Thursday, 10 December 2020

Reset Malaysia : Istana Murka

 *Reset Malaysia : Istana Murka !*


Menghayati bait-bait *Titah* KBDYMM SPB Sultan Perak, terang dan jelas, baginda murka dgn apa yg sdg berlaku.


Apa lagi yg nak di kata....


Akibat dari kebebalan dan kedunguan para pemimpin kita kerana tidak faham bahasa isyarat dari Istana, kali ini Istana berterus terang.


Istana tidak lagi menghantar isyarat tetapi menzahirkan kemurkaan secara terang dan jelas.


Saya sudah sampaikan bahawa PM Malaysia, TSMY sudah kehilangan keyakinan dari Istana. Dan Istana juga sudah memberikan isyarat bahawa sudah ada calun yg sesuai utk mengantikannya.


Dan saya secara terbuka mengesa beliau utk meletak jawatan dgn kadar segera. Namun itu tidak berlaku.


Kali ini, Istana sudah berterus terang. Bukan lagi isyarat tetapi *Titah Murka.*


Ini sesuatu yg cukup mengaibkan kita semua sebagai org Melayu.


Kalau tak faham lagi, lebih baik pencen dari menjadi org Melayu !


Wahai para pemimpin semua....


*The idea of* Perikatan Nasional ke, Muafakat Nasional ke... Tlg faham satu perkara, *it doesn't worked !*


Bubarkan parlimen dan serahkan kembali kpd budi bicara YDPA dan Majlis Raja2 Melayu.


Itu saja pilihan yg ada utk kita menebus kembali segala kekhilafan kita.


Raja2 Melayu adalah Ketua Negara/Negeri dan Ketua Agama. Ini fakta bukan auta !


Politik di bawah mereka bukan di atas mereka.


Apa maksudnya apabila Tuanku Bertitah, *" Sifat sebenar insan akan terserlah apabila seseorg itu mendapat jawatan dan kuasa. Betapa kata sudah tidak lagi di kota atau kata bertukar nada, berlainan irama. Bersedia mengatakan yg hitam itu putih atau yg putih itu hitam. "*


Aduh ! Bisanya.... Tak sanggup nak meneruskan lagi menulis bait-bait *titah* tersebut.


Nauzubillahi min zalik !


Di mata Istana kita sudah tidak ada lagi integriti. Tidak ada moral. Tidak ada etika dan tidak lagi menghormati undang-undang. 


Sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa dan harta.


MasyaAllah....


Sebab itu saya nyatakan di awal tadi, kalau masih tak faham jugak, lebih baik pencen dari menjadi org Melayu.


Kalau kita sudah sebobrok itu, sebejat itu di kaca mata Istana, takkanlah kita nak bertahan lagi ?


Bubarkan parlimen, *let's move on....*


*There's nothing personal about it.* Ini soal *survival* sebuah negara bangsa. Tolong ingat sikit. Jangan main- main.


Kalau Istana sudah melihat kita begitu bobrok dan bejat, nak tunggu apa lagi ? Tunduk dan patuh. Letak jawatan. Bagi laluan pada org lain.


Sebagai rakyat sudah terbukti kita gagal membentuk sebuah pasukan yg mampu menzahirkan *kepemimpinan* yg di perlukan utk menerajui negara ini.


Kita serahkan kpd *budi bicara dan kebijaksaan* dari Istana utk membentuk pasukan baru.


Mereka lebih tahu dan mereka lebih arif dari kita semua.


Akui segala kesalahan dan kesilapan kita dan *move on...*


Kita sdg mengalami bencana kemanusiaan yg terbesar dlm sejarah moden manusia.


Manusia sdg di kriminalisasi oleh para elit global. Kekejaman dan penganiayaan yg luar biasa.


Ancaman ini luar biasa. Bencana ini luar biasa. Namun ia juga dtg bersama dgn potensi dan peluang yg luar besar.


Sudah terbukti pasukan yg ada gagal utk menghadapi bencana tersebut. Gagal mengantisipasi ancaman apalagi utk memanfaatkan potensi dan peluang.


*Gagal Total !*


Kita sudah tidak ada masa lagi. Kita perlukan satu kepemimpinan baru dgn kadar yg segera. *Now or never.*


Tunduk dan patuh dgn Raja2 Melayu tidak bermakna kita berfikiran feudal sebagaimana yg masih di fahami oleh segelintir org.


Kita bukan org kafir. Kita org Melayu yg beragama Islam. Mentaati pemimpin itu kewajipan beragama.


Kan itu *leader centric. Yes, leader centric. So what..?*


Bukankah itu perintah dari Allah SWT, Pemilik sekelian alam ? Allah SWT lebih tahu bagaimana kaedah berjamaah dan bernegara.


Berpegang teguhlah dgn ajaran Islam, InsyaaAllah kita pasti akan selamat dunia dan akhirat.


Dato Dr Ramalan Yunus 

Dari sahabatmu yg suka berangan-angan di waktu pagi.

No comments: