Tuesday, 27 October 2020

The Beginning of A New Era

 *The Beginning of A New Era*


Istana Negara adalah lambang keadilan dan kebijaksanaan sebuah negara bangsa yg kita kenali sebagai Malaysia.


Titah KBDYMM SPB YDPA semalam membuktikan kenyataan di atas dan sekaligus adalah merupakan pertunjuk dan penanda aras baru kepada amalan bernegara di Malaysia.


Satu isyarat jelas yang menunjukkan bahawa Sistem Raja Berperlembagaan  mempunyai kedudukan yg lebih tinggi dari *sistem demokrasi berparlimen.*


Ini merupakan satu *permulaan baru kepada satu era baru pasca Covid 19. Era kebangkitan Raja2 Melayu dan Islam di Abad ke 21.*


*Titah YDPA* secara tidak langsung akan menguji kefahaman, keyakinan dan amalan seluruh rakyat Malaysia dengan prinsip2 bernegara sebagaimana yg terkandung dlm *Rukun Negara* dan juga *Perlembagaan Negara.*


Ini pasti akan mengundang perbincangan yg menarik dari dunia akademik, politik dan seluruh rakyat Malaysia.


Apakah *Titah YDPA* yg seharusnya di patuhi secara mutlak akan di cabar di mahkamah atau di parlimen adalah merupakan episod2 yang menarik utk terus di ikuti selepas ini.


Ujian pertama yg perlu di lalui oleh *Titah* tersebut adalah pada persidangan parlimen yg akan bermula pada 2hb November 2020 ini.


Bagaimana reaksi dan tanggapan seluruh ahli2 parlimen di Malaysia akan sama-sama dapat kita saksikan.


Apakah *Titah* tersebut akan di patuhi secara mutlak atau akan wujud cluster dari kalangan ahli2 parlimen yg akan melakukan pemberontakan yg jelas terhadap *Titah* tersebut ?


KBDYMM SPB YDPA telah bermurah hati utk menggunakan perkataan *pendapat* dalam perutusan Baginda.


Biarpun YDPA telah menggunakan perkataan *pendapat* namun sebagai rakyat jelata yg sedar diri, perkataan tersebut seharusnya di terima sebagai satu perintah yg wajib di laksanakan oleh seluruh rakyat Malaysia. 


*" Kehendak Tuanku adalah titah yg akan patik junjung di atas bahu jemala patik. "*


Apakah kepatuhan dan kesetiaan kepada Raja2 Melayu yg seperti ini warisan dari nenek moyang kita akan berulang lagi ?


Ini juga pasti akan mengundang perdebatan yg menarik.


Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberikan taufiq dan hidayah kpd Raja2 Melayu utk menegakkan keadilan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia.


Dengan terpaterinya *Titah* tersebut, ini akan membuka pintu kepada pembentukkan satu *kerajaan perpaduan @ unity government* di negara ini. Sebuah kerajaan yg benar2 mencerminkan *kerajaan Tuanku*. Kerajaan yg pastinya akan menjunjung Islam sebagai cara hidup bernegara di negara ini.


*Daulat Tuanku Payung Negara.*



Nota ringkas ini adalah catatan saya sekadar utk mengingatkan para sahabat sebagaimana yg sering saya ungkapkan bahawa *political government* sudah sampai ke penghujungnya.


Berikan sepenuh ketaatan dan kesetiaan kepada Raja2 Melayu. Ini langkah pertama dlm proses *decoupling* dan *Reset Malaysia* di negara kita. Perjalanan kita masih panjang.


Kita sudah memasuki satu alaf baru. Satu dunia baru. Satu peradaban baru.


*Khilafah Islam sudah bangkit di Malaysia.*


Wahai anak2 muda Melayu, bangkitlah bersama Raja2 Melayu. Pertahankan mereka dan kibarkan panji2 hitam warisan junjungan besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW. Ini abad kamu sebagai umat pilihan. Semoga Allah SWT merahmati dan mempermudahkan segala urusan kalian. InsyaaAllah.


*Bukanlah sebuah pelayaran yg hebat namanya kalau sekadar merentas samudera yg tenang.*


Teruskan perjuangan...



Sekian.



No comments: