Friday, 30 October 2020

Agenda Reset Malaysia

 *Agenda Reset Malaysia*


Hari2 yg menulis, mengkritik dan komen dlm grup WA saya *Demi Melayu* mengenai apa yg sdg berlaku di negara ini. Saya promosikan Agenda Reset Malaysia. 


Ini kerana negara ini sudah menyimpang terlalu jauh dari landasan yg telah di sepakati bersama sejak tahun 1957. Dan kerosakkan yg berlaku sudah *beyond repair.*


Kalau kita nak berubah, inilah masanya. Kita kena berubah skrg. *Now or never.* Ini kerana dunia sdg mengalami proses *resetting*. Penandanya adalah *pandemic @ plandemic @ plan damn it.*


Dunia sdg mengalami *total disruption.* Baik secara individu, keluarga, masyarakat, kerjaya, biznes mahu pun bernegara.


Inilah masa yg paling sesuai kalau kita nak memulakan sesuatu yg baru. Semuanya akan menuju *rock bottom* dlm tempoh 2 tahun mendatang. 


Mulakan agenda reset dalam diri, keluarga, masyarakat, kerjaya, biznes atau bernegara.


Bagi kita umat Islam, saran saya, inilah masanya utk kita bangkit utk membina satu peradaban baru. *Peradaban Melayu/Islam Moden.* Dan ini sesuai dgn isyarat dari Rasulullah SAW. Kebangkitan Islam dari Timur Jauh.


Saat seperti ini cuma dtg dlm tempoh 100 tahun sekali. Saat seperti ini di rancang oleh para elit global utk merubah sistem pendidikan, kewangan dan ekonomi. Ini juga merupakan proses *decoupling @ keterputusan.* 


Keterputusan antara antara masa lalu dan masa skrg. Antara abad ke abad. Dan skrg antara abad ke 20 dan abad ke 21.


Proses ini mewujudkan norma2 atau kebiasaan2 baru yg akan kekal utk 100 tahun lagi.


Utk makluman, China akan jadi negara abad ke 21. Dlm abad ini mereka akan mengantikan hegemoni Amerika. Dan sistem yg paling berkesan utk di gunakan adalah *Sistem Authoritarian Capitalism.* Ini yg telah di praktikkan oleh China semenjak 40 tahun lalu. Mengabungkan ideologi politik @ komunis dgn Modern Monetary Theory ( MMT ) + geo politik + geo ekonomi + geo strategi.


Dan kini mereka sudah berjaya mengatasi Amerika sebagai *The new economic power house.*


Berapa ramai umat Islam yg sedar mengenai perkara ini ?


Agenda ini cukup merbahaya utk umat Islam. Mengancam aqidah, syariat dan akhlak umat Islam.


Kita dlm masa peperangan @ war time pada masa ini. Peperangan antara China dan Amerika. Bukan peperangan militari tetapi peperangan perdagangan dan ekonomi.


China sudah melancarkan *Protokol Kolonisasi 5.0.* dgn strategi *One Belt One Road @ OBOR.* Sudah byk negara yg di kuasai dgn strategi ini.


Tumpuan mereka adalah di nusantara. Mereka mahu menguasai laluan perdagangan iaitu Laut China Selatan dan Selat Melaka.


Kita tersepit antara dua kuasa besar. Amerika dan China.


Perlukah kita utk berpihak kpd salah satu di antara keduanya ?


Itu tergantung kpd *consciousness and competency* kita sebagai sebuah negara bangsa.


Jadi skrg ini, kita perlukan sebuah kerajaan yg kuat utk melaksanakan *Agenda Reset Malaysia* yg akan membuatkan kita mampu bersaing dan mungkin memenangi peperangan perdagangan dan ekonomi yg sdg berlangsung pada masa ini.


Kita di Malaysia tidak ada pilihan lain selain mengembalikan segala *budi bicara* kpd YDPA utk membentuk sebuah kerajaan baru yg kuat yg di sokong oleh seluruh rakyat Malaysia.


Itulah pilihan terbaik yg kita ada. Syukur alhamdulillah, kita masih punya Raja2 Melayu.


Kita tidak boleh lagi mengandalkan kpd rakyat dan parlimen utk membentuk sebuah kerajaan yg kuat yg di perlukan utk mendepani cabaran2 hebat pasca Covid 19.


Pasca Covid 19, sama2 kita junjung Kedaulatan Raja2 Melayu. Sudah terbukti Raja2 Melayu mampu menjadi tonggak dan lambang *keadilan dan kebijaksanaan* sebuah negara bangsa.


 *Kedaulatan Rakyat @ People's Power is an out dated idea.* Idea yg sudah terbukti gagal sejak Proklamasi Kemerdekaan lagi.


Sampai bila nak terus bergayut dgn ideologi yg gagal ini.


Kembalilah kpd Islam. Islam agama negara. Itu yg tercatat jelas pada perkara 3(1) perlembagaan persekutuan kita.


Islam yg di taksirkan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai satu cara hidup yg meliputi semua bidang. Bukan sekadar dogma dan ritual.


Jadi nak bahas apa lagi tentang kedudukan Islam di negara ini ? Semuanya sudah terang dan jelas.


*Allahu Akhbar, Sollu Alan Nabi, Daulat Tuanku !*




Renung-renungkan....


Dato Dr Ramalan Yunus 

*Think correctly act accordingly.*

Tuesday, 27 October 2020

The Beginning of A New Era

 *The Beginning of A New Era*


Istana Negara adalah lambang keadilan dan kebijaksanaan sebuah negara bangsa yg kita kenali sebagai Malaysia.


Titah KBDYMM SPB YDPA semalam membuktikan kenyataan di atas dan sekaligus adalah merupakan pertunjuk dan penanda aras baru kepada amalan bernegara di Malaysia.


Satu isyarat jelas yang menunjukkan bahawa Sistem Raja Berperlembagaan  mempunyai kedudukan yg lebih tinggi dari *sistem demokrasi berparlimen.*


Ini merupakan satu *permulaan baru kepada satu era baru pasca Covid 19. Era kebangkitan Raja2 Melayu dan Islam di Abad ke 21.*


*Titah YDPA* secara tidak langsung akan menguji kefahaman, keyakinan dan amalan seluruh rakyat Malaysia dengan prinsip2 bernegara sebagaimana yg terkandung dlm *Rukun Negara* dan juga *Perlembagaan Negara.*


Ini pasti akan mengundang perbincangan yg menarik dari dunia akademik, politik dan seluruh rakyat Malaysia.


Apakah *Titah YDPA* yg seharusnya di patuhi secara mutlak akan di cabar di mahkamah atau di parlimen adalah merupakan episod2 yang menarik utk terus di ikuti selepas ini.


Ujian pertama yg perlu di lalui oleh *Titah* tersebut adalah pada persidangan parlimen yg akan bermula pada 2hb November 2020 ini.


Bagaimana reaksi dan tanggapan seluruh ahli2 parlimen di Malaysia akan sama-sama dapat kita saksikan.


Apakah *Titah* tersebut akan di patuhi secara mutlak atau akan wujud cluster dari kalangan ahli2 parlimen yg akan melakukan pemberontakan yg jelas terhadap *Titah* tersebut ?


KBDYMM SPB YDPA telah bermurah hati utk menggunakan perkataan *pendapat* dalam perutusan Baginda.


Biarpun YDPA telah menggunakan perkataan *pendapat* namun sebagai rakyat jelata yg sedar diri, perkataan tersebut seharusnya di terima sebagai satu perintah yg wajib di laksanakan oleh seluruh rakyat Malaysia. 


*" Kehendak Tuanku adalah titah yg akan patik junjung di atas bahu jemala patik. "*


Apakah kepatuhan dan kesetiaan kepada Raja2 Melayu yg seperti ini warisan dari nenek moyang kita akan berulang lagi ?


Ini juga pasti akan mengundang perdebatan yg menarik.


Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberikan taufiq dan hidayah kpd Raja2 Melayu utk menegakkan keadilan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia.


Dengan terpaterinya *Titah* tersebut, ini akan membuka pintu kepada pembentukkan satu *kerajaan perpaduan @ unity government* di negara ini. Sebuah kerajaan yg benar2 mencerminkan *kerajaan Tuanku*. Kerajaan yg pastinya akan menjunjung Islam sebagai cara hidup bernegara di negara ini.


*Daulat Tuanku Payung Negara.*



Nota ringkas ini adalah catatan saya sekadar utk mengingatkan para sahabat sebagaimana yg sering saya ungkapkan bahawa *political government* sudah sampai ke penghujungnya.


Berikan sepenuh ketaatan dan kesetiaan kepada Raja2 Melayu. Ini langkah pertama dlm proses *decoupling* dan *Reset Malaysia* di negara kita. Perjalanan kita masih panjang.


Kita sudah memasuki satu alaf baru. Satu dunia baru. Satu peradaban baru.


*Khilafah Islam sudah bangkit di Malaysia.*


Wahai anak2 muda Melayu, bangkitlah bersama Raja2 Melayu. Pertahankan mereka dan kibarkan panji2 hitam warisan junjungan besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW. Ini abad kamu sebagai umat pilihan. Semoga Allah SWT merahmati dan mempermudahkan segala urusan kalian. InsyaaAllah.


*Bukanlah sebuah pelayaran yg hebat namanya kalau sekadar merentas samudera yg tenang.*


Teruskan perjuangan...



Sekian.