Monday, 14 December 2020

Reset Malaysia

 *Reset Malaysia : When The Tiger Began To Roar...*


Masyaallah... Tak ada angin tak ada ribut, tup-tup dua org Tokoh Negara duduk bersama menghadap khalayak Malaysia dlm satu Sidang Media semalam, Isnin 14/12/2020.


Laksana terdengar ngauman Sang Harimau dari Banjaran Titiwangsa. Gegak gempita satu negara di buatnya.


Satu peristiwa politik yg luar biasa terjadi. Dua tokoh politik paling senior yg berseteru selama ini duduk bersama utk menyampaikan pesan baru buat seluruh rakyat Malaysia.


*Sidang Media Tun Dr Mahathir Mohamad @ Tun M dan Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li.*


Luar biasa...


Bagaikan dua org *Laksamana Melayu* yg gagah berani mereka tampil di depan khalayak melakar aspirasi, *" we're gonna save this country. Politically, economically. "*

Wow ! Memang luar biasa.


Benarkah negara ini masih memerlukan mereka utk menyelamatkannya ?


Sebagaimana yg selalu saya sampaikan, *masalah yg luar biasa memerlukan solusi yg luar biasa.*


Apakah ini pertunjuknya ?


Kalau benar, ini satu tamparan hebat buat para pemimpin politik yg ada yg lebih muda dari mereka yg asyik sibuk berkelahi berebut jawatan dan khazanah negara.


Sukarno memilih di berikan sepuluh org pemuda utk mengegarkan dunia.


Kita pulak perlukan dua org yg paling senior utk menyelamatkan negara.


Dunia memang dah terbalik....


Tapi inilah yg namanya luar biasa. Sesuatu yg tidak pernah kita jangka dan kita lihat.


Macam sdg menyaksikan  ahli silap mata terkemuka si *David Copperfield* membuat *persembahan yg dramatik.*


Luar jangkaan ? Memang. Dramatik ? Ya betul. Apa yg pasti ini satu lembaran baru buat negara. Satu norma baru utk melakar sejarah baru negara.


Apakah *Agenda Reset Malaysia* sudah menemui *Gerbang masuknya ?*


Ini yg kita ingin lihat.


*" Bring out the tiger in you ! "* pesan Ku Li.


Ayuh ! Sekelian *Harimau2 Malaya,* sahut cabaran. Berhenti jadi *Kucing Siam.*


*Its war time !* Mari kita beramai-ramai turun dari Banjaran Titiwangsa. Kita hapuskan segala anasir2 yg sdg mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara.


Kita tegakkan keadilan dan kesejahteraan utk semua.


Kita bangsa yg hebat dan berdaulat. Sudah sampai masanya utk kita mempamirkan kedaulatan dan kehebatan kita kpd seluruh penghuni dunia.


Dunia memang utk org muda namun berikanlah peluang kpd *the ancient wisdom* utk memandu kita semua.


Saya yg sudah beruban ini pun terasa muda kerana di pimpin oleh mereka yg jauh lebih berusia dari saya.


Saya sendiri terpanggil utk membuktikan pada diri saya, apa yg ada di dalam diri saya. *Harimau Belang atau Kucing Siam .*


Kpd seluruh rakyat Malaysia, di mana jua anda berada, inilah masanya. Mari kita berdiri teguh di belakang Tun M dan Ku Li.


Mari kita bersama-sama dgn mereka utk membina satu impian dan harapan baru dgn sebuah keyakinan baru.


Kita masih memerlukan pengalaman dan kebbijaksaan mereka utk memandu kita semua menuju *Malaysia Baru* pasca Covid 19.


Saya sentiasa berpegang kpd doktrin, *musibah sentiasa datang bersama rahmah.* Lagi besar musibah lagi besar rahmah. Ayuh kita ambil rahmah dari apa yg sdg berlaku.


Kita lupakan segala persengketaan lalu. Sama2 kita melakar satu sejarah baru buat negara.


Kita mulakan dari *rock bottom.* Kita bina kembali negara kita menurut lunas2 yg telah di tetapkan oleh Rukun Negara dan Perlembagaan Negara.


Kita bina kembali negara kita dgn iman dan taqwa kpd Allah SWT. Itulah gunung emas kita. Modal yg paling ampuh utk mengamit keampunan dan redha Allah SWT.


Saya yakin, kebangkitan Islam di akhir zaman itu akan bermula dari negara kita. Dan menurut saya, inilah masanya.


*Lets do it ! We put up a dramatic performance for the world just like what David Copperfield did.*


Inilah barisan kita

Yg ikhlas berjuang

Siap sedia berkorban

Utk Ibu Pertiwi...

No comments: