Tuesday, 29 December 2020

Reset Malaysia : Perkasakan JAKIM

 *Reset Malaysia : Perkasakan JAKIM.*


Makanan halal adalah merupakan antara perkara yg penting dlm kehidupan seorg Muslim.


Sebagai sebuah negara Islam, adalah menjadi kewajipan negara utk memastikan bekalan makanan utk umat Islam adalah halal dan mencukupi.


Di Malaysia, semua pihak bertanggung-jwb utk memastikan standar makanan halal itu di patuhi. Dan itu adalah tanggung-jwb kenegaraan setiap warga.


Maka apabila timbul isu *daging import non halal* adalah tidak wajar utk menuding jari ke arah JAKIM sepenuhnya. Byk agensi2 lain yg terlibat dlm perkara ini.


JAKIM sudah melakukan yg terbaik dlm kapasitinya utk memastikan SOP pensijilan halal di patuhi pada setiap masa.


Semua pihak harus berhati-hati dlm membuat tuduhan terhadap JAKIM.


Ia bukan kesalahan JAKIM. Ia merupakan  kelemahan dan kegagalan yg fatal bagi negara.


Saya perlu mengingatkan semua pihak bahawa,


*Integriti JAKIM wajib di jaga dan di pertahankan dgn segala cara.*


Ini kerana satu-satunya negara di dunia ini yg mengeluarkan *Sijil Halal* adalah Malaysia melalui JAKIM.


Dan *Sijil Halal* tersebut di perakui di seluruh dunia.


Saya ulangi, *di perakui di seluruh dunia.*


Sijil2 halal yg lain di seluruh dunia hanya di keluarkan oleh organisasi masyarakat @ *Non Governmental Organization @ NGO.* 


*Bukan oleh negara.*


Sebab itu saya mencadangkan agar Malaysia menjadi *pusat monetari, kewangan, perdagangan dan pusat bekalan makanan halal @ halal food bank* bagi umat Islam di seluruh dunia.


Ini kerana *standar penarafan halal* kita sudah di ikhtiraf oleh seluruh dunia.


Kita berpotensi menjadi pemimpin dlm menegakkan prinsip *halalan toyibban* di dunia.


*Ini antara kekuatan negara dari segi geo politik, geo ekonomi dan geo strategi.*


Maka sudah sampai masanya agar kekuatan ini di pertingkatkan dan di gunakan secara maksimum bagi kepentingan negara dan umat Islam di seluruh dunia.


Maka apabila meledak isu mengenai *daging import non halal* wajib bagi pihak kerajaan utk segera bertindak menyiasat dan mendakwa semua pihak yg terlibat hingga ke akar umbinya. Dan seterusnya menghukum para pelakunya dgn hukuman yg maksimum.


Ini adalah satu kesalahan yg besar. Jenayah pengkhianatan terhadap YDPA, Raja2 Melayu dan negara.


*Tidak ada hukuman yg setimpal melainkan hukuman mati atau penjara seumur hidup bagi pelaku jenayah seperti ini.*


Saya tidak menolak kemungkinan bahawa ini adalah satu kegiatan *subversif* dan jenayah terancang utk mensabotaj JAKIM dan negara Malaysia.


Oleh itu saya ingin mengingatkan semua pihak agar peka dan berhati-hati dgn *Gerakan Subversif Republik Malaysia @ GSRM* yg bercita-cita utk menjadikan *Malaysia sebuah negara republik sekular menjelang 2030.*


*Suruhanjaya Penyiasatan DiRaja* perlu di bentuk dgn kadar segera bukan sahaja utk menyiasat isu *daging import non halal* tetapi yg lebih utama adalah utk menyiasat *Gerakan Subversif Republik Malaysia @ GSRM.*


GSRM adalah ancaman terbesar negara. Satu  gerakan terancang utk mengulingkan *YDPA dan Raja2 Melayu* serta menjalankan aktiviti2 utk mensabotaj negara dari pelbagai sudut.


Ancaman ini perlu di hapuskan dgn kadar segera.


Sudah tiba masanya utk memperkasakan JAKIM dari pelbagai dimensi.


JAKIM perlu di angkat dan di nobatkan sebagai lembaga @ agensi penguat kuasa utk menegakkan prinsip *amar maaruf nahi mungkar* di negara ini.


Perubahan struktural dan perundangan perlu di lakukan. JAKIM perlu di letakkan di bawah pengawasan YDPA dan Raja2 Melayu.


Bidang kuasa JAKIM perlu di perluaskan. Ini bagi memastikan agar prinsip *amar maaruf nahi mungkar* dalam semua bidang dapat di tegakkan di negara ini.


Keprihatinan dan inisiatif dari semua pihak di perlukan utk memastikan agar hasrat ini dapat di laksanakan.


Sementara itu, teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yg sdg berusaha utk merenung nasib bangsa dan negaranya di masa hadapan.


Ramalan Yunus @ Demi Melayu 

30/12/2020

No comments: