Sunday, 20 December 2020

Reset Malaysia : Mulakan Dgn Diri Kita Dahulu

 *Reset Malaysia : Mulakan Dgn Diri Kita Dahulu.*


Ada yg bertanya kpd saya, kenapa *Reset Malaysia* perlu reset diri sendiri dulu ?


Bagi saya ini soalan yg cukup baik dan soalan yg cukup mendasar.


Utk makluman semua, *Agenda Reset Malaysia* adalah satu gerakan massa utk melakukan *revolusi akhlak* di seluruh dunia dgn melakukan perubahan kpd diri kita sendiri terlebih dahulu.


Akhlak manusia berperanan besar utk mencapai kesejahteraan baik di dunia mahu pun di akhirat.


Akhlak penting utk diri sendiri, utk berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.


Akhlak penting dlm berkerjaya, berurus niaga dan berpolitik.


Akhlak juga penting dlm mempertahankan nilai2 moral, etika dan kepatuhan terhadap undang-undang negara.


Segala-galanya tentang kehidupan berpaksi kpd akhlak yg mulia.


Segala kerosakan dan masalah yg berlaku pada hari ini adalah akibat drpd akhlak yg buruk.


Segala yg di sifatkan sebagai maksiat dan kemungkaran adalah merupakan perbuatan yg mencerminkan akhlak yg buruk.


Akhlak yg mulia adalah budi pekerti yg luhur. Ajaran dari para Nabi sejak zaman berzaman dan di sempurnakan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW.


Covid 19 membawa perubahan besar kpd kehidupan seluruh manusia. Ia datang bersama ancaman dan peluang baru.


Ilmu dan kepakaran baru tidak akan menjamin kesejahteraan buat umat manusia tanpa akhlak @ budi pekerti yg luhur dan mulia.


Ini wajar di fahami oleh semua pihak dan di titik beratkan.


Sebagai golongan marhaen yg serba kekurangan dan byk kelemahan, kita tidak mampu mengubah org lain. Baik mengubah keluarga, masyarakat dan apatah lagi negara.


Jadi yg terbaik adalah membuat perubahan pada diri kita sendiri terlebih dahulu.


Apabila diri kita sudah berubah, insyaaAllah dunia di sekeliling kita juga akan turut berubah.


Perubahan yg di tuntut adalah utk kembali kpd fitrah manusia itu sendiri. Fitrah manusia yg berasal dari roh yg suci, mulia dan terpuji. 


Bebas dari sebarang aib, cela dan kekotoran.


Hanya Islam yg mampu mengembalikan manusia kpd kesucian dan kemuliaan sebagaimana fitrahnya yg azali.


Islam adalah cara hidup @ tata cara yg lengkap dan sempurna dlm mengatur kehidupan manusia. 


Islam mengatur kehidupan manusia dari mulai melangkahkan kaki masuk ke dlm tandas sehinggalah kpd mengatur pentadbiran dan perjalanan sebuah negara.


Begitu terperinci sekali Islam mengatur kehidupan manusia. Baik secara peribadi, berkeluarga, bermasyarakat dan juga dlm bernegara.


Dlm tempoh 1400 tahun ini adakah lagi ajaran2 lain yg lebih lengkap dan lebih sempurna dari Islam ?


Jawapannya sudah pasti tidak ada. Tidak ada yg lebih lengkap dan lebih sempurna dari Islam.


Baik dari segi Aqidah, Syariat mahu pun Akhlaknya. Bahkan dlm soal tanda2 akhir zaman @ tanda2 hari Kiamat.


Tanda2 yg kecil mahu pun tanda2 yg besar.


Buktinya, tidak ada agama lain yg mengajar umatnya bagaimana utk berdepan dan menghadapi wabak @ pandemik sebagaimana yg sdg kita hadapi pada hari ini.


Kalau sudah begitu kenapa masih mahu terus mengingkari Islam ?


Kenapa masih mahu terus menolak Islam ?


Jadi adalah menjadi kewajipan bagi kita semua, baik diri kita, keluarga, masyarakat dan negara utk kembali kpd Islam agar seluruh umat manusia dapat hidup aman dan sejahtera di dunia ini.


*Tidak ada pilihan lain selain Islam sebagai cara hidup utk mencapai keamanan dan kesejahteraan sejagat.*


Dan sumbernya tidak lain dan tidak bukan adalah dari *Al Quran, Sunnah, Qias dan Ijmak Para Ulamak.*


Ini wajib di terima dan di sepakati secara khusus mahu pun secara umum oleh semua pihak.


Sebarang perlanggaran atau pengingakaran terhadap kesepakatan ini adalah merupakan *ancaman besar kpd kebenaran, keadilan, keamanan dan kesejahteraan sejagat* yg menjadi impian dan cita2 semua pihak.


Oleh itu, marilah sama2 kita perbaharui kesedaran dan kefahaman kita utk kembali berpegang teguh dgn Kalimah Tauhid iaitu,


*La ilaha ila Allah. Muhammadar Rasulullah.*


Tidak ada lagi ideologi, dogma atau doktrin yg lebih tinggi dan mulia selain dari itu.


Itulah puncak kewarasan dan kebijaksanaan sejati @ *the greatest wisdom of all time.*


Dari situlah segala perubahan ini wajib di mulakan. Dari titik kebenaran yg sejati.


Kebenaran yg mutlak dan hakiki. Berdiri dgn sendiri. Kekal utk selama-lamanya.


Bukan titik yg selain dari itu.


Abad ke 21 pasca Covid 19 adalah abad kebangkitan Islam.


Abad kebangkitan *Khalifah dan Khilafah Akhir Zaman* dan *turunnya Nabi Isa AS* sebelum dunia sebagai pentas terbesar utk manusia beraksi dan berprestasi melabuhkan tirainya.


Inilah saat yg di tunggu2 oleh para pencinta kebenaran, keadilan, keamanan dan kesejahteraan.


Kebangkitan itu sudah bermula....


Semoga kita semua dapat menyaksikan satu gelombang kebangkitan yg cukup hebat di sepanjang sejarah manusia.


Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga anda, masyarakat dan negara ini* dgn nota2 pendek tersebut.


Dato Dr Ramalan Yunus 

Dari sahabatmu yg suka berangan-angan di waktu pagi.

No comments: