Saturday, 26 December 2020

Reset Malaysia : Melayu Raya

 *Reset Malaysia : Melayu Raya !*


Alhamdulillah, saya di maklumkan oleh seorg sahabat bahawa nota pendek saya yg bertajuk *Indonesia 2021 : Era Sukarno 2.0* telah selamat sampai ke Istana Presiden Indonesia dan barisan kabinetnya.


Juga ke beberapa tokoh besar negara dan tokoh2 Islam di sana.


Mudah2an nota pendek itu yg membawa mesej keamanan dan persatuan di rumah besar umat Islam yg bermazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah di terima baik oleh semua pihak.


Mudah2an nota pendek itu juga berupaya menjadi dalil dan simbol betapa cintanya kita kpd saudara2 kita yg berada di Indonesia di hadapan Allah SWT suatu hari nanti. InsyaaAllah.


Hubungan yg akrab antara Malaysia dan Indonesia adalah merupakan ancaman besar geo politik dan geo strategi kuasa2 besar dunia.


Ini kerana kedudukan geografi Malaysia - Indonesia yg strategik.


Selain menguasai laluan perdagangan terbesar dunia iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan, kedua negara ini juga merupakan pusat sumber alam yg terbesar di dunia.


Kita memiliki semua jenis sumber alam yg ada di dunia ini.


Namun kelebihan2 tersebut tidak dapat di manfaatkan secara maksimal kerana hubungan akrab itu terus di goyah oleh kuasa2 besar yg berkepentingan secara halus dan licik.


Bayangkan potensi yg boleh di capai sekiranya Malaysia dan Indonesia mampu bekerja sama secara maksimal utk menguasai kedua2 aset strategik tersebut.


Pasti Nusantara berupaya menjadi kuasa besar dunia.


Ada sesiapa yg masih ingat dgn *Gagasan Melayu Raya - Maphilindo ( Malaysia - Filipina - Indonesia )* melalui *Deklarasi Manila* tahun 1963 ?


Tak tahu di mana silapnya, gagasan tersebut memudar dan malah menimbulkan *konfrontasi* antara Malaysia dan Indonesia.


Sukarno melaungkan slogan *Ganyang Malaysia* kerana mendakwa Malaysia adalah tajaan dan boneka Imperialis.


Di ambang tahun 2021 ini, tahun bermulanya agenda *The Great Reset 2021* tajaan para elit global maka sewajarnya kita semua baik di Malaysia dan Indonesia merenung dan menilai kembali hubungan antara dua negara ini.


Hubungan ini penting bagi menjamin *survival* dan kedaulatan kedua-dua negara pasca Covid 19.


Bukankah dgn aset2 strategik yg kita miliki dapat di jadikan sebagai modal utk kita melakukan tawar menawar dgn kuasa2 besar yg lain dgn cara yg lebih elegan atau bergengsi kata org Indonesia ?


Jadi semua pihak harus memainkan peranan utk mempertingkatkan hubungan tersebut ke tahap yg maksimal.


Wujudkan secara bersama sebuah platform utk membangun kan sistem monetari, kewangan dan perdagangan yg mandiri. Bebas dari kongkongan kuasa2 besar.


Gunakan formula *Modern Monetary Theory @ MMT + Geo Politik + Geo Ekonomi + Geo Strategi.*


Apa salahnya kita laungkan sekali lagi *Gagasan Melayu Raya - Maphilindo ( Malaysia - Filipina - Indonesia )* ini ?


Saya yakin, pasti akan bangkit satu kuasa besar baru dari rantau ini. InsyaaAllah.


Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di goda, di pujuk, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat dan dunia.*


Ada kawan yg menasihati saya, janganlah asyik berangan-angan lagi. Gantikanlah dgn sesuatu yg di lihat lebih *serious* lagi.


*OK*


Jadi pagi ini dgn penuh bersemangat, saya tukar *kalimat sakti* penutup nota saya.


Dato Dr Ramalan Yunus 

Dari sahabatmu yg mulai merenung dgn tajam nasib dan masa depan bangsanya. Ok?

No comments: