Sunday, 27 December 2020

Reset Malaysia: The Heri Is Coming

 *Reset Malaysia : The Hero Is Coming.*


Kita sudah semakin hampir utk melangkah ke tahun baru. Tahun 2021.


Tahun yg sudah di prediksi sebagai tahun *The Great Reset 2021.*


Di tahun 2021 nanti kita mungkin akan di serang pula oleh Covid 21.


Kita mungkin akan di *lockdown* sekali lagi.


Kita mungkin akan di suntik dgn vaksin yg masih terus di pertikaikan tentang harga dan keberkesanannya.


Ekonomi kita pula semakin bertambah parah. Kita mungkin akan mengalami *depression* bukan lagi *recession.*


Dan yg paling parah dan membimbangkan, kita tidak mempunyai sebuah kerajaan yg kuat utk mengemudi negara dan membawa negara kita keluar dari krisis politik, kesihatan dan ekonomi.


Mana mungkin sebuah kerajaan yg begitu lemah dapat menyelesaikan masalah2 yg begitu besar  yg sdg di hadapi oleh negara.


Saya tidak melihat parti2 politik yg ada mampu menyelesaikan kemelut politik yg sdg berlaku pada masa ini. 


Kita hanya ada dua pilihan di depan kita utk menyelamatkan negara ini dari terus di belenggu pelbagai krisis.


*Interim govt @ unity govt @ care taker govt* atau pun *military govt.*


*What ? Military govt ?*


Iya. Tapi tak payah la buat2 terkejut. Baru cadangan je pun.


Siapa pun yg bakal di lantik sebagai PM tidak penting.


Pengalaman dan kelayakan tidak penting.


Pemimpin parti atau bukan pemimpin parti tidak penting.


Kenapa tidak penting ?


Ini kerana negara ini hancur dan huru hara kerana selama ini ia di pimpin oleh mereka yg berpengalaman dan berkelayakan.


Jadi kali ini biarlah berlainan sikit. Norma baru.


Menurut saya, calun PM yg perlu di lantik pada kali ini biarlah seorg calun yg mempunyai *X Factor.*


*X Factor ? Ya, X Factor.* 


Doktrin saya mudah dan sederhana.


*You need extra ordinary guy for extra ordinary job.*


Nak cipta sejarah tak perlu ada pengalaman dan kelayakan. Yg penting kena ada azam dan kemahuan yg kuat.


Setiap krisis akan melahirkan *heronya* yg tersendiri. Ini fitrah. Dan ianya tercatat dlm sejarah manusia sejak zaman Nabi Adam.


Jadi bukan perkara baru. Baru sebab belum pernah buat. Itu sahaja.


Kita hidup di sebuah negara yg bertuah. Negara yg sentiasa di rahmati oleh Allah SWT. Sudah pasti Allah SWT telah mempersiapkan calun tersebut.


Mana mungkin Allah SWT turunkan penyakit tanpa ubatnya.


Kita je yg tak pernah sedar dgn Kekuasaan Allah SWT.


Kita lupa bahawa Allah SWT mempunyai wakilNya di negara ini.


Siapa wakil Allah SWT di Malaysia ni ?


Siapa lagi kalau bukan YDPA dan Raja2 Melayu.


Saya yakin Allah SWT sudah pasti akan mengirim calun tersebut ke Istana utk mengadap YDPA dan Raja2 Melayu bagi mempersembahkan agenda besarnya utk menyelamatkan agama, bangsa dan negara ini.


Sebagai rakyat yg taat dan setia kpd Rajanya, kita nantikan dgn sabar khabar gembira dari Istana.


Sebagaimana yg pernah saya sampaikan sebelum ini hanya *Titah Di Raja* sahaja yg akan mampu menyelamatkan negara ini. Bukan *mandat rakyat.*


Biarkan org2 politik terus bercakaran sesama mereka. Mereka hanya mahu menyelamatkan kepentingan mereka sahaja bukan kepentingan rakyat dan negara.


Biarkan sahaja...


Manakala anda semua pula, teruskan mengikuti nota2 pendek saya agar anda sentiasa cerdas, terinspirasi dan termotivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.


Dari sahabatmu yg sdg merenung nasib dan masa depan bangsa dan negaranya.



Dato Dr Ramalan Yunus 

28/12/2020

No comments: