Wednesday, 16 December 2020

Rest Malaysia : Bajet 2021 Lulus

 *Reset Malaysia : Bajet 2021 Lulus !*


Pada akhirnya *bajet yg paling kontroversi dlm sejarah* lulus di parlimen Malaysia pada hari Selasa, 15/12/2020.


Harapan sebahagian besar rakyat Malaysia utk melihat bajet tersebut di tolak hanya tinggal harapan.


Ramalan pengamat politik terkenal Dato Lokman Nor Adam utk melihat kerajaan PN tumbang juga ternyata meleset.


Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li tetap teguh mempertahankan pandangannya yg menilai bahawa kerajaan PN tidak mempunyai keabsahan utk membentangkan baget tersebut.


Manakala DS Najib @ BossKu dan BN di lihat seperti menyokong dlm paksa kerana terus memiliki komitmen utk menarik sokongan dari kerajaan PN.


Semua pihak punya justifikasi sendiri. Kebenaran terus terendam dlm wilayah pembenaran.


*Apa lagi yg boleh di harapkan dari sebuah kerajaan yg gagal menyerap aspirasi rakyat dan gagal melihat masalah secara objektif.*


Bajet 2021 terus kekal dlm catatan politik negara sebagai *talian hayat* kpd Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Yg pasti kemelut politik belum berakhir. 


Bagi golongan yg berjiwa *Kucing Siam* akan menerima apa saja yg suguhkan oleh kerajaan.


Berbeza dgn golongan yg berjiwa *Harimau Belang.* Mereka akan terus berjuang utk memastikan yg terbaik buat rakyat dan negara ini.


Ini akan membuatkan peristiwa2 politik yg bakal berlaku pasca baget 2021 semakin menarik utk di amati dan di ikuti.


Saya pula yg sudah mulai selesa dgn norma baru saya iaitu berkongsi angan2 saya di waktu pagi akan meneruskan rutin tersebut. Doakan semoga sumbangan yg tidak seberapa itu dapat menjadi asbab utk meraih keampunan dan keredhaan dari Allah SWT buat diri saya dan keluarga.


Angan2 sebuah *Agenda Reset Malaysia* yg mengajak rakyat Malaysia utk bernegara secara cerdas di Abad ke 21 pasca Covid 19.


Kita teruskan *Agenda Reset Malaysia* dgn memulainya dari diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan seterusnya negara kita.


Agenda Reset Malaysia adalah *Revolusi Akhlak* yg di anjurkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW sejak lebih 1400 tahun dahulu.


Modalnya bukan Bajet 2021 tetapi iman dan taqwa.


Matlamatnya bukan membangun gedung2 pencakar langit tetapi utk menempah tiket ke Syurga.


Perjuangan utk menegakkan kebenaran bukan pembenaran.


Jgn di sia-siakan darah, keringat dan airmata utk memperjuangkan sesuatu yg bathil.


*Khusnul Khatimah @ kesudahan yg terbaik* hanya dapat di capai dgn menegakkan prinsip *amar maaruf nahi mungkar.*


Pesanan politik dari *Gedung Kekuasaan Rakyat @ Parlimen Malaysia* semalam adalah, *" Kamu berdirilah atas kaki kamu sendiri. Kami tidak berupaya menegakkan keadilan dan kesejahteraan buat kamu. "*


*Its ok.* Kita ada Allah. 


Gantungkan segala impian dan harapan kita kpd Allah SWT. Allah SWT pemilik sekelian alam. Pemilik hari akhirat. Pemilik Syurga dan Neraka. Bukan parlimen Malaysia.


Wahai Harimau2 Malaysia, teruskan perjuangan. Selagi hayat di kandung badan, teruskan melangkah. Rahmat Allah SWT sentiasa ada buat kita semua.


Teruskan berdoa dan berusaha.


Dato Dr Ramalan Yunus 

Dari sahabatmu yg suka berangan-angan di waktu pagi.

No comments: