Tuesday, 10 November 2020

*Habib Rizieq Shihab dan Revolusi Akhlak*

 *Habib Rizieq Shihab dan Revolusi Akhlak*


Semalam, 10/11/2020, Habib Rizieq Shihab seorg ulama besar dan pemimpin jemaah Front Pembebasan Islam telah selamat kembali ke Indonesia. Beliau kembali ke Indonesia setelah hampir 4 tahun bermastautin di Mekah.


Kepulangannya di sambut oleh ratusan ribu atau mungkin jutaan para penyokongnya di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta.


Sambutan hebat dan luar biasa masyarakat Indonesia kpd HRS, menunjukkan bahawa beliau adalah seorg tokoh yg sgt di hormati, di kasihi dan di sayangi di Indonesia.


Kita sdg menyaksikan pamor @ aura kehebatan seorg yg layak di gelar sebagai *Murobbi Umat* di zaman kita ini.


Kepulangan HRS ke Indonesia dgn seruan *Revolusi Akhlak* menyuntik satu optimisme baru kpd sebahagian besar masyarakat Indonesia. Seruan yg menjadi penyambung lidah mulia Nabi Muhammad Rasulullah SAW.


Imejnya sebagai seorg tokoh *amar maaruf nahi mungkar* adalah merupakan sosok yg tepat utk meniupkan angin perubahan di Indonesia pasca Covid 19.


*Revolusi Akhlak* seruan HRS adalah senada dan seirama dgn seruan *Reset Malaysia.* Seruan yg menuntut kpd satu perubahan yg drastik secara holistik dan komprehensif.


Kedua-dua seruan ini wajar di lihat sebagai satu titik permulaan kebangkitan umat Islam dari nusantara. Kebangkitan yg tidak akan mampu di halangi oleh pihak mana sekali pun.


Kita semua perlu sedar bahawa kemenangan Joe Biden sebagai Presiden Amerika adalah utk menobatkan China sebagai negara abad ke 21.


Ia juga pasti akan melancarkan lagi perjalanan *protokol kolonisasi 5.0 @ one belt one road* para elit global yg sudah di aktifkan oleh China.


Sama ada kita akan terus di jajah secara ekonomi oleh para elit global melalui China atau kita perlu bangun dan berdiri sama tinggi dgn mereka, pilihan tersebut ada di tangan umat Islam.


Umat Islam sebagai satu komuniti yg cintakan perdamaian dan keamanan tidak pernah mahu berkompetesi apa lagi berkonfrontasi dgn pihak mana sekali pun.


Namun perjuangan umat Islam yg tidak mahu berkompromi dalam menentang segala kemungkaran dan kebathilan sering di jadikan alasan utk di labelkan sebagai *teroris* yg merosak tatanan keamanan.


Pada hemat saya, kedua-dua seruan ini wajar di tanggapi dan di sikapi secara baik oleh para pemimpin politik baik di Malaysia mahu pun di Indonesia.


Seruan ini tidak bersifat anti kerajaan/pemerintah atau anti kpd mana2 pemimpin politik tetapi adalah merupakan sebuah seruan yg menepati perubahan zaman.


Sudah terbukti cara hidup di luar Islam tidak mampu memberikan keadilan dan kesejahteraan kpd masyarakat dunia.


Abad ke 21 adalah milik Islam. Hanya Islam yg mampu memberikan keadilan dan kesejahteraan buat masyarakat dunia.


Islam yg merupakan agama fitrah mempunyai solusi bagi setiap permasalahan manusia.



- Ramalan Yunus

11/11/2020

No comments: