi Melayu 

30/12/2020

Monday, 28 December 2020

Reset Malaysia : My Way

 *Reset Malaysia :  My Way.*


Nota saya semalam yg bertajuk *The Hero Is Coming* saya anggap mendapat sambutan yg paling meriah.


Ramai yg suka dgn tajuk dan tulisan tersebut.


Pagi ini saya diminta oleh beberapa org sahabat utk menamakan siapa calun PM dan TPM dari kalangan tokoh2 politik yg ada skrg menurut analisa dan kaca mata saya.


Boleh. Kita mulakan dgn bait2 lagu *My Way* kegemaran Atoq.


*And now, the end is near*

*And so I face the final curtain*

*My friends I'll state it clear*

*Of which I'm certain*

*I've lived a life that's full*

*I've traveled each and every highway*

*And more much more than this*

*I did it my way*


               - Frank Sinatra


Bagi saya secara peribadi, siapa pun yg bakal jadi PM dan TPM tak penting. Yg penting *Agenda Reset Malaysia* perlu di laksanakan sempena dgn era *The Great Reset 2021.*


*Agenda Reset Malaysia*


*Visi* 


*Transformasi Nasional 2050.*


*Misi*


*1. The World Islamic Digital Hub.*


*2. The World Islamic Monetary and Financial Center.*


*3. The World Islamic Trade Center.*


*4. The World Islamic Food Bank.*


Formulanya : *MMT + Geo Politik + Geo Ekonomi + Geo Strategi.*


Inilah agenda *Kebangkitan Islam Dari Timur.* Memartabatkan Islam bukan sahaja sebagai satu cara hidup tetapi juga sebagai satu *Sistem Dalam Kehidupan* di seluruh dunia.


Kita angkat Islam *to the next level.*


Dan Malaysia adalah tapak kebangkitan tersebut.


Sebagai sebuah negara Islam dan menjadi anggota kpd pertubuhan *Commonwealth,* ini memberi kelebihan yg besar kpd Malaysia berbanding Indonesia dan negara2 Timur yg lain.


Kedua, kita masih lagi memiliki *Raja2 Melayu dan Majlis Raja2 Melayu.*


Ketiga, kita ada *Sijil Halal* yg di perakui oleh dunia.


*Tiga jurus pamungkas @ maut* yg belum kita gunakan secara maksimal utk menumpaskan lawan dlm setiap pertempuran *diplomasi dan perdagangan.*


Pernah dgr tentang *Gagasan Wau Bulan ?*


*Gagasan utk menyatukan China, India, Malaysia dan Indonesia.*


Sayap kanan dan kiri Wau Bulan @ *Nusa Rantang.* Iaitu China dan India.  Pinggangnya *Nusa Kencana* iaitu Malaysia. Manakala bentuk Bulan Sabitnya pula adalah *Nusantara*, iaitu Indonesia.


Boleh bayangkan kalau 4 negara ini bersatu dan membentuk segala kerjasama yg ada, politik, ekonomi dan kewangan, pendidikan dan militari ?


*Wau Bulan Teraju Tiga.* China, India, Malaysia dan Indonesia.


Negara mana yg ada tiga bangsa iaitu Cina, India dan Melayu kalau bukan Malaysia ?


Hanya Malaysia yg mempunyai byk kelebihan2 utk memimpin gagasan tersebut. Dan kelebihan2 itu yg di perlukan oleh China, India dan Indonesia bagi kepentingan *Geo Politik, Geo Ekonomi dan Geo Strategi* mereka.


Perlu ada tokoh atau sosok pemimpin yg pintar me *leverage* potensi ketiga-tiga bangsa tersebut. InsyaaAllah *Wau Bulan* dgn *Teraju Tiga* akan terbang tinggi.


Perlu ada tokoh yg sesuai utk mengeksplorasi dan mengeksploitasi kelebihan2 yg ada.


Kalau mahu yg ada pengalaman dan kebolehan, bagi saya tidak ada calun yg paling sesuai utk mengalas *Agenda Reset Malaysia* selain dari DS Najib Tun Abd Razak.


Jgn lupa apa yg selalu saya sampaikan, *pasca Covid 19, China adalah negara yg akan memimpin dunia.*


Dan China ada perasaan yg cukup sentimental kpd keluarga DS Najib. Almarhum Tun Abd Razak ada jasa yg cukup besar kpd China.


DS Najib hanya perlukan sahabat2 yg seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali utk membantu beliau.


Atau sahabat2 yg seperti Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu.


Bersahabat ni Sunnah Rasulullah SAW dan kunci kejayaan Rasulullah SAW.


Sebelum ini beliau tidak punya sahabat. Beliau hanya ada rakan2 politik, pekerja2 politik dan pengikut2 politik. 


Mudah2an ujian besar yg sdg beliau lalui mengajar beliau utk mengenal pasti siapa sahabat2nya yg sudi menangis bersama2 beliau pada waktu ini.


Sementara beliau di berikan ruang dan peluang utk membersihkan dirinya dari masalah undang-undang yg sdg di hadapi maka sebuah kerajaan interim perlu di bentuk.


Sempena dgn *Era Kebangkitan Dari Timur* maka sewajarnya kita cari tokoh2 dari Timur.


Dan gandingan yg paling sesuai tidak lain dan tidak bukan adalah *YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan YB DS TG Haji Abdul Hadi Awang.*


Saya tidak perlu mengulas panjang mengenai kedua-dua tokoh ini. Siapa yg tidak mengenali mereka berdua.


Mereka berdua cukup berpengalaman utk meredam suhu politik dan ekonomi yg sdg memanas pada waktu ini.


Tengku Razaleigh Hamzah @ Kelantan, TG Haji Hadi @ Terengganu dan DS Najib @ Pahang adalah gandingan terbaik dari Pantai Timur.


Jgn lupa, *the sun will always rise from the east.*


Utk itu, PAS perlu buat keputusan besar. Tinggalkan PN utk memberi laluan kpd *Agenda Reset Malaysia.*


Kpd PAS, ikut cakap saya jgn ikut cakap Takiyuddin.


Ingat,


*Agenda Reset Malaysia @ Revolusi Akhlak* utk sebuah kebangkitan dari Timur. Bukan agenda politik sempit.


Sebuah kebangkitan utk maslahat umat manusia di seluruh dunia.


Semoga *Agenda Reset Malaysia* akan membenarkan isyarat Nubuwwah Nabi Muhammad Rasulullah SAW mengenai kebangkitan Islam dari Timur di akhir zaman.


Yakinlah bahawa Allah SWT akan memberikan kemenangan dan kejayaan kpd sesiapa yg membela agama Allah.


Teruskan mengikuti nota2 pendek saya.


 *Anda akan terus di rayu, di goda, di pujuk, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yg sdg berusaha utk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

29/12/2020

Sunday, 27 December 2020

Reset Malaysia: The Heri Is Coming

 *Reset Malaysia : The Hero Is Coming.*


Kita sudah semakin hampir utk melangkah ke tahun baru. Tahun 2021.


Tahun yg sudah di prediksi sebagai tahun *The Great Reset 2021.*


Di tahun 2021 nanti kita mungkin akan di serang pula oleh Covid 21.


Kita mungkin akan di *lockdown* sekali lagi.


Kita mungkin akan di suntik dgn vaksin yg masih terus di pertikaikan tentang harga dan keberkesanannya.


Ekonomi kita pula semakin bertambah parah. Kita mungkin akan mengalami *depression* bukan lagi *recession.*


Dan yg paling parah dan membimbangkan, kita tidak mempunyai sebuah kerajaan yg kuat utk mengemudi negara dan membawa negara kita keluar dari krisis politik, kesihatan dan ekonomi.


Mana mungkin sebuah kerajaan yg begitu lemah dapat menyelesaikan masalah2 yg begitu besar  yg sdg di hadapi oleh negara.


Saya tidak melihat parti2 politik yg ada mampu menyelesaikan kemelut politik yg sdg berlaku pada masa ini. 


Kita hanya ada dua pilihan di depan kita utk menyelamatkan negara ini dari terus di belenggu pelbagai krisis.


*Interim govt @ unity govt @ care taker govt* atau pun *military govt.*


*What ? Military govt ?*


Iya. Tapi tak payah la buat2 terkejut. Baru cadangan je pun.


Siapa pun yg bakal di lantik sebagai PM tidak penting.


Pengalaman dan kelayakan tidak penting.


Pemimpin parti atau bukan pemimpin parti tidak penting.


Kenapa tidak penting ?


Ini kerana negara ini hancur dan huru hara kerana selama ini ia di pimpin oleh mereka yg berpengalaman dan berkelayakan.


Jadi kali ini biarlah berlainan sikit. Norma baru.


Menurut saya, calun PM yg perlu di lantik pada kali ini biarlah seorg calun yg mempunyai *X Factor.*


*X Factor ? Ya, X Factor.* 


Doktrin saya mudah dan sederhana.


*You need extra ordinary guy for extra ordinary job.*


Nak cipta sejarah tak perlu ada pengalaman dan kelayakan. Yg penting kena ada azam dan kemahuan yg kuat.


Setiap krisis akan melahirkan *heronya* yg tersendiri. Ini fitrah. Dan ianya tercatat dlm sejarah manusia sejak zaman Nabi Adam.


Jadi bukan perkara baru. Baru sebab belum pernah buat. Itu sahaja.


Kita hidup di sebuah negara yg bertuah. Negara yg sentiasa di rahmati oleh Allah SWT. Sudah pasti Allah SWT telah mempersiapkan calun tersebut.


Mana mungkin Allah SWT turunkan penyakit tanpa ubatnya.


Kita je yg tak pernah sedar dgn Kekuasaan Allah SWT.


Kita lupa bahawa Allah SWT mempunyai wakilNya di negara ini.


Siapa wakil Allah SWT di Malaysia ni ?


Siapa lagi kalau bukan YDPA dan Raja2 Melayu.


Saya yakin Allah SWT sudah pasti akan mengirim calun tersebut ke Istana utk mengadap YDPA dan Raja2 Melayu bagi mempersembahkan agenda besarnya utk menyelamatkan agama, bangsa dan negara ini.


Sebagai rakyat yg taat dan setia kpd Rajanya, kita nantikan dgn sabar khabar gembira dari Istana.


Sebagaimana yg pernah saya sampaikan sebelum ini hanya *Titah Di Raja* sahaja yg akan mampu menyelamatkan negara ini. Bukan *mandat rakyat.*


Biarkan org2 politik terus bercakaran sesama mereka. Mereka hanya mahu menyelamatkan kepentingan mereka sahaja bukan kepentingan rakyat dan negara.


Biarkan sahaja...


Manakala anda semua pula, teruskan mengikuti nota2 pendek saya agar anda sentiasa cerdas, terinspirasi dan termotivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.


Dari sahabatmu yg sdg merenung nasib dan masa depan bangsa dan negaranya.



Dato Dr Ramalan Yunus 

28/12/2020

Saturday, 26 December 2020

Reset Malaysia : Melayu Raya

 *Reset Malaysia : Melayu Raya !*


Alhamdulillah, saya di maklumkan oleh seorg sahabat bahawa nota pendek saya yg bertajuk *Indonesia 2021 : Era Sukarno 2.0* telah selamat sampai ke Istana Presiden Indonesia dan barisan kabinetnya.


Juga ke beberapa tokoh besar negara dan tokoh2 Islam di sana.


Mudah2an nota pendek itu yg membawa mesej keamanan dan persatuan di rumah besar umat Islam yg bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah di terima baik oleh semua pihak.


Mudah2an nota pendek itu juga berupaya menjadi dalil dan simbol betapa cintanya kita kpd saudara2 kita yg berada di Indonesia di hadapan Allah SWT suatu hari nanti. InsyaaAllah.


Hubungan yg akrab antara Malaysia dan Indonesia adalah merupakan ancaman besar geo politik dan geo strategi kuasa2 besar dunia.


Ini kerana kedudukan geografi Malaysia - Indonesia yg strategik.


Selain menguasai laluan perdagangan terbesar dunia iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan, kedua negara ini juga merupakan pusat sumber alam yg terbesar di dunia.


Kita memiliki semua jenis sumber alam yg ada di dunia ini.


Namun kelebihan2 tersebut tidak dapat di manfaatkan secara maksimal kerana hubungan akrab itu terus di goyah oleh kuasa2 besar yg berkepentingan secara halus dan licik.


Bayangkan potensi yg boleh di capai sekiranya Malaysia dan Indonesia mampu bekerja sama secara maksimal utk menguasai kedua2 aset strategik tersebut.


Pasti Nusantara berupaya menjadi kuasa besar dunia.


Ada sesiapa yg masih ingat dgn *Gagasan Melayu Raya - Maphilindo ( Malaysia - Filipina - Indonesia )* melalui *Deklarasi Manila* tahun 1963 ?


Tak tahu di mana silapnya, gagasan tersebut memudar dan malah menimbulkan *konfrontasi* antara Malaysia dan Indonesia.


Sukarno melaungkan slogan *Ganyang Malaysia* kerana mendakwa Malaysia adalah tajaan dan boneka Imperialis.


Di ambang tahun 2021 ini, tahun bermulanya agenda *The Great Reset 2021* tajaan para elit global maka sewajarnya kita semua baik di Malaysia dan Indonesia merenung dan menilai kembali hubungan antara dua negara ini.


Hubungan ini penting bagi menjamin *survival* dan kedaulatan kedua-dua negara pasca Covid 19.


Bukankah dgn aset2 strategik yg kita miliki dapat di jadikan sebagai modal utk kita melakukan tawar menawar dgn kuasa2 besar yg lain dgn cara yg lebih elegan atau bergengsi kata org Indonesia ?


Jadi semua pihak harus memainkan peranan utk mempertingkatkan hubungan tersebut ke tahap yg maksimal.


Wujudkan secara bersama sebuah platform utk membangun kan sistem monetari, kewangan dan perdagangan yg mandiri. Bebas dari kongkongan kuasa2 besar.


Gunakan formula *Modern Monetary Theory @ MMT + Geo Politik + Geo Ekonomi + Geo Strategi.*


Apa salahnya kita laungkan sekali lagi *Gagasan Melayu Raya - Maphilindo ( Malaysia - Filipina - Indonesia )* ini ?


Saya yakin, pasti akan bangkit satu kuasa besar baru dari rantau ini. InsyaaAllah.


Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di goda, di pujuk, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat dan dunia.*


Ada kawan yg menasihati saya, janganlah asyik berangan-angan lagi. Gantikanlah dgn sesuatu yg di lihat lebih *serious* lagi.


*OK*


Jadi pagi ini dgn penuh bersemangat, saya tukar *kalimat sakti* penutup nota saya.


Dato Dr Ramalan Yunus 

Dari sahabatmu yg mulai merenung dgn tajam nasib dan masa depan bangsanya. Ok?

Friday, 25 December 2020

Reset Malaysia : Sovereign Wealth Fund

 *Reset Malaysia : Sovereign Wealth Fund.*


Sedih dan sgt mengecewakan apabila viral isu *cop halal* di salah gunakan utk mengimport daging yg tidak halal.


Dan lebih malang lagi di dakwa ianya sudah berlaku hampir 40 tahun.


*Nauzubillahi min zalik.*


Kesemua mereka yg terlibat dlm sindiket seperti ini perlu di bawa ke muka pengadilan dan di berikan hukuman yg paling berat.


Ini bukan isu main2. Semua pihak perlu tegas dlm perkara seperti ini.


Seluruh umat Islam wajib bersedih dan marah dgn isu seperti ini.


*Halal @ Halalan Toiyibban* adalah perkara paling utama dlm kehidupan seorg Muslim.


Sebagai sebuah negara Islam, menjadi tanggung-jwb utama negara utk memastikan bahawa ianya dapat di tegakkan dan di laksanakan.


*Baik dari segi makanan, monetari, kewangan, perdagangan dan termasuk berpolitik.*


*Semuanya wajib halal !*


Sampai bila soal makanan *Halal dan Riba'* harus di pandang ringan terutamanya dlm sebuah negara Islam ?


Apakah kita lupa atau buat2 lupa bahawa seluruh kehidupan kita akan di pertanggung-jawabkan suatu hari nanti di depan Allah SWT ?


Sampai bila kita akan mendengar lagi aset2 yg kononnya milik umat Islam di lelong bila pentadbiran negara bertukar tangan ?


Sampai bila kita masih lagi mahu mendengar isu rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan penyelewengan terus berlaku di negara ini ?


Pengkhianat2 negara ini wajib di berikan hukuman yg paling berat sebagai pelajaran utk generasi yg akan datang.


Pada saat rakyat sudah kehilangan keyakinan kpd semua institusi2 negara maka wajib bagi kita utk menubuhkan sebuah lembaga @ badan yg di bawah pengawasan Majlis Raja2 Melayu utk mempertahankan semua kepentingan umat Islam dan negara ini.


*Sovereign Wealth Fund @ SWF* wajib di tubuhkan dgn kadar segera.


Ini asas utk membina negara dgn menggunakan formula *MMT + Geo Politik + Geo Ekonomi + Geo Strategi.*


Inilah platform utk membangunkan,


*1. World Islamic Digital Hub.*

*2. World Islamic Monetary and Financial System.*

*3. World Islamic Trade Center.*

*4. World Islamic Food Bank.*


Ini yg sepatutnya jadi *Visi dan Misi* kita pasca Covid 19 ni kalau kita nak jadi sebuah negara bangsa yg unggul di persada dunia.


Mengutip kata2 sahabat saya, Papagomo, *'' kalau bukan sekarang bila lagi ? Kalau bukan kita siapa lagi ? "*


Pagi ini saya tak ada mood nak berceloteh. Saya tgh berangin dgn isu daging import yg tak halal dan isu vaksin Covid 19 yg tak tentu hujung pangkalnya.


Kalau dah susah sgt nak cari calun Menteri Agama yg sesuai, hubungi saya. Saya kenal calun2 yg sesuai utk di lantik sebagai Menteri Agama.


Saya dah pernah menulis soal tanggung-jwb seorg Menteri Agama di negara ini. InsyaaAllah saya kenal calun2 yg sesuai.


Jangankan calun Menteri Agama yg sesuai, calun Perdana Menteri yg sesuai pun saya dah ada.


Tapi kpd yg berangan-angan nak jadi PM tu jgn risau la. YDPA bukan nak panggil saya dan minta cadangan dari saya pun.


Saya ni rakyat marhaen. Jangankan YDPA, PM atau Menteri, wakil rakyat pun tak sudi nak bertandang ke rumah saya.


*No worries ok....*


Sebab itu saya tak menulis kpd mereka. Saya cuma menulis kpd sahabat2 WAG saya sahaja.


Jadi teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di goda, di pujuk, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat dan negara ini.*


Biarpun nota2 saya pendek tetapi ia tetap elegan dan *mind blowing.* Nilai, kualiti dan hak cipta yg tetap di pelihara. InsyaaAllah.


Dato Dr Ramalan Yunus Dari sahabatmu yg tgh kehilangan mood utk berangan-angan.

Thursday, 24 December 2020

Reset Malaysia: Ancaman sebenar Yg Perlu Kita Ketahui

 *Reset Malaysia : Ancaman Sebenar Yg Perlu Kita Ketahui.*


Hampir 100 tahun kita di perbodoh-bodohkan oleh para elit global.


Kita di asuh dgn pelbagai doktrin melalui *common education system* yg di promosikan oleh mereka semenjak tahun 1930an lagi.


Kita terus di giring ke satu hala tuju yg entah ke mana. Terus di pupuk secara halus dgn segala propaganda melalui pelbagai media yg di kuasai oleh mereka.


Laksana haiwan ternak kita di buat tidak berkutik utk terus mematuhi segala kehendak dan kemahuan mereka.


Kita di paksa secara halus utk bekerja siang dan malam utk membayar segala macam hutang piutang kita sehingga ke akhir hayat kita.


Kita di sibukkan utk membayar hutang pelbagai barang isi rumah, kenderaan dan tempat tinggal kediaman kita.


Kita terus di buat sentiasa berhutang dan sentiasa sibuk dgn sistem monetari, kewangan dan perdagangan mereka.


Semua itu demi memuaskan nafsu serakah mereka yg tidak pernah puas dgn apa yg telah mereka miliki.


Mereka bermain dan terus mempermain -mainkan kehidupan kita agar kita terus lupa dgn maksud dan tujuan sebenar kita hidup di atas muka bumi ini.


Kita terus di sibukkan dgn pelbagai krisis, politik, ekonomi, sosial dan alam sekitar yg di munculkan secara sistematik sehingga kita merasakan bahawa semua itu adalah normal. Dan itulah kehidupan kita.


Dan yg paling menarik sebagai umat Islam, byk perkara yg mereka promosikan kita halalkan atas nama demi *kemaslahatan umat.*


Yg terbaru fatwa dari Menteri Agama yg kononnya vaksin adalah harus dan wajib di gunakan bagi kelompok sasaran.


Malas nak ulas. Bagilah para ulamak dan para asatizah yg ulas.


Krisis terbaru dan yg sdg kita hadapi adalah pandemik Covid 19.


Kita di buat utk mempercayai bahawa pandemik Covid 19 adalah krisis kesihatan yg mengancam nyawa manusia. Risikonya adalah kematian. Dan solusinya adalah suntikan vaksin.


*Sederhana sekali naratifnya.*


Dan naratif yg sederhana ini di telan bulat2 tanpa berfikir panjang oleh sebahagian besar org.


Benarkah sesederhana itu naratif satu peristiwa yg membentuk satu fenomena yg luar biasa ?


Byk yg telah saya ulas mengenai fenomena ini melalui nota2 pendek saya. Sebab, kesan dan tujuan fenomena ini di terbitkan.


Dan kali ini saya hanya ingin menyatakan bahawa Covid 19 bukan ancaman sebenar kpd kehidupan kita.


*Ancaman sebenar adalah kerajaan. Jentera yg mengurus dan mentadbir kehidupan kita semua.*


*Pandemik Covid 19 menunjukkan secara jelas kpd kita bahawa tidak ada satu pun kerajaan di dunia ini yg boleh di percayai.*


*Mereka tidak memperjuangkan kepentingan rakyat. Mereka bermati-matian memperjuangkan kepentingan para elit global.*


*Wow ! What a mind blowing statement...*


Biasalah. Nota2 pendek saya memang macam itu. Ringkas, padat, elegan dan yg penting sekali, *mind blowing.*

😀😎


Saranan saya kpd anda semua. Buat homework. Buat kajian. Cari segala macam data, fakta dan bukti utk menyokong kenyataan saya itu.


Jgn biarkan saya yg cari semua itu. Saya nak anda yg semakin pandai. Bukan saya. Saya dah tua. Rumah kata pergi kubur kata mari.


Jgn cari segala macam hujah dan alasan utk mematahkan atau membatalkan kenyataan saya itu.


Kenapa ?


Sebab anda dan saya ni sama. Kita ni sama2 marhaen. Kita ni golongan majoriti. *The stakeholders.* Golongan yg paling terkesan dgn fenomena ini.


Apa untungnya anda menyokong kerajaan dan para elit global ?


Anda patut menyokong saya. Org yg prihatin dgn nasib golongan kita. Org yg terus berjuang demi kepentingan kita semua.


Betul tak ?


Jadi mulakan inisiatif anda utk mengali segala data dan fakta utk menyokong kenyataan saya bukan menyanggah kenyataan saya.


Jgn biarkan saya berhujah seorg diri utk menyokong kenyataan saya. Anda semua harus berhujah bermati-matian utk menyokong kenyataan saya itu.


Kita jaga kita. Kita perjuangkan kepentingan kita bersama-sama. Kita perjuangkan apa yg sepatutnya menjadi hak kita. Ini kata kuncinya.


Lainlah halnya kalau kerajaan hari ini bagi kita RM 50 ribu atau RM 100 ribu setahun selama 5 tahun utk memulai kembali kehidupan kita yg dah hancur bancai ini.


Memang wajarlah anda sokong mereka.


Ini nak keluarkan duit KWSP dan nak minta moratorium pun setengah mati lagi nak cari macam2 alasan utk menyanggah kenyataan saya...


Kan tak masuk akal...


Sebab itu saya sarankan supaya anda semua buat kajian utk menyokong kenyataan saya. Itulah perkara yg paling masuk akal pada waktu ini.


Jgn biarkan kita semua kena *total lockdown* sekali lagi dan kena paksa utk di suntik dgn vaksin yg kita tak tau telah di perbuat dari apa.


Banyak perkara yg meragukan mengenai vaksin yg telah di kongsikan oleh para netizen kpd kita.


Netizen bukan penyebar *hoax.* Penyebar *hoax* yg sebenar adalah kerajaan. Kerajaan yg memiliki jentera propaganda yg paling sempurna utk menyebarkan *hoax.* Bukan netizen.


Pesanan saya ini *valid* sehingga ia benar2 di buktikan sebaliknya.


Bila kenyataan saya itu sudah boleh anda terima dan anda hadam dgn sebaik mungkin maka percayalah bahawa agenda reset dlm diri anda sudah bermula.


Apabila agenda reset anda sudah bermula maka kehidupan baru anda juga sudah bermula.


Tahun 2021 akan bermula tidak lama lagi. Tahun 2021 adalah tahun agenda *The Great Reset 2021* tajaan para elit global.


Tujuannya adalah utk *global monetary reset and the implementation of digital currency and digital heath passport.*


Kita sdg dlm fasa terakhir *The New World Order* ke arah mewujudkan *Totalitarian One World Govt.*


Ayuh, sama2 kita reset diri kita, keluarga kita, masyarakat, negara dan dunia. Kita reset dgn versi kita. Bukan versi para elit global.


Sumber reset kita adalah Al Quran, Sunnah, Qias dan Ijmak para ulamak.


Bukan *UN, WHO, World Bank, IMF, WEF dll.* Jgn sesekali jadikan mereka ini sumber rujukan kita. Mereka adalah proksi2 para elit global.


Lembaga2 swasta yg di biayai oleh para elit global utk mengatur dunia.


Saya boleh berhujah panjang lebar utk membuktikan kebobrokkan dan kebejatan mereka. Tetapi apa faedahnya ?


Bukankah lebih baik utk berhujah panjang lebar demi membina sebuah kehidupan baru di luar indoktrinasi dan propaganda para elit global ?


Jadi, jgn lupa dgn saranan saya di atas. Buat homework utk menyokong kenyataan saya demi kepentingan kita bersama.


Kita tidak harus berseberangan dlm perkara2 dasar utk bernegara secara cerdas. Terutamanya dlm soal membentuk sebuah pasukan eksekutif utk mentadbir kehidupan kita dan negara kita.


Kita sudah letih dgn aksi dan prestasi buruk pasukan eksekutif yg di bentuk oleh parti2 politik.


*Sudah sampai masanya doktrin dan formula yg merugikan kita dan negara kita ini di ubah.*


Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Setia bersama saya demi satu harapan, impian, keyakinan dan sebuah dunia baru.


Dato Dr Ramalan Yunus 

Dari sahabatmu yg suka berangan-angan di waktu pagi.

Sunday, 20 December 2020

Reset Malaysia : Panggilan Jihad Bangsa Berdaulat

 *Reset Malaysia : Panggilan Jihad Bangsa Berdaulat.*


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana mempernankan doa2 hamba2Nya yg sdg kelemasan akibat onar manusia2 durjana.


Terus bermunculan satu persatu tokoh2 masyarakat yg sudi meletakkan tangan2 mereka pada batu asas *Agenda Reset Malaysia.*


Kali ini seorg tokoh gerakan sosial dan penulis terkenal iaitu *Tun Suzana Othman* pula yg tampil kehadapan. 


Beliau juga turut mendendangkan lagu baru sebuah bangsa berdaulat *Reset Malaysia.*


Semoga selepas ini akan lebih ramai lagi tokoh2 politik, ekonomi dan gerakan sosial tampil ke hadapan mendendangkan lagu baru ini.


Bagi seluruh rakyat Malaysia yg terus setia mengikuti setiap nota2 pendek angan2 saya *Agenda Reset Malaysia,* saya ucapkan terima kasih dari lubuk hati kami yg paling dalam kerana sudi menyerap aspirasi kami rakyat marhaen *yg sdg bernafas seperti dalam lumpur.*


Kami sdg kelemasan. Kehidupan kami selama ini di landa dgn pelbagai kesengsaraan dan penderitaan. Plandemik Covid 19 menambahkan lagi kesengsaraan dan penderitaan kami.


Kami tidak mengharapkan bulan jatuh keribaan kami. Kami hanya mengharapkan hak kami utk menjalani kehidupan kami sebagai umat yg beragama dan sebagai *hamba2 yg berTuhan.*


*Agenda Reset Malaysia* adalah satu panggilan jihad buat bangsa berdaulat ini. Jihad utk kembali ke landasan yg sebenar. Landasan yg lurus utk menuju ke pangkuan rahmat dan keredhaan Allah SWT.


Landasan yg telah di ikuti oleh para Nabi, Rasul dan org2 soleh yg terdahulu.


Kebangkitan Islam dari Timur. Kebangkitan Khalifah Akhir Zaman. Turunnya Nabi Isa As. Kemakmuran dan kesejahteraan sejagat, itu bukan janji saya. *Itu isyarat Nubuwwah dari Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW.*


*Itu takdir yg telah di tetapkan oleh Raja segala Raja, pemilik sekelian alam iaitu Allah SWT.*


Allah SWT tidak memerlukan pertolongan kita utk menunaikan janji2Nya kpd umat manusia amnya dan kpd golongan yg beriman dan bertaqwa khususnya.


Janji Allah itu benar ! Janji Allah itu pasti !


Dan buat kita semua selaku hamba2Nya yg byk dosa dan telah berbuat kerosakkan yg byk di atas muka bumi, inilah kesempatan terbaik buat kita. Kesempatan utk menebus segala dosa2 kita dan utk mendapatkan keampunan dan keredhaanNya.


Ayuh kita bangkit. Bangkit beramai-ramai. Singsing lengan baju kita. Kita sahut panggilan jihad ini.


Suka atau tidak suka, angin perubahan akan tetap bertiup kencang. Jgn biarkan angin tersebut meniup kita utk hanyut lebih jauh ke dlm perangkap musuh.


Ayuh kita persiapkan jiwa raga kita utk memenuhi sebuah panggilan jihad.


Ayuh kita persiapkan jiwa raga kita utk berkorban segalanya bagi sebuah perjuangan utk menuntut keampunan dan keredhaan Illahi.


Perjuangan yg menjanjikan kita dgn kemenangan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.


Luruskan niat kita. Luruskan barisan kita.


Kita tunjukkan kesiap siagaan kita kpd Raja2 Melayu. Kita tunjukkan ketaatan dan kesetian kita kpd Raja dan Negara.


Kita junjung tinggi kedaulatan Agama, Bangsa, Raja dan Negara.


Lupakan politik kepartian. Politik kepartian hanya memecah belah dan menghancurkan kita.


*Agenda Reset Malaysia* melangkaui batas politik kepartian dan melangkaui batas negara.


Formulanya, *Modern Monetary Theory @ MMT + Geo Politik + Geo Ekonomi + Geo Strategi.*


Visi dan Misinya, *Transformasi Malaysia 2050* - *Malaysia sebagai single platform digital, monetari, kewangan dan perdagangan umat Islam seluruh dunia.*


Teruskan mengikuti nota2 pendek angan2 saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga anda, masyarakat dan seterusnya negara ini* dgn nota2 tersebut.


Dato Dr Ramalan Yunus 

Dari sahabatmu yg suka berangan-angan di waktu pagi.

Reset Malaysia : Mulakan Dgn Diri Kita Dahulu

 *Reset Malaysia : Mulakan Dgn Diri Kita Dahulu.*


Ada yg bertanya kpd saya, kenapa *Reset Malaysia* perlu reset diri sendiri dulu ?


Bagi saya ini soalan yg cukup baik dan soalan yg cukup mendasar.


Utk makluman semua, *Agenda Reset Malaysia* adalah satu gerakan massa utk melakukan *revolusi akhlak* di seluruh dunia dgn melakukan perubahan kpd diri kita sendiri terlebih dahulu.


Akhlak manusia berperanan besar utk mencapai kesejahteraan baik di dunia mahu pun di akhirat.


Akhlak penting utk diri sendiri, utk berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.


Akhlak penting dlm berkerjaya, berurus niaga dan berpolitik.


Akhlak juga penting dlm mempertahankan nilai2 moral, etika dan kepatuhan terhadap undang-undang negara.


Segala-galanya tentang kehidupan berpaksi kpd akhlak yg mulia.


Segala kerosakan dan masalah yg berlaku pada hari ini adalah akibat drpd akhlak yg buruk.


Segala yg di sifatkan sebagai maksiat dan kemungkaran adalah merupakan perbuatan yg mencerminkan akhlak yg buruk.


Akhlak yg mulia adalah budi pekerti yg luhur. Ajaran dari para Nabi sejak zaman berzaman dan di sempurnakan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW.


Covid 19 membawa perubahan besar kpd kehidupan seluruh manusia. Ia datang bersama ancaman dan peluang baru.


Ilmu dan kepakaran baru tidak akan menjamin kesejahteraan buat umat manusia tanpa akhlak @ budi pekerti yg luhur dan mulia.


Ini wajar di fahami oleh semua pihak dan di titik beratkan.


Sebagai golongan marhaen yg serba kekurangan dan byk kelemahan, kita tidak mampu mengubah org lain. Baik mengubah keluarga, masyarakat dan apatah lagi negara.


Jadi yg terbaik adalah membuat perubahan pada diri kita sendiri terlebih dahulu.


Apabila diri kita sudah berubah, insyaaAllah dunia di sekeliling kita juga akan turut berubah.


Perubahan yg di tuntut adalah utk kembali kpd fitrah manusia itu sendiri. Fitrah manusia yg berasal dari roh yg suci, mulia dan terpuji. 


Bebas dari sebarang aib, cela dan kekotoran.


Hanya Islam yg mampu mengembalikan manusia kpd kesucian dan kemuliaan sebagaimana fitrahnya yg azali.


Islam adalah cara hidup @ tata cara yg lengkap dan sempurna dlm mengatur kehidupan manusia. 


Islam mengatur kehidupan manusia dari mulai melangkahkan kaki masuk ke dlm tandas sehinggalah kpd mengatur pentadbiran dan perjalanan sebuah negara.


Begitu terperinci sekali Islam mengatur kehidupan manusia. Baik secara peribadi, berkeluarga, bermasyarakat dan juga dlm bernegara.


Dlm tempoh 1400 tahun ini adakah lagi ajaran2 lain yg lebih lengkap dan lebih sempurna dari Islam ?


Jawapannya sudah pasti tidak ada. Tidak ada yg lebih lengkap dan lebih sempurna dari Islam.


Baik dari segi Aqidah, Syariat mahu pun Akhlaknya. Bahkan dlm soal tanda2 akhir zaman @ tanda2 hari Kiamat.


Tanda2 yg kecil mahu pun tanda2 yg besar.


Buktinya, tidak ada agama lain yg mengajar umatnya bagaimana utk berdepan dan menghadapi wabak @ pandemik sebagaimana yg sdg kita hadapi pada hari ini.


Kalau sudah begitu kenapa masih mahu terus mengingkari Islam ?


Kenapa masih mahu terus menolak Islam ?


Jadi adalah menjadi kewajipan bagi kita semua, baik diri kita, keluarga, masyarakat dan negara utk kembali kpd Islam agar seluruh umat manusia dapat hidup aman dan sejahtera di dunia ini.


*Tidak ada pilihan lain selain Islam sebagai cara hidup utk mencapai keamanan dan kesejahteraan sejagat.*


Dan sumbernya tidak lain dan tidak bukan adalah dari *Al Quran, Sunnah, Qias dan Ijmak Para Ulamak.*


Ini wajib di terima dan di sepakati secara khusus mahu pun secara umum oleh semua pihak.


Sebarang perlanggaran atau pengingakaran terhadap kesepakatan ini adalah merupakan *ancaman besar kpd kebenaran, keadilan, keamanan dan kesejahteraan sejagat* yg menjadi impian dan cita2 semua pihak.


Oleh itu, marilah sama2 kita perbaharui kesedaran dan kefahaman kita utk kembali berpegang teguh dgn Kalimah Tauhid iaitu,


*La ilaha ila Allah. Muhammadar Rasulullah.*


Tidak ada lagi ideologi, dogma atau doktrin yg lebih tinggi dan mulia selain dari itu.


Itulah puncak kewarasan dan kebijaksanaan sejati @ *the greatest wisdom of all time.*


Dari situlah segala perubahan ini wajib di mulakan. Dari titik kebenaran yg sejati.


Kebenaran yg mutlak dan hakiki. Berdiri dgn sendiri. Kekal utk selama-lamanya.


Bukan titik yg selain dari itu.


Abad ke 21 pasca Covid 19 adalah abad kebangkitan Islam.


Abad kebangkitan *Khalifah dan Khilafah Akhir Zaman* dan *turunnya Nabi Isa AS* sebelum dunia sebagai pentas terbesar utk manusia beraksi dan berprestasi melabuhkan tirainya.


Inilah saat yg di tunggu2 oleh para pencinta kebenaran, keadilan, keamanan dan kesejahteraan.


Kebangkitan itu sudah bermula....


Semoga kita semua dapat menyaksikan satu gelombang kebangkitan yg cukup hebat di sepanjang sejarah manusia.


Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga anda, masyarakat dan negara ini* dgn nota2 pendek tersebut.


Dato Dr Ramalan Yunus 

Dari sahabatmu yg suka berangan-angan di waktu pagi.

Wednesday, 16 December 2020

Rest Malaysia : Bajet 2021 Lulus

 *Reset Malaysia : Bajet 2021 Lulus !*


Pada akhirnya *bajet yg paling kontroversi dlm sejarah* lulus di parlimen Malaysia pada hari Selasa, 15/12/2020.


Harapan sebahagian besar rakyat Malaysia utk melihat bajet tersebut di tolak hanya tinggal harapan.


Ramalan pengamat politik terkenal Dato Lokman Nor Adam utk melihat kerajaan PN tumbang juga ternyata meleset.


Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li tetap teguh mempertahankan pandangannya yg menilai bahawa kerajaan PN tidak mempunyai keabsahan utk membentangkan baget tersebut.


Manakala DS Najib @ BossKu dan BN di lihat seperti menyokong dlm paksa kerana terus memiliki komitmen utk menarik sokongan dari kerajaan PN.


Semua pihak punya justifikasi sendiri. Kebenaran terus terendam dlm wilayah pembenaran.


*Apa lagi yg boleh di harapkan dari sebuah kerajaan yg gagal menyerap aspirasi rakyat dan gagal melihat masalah secara objektif.*


Bajet 2021 terus kekal dlm catatan politik negara sebagai *talian hayat* kpd Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Yg pasti kemelut politik belum berakhir. 


Bagi golongan yg berjiwa *Kucing Siam* akan menerima apa saja yg suguhkan oleh kerajaan.


Berbeza dgn golongan yg berjiwa *Harimau Belang.* Mereka akan terus berjuang utk memastikan yg terbaik buat rakyat dan negara ini.


Ini akan membuatkan peristiwa2 politik yg bakal berlaku pasca baget 2021 semakin menarik utk di amati dan di ikuti.


Saya pula yg sudah mulai selesa dgn norma baru saya iaitu berkongsi angan2 saya di waktu pagi akan meneruskan rutin tersebut. Doakan semoga sumbangan yg tidak seberapa itu dapat menjadi asbab utk meraih keampunan dan keredhaan dari Allah SWT buat diri saya dan keluarga.


Angan2 sebuah *Agenda Reset Malaysia* yg mengajak rakyat Malaysia utk bernegara secara cerdas di Abad ke 21 pasca Covid 19.


Kita teruskan *Agenda Reset Malaysia* dgn memulainya dari diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan seterusnya negara kita.


Agenda Reset Malaysia adalah *Revolusi Akhlak* yg di anjurkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW sejak lebih 1400 tahun dahulu.


Modalnya bukan Bajet 2021 tetapi iman dan taqwa.


Matlamatnya bukan membangun gedung2 pencakar langit tetapi utk menempah tiket ke Syurga.


Perjuangan utk menegakkan kebenaran bukan pembenaran.


Jgn di sia-siakan darah, keringat dan airmata utk memperjuangkan sesuatu yg bathil.


*Khusnul Khatimah @ kesudahan yg terbaik* hanya dapat di capai dgn menegakkan prinsip *amar maaruf nahi mungkar.*


Pesanan politik dari *Gedung Kekuasaan Rakyat @ Parlimen Malaysia* semalam adalah, *" Kamu berdirilah atas kaki kamu sendiri. Kami tidak berupaya menegakkan keadilan dan kesejahteraan buat kamu. "*


*Its ok.* Kita ada Allah. 


Gantungkan segala impian dan harapan kita kpd Allah SWT. Allah SWT pemilik sekelian alam. Pemilik hari akhirat. Pemilik Syurga dan Neraka. Bukan parlimen Malaysia.


Wahai Harimau2 Malaysia, teruskan perjuangan. Selagi hayat di kandung badan, teruskan melangkah. Rahmat Allah SWT sentiasa ada buat kita semua.


Teruskan berdoa dan berusaha.


Dato Dr Ramalan Yunus 

Dari sahabatmu yg suka berangan-angan di waktu pagi.

Monday, 14 December 2020

Reset Malaysia

 *Reset Malaysia : When The Tiger Began To Roar...*


Masyaallah... Tak ada angin tak ada ribut, tup-tup dua org Tokoh Negara duduk bersama menghadap khalayak Malaysia dlm satu Sidang Media semalam, Isnin 14/12/2020.


Laksana terdengar ngauman Sang Harimau dari Banjaran Titiwangsa. Gegak gempita satu negara di buatnya.


Satu peristiwa politik yg luar biasa terjadi. Dua tokoh politik paling senior yg berseteru selama ini duduk bersama utk menyampaikan pesan baru buat seluruh rakyat Malaysia.


*Sidang Media Tun Dr Mahathir Mohamad @ Tun M dan Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li.*


Luar biasa...


Bagaikan dua org *Laksamana Melayu* yg gagah berani mereka tampil di depan khalayak melakar aspirasi, *" we're gonna save this country. Politically, economically. "*

Wow ! Memang luar biasa.


Benarkah negara ini masih memerlukan mereka utk menyelamatkannya ?


Sebagaimana yg selalu saya sampaikan, *masalah yg luar biasa memerlukan solusi yg luar biasa.*


Apakah ini pertunjuknya ?


Kalau benar, ini satu tamparan hebat buat para pemimpin politik yg ada yg lebih muda dari mereka yg asyik sibuk berkelahi berebut jawatan dan khazanah negara.


Sukarno memilih di berikan sepuluh org pemuda utk mengegarkan dunia.


Kita pulak perlukan dua org yg paling senior utk menyelamatkan negara.


Dunia memang dah terbalik....


Tapi inilah yg namanya luar biasa. Sesuatu yg tidak pernah kita jangka dan kita lihat.


Macam sdg menyaksikan  ahli silap mata terkemuka si *David Copperfield* membuat *persembahan yg dramatik.*


Luar jangkaan ? Memang. Dramatik ? Ya betul. Apa yg pasti ini satu lembaran baru buat negara. Satu norma baru utk melakar sejarah baru negara.


Apakah *Agenda Reset Malaysia* sudah menemui *Gerbang masuknya ?*


Ini yg kita ingin lihat.


*" Bring out the tiger in you ! "* pesan Ku Li.


Ayuh ! Sekelian *Harimau2 Malaya,* sahut cabaran. Berhenti jadi *Kucing Siam.*


*Its war time !* Mari kita beramai-ramai turun dari Banjaran Titiwangsa. Kita hapuskan segala anasir2 yg sdg mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara.


Kita tegakkan keadilan dan kesejahteraan utk semua.


Kita bangsa yg hebat dan berdaulat. Sudah sampai masanya utk kita mempamirkan kedaulatan dan kehebatan kita kpd seluruh penghuni dunia.


Dunia memang utk org muda namun berikanlah peluang kpd *the ancient wisdom* utk memandu kita semua.


Saya yg sudah beruban ini pun terasa muda kerana di pimpin oleh mereka yg jauh lebih berusia dari saya.


Saya sendiri terpanggil utk membuktikan pada diri saya, apa yg ada di dalam diri saya. *Harimau Belang atau Kucing Siam .*


Kpd seluruh rakyat Malaysia, di mana jua anda berada, inilah masanya. Mari kita berdiri teguh di belakang Tun M dan Ku Li.


Mari kita bersama-sama dgn mereka utk membina satu impian dan harapan baru dgn sebuah keyakinan baru.


Kita masih memerlukan pengalaman dan kebbijaksaan mereka utk memandu kita semua menuju *Malaysia Baru* pasca Covid 19.


Saya sentiasa berpegang kpd doktrin, *musibah sentiasa datang bersama rahmah.* Lagi besar musibah lagi besar rahmah. Ayuh kita ambil rahmah dari apa yg sdg berlaku.


Kita lupakan segala persengketaan lalu. Sama2 kita melakar satu sejarah baru buat negara.


Kita mulakan dari *rock bottom.* Kita bina kembali negara kita menurut lunas2 yg telah di tetapkan oleh Rukun Negara dan Perlembagaan Negara.


Kita bina kembali negara kita dgn iman dan taqwa kpd Allah SWT. Itulah gunung emas kita. Modal yg paling ampuh utk mengamit keampunan dan redha Allah SWT.


Saya yakin, kebangkitan Islam di akhir zaman itu akan bermula dari negara kita. Dan menurut saya, inilah masanya.


*Lets do it ! We put up a dramatic performance for the world just like what David Copperfield did.*


Inilah barisan kita

Yg ikhlas berjuang

Siap sedia berkorban

Utk Ibu Pertiwi...

Thursday, 10 December 2020

Reset Malaysia : Istana Murka

 *Reset Malaysia : Istana Murka !*


Menghayati bait-bait *Titah* KBDYMM SPB Sultan Perak, terang dan jelas, baginda murka dgn apa yg sdg berlaku.


Apa lagi yg nak di kata....


Akibat dari kebebalan dan kedunguan para pemimpin kita kerana tidak faham bahasa isyarat dari Istana, kali ini Istana berterus terang.


Istana tidak lagi menghantar isyarat tetapi menzahirkan kemurkaan secara terang dan jelas.


Saya sudah sampaikan bahawa PM Malaysia, TSMY sudah kehilangan keyakinan dari Istana. Dan Istana juga sudah memberikan isyarat bahawa sudah ada calun yg sesuai utk mengantikannya.


Dan saya secara terbuka mengesa beliau utk meletak jawatan dgn kadar segera. Namun itu tidak berlaku.


Kali ini, Istana sudah berterus terang. Bukan lagi isyarat tetapi *Titah Murka.*


Ini sesuatu yg cukup mengaibkan kita semua sebagai org Melayu.


Kalau tak faham lagi, lebih baik pencen dari menjadi org Melayu !


Wahai para pemimpin semua....


*The idea of* Perikatan Nasional ke, Muafakat Nasional ke... Tlg faham satu perkara, *it doesn't worked !*


Bubarkan parlimen dan serahkan kembali kpd budi bicara YDPA dan Majlis Raja2 Melayu.


Itu saja pilihan yg ada utk kita menebus kembali segala kekhilafan kita.


Raja2 Melayu adalah Ketua Negara/Negeri dan Ketua Agama. Ini fakta bukan auta !


Politik di bawah mereka bukan di atas mereka.


Apa maksudnya apabila Tuanku Bertitah, *" Sifat sebenar insan akan terserlah apabila seseorg itu mendapat jawatan dan kuasa. Betapa kata sudah tidak lagi di kota atau kata bertukar nada, berlainan irama. Bersedia mengatakan yg hitam itu putih atau yg putih itu hitam. "*


Aduh ! Bisanya.... Tak sanggup nak meneruskan lagi menulis bait-bait *titah* tersebut.


Nauzubillahi min zalik !


Di mata Istana kita sudah tidak ada lagi integriti. Tidak ada moral. Tidak ada etika dan tidak lagi menghormati undang-undang. 


Sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa dan harta.


MasyaAllah....


Sebab itu saya nyatakan di awal tadi, kalau masih tak faham jugak, lebih baik pencen dari menjadi org Melayu.


Kalau kita sudah sebobrok itu, sebejat itu di kaca mata Istana, takkanlah kita nak bertahan lagi ?


Bubarkan parlimen, *let's move on....*


*There's nothing personal about it.* Ini soal *survival* sebuah negara bangsa. Tolong ingat sikit. Jangan main- main.


Kalau Istana sudah melihat kita begitu bobrok dan bejat, nak tunggu apa lagi ? Tunduk dan patuh. Letak jawatan. Bagi laluan pada org lain.


Sebagai rakyat sudah terbukti kita gagal membentuk sebuah pasukan yg mampu menzahirkan *kepemimpinan* yg di perlukan utk menerajui negara ini.


Kita serahkan kpd *budi bicara dan kebijaksaan* dari Istana utk membentuk pasukan baru.


Mereka lebih tahu dan mereka lebih arif dari kita semua.


Akui segala kesalahan dan kesilapan kita dan *move on...*


Kita sdg mengalami bencana kemanusiaan yg terbesar dlm sejarah moden manusia.


Manusia sdg di kriminalisasi oleh para elit global. Kekejaman dan penganiayaan yg luar biasa.


Ancaman ini luar biasa. Bencana ini luar biasa. Namun ia juga dtg bersama dgn potensi dan peluang yg luar besar.


Sudah terbukti pasukan yg ada gagal utk menghadapi bencana tersebut. Gagal mengantisipasi ancaman apalagi utk memanfaatkan potensi dan peluang.


*Gagal Total !*


Kita sudah tidak ada masa lagi. Kita perlukan satu kepemimpinan baru dgn kadar yg segera. *Now or never.*


Tunduk dan patuh dgn Raja2 Melayu tidak bermakna kita berfikiran feudal sebagaimana yg masih di fahami oleh segelintir org.


Kita bukan org kafir. Kita org Melayu yg beragama Islam. Mentaati pemimpin itu kewajipan beragama.


Kan itu *leader centric. Yes, leader centric. So what..?*


Bukankah itu perintah dari Allah SWT, Pemilik sekelian alam ? Allah SWT lebih tahu bagaimana kaedah berjamaah dan bernegara.


Berpegang teguhlah dgn ajaran Islam, InsyaaAllah kita pasti akan selamat dunia dan akhirat.


Dato Dr Ramalan Yunus 

Dari sahabatmu yg suka berangan-angan di waktu pagi.

Sunday, 6 December 2020

The World Order

 *Reset Malaysia : The New World Order.*


Tatanan dunia baru yg di taja oleh para elit global sudah hampir ke kemuncaknya.


Dgn tercetusnya pandemik Covid 19 menandakan bahawa satu era baru sudah bermula.


Era baru *a totalitarian one world govt* yg akan menguasai seluruh umat manusia dgn teknologi sudah bermula.


Saya sudah peringatkan. Kita sdg berada dlm masa peperangan @ *war time.*


Kita bukan berhadapan dgn peperangan perdagangan atau teknologi. Kita sdg berhadapan dgn peperangan psaikologi dan ideologi.


Biarpun kelihatan hanya Amerika dan China yg sdg berperang tetapi jgn lupa bahawa kedua-duanya sepakat. Islam perlu di hancurkan. Hanya Islam yg mampu menghalang cita-cita mereka.


Ini agenda yg paling mengerikan dlm sejarah manusia dan kemanusiaan.


Bagi saya, tidak ada sejarah manusia yg boleh kita pelajari dan kita jadikan pedoman selain dari sejarah para Nabi2.


Bagaimana para Nabi2 berjuang menentang kezaliman dan kemungkaran para pemerintah dan para elit @ oligarki.


Para Nabi2 itu berjuang hanya dgn berbekalkan keimanan kpd Allah SWT.


Ada yg terpaksa membuat kapal di atas gunung, di bakar hidup2, meredah lautan, di telan ikan besar dan ada yg di salib.


Dan sudah pasti sejarah yg paling hebat adalah sejarah perjuangan Nabi besar junjungan kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW.


Dgn berbekalkan iman, mereka tempohi perjuangan mereka yg sarat dgn segala macam kesengsaraan dan penderitaan.


Rasulullah SAW sendiri bukan tidak pernah di tawarkan dua gunung emas namun di tolak oleh baginda. Baginda lebih memilih berjuang dgn iman dan cinta kpd Allah SWT.


Tidak sedikit para sahabat dan umat Islam yg berkorban dan terkorban dlm perjuangan utk menegakkan keadilan dan kebenaran di atas muka bumi ini.


Kini sudah tiba masanya bagi kita semua utk menuruti jejak langkah para Nabi terutamanya junjungan besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW.


Hanya iman sahaja yg akan dapat memberikan kita kekuatan utk menentang segala kebathilan dan kezaliman yg sdg di tebar di seluruh dunia.


Kita sdg di gusur secara perlahan-lahan utk masuk ke dlm kandang yg telah mereka sediakan. Kita bakal di jadikan haiwan ternak mereka.


Covid 19 di jadikan alat utk kita menerima segala ketetapan mereka.


Kita di paksa utk menerima norma2 baru @ *all digital* dlm kehidupan kita.


Vaksin di gunakan sebagai senjata utk memaksa kita menerima *digital health passport* agar kita lebih mudah di kenal pasti dan di kuasai.


Kehidupan kita akan sentiasa di pantau dan di awasi. Sudah tidak ada lagi istilah *privacy* dlm kamus hidup kita.


Segala-galanya akan di tentukan oleh mereka.


Kita sdg menyaksikan cara hidup kita sebagai seorg Muslim yg beriman dan bertaqwa sdg di rampas dan di hancurkan dgn cara yg tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.


Mungkin kita akan merasa takjub dgn perubahan hidup kita yg semakin menyenangkan kerana di pacu oleh teknologi.


Segala-galanya lebih mudah dan lebih pantas.


Tetapi jgn leka dgn nikmat sementara yg di sajikan kpd kita. Semua itu hanya tipuan belaka. Hanya melalaikan kita dari segala kewajipan kita.


Sebagai umat yg beriman kpd Allah SWT dan RasulNya, perkara2 ini tidak boleh kita biarkan berlaku tanpa memberikan sebarang perlawanan.


Mana mungkin kita tunduk dan sujud kepada kebathilan dan kezaliman !


Kita akan bangkit dan berjuang bersama-sama sebagaimana para Nabi2 dan Rasul kita. Kita juga akan berkorban dan terkorban sebagaimana mereka.


Kita juga akan bersedia utk melalui penderitaan dan kesengsaraan demi mempertahankan kebenaran dan keadilan seperti mana mereka.


Kita sedar kita pasti akan menangis dan merintih kerana penderitaan dan kesengsaraan yg bakal kita alami. Namun itu semua jauh lebih baik dari tunduk kpd segala kemungkaran dan kezaliman yg menjadi kemurkaan Allah SWT.


Mana ada perjuangan yg tidak menuntut kpd pengorbanan ? Mana ada pengorbanan yg tidak menyakitkan ?


Namun kita akan terus berjuang dan berjuang sehingga maut memberhentikan kita.


Kemenangan dan kejayaan yg hakiki itu hanya dapat kita capai dgn kematian yg diredhai oleh Allah SWT.


Semoga kita semua dapat berkumpul di akhirat nanti dgn pemimpin yg kita cintai iaitu Rasulullah SAW. InsyaaAllah.


Tidak ada jalan mudah utk meraih keampunan dan mengapai keredhaan dari Allah SWT.


Bersedialah utk menderita dan sengsara atas nama keadilan dan kebenaran demi cinta kita kpd agama, bangsa dan negara kerana Allah SWT.


Dato Dr Ramalan Yunus 

Dari sahabatmu yg suka berangan-angan di waktu pagi.

Friday, 4 December 2020

Reset Malaysia : Hembusan Angin dari Jekyll Island

*Reset Malaysia : Hembusan angin dari Jekyll Island.*


Pernah dengar pasal Jekyll Island ? 


Sebuah pulau kecil di dlm negeri Georgia di Amerika. Tempat berkumpul di hujung minggu ahli2 kewangan satu masa dulu.


Ada satu perjumpaan rahsia yg terjadi di Jekyll Island pada bulan November 1910.


Perjumpaan yg merubah *center of universe.* Merubah peta dunia dan arah dunia hingga ke hari ini.


Perjumpaan rahsia tersebut terus di nafikan oleh mereka yg hadir selama 20 tahun hingga ke tahun 1930.


Amerika berhasrat utk membuat bank pusat di Amerika dan di seluruh dunia.


Awalnya adalah kegelisahan para kapitalis atas kejadian kepanikkan ekonomi yg terjadi pada tahun 1907.


Mereka ingin menambah baik dan meningkatkan lagi keupayaan sistem perbankan. Muncul cadangan utk membangunkan sebuah bank sentral serta penguasaan terhadap matawang yg di terbitkan.


Siapa lagi yg menaja pertemuan sulit itu kalau bukan *Rothschild dan 8 kapitalis* yg bersekongkol dengannya dan di dukung oleh Parti Republikan.


Cadangan utk menjadikan *Federal Reserve* sebagai milik swasta dan mempunyai *hak utk mencetak wang* di tentang dgn keras oleh ahli2 kongres Amerika dari Parti Demokrat.


Pertemuan tersebut secara teknikal tidak membuahkan sebarang hasil kecuali pertentangan yg hebat.


Sama ada di rancang atau kebetulan, 80% dari ahli2 kongres Parti Demokrat ikut tenggelam bersama *Titanic* pada 15 April 1912 di Lautan Atlantic.


Semua org tahu yg *Titanic* adalah sebuah kapal persiaran termoden dan tercanggih waktu itu yg di biayai pembinaannya oleh *Rothschild.*


Biarpun berlaku kekosongan dlm Kongres Amerika akibat kejadian tersebut, cadangan utk menjadikan *Federal Reserve Banking System* terus di majukan dan akhirnya di luluskan dan di tanda tangani secara korum. Sesuai dgn hasrat pertemuan rahsia di *Jekyll Island.*


Matawang dunia sebelum di putuskan di Bretton Woods pada tahun 1944 adalah *Pound Sterling.*


Jadi, *dollar* menguasai dunia adalah *Grand Plan* selama 35 tahun sejak tahun 1910.


Strategi perlaksanaan sistem kewangan pusat @ *central financial system* adalah utk menjadikan *dollar* sebagai matawang dunia mengalahkan *pound sterling* sebagai penguasa dunia.


Perang dunia pertama dan kedua secara *' tidak sengaja '* di manfaatkan oleh Amerika utk menghentam kekuatan Eropah utk di pindahkan ke Amerika termasuk mengeser *pound sterling* utk menjadikan *dollar* sebagai matawang dunia.


Dan segalanya berubah sebagaimana yg telah tercatat dlm sejarah bermula dgn hembusan angin perubahan dari *Jekyll Island* semenjak tahun 1910.


*The Grand Plan that changed America and the rest of the world.*


Plandemik kali ini kelihatannya seolah-olah di gunakan atau mungkin secara kebetulan, *Central Bank Digital Currency @ CBDS @ e-yuan* China utk memukul Amerika dan mengeser *dollar* sebagai mata wang dunia.


Dan sekaligus menobatkan China sebagai negara Abad ke 21 mengantikan Amerika.


Di zaman skrg, *whether you like or not,* sebutlah apa namanya, *dollar or yuan, cash is king !*


Banyak yg perlu kita amati dan pelajari dlm siri bernegara secara cerdas dlm perjalanan kita utk membina sebuah negara bangsa yg unggul di persada dunia.


Reset Malaysia bermula dgn diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Lakukan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.


Kpd sahabat2 saya para perjuang *sovereign monetary system,* teruskan perjuangan kalian. Tidak ada jalan mudah utk mencapai kejayaan.


Kalau *Rothschild* boleh kenapa kita tidak. InsyaaAllah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.


Tulisan pagi ini utk kalian para perjuang *sovereign monetary system.*


Dari sahabatmu yg suka berangan-angan di pagi hari  

Tuesday, 10 November 2020

*Habib Rizieq Shihab dan Revolusi Akhlak*

 *Habib Rizieq Shihab dan Revolusi Akhlak*


Semalam, 10/11/2020, Habib Rizieq Shihab seorg ulama besar dan pemimpin jemaah Front Pembebasan Islam telah selamat kembali ke Indonesia. Beliau kembali ke Indonesia setelah hampir 4 tahun bermastautin di Mekah.


Kepulangannya di sambut oleh ratusan ribu atau mungkin jutaan para penyokongnya di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta.


Sambutan hebat dan luar biasa masyarakat Indonesia kpd HRS, menunjukkan bahawa beliau adalah seorg tokoh yg sgt di hormati, di kasihi dan di sayangi di Indonesia.


Kita sdg menyaksikan pamor @ aura kehebatan seorg yg layak di gelar sebagai *Murobbi Umat* di zaman kita ini.


Kepulangan HRS ke Indonesia dgn seruan *Revolusi Akhlak* menyuntik satu optimisme baru kpd sebahagian besar masyarakat Indonesia. Seruan yg menjadi penyambung lidah mulia Nabi Muhammad Rasulullah SAW.


Imejnya sebagai seorg tokoh *amar maaruf nahi mungkar* adalah merupakan sosok yg tepat utk meniupkan angin perubahan di Indonesia pasca Covid 19.


*Revolusi Akhlak* seruan HRS adalah senada dan seirama dgn seruan *Reset Malaysia.* Seruan yg menuntut kpd satu perubahan yg drastik secara holistik dan komprehensif.


Kedua-dua seruan ini wajar di lihat sebagai satu titik permulaan kebangkitan umat Islam dari nusantara. Kebangkitan yg tidak akan mampu di halangi oleh pihak mana sekali pun.


Kita semua perlu sedar bahawa kemenangan Joe Biden sebagai Presiden Amerika adalah utk menobatkan China sebagai negara abad ke 21.


Ia juga pasti akan melancarkan lagi perjalanan *protokol kolonisasi 5.0 @ one belt one road* para elit global yg sudah di aktifkan oleh China.


Sama ada kita akan terus di jajah secara ekonomi oleh para elit global melalui China atau kita perlu bangun dan berdiri sama tinggi dgn mereka, pilihan tersebut ada di tangan umat Islam.


Umat Islam sebagai satu komuniti yg cintakan perdamaian dan keamanan tidak pernah mahu berkompetesi apa lagi berkonfrontasi dgn pihak mana sekali pun.


Namun perjuangan umat Islam yg tidak mahu berkompromi dalam menentang segala kemungkaran dan kebathilan sering di jadikan alasan utk di labelkan sebagai *teroris* yg merosak tatanan keamanan.


Pada hemat saya, kedua-dua seruan ini wajar di tanggapi dan di sikapi secara baik oleh para pemimpin politik baik di Malaysia mahu pun di Indonesia.


Seruan ini tidak bersifat anti kerajaan/pemerintah atau anti kpd mana2 pemimpin politik tetapi adalah merupakan sebuah seruan yg menepati perubahan zaman.


Sudah terbukti cara hidup di luar Islam tidak mampu memberikan keadilan dan kesejahteraan kpd masyarakat dunia.


Abad ke 21 adalah milik Islam. Hanya Islam yg mampu memberikan keadilan dan kesejahteraan buat masyarakat dunia.


Islam yg merupakan agama fitrah mempunyai solusi bagi setiap permasalahan manusia.



- Ramalan Yunus

11/11/2020

Friday, 30 October 2020

Agenda Reset Malaysia

 *Agenda Reset Malaysia*


Hari2 yg menulis, mengkritik dan komen dlm grup WA saya *Demi Melayu* mengenai apa yg sdg berlaku di negara ini. Saya promosikan Agenda Reset Malaysia. 


Ini kerana negara ini sudah menyimpang terlalu jauh dari landasan yg telah di sepakati bersama sejak tahun 1957. Dan kerosakkan yg berlaku sudah *beyond repair.*


Kalau kita nak berubah, inilah masanya. Kita kena berubah skrg. *Now or never.* Ini kerana dunia sdg mengalami proses *resetting*. Penandanya adalah *pandemic @ plandemic @ plan damn it.*


Dunia sdg mengalami *total disruption.* Baik secara individu, keluarga, masyarakat, kerjaya, biznes mahu pun bernegara.


Inilah masa yg paling sesuai kalau kita nak memulakan sesuatu yg baru. Semuanya akan menuju *rock bottom* dlm tempoh 2 tahun mendatang. 


Mulakan agenda reset dalam diri, keluarga, masyarakat, kerjaya, biznes atau bernegara.


Bagi kita umat Islam, saran saya, inilah masanya utk kita bangkit utk membina satu peradaban baru. *Peradaban Melayu/Islam Moden.* Dan ini sesuai dgn isyarat dari Rasulullah SAW. Kebangkitan Islam dari Timur Jauh.


Saat seperti ini cuma dtg dlm tempoh 100 tahun sekali. Saat seperti ini di rancang oleh para elit global utk merubah sistem pendidikan, kewangan dan ekonomi. Ini juga merupakan proses *decoupling @ keterputusan.* 


Keterputusan antara antara masa lalu dan masa skrg. Antara abad ke abad. Dan skrg antara abad ke 20 dan abad ke 21.


Proses ini mewujudkan norma2 atau kebiasaan2 baru yg akan kekal utk 100 tahun lagi.


Utk makluman, China akan jadi negara abad ke 21. Dlm abad ini mereka akan mengantikan hegemoni Amerika. Dan sistem yg paling berkesan utk di gunakan adalah *Sistem Authoritarian Capitalism.* Ini yg telah di praktikkan oleh China semenjak 40 tahun lalu. Mengabungkan ideologi politik @ komunis dgn Modern Monetary Theory ( MMT ) + geo politik + geo ekonomi + geo strategi.


Dan kini mereka sudah berjaya mengatasi Amerika sebagai *The new economic power house.*


Berapa ramai umat Islam yg sedar mengenai perkara ini ?


Agenda ini cukup merbahaya utk umat Islam. Mengancam aqidah, syariat dan akhlak umat Islam.


Kita dlm masa peperangan @ war time pada masa ini. Peperangan antara China dan Amerika. Bukan peperangan militari tetapi peperangan perdagangan dan ekonomi.


China sudah melancarkan *Protokol Kolonisasi 5.0.* dgn strategi *One Belt One Road @ OBOR.* Sudah byk negara yg di kuasai dgn strategi ini.


Tumpuan mereka adalah di nusantara. Mereka mahu menguasai laluan perdagangan iaitu Laut China Selatan dan Selat Melaka.


Kita tersepit antara dua kuasa besar. Amerika dan China.


Perlukah kita utk berpihak kpd salah satu di antara keduanya ?


Itu tergantung kpd *consciousness and competency* kita sebagai sebuah negara bangsa.


Jadi skrg ini, kita perlukan sebuah kerajaan yg kuat utk melaksanakan *Agenda Reset Malaysia* yg akan membuatkan kita mampu bersaing dan mungkin memenangi peperangan perdagangan dan ekonomi yg sdg berlangsung pada masa ini.


Kita di Malaysia tidak ada pilihan lain selain mengembalikan segala *budi bicara* kpd YDPA utk membentuk sebuah kerajaan baru yg kuat yg di sokong oleh seluruh rakyat Malaysia.


Itulah pilihan terbaik yg kita ada. Syukur alhamdulillah, kita masih punya Raja2 Melayu.


Kita tidak boleh lagi mengandalkan kpd rakyat dan parlimen utk membentuk sebuah kerajaan yg kuat yg di perlukan utk mendepani cabaran2 hebat pasca Covid 19.


Pasca Covid 19, sama2 kita junjung Kedaulatan Raja2 Melayu. Sudah terbukti Raja2 Melayu mampu menjadi tonggak dan lambang *keadilan dan kebijaksanaan* sebuah negara bangsa.


 *Kedaulatan Rakyat @ People's Power is an out dated idea.* Idea yg sudah terbukti gagal sejak Proklamasi Kemerdekaan lagi.


Sampai bila nak terus bergayut dgn ideologi yg gagal ini.


Kembalilah kpd Islam. Islam agama negara. Itu yg tercatat jelas pada perkara 3(1) perlembagaan persekutuan kita.


Islam yg di taksirkan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai satu cara hidup yg meliputi semua bidang. Bukan sekadar dogma dan ritual.


Jadi nak bahas apa lagi tentang kedudukan Islam di negara ini ? Semuanya sudah terang dan jelas.


*Allahu Akhbar, Sollu Alan Nabi, Daulat Tuanku !*




Renung-renungkan....


Dato Dr Ramalan Yunus 

*Think correctly act accordingly.*

Tuesday, 27 October 2020

The Beginning of A New Era

 *The Beginning of A New Era*


Istana Negara adalah lambang keadilan dan kebijaksanaan sebuah negara bangsa yg kita kenali sebagai Malaysia.


Titah KBDYMM SPB YDPA semalam membuktikan kenyataan di atas dan sekaligus adalah merupakan pertunjuk dan penanda aras baru kepada amalan bernegara di Malaysia.


Satu isyarat jelas yang menunjukkan bahawa Sistem Raja Berperlembagaan  mempunyai kedudukan yg lebih tinggi dari *sistem demokrasi berparlimen.*


Ini merupakan satu *permulaan baru kepada satu era baru pasca Covid 19. Era kebangkitan Raja2 Melayu dan Islam di Abad ke 21.*


*Titah YDPA* secara tidak langsung akan menguji kefahaman, keyakinan dan amalan seluruh rakyat Malaysia dengan prinsip2 bernegara sebagaimana yg terkandung dlm *Rukun Negara* dan juga *Perlembagaan Negara.*


Ini pasti akan mengundang perbincangan yg menarik dari dunia akademik, politik dan seluruh rakyat Malaysia.


Apakah *Titah YDPA* yg seharusnya di patuhi secara mutlak akan di cabar di mahkamah atau di parlimen adalah merupakan episod2 yang menarik utk terus di ikuti selepas ini.


Ujian pertama yg perlu di lalui oleh *Titah* tersebut adalah pada persidangan parlimen yg akan bermula pada 2hb November 2020 ini.


Bagaimana reaksi dan tanggapan seluruh ahli2 parlimen di Malaysia akan sama-sama dapat kita saksikan.


Apakah *Titah* tersebut akan di patuhi secara mutlak atau akan wujud cluster dari kalangan ahli2 parlimen yg akan melakukan pemberontakan yg jelas terhadap *Titah* tersebut ?


KBDYMM SPB YDPA telah bermurah hati utk menggunakan perkataan *pendapat* dalam perutusan Baginda.


Biarpun YDPA telah menggunakan perkataan *pendapat* namun sebagai rakyat jelata yg sedar diri, perkataan tersebut seharusnya di terima sebagai satu perintah yg wajib di laksanakan oleh seluruh rakyat Malaysia. 


*" Kehendak Tuanku adalah titah yg akan patik junjung di atas bahu jemala patik. "*


Apakah kepatuhan dan kesetiaan kepada Raja2 Melayu yg seperti ini warisan dari nenek moyang kita akan berulang lagi ?


Ini juga pasti akan mengundang perdebatan yg menarik.


Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberikan taufiq dan hidayah kpd Raja2 Melayu utk menegakkan keadilan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia.


Dengan terpaterinya *Titah* tersebut, ini akan membuka pintu kepada pembentukkan satu *kerajaan perpaduan @ unity government* di negara ini. Sebuah kerajaan yg benar2 mencerminkan *kerajaan Tuanku*. Kerajaan yg pastinya akan menjunjung Islam sebagai cara hidup bernegara di negara ini.


*Daulat Tuanku Payung Negara.*



Nota ringkas ini adalah catatan saya sekadar utk mengingatkan para sahabat sebagaimana yg sering saya ungkapkan bahawa *political government* sudah sampai ke penghujungnya.


Berikan sepenuh ketaatan dan kesetiaan kepada Raja2 Melayu. Ini langkah pertama dlm proses *decoupling* dan *Reset Malaysia* di negara kita. Perjalanan kita masih panjang.


Kita sudah memasuki satu alaf baru. Satu dunia baru. Satu peradaban baru.


*Khilafah Islam sudah bangkit di Malaysia.*


Wahai anak2 muda Melayu, bangkitlah bersama Raja2 Melayu. Pertahankan mereka dan kibarkan panji2 hitam warisan junjungan besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW. Ini abad kamu sebagai umat pilihan. Semoga Allah SWT merahmati dan mempermudahkan segala urusan kalian. InsyaaAllah.


*Bukanlah sebuah pelayaran yg hebat namanya kalau sekadar merentas samudera yg tenang.*


Teruskan perjuangan...



Sekian.