Friday, 25 December 2020

Reset Malaysia : Sovereign Wealth Fund

 *Reset Malaysia : Sovereign Wealth Fund.*


Sedih dan sgt mengecewakan apabila viral isu *cop halal* di salah gunakan utk mengimport daging yg tidak halal.


Dan lebih malang lagi di dakwa ianya sudah berlaku hampir 40 tahun.


*Nauzubillahi min zalik.*


Kesemua mereka yg terlibat dlm sindiket seperti ini perlu di bawa ke muka pengadilan dan di berikan hukuman yg paling berat.


Ini bukan isu main2. Semua pihak perlu tegas dlm perkara seperti ini.


Seluruh umat Islam wajib bersedih dan marah dgn isu seperti ini.


*Halal @ Halalan Toiyibban* adalah perkara paling utama dlm kehidupan seorg Muslim.


Sebagai sebuah negara Islam, menjadi tanggung-jwb utama negara utk memastikan bahawa ianya dapat di tegakkan dan di laksanakan.


*Baik dari segi makanan, monetari, kewangan, perdagangan dan termasuk berpolitik.*


*Semuanya wajib halal !*


Sampai bila soal makanan *Halal dan Riba'* harus di pandang ringan terutamanya dlm sebuah negara Islam ?


Apakah kita lupa atau buat2 lupa bahawa seluruh kehidupan kita akan di pertanggung-jawabkan suatu hari nanti di depan Allah SWT ?


Sampai bila kita akan mendengar lagi aset2 yg kononnya milik umat Islam di lelong bila pentadbiran negara bertukar tangan ?


Sampai bila kita masih lagi mahu mendengar isu rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan penyelewengan terus berlaku di negara ini ?


Pengkhianat2 negara ini wajib di berikan hukuman yg paling berat sebagai pelajaran utk generasi yg akan datang.


Pada saat rakyat sudah kehilangan keyakinan kpd semua institusi2 negara maka wajib bagi kita utk menubuhkan sebuah lembaga @ badan yg di bawah pengawasan Majlis Raja2 Melayu utk mempertahankan semua kepentingan umat Islam dan negara ini.


*Sovereign Wealth Fund @ SWF* wajib di tubuhkan dgn kadar segera.


Ini asas utk membina negara dgn menggunakan formula *MMT + Geo Politik + Geo Ekonomi + Geo Strategi.*


Inilah platform utk membangunkan,


*1. World Islamic Digital Hub.*

*2. World Islamic Monetary and Financial System.*

*3. World Islamic Trade Center.*

*4. World Islamic Food Bank.*


Ini yg sepatutnya jadi *Visi dan Misi* kita pasca Covid 19 ni kalau kita nak jadi sebuah negara bangsa yg unggul di persada dunia.


Mengutip kata2 sahabat saya, Papagomo, *'' kalau bukan sekarang bila lagi ? Kalau bukan kita siapa lagi ? "*


Pagi ini saya tak ada mood nak berceloteh. Saya tgh berangin dgn isu daging import yg tak halal dan isu vaksin Covid 19 yg tak tentu hujung pangkalnya.


Kalau dah susah sgt nak cari calun Menteri Agama yg sesuai, hubungi saya. Saya kenal calun2 yg sesuai utk di lantik sebagai Menteri Agama.


Saya dah pernah menulis soal tanggung-jwb seorg Menteri Agama di negara ini. InsyaaAllah saya kenal calun2 yg sesuai.


Jangankan calun Menteri Agama yg sesuai, calun Perdana Menteri yg sesuai pun saya dah ada.


Tapi kpd yg berangan-angan nak jadi PM tu jgn risau la. YDPA bukan nak panggil saya dan minta cadangan dari saya pun.


Saya ni rakyat marhaen. Jangankan YDPA, PM atau Menteri, wakil rakyat pun tak sudi nak bertandang ke rumah saya.


*No worries ok....*


Sebab itu saya tak menulis kpd mereka. Saya cuma menulis kpd sahabat2 WAG saya sahaja.


Jadi teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di goda, di pujuk, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat dan negara ini.*


Biarpun nota2 saya pendek tetapi ia tetap elegan dan *mind blowing.* Nilai, kualiti dan hak cipta yg tetap di pelihara. InsyaaAllah.


Dato Dr Ramalan Yunus Dari sahabatmu yg tgh kehilangan mood utk berangan-angan.

No comments: