Monday, 28 December 2020

Reset Malaysia : My Way

 *Reset Malaysia :  My Way.*


Nota saya semalam yg bertajuk *The Hero Is Coming* saya anggap mendapat sambutan yg paling meriah.


Ramai yg suka dgn tajuk dan tulisan tersebut.


Pagi ini saya diminta oleh beberapa org sahabat utk menamakan siapa calun PM dan TPM dari kalangan tokoh2 politik yg ada skrg menurut analisa dan kaca mata saya.


Boleh. Kita mulakan dgn bait2 lagu *My Way* kegemaran Atoq.


*And now, the end is near*

*And so I face the final curtain*

*My friends I'll state it clear*

*Of which I'm certain*

*I've lived a life that's full*

*I've traveled each and every highway*

*And more much more than this*

*I did it my way*


               - Frank Sinatra


Bagi saya secara peribadi, siapa pun yg bakal jadi PM dan TPM tak penting. Yg penting *Agenda Reset Malaysia* perlu di laksanakan sempena dgn era *The Great Reset 2021.*


*Agenda Reset Malaysia*


*Visi* 


*Transformasi Nasional 2050.*


*Misi*


*1. The World Islamic Digital Hub.*


*2. The World Islamic Monetary and Financial Center.*


*3. The World Islamic Trade Center.*


*4. The World Islamic Food Bank.*


Formulanya : *MMT + Geo Politik + Geo Ekonomi + Geo Strategi.*


Inilah agenda *Kebangkitan Islam Dari Timur.* Memartabatkan Islam bukan sahaja sebagai satu cara hidup tetapi juga sebagai satu *Sistem Dalam Kehidupan* di seluruh dunia.


Kita angkat Islam *to the next level.*


Dan Malaysia adalah tapak kebangkitan tersebut.


Sebagai sebuah negara Islam dan menjadi anggota kpd pertubuhan *Commonwealth,* ini memberi kelebihan yg besar kpd Malaysia berbanding Indonesia dan negara2 Timur yg lain.


Kedua, kita masih lagi memiliki *Raja2 Melayu dan Majlis Raja2 Melayu.*


Ketiga, kita ada *Sijil Halal* yg di perakui oleh dunia.


*Tiga jurus pamungkas @ maut* yg belum kita gunakan secara maksimal utk menumpaskan lawan dlm setiap pertempuran *diplomasi dan perdagangan.*


Pernah dgr tentang *Gagasan Wau Bulan ?*


*Gagasan utk menyatukan China, India, Malaysia dan Indonesia.*


Sayap kanan dan kiri Wau Bulan @ *Nusa Rantang.* Iaitu China dan India.  Pinggangnya *Nusa Kencana* iaitu Malaysia. Manakala bentuk Bulan Sabitnya pula adalah *Nusantara*, iaitu Indonesia.


Boleh bayangkan kalau 4 negara ini bersatu dan membentuk segala kerjasama yg ada, politik, ekonomi dan kewangan, pendidikan dan militari ?


*Wau Bulan Teraju Tiga.* China, India, Malaysia dan Indonesia.


Negara mana yg ada tiga bangsa iaitu Cina, India dan Melayu kalau bukan Malaysia ?


Hanya Malaysia yg mempunyai byk kelebihan2 utk memimpin gagasan tersebut. Dan kelebihan2 itu yg di perlukan oleh China, India dan Indonesia bagi kepentingan *Geo Politik, Geo Ekonomi dan Geo Strategi* mereka.


Perlu ada tokoh atau sosok pemimpin yg pintar me *leverage* potensi ketiga-tiga bangsa tersebut. InsyaaAllah *Wau Bulan* dgn *Teraju Tiga* akan terbang tinggi.


Perlu ada tokoh yg sesuai utk mengeksplorasi dan mengeksploitasi kelebihan2 yg ada.


Kalau mahu yg ada pengalaman dan kebolehan, bagi saya tidak ada calun yg paling sesuai utk mengalas *Agenda Reset Malaysia* selain dari DS Najib Tun Abd Razak.


Jgn lupa apa yg selalu saya sampaikan, *pasca Covid 19, China adalah negara yg akan memimpin dunia.*


Dan China ada perasaan yg cukup sentimental kpd keluarga DS Najib. Almarhum Tun Abd Razak ada jasa yg cukup besar kpd China.


DS Najib hanya perlukan sahabat2 yg seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali utk membantu beliau.


Atau sahabat2 yg seperti Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu.


Bersahabat ni Sunnah Rasulullah SAW dan kunci kejayaan Rasulullah SAW.


Sebelum ini beliau tidak punya sahabat. Beliau hanya ada rakan2 politik, pekerja2 politik dan pengikut2 politik. 


Mudah2an ujian besar yg sdg beliau lalui mengajar beliau utk mengenal pasti siapa sahabat2nya yg sudi menangis bersama2 beliau pada waktu ini.


Sementara beliau di berikan ruang dan peluang utk membersihkan dirinya dari masalah undang-undang yg sdg di hadapi maka sebuah kerajaan interim perlu di bentuk.


Sempena dgn *Era Kebangkitan Dari Timur* maka sewajarnya kita cari tokoh2 dari Timur.


Dan gandingan yg paling sesuai tidak lain dan tidak bukan adalah *YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan YB DS TG Haji Abdul Hadi Awang.*


Saya tidak perlu mengulas panjang mengenai kedua-dua tokoh ini. Siapa yg tidak mengenali mereka berdua.


Mereka berdua cukup berpengalaman utk meredam suhu politik dan ekonomi yg sdg memanas pada waktu ini.


Tengku Razaleigh Hamzah @ Kelantan, TG Haji Hadi @ Terengganu dan DS Najib @ Pahang adalah gandingan terbaik dari Pantai Timur.


Jgn lupa, *the sun will always rise from the east.*


Utk itu, PAS perlu buat keputusan besar. Tinggalkan PN utk memberi laluan kpd *Agenda Reset Malaysia.*


Kpd PAS, ikut cakap saya jgn ikut cakap Takiyuddin.


Ingat,


*Agenda Reset Malaysia @ Revolusi Akhlak* utk sebuah kebangkitan dari Timur. Bukan agenda politik sempit.


Sebuah kebangkitan utk maslahat umat manusia di seluruh dunia.


Semoga *Agenda Reset Malaysia* akan membenarkan isyarat Nubuwwah Nabi Muhammad Rasulullah SAW mengenai kebangkitan Islam dari Timur di akhir zaman.


Yakinlah bahawa Allah SWT akan memberikan kemenangan dan kejayaan kpd sesiapa yg membela agama Allah.


Teruskan mengikuti nota2 pendek saya.


 *Anda akan terus di rayu, di goda, di pujuk, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yg sdg berusaha utk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

29/12/2020

No comments: