Sunday, 31 January 2021

Reset Malaysia : Taati Allah , Taati Rasul Dan Taati Ulil Amri .

 *Reset Malaysia : Taati Allah, Taati Rasul Dan Taati Ulil Amri.*


Dalam *Agenda Reset Malaysia* prinsip-prinsip yang terkandung dalam *Rukun Negara* bukan sahaja wajib di tegakkan malah ia harus di perkasakan. 


Kita bukan sahaja wajib berpegang kepada *Kepercayaan kepada Tuhan iaitu Allah* bahkan kita juga wajib mentaati segala perintah-perintah-Nya.


Ini kerana kewajipan mentaati Allah SWT itu adalah kewajipan yang mutlak tanpa mengira kedudukan. Baik Raja, PM, Menteri, Wakil Rakyat, Pegawai Kerajaan mahu pun rakyat jelata. Semuanya wajib mentaati Allah SWT secara mutlak dan menyeluruh.


Tidak harus ada persoalan dan tidak di benarkan berbeza pendapat dalam perkara ini.


Ini kerana perintah dari Allah SWT itu sudah cukup jelas untuk di pertikaikan lagi.


*Wahai orang-orang yang beriman ! Taatilah Allah, taatilah Rasul ( Muhammad ), dan Ulil Amri ( pemegang kekuasaan ) di antara kamu. Kemudian, jika kamu berbeza pendapat tentang sesuatu, maka kembalikan kepada Allah ( Al Quran ) dan Rasul ( Sunnah ), jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih baik ( bagi mu ) dan lebih baik kesudahannya.*


  - Surah An Nisa, Ayat 59.


*Tidak ada ketaatan yang mutlak selain dari Allah.*


Mentaati *Ulil Amri @ pihak yang berkuasa* itu kondisional sifatnya bukan mutlak. Taati mereka dalam perkara-perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.


Dalam perkara- perkara maksiat dan kemungkaran, mereka 

wajib di tegur dan di nasihati.


Maka adalah wajar dalam sebuah negara Islam seperti Malaysia apabila ada pihak yang mengkritik, menegur dan menasihati pihak yang berkuasa.


Kritikan, teguran dan nasihat kepada pihak yang berkuasa wajar di raikan. Bukan di anggap sebagai satu bentuk pemberontakan atau penderhakaan.


Jika terdapat perselisihan atau perbezaan pendapat maka wajib bagi semua pihak untuk kembali kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.


Inilah proses kita untuk bernegara secara cerdas dalam perjuangan untuk menegakkan prinsip *amar maarf nahi mungkar* yang menjadi kewajipan mutlak dalam beragama.


*Bernegara secara cerdas dalam sebuah negara Islam seperti Malaysia, rakyat bukan sahaja wajib mentaati Ulil Amri bahkan yang lebih utama adalah mentaati Allah dan RasulNya.*


*Agenda Reset Malaysia* mengajak kita untuk kembali mentauhidkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara. Dan kembali kepada sumber kebenaran iaitu *Al Quran, Sunnah, Qias dan Ijmak para ulamak.*


Kepada Raja-Raja Melayu dan pihak yang berkuasa dalam pentadbiran dan pengurusan negara ini, dengan segala rendah diri saya merayu dan menyeru agar sentiasa muafakat dengan para ulamak.


Para ulamak wajib menjadi sebahagian dari proses untuk membuat keputusan. Bukan sekadar menjadi  instrumen untuk membenarkan setiap keputusan.


*Setiap keputusan dari pihak yang berkuasa bukan sahaja harus kelihatan adil atau harus di anggap adil bahkan keadilannya harus dapat di rasainya oleh rakyat jelata.*


Mana mungkin kita berlaku adil tanpa kita meletakkan sesuatu perkara itu pada tempatnya.


Mana mungkin kita berada di jalan yang benar tanpa berpandukan kepada pertunjuk-pertunjuk dari Al-Quran dan Sunnah dan tanpa bimbingan dari para ulamak yang menjadi pewaris Nabi.


*Ada perbezaan yang besar antara kebenaran dan pembenaran.*


Sebagai sebuah negara bangsa kita sudah tersesat terlalu jauh dari kebenaran. Sudah sampai masanya untuk kita kembali ke pangkal jalan. Kembali kepada kebenaran.


*Tegakkan kebenaran bukan pembenaran.*


Angan-angan saya, saya ingin melihat pada persidangan Majlis Raja-Raja Melayu akan datang para ulamak turut di perkenan untuk sama-sama bersidang dan sama-sama membuat keputusan bagi negara ini.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda untuk mereset diri anda sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

1 Februari 2021.


Saturday, 30 January 2021

Reset Malaysia : High Income Skills

 *Reset Malaysia : High Income Skills.*


Dalam ekonomi digital, menguasai kemahiran untuk menjana pendapatan secara online adalah suatu kemestian. Dan generasi muda perlu di latih dari sekarang untuk menguasai kemahiran atau skill-set tersebut.


*What is High Income Skills ?*


*High Income Skills* ini adalah kemahiran untuk menjana pendapatan yang tinggi. Pendapatan yang melebihi RM 10 ribu sebulan. 


Dalam senarai *10 High Income Skills* yang sering saya kongsikan dengan generasi muda, salah satunya adalah *copywriting.*


*What is copywriting ?*


Kalau tanya guru online saya, Uncle Google,


*Copywriting is the act of writing text for the purpose of advertising or other form of marketing. The product called copy or sales copy is written contain aim to increase brand awareness and ultimately to persuade a person or group to take a particular action.*


*Copywriting* versi saya mesti ada *WOW factor* untuk menarik perhatian pembaca. Ringkas, padat, elegan dan *mind blowing.*


Nama pun *High Income Skills.* Jadi bukanlah mudah untuk di kuasai. Perlu ada azam dan kesungguhan untuk mempelajari dan mempratikkannya. Kena berlatih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.


Bukan mudah untuk menarik perhatian pembaca terhadap idea, produk dan perkhidmatan yang kita promosikan.


Kena gunakan teknik-teknik tertentu untuk mempengaruhi minda pembaca. Terutamanya teknik yang berupaya untuk mempengaruhi *Pemikiran Bawah Sedar* para pembaca kita.


Pelajari teknik-teknik tersebut dan terus berlatih sehingga anda berjaya menguasai kemahiran ini.


Kena ingat, *this is not about the best writing but it is about the best selling writing.*


Jadi kena buat teks yang mampu menarik perhatian para pembaca kita. Sebab itu saya sarankan untuk menulis secara ringkas, padat, elegan dan *mind blowing.*


Tulisan-tulisan akademik memang bagus. Ada nilai akademik dan berkualiti. Tetapi tak ramai yang berminat untuk membaca tulisan-tulisan yang seperti itu.


Ia membosankan sebab terikat dengan displin akademik, mendatar dan tak ada *feel.* Teks untuk *copywriting* kena ada *feel* baru ada *umph !*


Jadi jangan hairan kalau nota-nota pendek saya yang saya tulis untuk *WhatsApp Group @ WAG Demi Melayu* yang mempromosikan idea *Agenda Reset Malaysia* mendapat perhatian yang meluas.


Saya di maklumkan bahawa nota-nota tersebut menyebar luas hingga ke negara-negara luar. Dan sudah ada blog-blog atau website yang di bangunkan untuk mengumpulkan nota-nota tersebut.


Ini di luar jangkaan saya. Tujuan asalnya yang sekadar ingin menyakat kawan-kawan di WAG Demi Melayu dan juga hanya sekadar ingin berkongsi pendapat sahaja berubah menjadi seperti itu.


*What can I say* selain dari memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT atas anugerah tersebut. Saya berdoa semoga para pembaca nota-nota saya mendapat manfaat dari nota-nota tersebut. InsyaaAllah.


Jadi saya sarankan kepada semua, belajar menulis dan rajin-rajinlah menulis dalam WAG atau media-media sosial yang lain. Bina kemahiran dalam *copywriting.* Ini salah satu kemahiran yang penting dalam era *all digital.* Bukan sahaja ia mampu mempromosikan idea-idea anda dengan lebih berkesan bahkan ia juga berpotensi untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan buat anda dan keluarga.


Jadi tidak rugi kalau anda berusaha untuk belajar dan menguasai kemahiran ini.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu 

31 Januari 2021

Friday, 29 January 2021

Reset Malaysia : Self Talk

 *Reset Malaysia : Self Talk.*


Pagi ini kita masih membicarakan sedikit lagi mengenai Tauhid @ Hidup Bertuhan.


Ini perkara yang paling penting dan paling mendasar dalam *Agenda Reset Malaysia.* 


Semua perkara harus bermula dari sini. Sebab itu Islam mewajibkan setiap umatnya untuk menuntut ilmu. Dan ilmu pertama yang wajib di tuntut adalah *Ilmu Mengenal Allah.*


Ini untuk memastikan agar setiap Muslim itu mengenali fitrahnya sebagai *Insanul Kamil* yang di jadikan sebagai Hamba dan juga Khalifah Allah SWT di atas muka bumi.


Hanya orang yang mengenal Allah SWT sahaja yang akan sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT, sesama manusia dan dengan sekelian alam.


*Sentiasa bersikap positif dan optimis di dalam kehidupannya.*


Apa pentingnya sentiasa bersikap positif dan optimis ?


Dalam kajian *Ilmu Psaikologi Modern,* manusia lebih banyak bercakap atau berbicara dengan dirinya sendiri berbanding dengan bercakap kepada yang di luàr dirinya atau kepada orang lain atau kepada alam.


Paling cerewet manusia, dia hanya mampu bercakap dengan 20,000 patah perkataan sahaja dalam tempoh 24 jam atau sehari. Tetapi bercakap dengan dirinya sendiri jauh lebih banyak dari angka tersebut.


Beranikah anda bercakap dengan diri anda sendiri, *Tuhan jahat, semua manusia jahat, hidup ini kejam, tidak adil, tidak ada kejujuran, hidup memang susah, nak cari duit susah, nak makan pun susah.* Dan anda sebut perkataan-perkataan itu dalam diri anda berulang-ulang kali dalam tempoh 24 jam selama 30 hari ke depan ?


Berani ?


Boleh anda bayangkan apa yang akan terjadi kepada diri anda dan kehidupan anda selepas itu ?


Ini yang kita namakan sebagai *Self Talk.* Kita berbicara dengan diri kita sendiri. Kata-kata di dalam hati kita.


Kata-kata di dalam hati ini yang akan menentukan sikap anda. Sikap anda akan menentukan tindakan anda. Tindakan anda pula akan menentukan perbuatan anda @ *habit.* Habit inilah yang akan menentukan nasib anda. Dan nasib anda pula akan menentukan kata-kata di dalam hati anda.


*Mindset - Attitude - Action - Habit - Result.*


Inilah yang akan mencipta  dilemma di dalam diri anda dan dalam kehidupan anda.


Jadi berhati-hati apabila anda berbicara dengan diri anda. Berhati-hati dengan kata-kata di dalam diri anda.


*There is no changes without awareness @ consciousness.*


Baik, kita tukar perkataan-perkataan di dalam hati kita. Apa kata kalau anda sebut berulang-ulang kali pula kepada diri anda perkataan-perkataan yang positif dan optimis seperti *Allah baik, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Allah Maha Pengampun, semua manusia baik, hidup ini indah, hidup ini sempurna, senang cari duit, senang cari makan, hidup lancar, hidup mudah dll.*


Anda sebut berulang-ulang kali. Mulai dari bangun tidur sehingga anda tidur kembali. Anda sebut berulang-ulang kali terus menerus secara konsisten selama 30 hari ke depan.


Apa akan terjadi ?


Yakinlah. InsyaaAllah hidup anda akan berubah. Hidup anda menjadi mudah dan lancar semudah anda menyebutkan perkataan-perkataan itu.


Hidup anda akan menjadi ceria, gembira, bahagia dan anda akan melihat dunia dengan penuh harapan dan impian. Sebuah dunia yang menjanjikan segala kemungkinan.


Mulai hari ini, berhati-hati dalam memilih kata-kata di dalam hati anda. Pilih kata-kata yang positif dan optimis.


*Mindset - Attitude - Action - Habit - Result.*


*Saya ingatkan anda semua mengenai konspirasi para elit global. Anda sedang di buat untuk menjadi bimbang, risau, takut, bercelaru dan sentiasa di dalam dilemma dengan Covid 19.*


Jangan biarkan Covid 19 membunuh kehidupan anda. Membunuh cita-cita, impian dan harapan anda.


*Tidak ada sesiapa yang mampu membinasakan diri anda dan kehidupan anda kecuali diri anda sendiri.*


Kita harus tetap positif. Tetap semangat. Tetap ceria. Penuh dengan harapan dan impian. Bayangkan kehidupan yang serba indah. Serba sempurna. Cukup membahagiakan. Baik di dunia mahu pun di akhirat.


Jangan lupa, Allah SWT sentiasa bersama kita. Sentiasa mengasihi dan menyayangi kita. Sentiasa merindui kita. Sentiasa memenuhi setiap permintaan dan permohonan kita.


*Sentiasalah mengingati Allah. Jangan benarkan sesiapa bertakhta di dalam hati anda selain Allah.*


Berpegang teguhlah dengan impian dan harapan kita.


*Haqqul Yaqin* bahawa setiap impian dan harapan kita akan menjadi kenyataan.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

30 Januari 2021

Thursday, 28 January 2021

Reset Malaysia : Bertauhid Dalam Bernegara

 *Reset Malaysia : Bertauhid Dalam Bernegara.*


Pagi ini saya ingin menyambung lagi nota saya semalam 28/1/2021 yang bertajuk *The New Mind.*


Nota pendek yang mencadangkan agar ideologi bangsa ini perlu di reset kembali. Kembali kepada ideologi fitrahnya yang sebenar iaitu *La ilaha ila Allah. Muhammadar Rasulullah.*  


Atau dalam erti kata yang lain kembali *bertauhid dalam bernegara.* Inilah *The New Mind* yang saya maksudkan dalam *Agenda Reset Malaysia.*


Ini bagi memastikan agar bangsa ini kembali kepada kesedaran yang sebenar dan mampu mencapai tingkatan kemakmuran yang tertinggi sebagaimana yang telah tercatat dalam sejarah para Nabi dan Rasul di sepanjang zaman.


Soalannya, bagaimana *methodologi* nya untuk mengimplentasikan idea tersebut ?


Kita kembali kepada Rukun Islam yang pertama iaitu *Mengucap Dua Kalimah Syahadah.*


*Kalimah Syahadah @ Kalimah Tauhid* ini ada 3 rukun. *Pertama, di tasdiqkan di dalam hati. Kedua, di lafazkan dengan kata-kata. Dan ketiga, di laksanakan dengan perbuatan @ action.*


Inilah *ideologi* dan *methodologi* Ilmu Kemakmuran dalam Islam yang bersumberkan kepada *Al Quran, Sunnah, Qias dan Ijmak para ulamak.*


*Mengabungkan kesedaran dan perbuatan @ tindakan @  ketrampilan @ kemampuan.*


Atau dalam bahasa Inggerisnya mengabungkan *consciousness and competency.*


Setiap perubahan itu harus di awali dengan kesedaran @ *awareness @ consciousness.*


*Awareness @ consciousness* adalah awal dari perubahan. *There is no changes without consciousness.*


Dan untuk berubah, *consciousness* ini perlu di gabungkan dengan *competency* @ ketrampilan @ kemampuan.


*Ini yang di ajar oleh Islam. Allah dan Muhammad. Al Quran dan Sunnah. Ideologi dan methodologi Berpasangan bukan berpisah.*


*Benar dalam niatnya. Benar dalam kesedarannya dan benar dalam tindakannya. Harmoni dalam sebuah kesatuan untuk memanifestasikan sebuah keagungan yang indah dan sempurna.


Ada 4 tingkatan atau strata *conciusness and competency* yang perlu kita ketahui dan perlu kita capai dan kuasai.


*1. Unconscious and Incompetence.* 


Ini tahap di mana kita tidak ada ilmu atau pengetahuan dan tidak mempunyai ketrampilan @ kemampuan. Tidak tahu @ tidak sedar dan tidak mampu @ tidak ada ketrampilan.


Contohnya bersukan. Kita tidak pernah tahu apa itu bersukan dan kebaikan dari aktiviti bersukan. Ini kerana kita tidak pernah ambil tahu tentang bersukan dan tidak terlibat dalam aktiviti bersukan.


Tetapi apabila ada seseorang memberi tahu kita tentang aktiviti bersukan dan kebaikan dari aktiviti tersebut dalam kehidupan kita. Maka kita sudah mulai tahu tentang apa itu bersukan. Sudah ada kesedaran. Di sini kita sudah memasuki tahap kedua iaitu,


*2. Conscious and incompetence.*


Kita sudah tahu dan sedar tentang apa itu bersukan dan manfaatnya kepada kita tetapi kita belum mengambil sebarang tindakan atau melakukan sebarang aktiviti bersukan maka kita tidak mempunyai kemampuan atau ketrampilan dalam bersukan.


Dan apabila kita mulai bertindak @ *action* iaitu mulai melakukan aktiviti bersukan pada setiap hari. Kita bersusah payah untuk menjalani aktiviti bersukan kita.


Kita berjuang untuk menguasai tekanan emosi, mental dan fizikal kita dalam menjalani aktiviti bersukan. Kita sanggup berkorban masa, wang ringgit dan tenaga untuk bersukan.


Di peringkat ini, kita sudah memasuki tahap ketiga iaitu,


*3. Conscious and competence.*


Dan kita teruskan aktiviti bersukan kita pada setiap hari. Kita ambil tahu tentang bersukan. Kita berbual dan berbincang tentang sukan. Kita fokus pada bersukan. Kita mencari pelbagai kesempatan untuk bersukan. Kita begitu ghairah apabila memperkatakan tentang sukan maka bersukan sudah masuk ke dalam *sub system* kita. Bersukan sudah masuk ke dalam *Pemikiran Bawah Sedar* kita.


Bersukan sudah menjadi darah daging kita. Bersukan sudah menjadi kehidupan kita. Bersukan sudah menjadi otomatik dalam kehidupan harian kita. 


Kita sentiasa sedar dengan setiap maklumat dan perkembangan aktiviti bersukan di sekeliling kita.


Ini bermakna kita sudah memasuki tahap ke empat iaitu,


*4. Unconscious and competence.*


Kemampuan kita sudah berada di dalam *sub system* yang paling dalam. *Competency* kita sudah berada di atas tahap biasa.


Teruskanlah aktiviti-aktiviti tersebut sehingga kita menguasai dan menjadi *Master* dalam bidang tersebut.


Memasukkan ketrampilan @ *competency* kita di dalam *Pemikiran Bawah Sedar* adalah satu seni yang tersendiri.


Ini kerana di tahap *1,2 dan 3* itu boleh secara *instant.* Tetapi dari tahap *3* menuju ke tahap *4* itu perlu dorongan atau tekanan yang kuat. Sama ada dari dalam mahu pun dari luar.


Sebab itu saya harus menulis setiap pagi untuk terus mendorong anda semua agar melakukan perubahan untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.


Kita semua perlu terus di dorong. Di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi setiap hari secara konsisten. 😀


Untuk melakukan itu semua, kita perlukan tenaga yang luar biasa dari sumber yang luar biasa.


*And this is what I called  the power of love.* 


Cinta kepada Allah, Rasul dan umat manusia ini yang akan memberikan kekuatan kepada kita semua untuk terus berjuang dan berkorban dalam merealisasikan *Agenda Reset Malaysia.*


Untuk hari ini, tanyalah diri kita di tahap mana kesedaran dan kompetensi kita sebagai Hamba dan Khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini dalam misi kita untuk menegakkan *Kalimah Tauhid* dalam seluruh aspek kehidupan kita. Sama ada secara individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara Dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

28/1/2021.


Reset Malaysia : A New Mind

 *Reset Malaysia : A New Mind.*


Kalau kita menelusuri dan mengamati perjalanan dan perjuangan bangsa kita ini dalam tempoh 100 tahun semenjak dari tahun 1920 hingga ke tahun 2020, *apa sebenarnya ideologi kita dalam bernegara ?*


Soalan ini pasti mengundang pelbagai jawapan. Ada yang jawab Islam, Sekular, Liberal, Pragmatik, Demokrasi, Progresif, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan mungkin bermacam-macam lagi.


Tak apa. Saya soal, saya jawab. Ini pengamatan dan kajian peribadi saya yang ingin saya kongsikan kepada anda.


Kesimpulan saya mudah. Ideologi bangsa ini dalam tempoh 100 tahun ini adalah *survival.*


Ideologi ini yang sudah berakar umbi di dalam *Pemikiran Bawah Sedar* bangsa ini.


Sebab itu sewaktu UMNO di tubuhkan pada 11 Mei 1946 untuk menentang *Malayan Union* muncul slogan *Hidup Melayu @ Malay Survival @ Survival Of The Malays.*


Dan ideologi ini masih kuat berada di dalam *Pemikiran Bawah Sedar* Bangsa Melayu hingga ke hari ini.


Ideologi ini yang mempengaruhi kehidupan bernegara bangsa Melayu.


Tokoh bangsa yang sebesar Tun Mahathir sendiri pun aksi dan prestasinya masih sebagai seorang *survivalist.* Apa lagi yang lain.


Sebab itu dia tak mampu membina pengantinya. Begitu juga dengan tokoh-tokoh yang lain.


Semuanya masih bersikap dan bertindak sebagai seorang *survivalist.*


Dan ideologi ini turut di kongsi oleh bangsa Cina dan India yang ada di negara ini.


Muncul pelbagai krisis sehingga ke hari ini adalah di sebabkan daripada ideologi yang sudah tertanam di dalam *Pemikiran Bawah Sedar* bangsa ini sejak sekian lama.


Dan hari ini kita masih lagi menyaksikan perkara yang sama terus berulang lagi. *It is all about survival.*


Untuk bangkit menjadi sebuah negara bangsa yang setanding dengan Amerika dan China, ideologi ini perlu di tukar terlebih dahulu.


Saya ulang lagi kenyataan saya, *tidak ada sejarah yang terbaik yang boleh kita jadikan sebagai panduan selain dari sejarah para Nabi dan para Rasul.*


Agak-agak la apa ideologi mereka ?


Bukankah *the greatest wisdom of all time ?*


*LA ILAHA ILA ALLAH.*


Bukankah kerana *La ilaha ila Allah,* Rasulullah SAW dan para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah dan mendirikan Negara Islam Madinah ?


Bukankah dengan *La ilaha ila Allah* negara Islam itu berkembang dan umat Islam menguasai 2/3 dunia ?


Ini pentingnya kita reset kembali pemikiran kita. Kita *delete* ideologi yang terbukti tidak mampu membawa kita ke mana-mana ?


Kita hanya mampu *survive* di tanah air kita sendiri. Dan hari ini kita masih kalah dengan negara-negara jiran kita.


Takkan kita mahu terus begini untuk 100 tahun akan datang ?


Oleh itu, mulai hari ini kita semua wajib berazam untuk merubah ideologi kita. Kita mahu jadi bangsa yang berdaulat, makmur dan berjaya. Di dunia dan juga di akhirat.


*Kita mahu berubah kerana Allah. Kita mahu berusaha kerana Allah. Kita mahu berkorban kerana Allah. Dan kita mahu berjaya kerana Allah. Hidup dan mati kita kerana Allah. Segala-galanya adalah kerana Allah.*


Kita harus sentiasa mengingatkan diri kita, keluarga kita, sahabat handai kita, masyarakat kita dan negara kita bahawa segala-galanya adalah kerana Allah.


Tidak ada kerana yang lain selain dari kerana Allah.


*Dari Allah, kepada Allah dan kerana Allah.*


Yakinlah bila Allah sentiasa ada di dalam hati kita dan pemikiran kita, tidak ada lagi yang mustahil bagi kita.


Yakinlah dalam tempoh 30 tahun dari sekarang kita akan menjadi lebih hebat dari Amerika dan China.


Genggam erat-erat *Agenda Reset Malaysia* kita. InsyaaAllah, kita akan laksanakannya bersama-sama kerana Allah.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat dan negara.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

28 Januari 2021.



Tuesday, 26 January 2021

Reset Malaysia : Anwar Menguji Keabsahan Nasihat PM Kepada YDPA di Mahkamah

 *Reset Malaysia : Anwar Menguji Keabsahan Nasihat PM Kepada YDPA di Mahkamah.*


Tindakan Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk memohon kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung peranan PM dalam perisytiharan dharurat dan pengantungan parlimen adalah sesuatu yang harus di alu-alukan oleh semua pihak.


Pertama, ini demi untuk menegakkan prinsip *Keluhuran Perlembagaan Dan Kedaulatan Undang-Undang* di negara ini.


Kedua, untuk menguji sejauh mana bebasnya sistem kehakiman dari pengaruh dan campur tangan eksekutif.


Ketiga, untuk menguji keabsahan kedudukan TSMY sebagai PM Malaysia yang jelas sudah kehilangan sokongan majoriti di parlimen di Mahkamah Tinggi.


Ia perlu di lakukan bagi menegakkan keadilan untuk rakyat Malaysia dan memulihkan kembali imej negara ini.


*Jangan lupa, sebagai Ketua Pembangkang, DS Anwar kini mewakili suara majoriti rakyat Malaysia.*


Langkah ini adalah satu peristiwa politik yang penting bagi rakyat dan negara bagi menangani krisis moral dan krisis politik di negara ini.


Apa yang akan berlaku sekiranya mahkamah meluluskan permohonan tersebut ?


Namun soal sama ada mahkamah meluluskan atau tidak permohonan tersebut sebenarnya adalah tidak penting.


Tindakan memfailkan permohonan itu sahaja sudah pasti akan memberikan tekanan yang besar bukan sahaja kepada TSMY bahkan juga kepada Institusi Raja-Raja Melayu dan khususnya kepada YDPA.


Beban moral yang di tanggung oleh TSMY dan YDPA pada masa ini cukup besar dalam isu ini.


Sekiranya tidak berhati-hati, krisis ini berpotensi menentukan hayat kelangsungan Institusi Raja-Raja Melayu di negara ini.


*Seluruh dunia sudah tahu bahawa TSMY sudah kehilangan sokongan majoriti di parlimen.*


Tindakan bermoral yang sepatutnya beliau lakukan adalah meletakkan jawatan sebagai PM Malaysia bukan selain dari itu.


Tindakan beliau untuk menasihati YDPA agar memperkenankan perisytiharan Proklamasi Darurat adalah satu perbuatan yang jelas tidak bertanggung-jawab dan memalukan negara pada kaca mata dunia.


Perbuatan tersebut secara tidak langsung telah mendatangkan *AIB* yang besar kepada Institusi Raja-Raja Melayu khususnya YDPA.


Tidak ada rakyat Malaysia yang mempertikaikan perisytiharan Proklamasi Darurat. Namun majoriti rakyat Malaysia kini sedang mempersoalkan keabsahan nasihat TSMY kepada YDPA.


Tindakan tidak bertanggung-jawab TSMY itu, saya pasti akan mengheret YDPA ke dalam konflik di kalangan Raja-Raja Melayu.


Saya melihat sudah tidak ada jalan keluar yang lain untuk menyelamatkan imej institusi Raja-Raja Melayu dan YDPA kecuali dengan menubuhkan satu *Majlis Gerakan Negara* yang baru *dan melantik YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengantikan TSMY* bagi memimpin Majlis tersebut.


Hanya inilah satu-satunya jalan yang ada untuk memulihkan kembali imej institusi Raja-Raja Melayu dan YDPA serta menyelesaikan segala konflik dan krisis yang sedia ada.


Mengekalkan TSMY sebagai PM Malaysia adalah satu *tindakan bunuh diri* buat Institusi Raja-Raja Melayu dan YDPA khususnya.


Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu wajar di adakan dengan kadar segera bagi membincangkan mengenai perkara ini.


Melewatkan persidangan tersebut hanya akan menambahkan lagi kesan buruk kepada rakyat dan negara.


Kita teruskan berdoa dan berserah kepada Allah SWT agar Majlis Raja-Raja Melayu dapat membuat keputusan yang tepat bagi menyelamatkan negara ini dari terus di landa dengan pelbagai krisis.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

27 Januari 2021.

Monday, 25 January 2021

Reset Malaysia : PKP Tidak Di Sambung Lagi

 *Reset Malaysia : PKP Tidak Di Sambung Lagi.*


Pengumuman dari Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Hisham Abdullah bahawa PKP yang di jadualkan tamat pada 4 Februari 2021 tidak akan di sambung lagi pasti melegakan semua pihak.


Secara peribadi, saya merasakan bahawa keputusan itu adalah sesuatu yang betul dan wajar.


Bukan sahaja PKP, malah PKPB pun sudah wajar untuk tidak di kuat kuasakan dan di laksanakan lagi.


Kita perlu kembali kepada kehidupan seperti biasa. Covid 19 perlu di uruskan dengan kaedah yang berbeza. *Kaedah yang defensif bukan kaedah yang ofensif seperti yang di amalkan sekarang.*


Kita tidak perlu mencari dan memburu Covid 19. Ini akan sangat melelahkan *frontliner* kita dan mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada status kewangan rakyat dan negara.


Covid 19 akan bersama dengan kita untuk jangka masa yang lama. Ia ibarat sebuah perlumbaan marathon. Kita perlu bersikap *slow and steady* untuk menangani nya.


Pada pandangan saya, memadai dengan kita menyediakan fasiliti kesihatan yang baik dan mencukupi untuk melayani pesakit-pesakit kronik akibat jangkitan Covid 19.


Covid 19 hanya merbahaya kepada golongan yang mempunyai profil kesihatan. Ini kerana golongan ini mempunyai *immune system* yang lemah.


Maka adalah lebih baik tumpuan di berikan untuk membangun kesedaran masyarakat dengan pemakanan dan gaya hidup yang bersih dan sehat.


Kempen ke arah ini perlu di mulakan dan di perhebatkan. Gunakan segala saluran media yang ada.


*Perkenalkan makanan dan cara hidup yang berdasarkan kepada Sunnah Rasulullah SAW yang sudah terbukti manfaat dan kebaikannya.*


Dan tidak harus di lupakan adalah untuk mempromosikan perubatan tradisional Melayu yang juga sudah terbukti keampuhannya.


Sudah sampai masanya untuk mengali semua dan memperkenalkan kepada dunia *Ilmu Purba Melayu* warisan nenek moyang kita.


Kita memiliki semua yang di perlukan untuk membina sebuah tamadhun baru dari Nusantara.


*Turn around the table.* Kita jadikan ancaman Covid 19 sebagai satu peluang untuk kita mereset kembali bangsa dan negara kita yang sudah sekian lama menjadi konsumer kepada doktrin-doktrin negara-negara Barat.


Kalau bukan kita yang nak berbangga dan mempertahankan jati diri kita, siapa lagi ?


Sebagaimana yang pernah saya sampaikan, Covid 19 hanyalah alat yang di gunakan untuk menghancurkan *kemanusiaan* oleh para elit global. Merekalah musuh kita yang sebenarnya. Bukan Covid 19.


Mereka itu yang wajib kita sikapi secara ofensif. Atas dasar itu saya mencadangkan agar kita melakukan perubahan yang drastik dan radikal melalui *Agenda Reset Malaysia.*


*Enough is enough !*


Sudah terbukti bahawa indoktrinasi dunia barat hanya merugikan dan melemahkan kita. Jadi untuk apa kita mempertahankan sesuatu yang sudah terbukti gagal dan merugikan kita ?


Ayuh kita bangkit dengan *Agenda Reset Malaysia.* Agenda yang jelas berasaskan kepada agama, sejarah, geografi dan budaya kita.


*Sejarah hanya di cipta oleh mereka-mereka yang berani, tegas, berdisplin dan ada hala tuju.*


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

26 Januari 2021.

Sunday, 24 January 2021

Reset Malaysia: Ulamak Pembimbing Kehidupan Bernegara

*Reset Malaysia : Ulamak Pembimbing Kehidupan Bernegara.*


Hari ini kita sedang menyaksikan krisis moral di peringkat yang paling memualkan.


Negara sedang di pimpin oleh sebuah kerajaan yang di anggap paling tidak bermoral kerana pemimpin-pemimpinnya terdiri dari mereka yang telah mengkhianati mandat rakyat. Sehingga ada yang sanggup mengelar mereka sebagai *kluster katak.*


Rakyat juga menganggap bahawa kerajaan ini adalah kerajaan yang paling korup dan hanya mengutamakan kepentingan politik mereka sahaja berbanding kepentingan rakyat dan negara.


Kerajaan ini juga di lihat terpaksa bergantung kepada *Titah dari Istana* untuk memastikan agar *Belanjawan 2021* yang di bentangkan mendapat kelulusan parlimen.


Dan yang paling mengecewakan rakyat adalah apabila mereka terpaksa menyaksikan di hadapan mata mereka bagaimana seorang Perdana Menteri yang sudah kehilangan sokongan majoriti di parlimen tanpa segan silu memohon Proklamasi Dharurat dari YDPA dengan alasan yang tidak boleh di terima oleh rakyat iaitu untuk menangani ancaman pandemik Covid 19.


Rakyat melihat Proklamasi Dharurat hanyalah perisai untuk melindungi hayat politik kerajaan yang gagal ini.


Dan kini, jelas terpancar kemarahan rakyat jelata terhadap Istana kerana di anggap terus melindungi sebuah kerajaan yang tidak bermoral dan telah terbukti gagal untuk mentadbir negara.


*Inilah akibatnya apabila para ulamak mendiamkan diri dan tidak berperanan sebagaimana yang seharusnya.*


Apabila ini berlaku, siapa yang sepatutnya di persalahkan ?


Bagi saya, *semua pihak patut di persalahkan kerana gagal meletakkan para ulamak di tempat yang sewajarnya.*


Peranan para ulamak di pinggirkan sejak sekian lama. Pandangan-pandangan dan nasihat mereka tidak di endahkan. Mereka hanya di perlukan sebagai *rubber stamp* untuk melegitimasi segala kehendak pemimpin politik.


Begitu rendah dan hina sekali kedudukan para ulamak di negara kita.


Bukankah mereka sepatutnya di jadikan tempat rujuk kepada setiap dasar atau keputusan yang ingin di ambil dan di laksanakan oleh pihak kerajaan ?


Tidakkah mereka ini sepatutnya menjadi penasihat kepada setiap jabatan-jabatan kerajaan dan juga korporat-korporat besar di negara ini ?


Kita lupa bahawa negara kita adalah sebuah negara Islam. Kita lupa bahawa kita berkewajipan untuk mematuhi Syariat Islam pada segala bidang .


Kita lupa bahawa Raja-Raja kita telah bersumpah dengan nama Allah untuk mempertahankan Islam pada setiap masa.


Kita lupa bahawa kita wajib bernegara menurut Syariat Islam.


Sampai bila kita mahu terus menghina para ulamak kita ?


Sampai bila kita mahu terus memperlekehkan tugas dan peranan mereka ?


Begitu rendah sekali akhlak dan budi pekerti kita kepada para ulamak kita.


*Nauzubillahi min zalik.*


Sempena *Agenda Reset Malaysia* saya ingin mengajak semua pihak untuk merenung kembali perkara ini. Sudah sampai waktunya kita meletakkan para ulamak kita pada kedudukan yang sewajarnya.


Mari kita kembali memuliakan dan menghormati para ulamak kita.


*Sesungguhnya para ulamak itu adalah pewaris Nabi.* Maka wajib bagi kita semua untuk menghormati dan memuliakan para pewaris Nabi ini.


Sudah sampai waktunya Raja-Raja kita dan para pemimpin kita untuk kembali menghormati dan memuliakan para ulamak.


Bukan mereka yang seharusnya ke Istana tetapi pihak Istanalah yang seharusnya mendatangi pondok-pondok mereka.


Sampai bila kita mahu terus hidup di dalam kemurkaan Allah SWT ?


Mana mungkin Allah SWT akan memuliakan kita kalau kita sendiri masih enggan memuliakan para kekasih-Nya dan pembela-pembela  agama-Nya.


Di dalam *Agenda Reset Malaysia* ada kedudukan yang istimewa buat para ulamak. InsyaaAllah.


Semoga Allah SWT masih sudi mengampuni dosa-dosa kita atas segala perlakuan yang tidak wajar kepada para ulamak kita.


Mulai saat ini marilah kita berjanji kepada diri kita untuk kembali menghormati dan memuliakan para ulamak kita.


Semoga Allah SWT kembali berbelas kasihan kepada kita dan merahmati kehidupan kita.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

25 Januari 2021.


Reset Malaysia : Sebelum Nasi Menjadi Bubur

 *Reset Malaysia : Sebelum Nasi Menjadi Bubur !*


Perbincangan dalam *WAG Demi Melayu* malam tadi mengenai mood generasi baru terhadap idea *Republik Malaysia* menarik perhatian saya.


Idea tersebut sudah hangat di perkatakan sejak awal tahun 80an dan menjadi semakin hangat di perkatakan apabila muncul krisis perlembagaan 1993 yang berlatar belakang dari Istana Johor pada tahun 1992.


Idea itu di lihat menjadi satu gerakan yang tersusun semenjak 20 tahun yang lepas.


*Institut Kajian Strategik Islam Malaysia @ IKSIM* menjenamakan gerakan tersebut sebagai *Gerakan Subversif Republik Malaysia.*


Ini kerana idea dan gerakan tersebut adalah merupakan satu bentuk ancaman dan penderhakaan kepada *Kedaulatan Raja-Raja Melayu.*


Ia adalah satu bentuk jenayah berat yang tertakluk di bawah *Seksyen 121B Akta Kanun Keseksaan Malaysia.*


*Kanun itu memperuntukkan hukuman mati kepada para promoternya.*


Mungkin kerana tidak ada sebarang tindakan yang di ambil setakat ini maka idea dan gerakan tersebut terus berkembang terutamanya di tengah-tengah golongan generasi muda.


Sewajarnya mereka di peringatkan agar tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang datang dari *pihak yang memusuhi Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu* di negara ini.


Dari pengamatan saya, kemelut politik yang berlaku hari ini meningkatkan lagi kebencian golongan muda terhadap Istana.


Pada pandangan mereka, Istana di lihat memihak kepada kerajaan PN yang di rasakan gagal untuk mentadbir negara ini dan kini sudah terbukti kehilangan sokongan majoriti di Parlimen Malaysia.


*Proklamasi Dharurat* pula di lihat bukan untuk menyelesaikan pelbagai krisis yang ada tetapi lebih kepada untuk menyelamatkan jangka hayat kerajaan PN.


Dalam keadaan hari ini, di mana rakyat semakin tertekan dengan kehidupan akibat kegagalan kerajaan PN untuk menangani ancaman pandemik Covid 19 dan krisis ekonomi akibat pandemik tersebut, segala kemungkinan boleh berlaku.


Perkara seperti ini jika tidak di tangani dengan pantas dan bijaksana oleh *Majlis Raja-Raja Melayu* boleh mengakibatkan bencana yang besar terhadap negara dan juga Institusi Raja-Raja Melayu.


Hanya *Majlis Raja-Raja Melayu* sahaja yang mampu menghentikan *time bomb* ini dari meledak dan menghuru-harakan masyarakat dan negara.


Ini kesempatan terbaik untuk *Majlis Raja-Raja Melayu* berperanan untuk memperbetulkan keadaan dengan mengimplementasikan *Agenda Reset Malaysia.*


Dan antara tujuan penting dalam *Agenda Reset Malaysia* adalah untuk menghapuskan ancaman dari *Gerakan Subversif Republik Malaysia.*


Saya sudah sering mengingatkan semua pihak mengenai ancaman besar *Gerakan Subversif Republik Malaysia* ini.


Namun sehingga ke hari ini, ia masih di anggap sepi oleh pelbagai pihak. Saya berharap kita masih sempat berbuat sesuatu sebelum segalanya sudah terlambat.


Semoga nota pendek ini mendapat perhatian dari semua pihak demi kepentingan bersama.


*Institusi Raja-Raja Melayu* yang menjadi lambang kedaulatan sebuah negara bangsa wajib di pertahankan walau dengan apa cara sekali pun.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

24 Januari 2021.

Saturday, 23 January 2021

Reset Malaysia: Pegang Teguh Mimpi Kita

 *Reset Malaysia : Pegang Teguh Mimpi Kita.*


Semalam, 23 Januari 2021, negara telah mencatatkan kes baru positif Covid 19 sebanyak 4,275 kes. Jumlah yang tertinggi setakat ini.


Apakah betul ia akan mencecah ke angka 8000 sehari menjelang bulan March sebagaimana yang telah di prediksi oleh Ketua Pengarah Kesihatan TS Hisham ?


*Apakah plandemik sudah bertukar menjadi scamdemik  sekarang ini ?*


Sudah setahun dunia mempraktikkan SOP yang di sarankan oleh WHO. 


*Stay at home, wear mask, clean your hand   frequently, social distancing and close your border.* 


Namun sehingga ke hari ini yang positif Covid 19 semakin meningkat. Bukan semakin berkurangan.


Ramai yang setengah mati di seluruh dunia bukan akibat jangkitan Covid 19 tetapi akibat dari poket yang kosong.


Pengangguran semakin meningkat. Perniagaan semakin banyak yang gulung tukar. Kehidupan semakin perit dari hari ke hari.


*Segala keperitan dan kesengsaraan manusia di seluruh dunia pada hari ini adalah di sebabkan oleh SOP dari WHO yang merepek dan tidak masuk akal.*


*Semua itu hanya untuk menjadikan semua manusia di atas bumi ini di wajibkan untuk di suntik dengan vaksin yang masih di ragukan keberkesanannya.*


*Plandemik sudah bertukar menjadi scamdemik. Mimpi ngeri bagi setiap rakyat marhaen seperti kita.*


Kita bukan siapa-siapa yang mampu untuk mengubah semua itu. Kita hanya rakyat marhaen. Hanya kepada Allah SWT tempat kita mengadu dan bergantung harap.


Teruskan berpegang teguh dengan impian, harapan dan cita-cita kita bersama dalam *Agenda Reset Malaysia.*


Angan-angan kita bersama agar negara ini di isytiharkan *dharurat, PN tumbang dan mempunyai kerajaan interim* sudah menjadi kenyataan.


Tinggal satu lagi yang belum jadi kenyataan, iaitu *YBM Tengku Razaleigh Hamzah* di lantik sebagai PM Malaysia.


Kalau yang tiga itu sudah jadi kenyataan, InsyaaAllah yang keempat ini pasti menyusul tidak lama lagi.


Kita hanya perlu terus istiqomah dan berpegang teguh dengan impian, harapan dan cita-cita kita.


Ini kerana empat perkara tersebut yang akan membuka laluan untuk perlaksanaan *Agenda Reset Malaysia* kita.


Kita sedang menyaksikan bagaimana *the secret of all time, THOUGHTS become THINGS* sedang membuktikan kebenarannya di hadapan kita semua.


Teruskan membaca berulang-ulang kali nota-nota pendek saya. Ada *subliminal message* yang saya titipkan untuk membentuk *template-template* baru di dalam minda anda semua.


Dengan membaca nota-nota pendek saya, secara otomatik anda sedang memprogram diri anda untuk menjadi manusia yang ada *The New Mind.* 


*The New Mind* yang akan membuatkan anda berkemampuan untuk *survive* dalam era norma baru *all digital.*


Fokus dan tetap istiqomah dalam *Agenda Reset Malaysia.* 


Buka minda anda seluas-luasnya. Sentiasa positif dan optimis. Saya sedang membimbing anda semua melalui nota-nota pendek saya.


Ini adalah sebuah perjalanan kerohanian @ *spiritual journey.* Kita berjalan secara berjemaah sebagai sebuah negara bangsa.


Kita satukan seluruh kekuatan spiritual kita untuk menghadirkan sebuah keajaiban, manifestasi dari sebuah keagungan Tuhan sekelian alam.


Bukankah kehidupan itu sendiri adalah sebuah keajaiban ?


Kita bukan para Nabi atau Rasul yang memiliki mukjizat. Atau para Wali yang mempunyai karomah. Sebab itu kita perlu bersatu membentuk sebuah kesatuan untuk melahirkan kekuatan yang mampu mencipta realiti baru di masa depan.


*Inna lillahi wainna ilaihi rojiun.*


*Sesungguhnya dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.*


*Inilah perjalanan kerohanian kita pada setiap turun naik dan keluar masuk nafas kita.* 


Kita bawa bersama *Agenda Reset Malaysia* ke hadrat Allah SWT. Kita memohon kepada-Nya dengan sepenuh hati dan sepenuh perasaan agar Dia memakbulkan permohonan kita semua.


Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia pasti akan memakbulkan setiap permohonan hamba-hambaNya.


Berpegang teguh dengan impian, harapan dan cita-cita kita bersama. Iaitu *Agenda Reset Malaysia.* InsyaaAllah ia akan merubah nasib kita semua.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

24 Januari 2021.


www.worldislamicnation.blogspot.com

Friday, 22 January 2021

Reset Malaysia : Siapa Musuh Sebenar Kita ?

 *Reset Malaysia : Siapa Musuh Sebenar Kita ?*


Covid 19 sebagai perkakas politik untuk merubah kepemimpinan dunia sudah selesai. Namun sebagai pandemik ia masih jauh dari berakhir.


Kita terpaksa hidup dengan Covid 19 untuk jangka masa yang lebih panjang. Mungkin 4 atau 5 tahun lagi. 


Ia sedang merubah *tatanan hidup kita.* Dari *order lama* kepada *order baru.* Ini proses *decoupling @ disengagement* antara masa lalu dan masa sekarang.


Kita sudah tidak boleh lagi kembali kepada kehidupan kita yang dulu. Kita akan hidup dengan norma baru. *All Digital.*


*Siapa sebenarnya yang ingin merubah tatanan hidup kita ?*


*Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu ( wahai Muhammad ) sehingga engkau menurut ugama mereka ( yang telah terpesong itu ). Katakanlah ( kepada mereka ) : " Sesungguhnya petunjuk Allah ( Ugama Islam ) itulah petunjuk yang benar. " Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya ( wahyu yang memberi ) pengetahuan kepadamu ( tentang kebenaran ), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah ( sesuatu pun ) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.*


  - Al Baqarah Ayat 120.


Yahudi dan Nasrani tidak boleh bersatu. Mereka bermusuhan antara satu sama lain. Siapa yang memperalatkan mereka untuk memusuhi dan memerangi kita ( umat Islam ) ? 


Mereka itu adalah *Para elit global.* Dan Jendral yang memimpin peperangan ini adalah *Dewa Alam Maya* iaitu *Bill Gates.*


*Peperangan Abad ke 21 yang menggunakan teknologi, kewangan, perdagangan dan biochemical sebagai perkakasnya.*


Mereka inilah musuh sebenar kita. Mereka tidak punya agama, bangsa dan negara. Mereka adalah golongan *penyembah Iblis.*


Mereka sedang memaksakan kehendak mereka ke atas kita. Mereka sedang berusaha untuk mengawal seluruh kehidupan kita.


*Wang, pekerjaan, perniagaan, harta, anak isteri dan negara kita.*


Menjauhkan kita dari agama kita. Merungkai pegangan dan pergantungan kita kepada Allah SWT.


Wajarkah kita sebagai umat yang beragama menyerahkan seluruh kehidupan kita kepada mereka yang ingin menguasai kita tanpa memberikan sebarang perlawanan ?


Anda akan tahu kita sedang di geser ke mana sekiranya anda tekun mengikuti nota-nota pendek saya selama ini.


Acap kali saya nyatakan bahawa *Covid 19 is a manufactured virus, manufactured pandemic and the solution is beyond vaccine.*


Saya mahu agar *subliminal message* ini sampai kepada anda dan membentuk satu *template baru* dan di tanam masuk ke dalam *sub conscious mind* anda. Sebab itu ia perlu di ulang banyak kali. Sekerap yang mungkin.


Anda perlu bacakan *subliminal message* ini kepada diri anda sekurang-kurangnya selama 30 hari. Kaedah *repetition* ini di kenali sebagai *auto suggestion.* Kalau dalam bahasa agama kita panggil *membaca doa.*


Kita di ajar dan di asuh untuk membaca doa setiap kali lepas solat. Tapi sebab doa yang kita baca itu kita tidak faham maka khasiat atau faedahnya kepada diri kita jadi terlalu sedikit. Jadi fahami dan hayati setiap bacaan doa kita agar ia dapat memberi kesan dalam kehidupan kita.


Bukan menyanyi aja kena ada *feel.* Baca doa lagi kena ada *feel.* Mesti mahu *feeling* habis ok.


Kalau para elit global ada agenda *New World Order* maka sebagai umat yang beriman dan bertaqwa kepada Allah dan Rasul-Nya, kita juga wajib mempunyai agenda *New World Order* kita sendiri.


Inilah solusi kita. Solusi yang berdasarkan kepada Al Quran dan Sunnah. *Bukan vaksin !*


Formulanya mudah. Kembali kepada *The Greatest Wisdom Of All Time. The Greatest Book Of All Time. The Greatest Secret Of All Time.*


Sebab itu saya sarankan *Agenda Reset Malaysia.* Hampir setiap pagi saya menulis tentang *Agenda Reset Malaysia.*


Anda hanya perlu baca nota-nota pendek saya berulang-ulang kali. InsyaaAllah ia akan masuk ke dalam *sub conscious mind* anda dan secara otomatik anda sedang mereset diri, keluarga, masyarakat, negara dan dunia dengan sebuah agenda baru *The New World Order* versi kita. Bukan versi para elit global.


Yakinlah bahawa dengan mencipta sebuah template baru *Agenda Reset Malaysia* di dalam minda kita, kita akan ada *monetary, financial and trading system* kita sendiri *yang akan membentuk satu model baru dalam politik dan ekonomi berlandaskan kepada Aqidah, Syariah dan Akhlak Islam.*


Kita ambil kembali kepemimpinan dunia. Dunia ini di wariskan kepada hamba-hamba Allah yang beriman dan beramal soleh. Bukan kepada *para penyembah Iblis.*


Bukan para elit global sahaja yang mampu mereset dunia. Kita ( umat Islam ) juga mampu mereset dunia ke arah yang lebih Islamik.


Hanya Islam sahaja yang mampu menegakkan keadilan dan memberikan kesejahteraan kepada umat manusia.


Selain Islam hanya akan mendatangkan bala bencana dan kemusnahan kepada kehidupan manusia dan dunia.


Realiti yang ada di depan mata kita sudah jelas membuktikannya. Hanya orang yang jahil dan buta mata hati sahaja yang gagal melihat semua itu.


Kita bina kembali *consciousness and competency* kita sebagai sebuah umat untuk *Make Islam Great Again.*


*Yakin boleh, kita pasti boleh !*


Allah SWT menjanjikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka yang berjuang untuk membela agama Allah.


Jangan sesekali ragu dengan janji Allah. Allah tidak pernah mungkir dengan janji-janji-Nya.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

22 Januari 2021.



Thursday, 21 January 2021

Reset Malaysia: The Global Digital Sovereignty

 *Reset Malaysia : The Global Digital Sovereignty.*


Secara resminya Joe Biden sudah menjadi Presiden Amerika mengantikan Donald Trump.


Hebat Amerika ! Mereka gantikan seorang presiden yang tua dengan yang lebih tua.


Jadi jangan ingat semua yang antik itu cuma layak duduk dalam muzium sahaja. Kalau muda tapi *old school* pun nak buat apa. Ini bukan zaman orang muda atau orang tua tapi zaman *a new mind.* Zaman Norma Baru pasca Covid 19.


Selesai sudah *Covid 19 as a political tool* untuk mengubah kepemimpinan Amerika yang secara tidak langsung mengubah kepemimpinan dunia.


Perlantikan Joe Biden menandakan bermulanya era kepemimpinan China di Abad ke 21 pasca Covid 19. Era baru *All Digital.*


Seluruh dunia tahu sikap dan pendirian Joe Biden yang mesra dan pro China. Secara tidak langsung ini akan meredakan perang perdagangan antara Amerika dan China.


Manakala di pihak China pula mereka sememangnya sudah bersedia untuk mengambil alih kepemimpinan dunia dari Amerika. China sudah menyediakan tapak *All Digital* yang lebih canggih dan lebih *advance* dari Amerika. Beli sayur dan ikan kat pasar pun bayar online @ *cashless payment.*


Pasti *Dewa Alam Maya @ Bill Gates* yang mengetuai kempen geo politik para elit global tersenyum senang menyaksikan plan strategik mereka berjalan lancar sebagaimana yang di rancang.


Musuh utama para elit global iaitu Donald Trump sudah berjaya di lengserkan dari Istana Kekuasaan negara Paman Sam, Amerika.


Serentak dengan itu WHO yang menjadi lembaga utama dunia yang di amanahkan untuk menebarkan ketakutan terhadap ancaman Pandemik Covid 19 mengeluarkan *titah karomah* nya yang mengakui bahawa ujian PCR telah mengeluarkan secara massif keputusan-keputusan positif yang palsu.


Terperanjat ? Tak perlu terperanjat. Dari awal saya dah bagi tau, *Covid 19 is a manufactured virus and a manufactured pandemic.*


Nak salahkan siapa ? Kita yang bersalah. Nak berperang tetapi tak ada ilmu perang.


*Know yourself know your enemy. The outcome of every battle is predictable.*


 - Sun Tzu, Art of War.


Kita yang gagal mengenal pasti siapa musuh kita yang sebenarnya. Covid 19 bukan musuh. Ia sekadar alat dalam *perang biochemical* yang di gunakan oleh para elit global utk menakluki dunia. 


Tujuan perang ini untuk *dehumanized* manusia dan kemanusiaan.


*Bukan untuk menghilangkan manusia tapi untuk menghilangkan kemanusiaan.*


Mengubah kehidupan kita secara total untuk menuruti segala kemahuan mereka.


Duit, kewangan, perdagangan, ekonomi, pendidikan, pekerjaan, komunikasi, transportasi dan akhirnya politik. Semuanya digital.


*China.*           *Amerika*


Baidu                Google

Ali Baba.          Amazon

Did I Chuxing  Uber

Baike.               Wikipedia

Nice.                 Instagram

Wei Bo.             Twitter

Ren Ren.           Facebook

Wechat.            WhatsApp

Youku.               YouTube

QQ.                     Gmail


Umat Islam ada apa ? Nasib baik negara Turki sudah ada *BiP* untuk mengantikan WhatsApp, Telegram, Signal, Wechat dll.


Sebab itu saya cadangkan Malaysia untuk menjadi *World Islamic Digital Hub.* Tujuannya adalah untuk *Make Islam Great Again.*


Saya berhasrat dan berazam agar Malaysia menjadi tapak kepada kebangkitan Islam dari Timur. Saya *haqqul yakin* dengan impian saya. Sebab itu saya promosikan *Agenda Reset Malaysia* secara konsisten dan *all out.*


Saya haqqul yakin ia akan menjadi kenyataan. Jangan lupa tentang *The Greatest Secret Of All Time* yang telah saya kongsikan kepada anda semua. *THOUGHTS become THINGS.*


Ini yang saya pelajari dari *The Greatest Book Of All Time* iaitu AL QURAN.


Agak-agak la macam mana Hawa AS boleh muncul di sebelah Nabi Adam AS ?


Bukankah dia muncul dari keinginan kuat Nabi Adam AS untuk mempunyai seorang pasangan sebagaimana mahluk-mahluk lain yang mempunyai pasangan masing-masing ?


Inilah ilmu *Qun Fayaqun* yang sebenarnya. Istilah yang di gunakan oleh para Mursyid dan Murobbi.


Saya tak layak untuk menggunakan istilah tersebut. Saya bukan Mursyid atau Murobbi. Saya *street fighter.* Jadi saya gunakan bahasa saya. 


Saya ni seorang yang gemar pakai T-Shirt dan seluar jean. Suka lepak kat kedai mamak. Kan lain sangat *SOP* dan *dress code* nya. Takkanlah orang macam saya ni nak jadi *Murobbi Umat ?* Kan tak masuk akal.


Jadi jangan ingat saya belajar ilmu itu dari *Napoleon Hill.* Saya belajar ilmu itu dari Al Quran. Tapi dengan cara saya la. Sebab itu saya sangat yakin dengan Al Quran dan saya sangat menjunjung tinggi Al Quran.


Saya haqqul yakin Majlis Raja-Raja Melayu akan melantik YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai PM kepada *care taker govt.* Dan saya haqqul yakin beliau akan melaksanakan *Agenda Reset Malaysia* untuk memacu perubahan di Malaysia dan di dunia Islam. InsyaaAllah.


*AMIN* kan impian dan harapan saya. Makin ramai yang mengaminkannya maka akan semakin cepat ianya menjadi kenyataan.


Kalau tak jadi kenyataan nanti macam mana ?


Saya tetap Mohd Ramalan Bin Yunus. Seorang yang suka berangan-angan di waktu pagi.


Jadi teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

21 Januari 2021.



Wednesday, 20 January 2021

Reset Malaysia : The Greatest Book Of All Time

 *Reset Malaysia : The Greatest Book Of All Time.*


Saya pernah di jemput untuk meresmikan sebuah seminar antarabangsa yang bertajuk *' Quantum & Non Linear Optic '* yang di anjurkan oleh University Malaya pada 2 - 5 Februari 2018 bagi mengantikan *Dato Seri Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Innovatif* pada ketika itu.


Di hadapan hampir seribu orang tetamu jemputan dan juga lebih dari dua ratus orang saintis dunia, saya menyatakan secara tegas bahawa, *" tidak ada gunanya kita membaca ribuan buku se umur hidup kita sekiranya kita tidak pernah membaca sebuah buku ini yang di panggil AL QURAN. "*


*AL QURAN is not a book of science. It is a book of signs.*


Pesanan yang saya tujukan khusus kepada para saintis dunia itu sebagai hadiah kerana sudi bertandang ke sebuah negara Islam bernama Malaysia.


Saya berharap dengan saranan tersebut maka hati mereka terbuka untuk membaca Al Quran dan berkenalan dengan *Kebenaran Yang Hakiki.*


Al Quran adalah sebuah buku @ kitab yang memberi pertunjuk kepada jalan hidup yang benar. Baik hidup sebagai seorang individu, berkeluarga, bermasyarakat dan juga bernegara.


*Kitab Al Quran ini, tidak ada keraguan baginya ( tentang datangnya dari Allah dan tentang kesempurnaannya ) ; dan merupakan pertunjuk bagi orang yang ( hendak ) bertaqwa.*


 - Surah Al Baqarah Ayat 2.


80% kandungan Al Quran telah di buktikan kebenarannya oleh Sains Moden. Dan kalau 80% sudah terbukti benar maka yang 20% juga sudah pasti benar.


Biar pun sudah terbukti kebenarannya namun manusia masih juga tidak mahu mengikuti pertunjuk-pertunjuk dari Al Quran.


*Sesungguhnya kami telah mengemukakan kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu, mereka khuatir akan mengkhianati amanat itu, dan di pikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh.*


 - Surah Al Ahzab Ayat 72


Sia-sialah kehidupan orang yang tidak pernah membaca Al Quran dan tidak mahu mengikuti pertunjuk-pertunjuk dari Al Quran.


Maka kekallah mereka sebagai manusia yang amat zalim dan amat bodoh.


Oleh sebab itu, *Agenda Reset Malaysia* mengajak anda untuk kembali berpegang kepada Al Quran agar kita tidak terus kekal di dalam golongan manusia yang amat zalim dan amat bodoh.


Hanya Al Quran sahaja yang mampu mengajar kita tentang *Kebenaran Yang Hakiki* dan juga mengajar kita bagaimana mana untuk berlaku adil dan benar. Baik kepada diri kita sendiri, keluarga, masyarakat mahu pun kepada negara.


Hanya dengan berpandukan kepada pertunjuk-pertunjuk dari Al Quran sahaja baru kita akan dapat mencapai kejayaan yang hakiki baik di dunia mahu pun di akhirat.


Sudah sampai masanya sebagai sebuah negara bangsa untuk kita sama-sama kembali kepada Al Quran.


Hanya pertunjuk-pertunjuk dari Al Quran sahaja yang akan menjamin kejayaan kita dalam perjuangan untuk membina keunggulan kita sebagai sebuah negara bangsa.


Kita berkewajipan untuk menunaikan amanah kita untuk menegakkan keadilan dan kesejahteraan di atas muka bumi ini. Untuk memerangi kebathilan dan kemungkaran yang sedang berleluasa di atas muka bumi.


Kebathilan dan kemungkaran yang di taja oleh para elit global melalui proksi-proksi mereka di seluruh dunia.


Dengan memiliki sebuah kitab sakti yang luar biasa kehebatan dan kemuliaannya mustahil kita tidak dapat mengalahkan agenda jahat para elit global.


Ayuh ! Marilah kita mulai membina hubungan kita dengan Al Quran. Kita mulai bertadarus walau pun dengan sepotong ayat pada setiap hari.


Yakinlah bahawa hidup yang di temani Al Quran itu akan lebih menyenangkan dan mendamaikan. Kita akan bertambah yakin dan bersemangat hari demi hari.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

21 Januari 2021.


Tuesday, 19 January 2021

Reset Malaysia : Make Islam Great Again

 *Reset Malaysia : Make Islam Great Again.*


Apa yang sedang berlaku di Amerika menarik perhatian dunia. Sebuah negara yang menjadi promoter demokrasi mengisytiharkan *dharurat perang.*


Apakah pesan politik dari Amerika kepada dunia ?


Apakah demokrasi sudah mati di Amerika ? Atau ada jurus baru dalam politik, *stay in power by all mean ?*


Saya suka Trump. Bukan kerana karakternya yang berwarna-warni tapi kerana dia seorang nasionalis yang *patriotik berperlembagaan.*


*Dia membuktikan kepada dunia bahawa perlembagaan negara lebih tinggi dari demokrasi*


Ini yang wajar kita pelajari dari Trump untuk bernegara secara cerdas. Dia seorang nasionalis yang patriotik *yang menjunjung tinggi perlembagaan negara berbanding ideologi politik.*


Trump sanggup berbuat apa sahaja demi melaksanakan sumpahnya sebagai Presiden Amerika untuk mempertahankan perlembagaan negaranya.


Slogan Trump, *Make Amerika Great Again @ MAGA* adalah slogan seorang nasionalis yang patriotik.


Sikap dan pendirian ini yang membuatkan Trump di sokong oleh sebahagian besar rakyat dan Tentera Amerika.


Wajar saja Trump tidak di senangi oleh para elit global.


Slogan nasionalis Trump ini yang menyebabkan berlakunya perang perdagangan, teknologi dan matawang dengan China.


Bagi saya, tidak timbul soal Trump gila kuasa. Apa yang sedang di lakukannya adalah untuk mempertahankan Amerika dari tangan-tangan para elit global.


Dunia tahu kecenderungan dan kemesraan Obama, Hillary dan Biden terhadap China.


Bagaimana pula dengan saya ? Apakah ini bermakna saya pro Amerika dan anti China ?


Tidak. Saya tidak pro Amerika atau anti China. Pro demokrasi atau anti komunis. Saya seorang Muslim. Saya pro Islam. Sebab itu nota saya pagi ini saya beri tajuk *Make Islam Great Again.*


Saya berangan-angan untuk menyaingi Amerika dan China. Saya mahu membuktikan kepada dunia bahawa Islam jauh lebih baik dari demokrasi dan komunis. 


Saya juga seperti mereka, sanggup berbuat apa sahaja demi Islam dan negara. Saya harap anda semua juga begitu.


Sebab itu saya sentiasa mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk melihat Amerika dan China. Belajar dari mereka bagaimana cara mereka bernegara dan menjadi negara-negara kuasa besar di dunia.


Kita perlu belajar dari mereka secepat mungkin demi *survival* kita dalam era perang dunia ke tiga ini. Iaitu *perang teknologi, matawang, perdagangan dan bio-chemical.*


Kita perlu belajar bagaimana mereka menguasai dunia dengan jaringan media, ekonomi,  dan militari.


*Trump dan Xi Jin Ping adalah dua orang tokoh nasionalis yang patriotik.*


Banyak yang boleh kita pelajari dari sikap dan pendirian mereka.


Ingat ! Kita ada kekuatan yang paling unggul dan mulia di dunia iaitu *ISLAM.* Cara hidup terbaik sebagai individu, keluarga, masyarakat dan bernegara.


*Ukhuwah Islamiyah* boleh mewujudkan jaringan diplomasi, media, teknologi, matawang, perdagangan dan militari yang paling hebat di peringkat global.


*Kita hanya perlukan seorang pemimpin yang berani, tegas dan ada hala tuju untuk mencapai hasrat kita.*


Dari 33 juta penduduk takkan tak ada seorang pun kot....


Lupakanlah hasrat dan impian sekadar untuk memenangi PRU 15. Impian tersebut terlalu kecil buat kita semua.


Saya sudah sampaikan, dalam sejarah bangsa Melayu, urusan politik adalah urusan Raja-Raja Melayu dan bangsawan Melayu. Bukan urusan rakyat jelata.


Urusan rakyat jelata adalah *Kesetiaan kepada Raja dan Negara.*


Kita serahkan kembali kepada kebijaksanaan dan budi bicara YDPA dan Raja-Raja Melayu untuk memilih seorang pemimpin baru dan membentuk sebuah *care taker govt* yang akan melaksanakan *Agenda Reset Malaysia.* Agenda yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara terunggul di dunia.


*Let us MAKE ISLAM GREAT AGAIN.*


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

20 Januari 2021.


Monday, 18 January 2021

Reset Malaysia: Raja Lawan Elit Politik

 *Reset Malaysia : Raja Lawan Elit Politik.*


Nota saya yang bertajuk *Amerika Di Ambang Perang Saudara 2.0* mengundang persoalan mengenai apa sebenarnya mesej yang cuba saya sampaikan.


Ramai juga yang menyoal kenapa saya tidak berterus terang sahaja. Pening juga saya nak jawab soalan dari kawan- kawan itu.


Baik, macam ni la...


Secara peribadi, saya melihat ada sesuatu yang salah sejak dari awal penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.


*Sistem politik Raja Berperlembagaan yang bersandarkan kepada Kedaulatan Islam telah di adukan dengan sistem politik Demokrasi Berparlimen yang bersandarkan kepada ideologi sekular, liberal, demokrasi dan kapitalis.*


*Kekuasaan Raja-Raja Melayu versus kekuasaan rakyat yang pada hakikatnya adalah kekuasaan para elit politik @ oligarki.*


*Monarchy versus Civil.*


Setelah 62 tahun masa berjalan, kekuasaan politik sivil ini, saya lihat telah gagal untuk menegakkan keadilan dan kesejahteraan buat rakyat dan negara.


Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan adakalanya seperti tidak wujud.


Rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah sudah menjadi lumrah di mana-mana bahagian negara dan di semua jabatan.


Fitnah, pembohongan, penyebaran maklumat palsu @ hoax, manipulasi maklumat semakin bermaharaja lela.


Semua ini menjadi semakin parah dan semakin tidak terkawal setelah PRU 14 dan selama 22 bulan di bawah pentadbiran PH.


Kita mengharapkan akan ada perubahan yang besar apabila kerajaan PN yang kononnya kerajaan Melayu/ Islam mengambil alih pentadbiran.


Harapan hanya tinggal harapan. Kerajaan PN adalah kerajaan PH 2.0. Mereka meneruskan aspirasi kerajaan PH.


Ini tidak boleh di biarkan terus berlaku. Sesuatu perlu di lakukan demi kepentingan rakyat dan negara.


Saya sarankan *Proklamasi Dharurat* dan sebuah kerajaan interim *@ care taker govt.*


Sebuah kerajaan yang benar-benar mewakili YDPA dan Raja-Raja Melayu @ kekuasaan monarki utk mengembalikan negara ini ke landasannya yang sebenar sebagaimana yang telah di tetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan serta menegakkan prinsip-prinsip kenegaraan yang terkandung dalam Rukun Negara.


Saya gariskan Visi, Misi dan Formula yang perlu di ikuti untuk melaksanakan *Agenda Reset Malaysia* yang bukan sahaja akan memulihkan negara dari pelbagai krisis yang sedang melanda rakyat dan negara, bahkan ia juga berupaya untuk menjadikan negara ini berdiri setanding dengan Amerika dan China dalam Abad ke 21 pasca Covid 19.


Proklamasi Dharurat telah pun di perkenankan dan di isytiharkan. Namun mengekalkan TSMY dan kabinetnya untuk mengisi Proklamasi Dharurat menurut pengamatan saya, adalah satu kesilapan besar yang tidak wajar di lakukan. 


Mana mungkin sebuah kerajaan yang sudah terbukti gagal mampu mengisi agenda Proklamasi Dharurat yang seharusnya melaksanakan *Agenda Reset Malaysia.*


Satu lagi yang paling penting adalah...


Ramai yang masih tidak sedar bahawa ada *Gerakan Subversive Republik Malaysia @ GSRM* di belakang PH dan PN.


Sekiranya ini tidak di tangani dengan baik, ia akan mendatangkan kemudharatan yang besar kepada institusi Raja-Raja Melayu yang memegang amanah untuk memelihara Islam pada setiap masa di negara ini.


GSRM adalah ancaman besar kepada Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan negara ini.


Kenapa kerajaan PH terburu-buru membubarkan *Institut Kajian Strategik Islam Malaysia @ IKSIM* yang di pimpin oleh Prof Dato Naser Disa ?


Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana IKSIM yang bertanggung-jawab mengangkat isu GSRM ke permukaan.


Mereka merasa terancam dengan pendedahan IKSIM.


Ada gerakan global di belakang GSRM. Apa yang sedang berlaku di Amerika dan di seluruh dunia, sedang berlaku juga di negara kita. Malangnya ia masih di anggap remeh oleh semua pihak walau pun IKSIM sudah berusaha mendedahkannya kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan juga masyarakat Malaysia.


Kenapa ? Persoalan yang masih sulit di temukan jawapannya.


Sehingga tertubuhnya *care taker govt* yang bakal di terajui oleh Ku Li atau tertubuhnya sebuah *Suruhanjaya Penyiasatan DiRaja* yang khusus untuk menyiasat mengenai perkara ini maka kebenaran mengenai perkara ini akan terus di tutupi sampai bila-bila.


Suka atau tidak suka, saya ingatkan, *we are at war time. The monarchy versus the local elite @ oligarchy.*


Saya hanya berusaha sekadar yang saya mampu untuk menyelamatkan institusi Raja-Raja Melayu, rakyat dan negara ini.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

19 Januari 2021.


Reset Malaysia: Amerika Di Ambang Perang Saudara 2.0

 *Reset Malaysia : Amerika Di Ambang Perang Saudara 2.0*


Pagi ini saya ingin mengajak anda semua terbang ke negara Paman Sam iaitu Amerika.


Kita perlu mengikuti perkembangan Amerika kalau kita bercita-cita untuk menjadi negara maju dan kuasa besar dunia.


Kita tinjau apa yang sedang berlaku di Amerika menjelang 20 Januari 2021 tarikh perlantikan Joe Biden sebagai Presiden Amerika yg baru.


Ramai yang menganggap apa yang sedang berlaku di Amerika adalah pertandingan di antara Trump dan Joe Biden  atau di antara Republican dan Demokrat.


Sepatutnya memang begitu. Tetapi sekarang ini nampaknya sudah tidak begitu lagi.


Trump sebagai Presiden, mempunyai banyak peluru.


*1. SCOTUS* - dari sisi perundangan.

*2. Pentagon* - dari sisi Militari dengan *Executive Order.*


Sementara Parlimen pula mempunyai *Amendment 25, Impeachment, Electoral College dan Congress.*


Di barisan depan, Demokrat menggunakan Nancy Pelosi untuk meng-impeachkan Trump.


Kalau Trump di impeach maka pengantinya adalah *second in command* iaitu Naib Presiden, Mike Pence.


Apa yang Trump buat ?


Mike Pence di suruh mengundurkan diri. Jadi Amerika tidak mempunyai Naib Presiden pada masa ini.


Kalau di impeach maka kekuasaan tidak ada pejabatnya kerana Mike Pence sudah berundur. Jadi Presidennya tetap Mr Donald Trump.


Jadi apa yang Trump buat supaya *impeachment* ini akan di katakan sebagai makar @ kecurangan.


Jadi sebelum *amendment 25* di wartakan oleh parlimen, Presiden telah mengeluarkan *Executive Order.* Menerapkan *Insurrection Act of 1807.* Ini meletakkan negara dalam keadaan *Dharurat Perang.* Memberikan wewenang kepada Tentera untuk mengambil alih pemerintahan negara.


Jadi sekarang ini, Pentagon yang mengendalikan pemerintahan setelah *Executive Order* di keluarkan.


Kalau *amendment 25* di keluarkan oleh parlimen makaTentera akan menganggap itu sebagai *Kudeta* terhadap Tentara dan Negara.


Keputusan itu akan meletakkan Pelosi, Biden dan Hillary dalam posisi dilema.


*Dan ini adalah satu peperangan di antara kekuasaan politik Tentera dan kekuasaan politik sivil.*


Trump adalah frontliner Tentera Pentagon. Manakala Biden dan Pelosi pula adalah front liner politik sivil.


Persoalannya sekarang, mengapa Tentera masuk ke dalam wilayah politik praktik ?


Pada saat ini di Amerika, Tentera sudah menganggap bahawa Sivil sudah keterlaluan dalam menjual negara kepada pihak luar. Sudah terlalu korup, sudah tidak boleh di kompromi lagi dan sudah tidak lagi bernegara kecuali untuk menguntungkan *Oligarki* dan kepentingan sekelompok orang sahaja. Bukan untuk rakyat Amerika lagi. Patriotisme dan Nasionalisme sudah hilang di Amerika.


Konstitusi dan kedaulatan Amerika terancam dengan politik sivil Amerika. Oleh kerana itu maka Tentera harus campur-tangan.


Konstitusi Amerika sudah tersasar jauh dari kehendak dan cita-cita *the founding father* yang membangun Amerika. Dan ini mahu di luruskan kembali oleh pihak Tentera dengan memasuki kancah politik aktif.


Politik sivil Amerika sudah sangat mewakili para Oligarki @ para elit global dan meminggirkan rakyat Amerika. Tentera sudah tidak boleh berdiam diri lagi.


Mereka saat ini sudah memperolehi *keris Taming Sari* versi Amerika iaitu *Insurrection Act 1807.* Jadi Amerika sudah bersiap sedia untuk *Perang Saudara 2.0*


Pada saya, inilah saat dan ketika atau masa yang paling sesuai kalau kita ingin mengalahkan Amerika. 


Kita ada *Agenda Reset Malaysia* sebagai *Pedang Sakti* yang boleh kita gunakan untuk menguasai dunia.


Cuma persoalannya di sini, apakah *Proklamasi Dharurat* yang sudah di isytiharkan akan menjadi *tapak kebangkitan sebuah negara bangsa atau menjadi maqam perkuburan sebuah kedaulatan,* semuanya bergantung kepada kebolehan dan ketrampilan kerajaan PN di bawah kepemimpinan YAB Tan Seri Muhyiddin Yasin.


Kita hanya mampu berdoa agar beliau menumpukan segenap usahanya untuk membangun dan mensejahterakan negara. Bukan hanya sibuk menguruskan politik.


Suasana yang luar biasa memerlukan mindset dan sikap yang luar biasa. Dan ini yang akan menentukan hasil yang luar biasa.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

19 Januari 2021.




Kita juga dalam suasana dharurat seperti Amerika.

Sunday, 17 January 2021

Reset Malaysia : The Royal Politburo Of Malaysia

 *Reset Malaysia : The Royal Politburo Of Malaysia.*


Mungkin ramai yang tidak menyedari tentang masalah sebenar dan utama kita di negara ini.


Ramai yang hanya melihat korupsi, salah guna kuasa, pecah amanah, *money laundering* dan kes seperti 1MDB sebagai masalah utama kita.


Pelbagai kecelaruan dan masalah yang timbul sehingga rakyat tidak merasai keadilan dan kesejahteraan di negara ini adalah kerana kita sebenarnya mengalami krisis perlembagaan sejak sekian lama.


Kegagalan kerajaan politik pilihan rakyat telah menjadikan seluruh institusi atau alat-alat negara tidak berfungsi sepenuhnya untuk menegakkan keadilan dan memberi kesejahteraan kepada rakyat.


*Kerajaan politik selama ini telah gagal untuk mengemban amanah negara yang sebagaimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.*


Perjalanan negara dalam tempoh 40 tahun ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan politik telah memanipulasi alat-alat negara demi kepentingan politik mereka. Bukan untuk kepentingan rakyat dan negara.


Dan ianya menjadi semakin ketara dan menjolok mata sejak PRU 14 sehinggalah ke hari ini. 


Pandemik Covid 19 lebih menyerlahkan lagi aksi-aksi para pemain politik dalam memperjuangkan dan mempertahankan kepentingan mereka. Bukan kepentingan rakyat dan negara.


Mereka di lihat sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kepentingan politik mereka.


Keperitan dan penderitaan rakyat tidak menjadi keutamaan dalam agenda perjuangan mereka.


Kepelbagaian ideologi yang menjadi pegangan pelbagai parti juga di lihat sebagai punca kecelaruan, perbalahan dan perpecahan yang berpanjangan di dalam masyarakat.


Rakyat dan negara kehilangan jati diri akibat larut dalam pertempuran kepelbagaian ideologi tersebut.


Pelbagai krisis yang timbul ini hanya merugikan dan memudharatkan rakyat dan negara.


*Negara sudah jauh terkeluar dari landasan yang telah di tetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Negara sedang menuju ke jurang kehancuran.*


*Sesungguhnya negara ini memang sedang berada dalam keadaan yang cukup kritikal. Proklamasi Dharurat adalah keputusan yang tepat pada masanya.*


Oleh itu sudah sampai masanya sebuah badan yang bebas dari sebarang pengaruh dan kepentingan parti-parti politik di tubuhkan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan negara.


*THE ROYAL POLITBURO OF MALAYSIA @ POLITBIRO DI RAJA MALAYSIA* perlu di tubuhkan demi menjaga kepentingan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


POLITBURO adalah sebuah badan yang bertanggung-jawab untuk merangka dasar-dasar negara dan juga hala tuju negara di bawah pengawasan Majlis Raja-Raja Melayu.


Penubuhan badan tersebut bertepatan dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.


Badan tersebut juga akan bertindak sebagai lembaga yang akan mengawasi perjalanan semua institusi-institusi negara agar menepati kehendak Islam sebagai Agama Negara.


Idea penubuhan sebuah POLITBURO mungkin tidak akan di senangi oleh para elit politik di negara ini.


Itu wajar. Ini kerana penubuhannya adalah demi kepentingan rakyat dan negara. Bukan demi kepentingan para elit politik.


Jadi sewajarnya penubuhan POLITBURO ini akan lebih di alu-alukan dan di sokong oleh rakyat jelata berbanding oleh para elit politik.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

18 Januari 2021.


Saturday, 16 January 2021

Reset Malaysia : World Baitul Mal

 *Reset Malaysia : World Baitul Mal.*


*Riba'* adalah perkara yang cukup besar dalam kehidupan seorang Muslim setelah *Aqidah yang benar.*


Sekecil-kecil dosa Riba' adalah sama dengan dosa seseorang yang berzina dengan ibunya.


*Nauzubillahi min zalik.*


Ini dosa yang paling tidak masuk akal. Dosa yang seharusnya hanya di lakukan oleh orang-orang yang tidak waras @ terencat akal.


Mana mungkin seorang anak yang waras berzina dengan ibunya ?


Allah SWT dan Rasul-Nya sangat membenci Riba' malah mengisytiharkan perang terhadap para pengamalnya dan mereka yang terlibat dengan Riba'.


Tidak ada dosa lain yang Allah dan Rasul-Nya isytiharkan perang melainkan Riba'.


Berperang dengan Amerika dan China sahaja sudah sangat mengerunkan apalagi berperang dengan Allah dan Rasul-Nya. Mahu lari ke mana kita ?


Sistem monetari dan kewangan dunia yang berasaskan kepada Riba' telah menyebabkan dunia sentiasa di landa krisis kewangan. Dan ia juga telah menyebabkan jurang di antara yang kaya dan miskin menjadi terlalu besar.


Ramai yang sudah jatuh miskin dan melarat akibat Riba'. Sama ada individu, syarikat mahu pun negara.


Perkara seperti ini tidak wajar di biarkan terus berlanjutan.


Maka sudah sampai waktunya segenap perhatian dan usaha di tumpukan untuk memerangi Riba'.


Kesedaran dari seluruh umat Islam di Malaysia mahu pun di dunia sangat di perlukan dalam mengerakkan usaha ke arah memerangi Riba'.


Oleh itu sempena era *Agenda Reset Malaysia* maka Malaysia harus mempromosikan penubuhan sebuah *Baitul Mal Dunia @ World Baitul Mal* dan juga sebuah *Pusat Monetari, Kewangan dan Perdagangan Islam Dunia* bagi tujuan untuk mewujudkan satu *pelantar tunggal @ single platform* untuk menjadi tapak *sistem monetari dan kewangan Islam dunia.*


Kaedah *multi platform* sebagaimana yang menjadi amalan sistem monetari dan kewangan dunia pada hari ini tidak mampu dan tidak sesuai untuk melaksanakan sistem monetari dan kewangan Islam.


Sebagai pemahaman yang mudah, *Single Platform Theory* adalah kaedah menggunakan *Single Balance Sheet* untuk sistem monetari dan kewangan Islam sedunia.


Hanya kaedah ini yang akan mampu membina kewangan umat Islam sedunia dan mampu menghapuskan Riba'.


*Sistem monetari dan kewangan Islam tidak boleh di dirikan di atas platform sistem monetari dan kewangan konvensional.*


Tidak masuk akal untuk bermain ragbi di stadium permainan bolasepak. Tiap sesuatu itu ada tempatnya yang tersendiri. Dan meletakkan sesuatu pada tempatnya, itulah yang di namakan sebagai keadilan.


*Keadilan dan kesejahteraan adalah matlamat Islam. Cara hidup mulia yang di redhai oleh Allah SWT.*


Buktinya, walau pun sistem perbankan Islam moden sudah wujud lebih dari 40 tahun namun ianya tidak mampu menyelesaikan masalah *Riba'* dan masalah pembiayaan *@ financing* peribadi dan perniagaan umat Islam. Apatah lagi untuk membantu pembiayaan negara-negara Islam.


Ini menjadikan umat Islam semakin lemah dan terus ketinggalan dalam arus perkembangan perdagangan dan ekonomi moden yang di kuasai oleh para elit global.


*Dan ia juga hanya menjadikan umat Islam semakin keliru dan merasa semakin di zalimi.*


Kalau dunia boleh mempunyai *World Bank, Bank of International Settlement dan IMF* untuk mengatur sistem monetari dan kewangan konvensional mengapa tidak dengan sistem monetari dan kewangan Islam ?


Sistem monetari dan kewangan Islam juga perlukan institusi-institusi kewangannya sendiri yang bersifat global dan sentral bagi memastikan ianya muafakat dgn Syariat Islam dan mencapai tujuannya.


Sudah ada gerakan2 seperti *Monetary Movement For Justice* yang di pimpin oleh *Prof Dr Ahmed Kameel* untuk menjadi *think tank* kerajaan Malaysia bagi merealisasikan agenda ini.


Kita ada ramai pakar dan ahli-ahli kewangan yang berpengalaman untuk membantu pihak kerajaan. Apa yang penting di sini, kerajaan hanya perlu tahu apa yang sepatutnya di lakukan.


Agenda seperti ini tidak perlukan pakar fizik atau *Rocket Scientist.* Kita bukan nak menjelajah Planet Marikh seperti *Elon Musk.*


Kita hanya nak melakukan sesuatu yang *down to earth* dan menjadi kewajipan bagi seluruh umat Islam. Kewajipan besar yang masih gagal di penuhi sehingga ke hari ini.


Semoga *care taker govt* yang akan di pimpin oleh *YBM Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li* nanti akan memberikan penumpuan kepada agenda ini.


InsyaaAllah, agenda ini akan menjadikan Malaysia sebagai *Pusat Monetari, Kewangan Dan Perdagangan Islam Dunia.*


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

17 Januari 2021.



Friday, 15 January 2021

Reset Malaysia : Tegakkan SOP Allah Swt

 *Reset Malaysia :  Tegakkan SOP Allah SWT.*


*Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di atas muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah di redhai-Nya bagi mereka, dan Dia benar-benar akan menukar ( keadaan ) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang ( tetap ) kafir sesudah ( janji ) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.*


   - Surah An Nur Ayat 55.


Pandemik Covid 19 seharusnya memberikan pengajaran yang sangat berguna kepada umat Islam.


Kita melihat bagaimana bersungguh-sungguhnya kerajaan-kerajaan di seluruh dunia melaksanakan SOP yang telah di tetapkan oleh WHO.


Umat manusia di seluruh dunia mematuhi SOP tersebut. Ada yang di denda atau di penjara kerana melanggar SOP tersebut.


Bagaimana pula dengan SOP yang telah di tetapkan oleh Allah SWT melalui Rasul-Nya junjungan besar Nabi Muhammad SAW ?


Alangkah baiknya kalau komitmen yang sama di berikan untuk mematuhi SOP dari Allah SWT pemilik sekelian alam.


Sebab itu sejak dari awal pandemik ini berlaku saya cadangkan agar kita semua kembali mereset diri kita, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.


*Agenda Reset Malaysia adalah agenda untuk merevolusi akhlak manusia agar kembali mematuhi SOP dari Allah SWT.*


Ini kerana Allah SWT telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di atas muka bumi sebagaimana orang-orang yang sebelum mereka. Dan menukar keadaan mereka dari ketakutan kepada aman dan sentosa.


Proklamasi Dharurat sudah kita perolehi. Kita tunggu pembentukan sebuah *care taker govt* untuk melaksanakan *Agenda Reset Malaysia.*


InsyaaAllah, dengan melaksanakan ARM dan kembali mematuhi SOP Allah SWT, kita akan bangkit menjadi satu negara bangsa yang akan menguasai dunia.


*The greatest wisdom of all time* adalah kembali menegakkan SOP Allah SWT.


*The greatest secret of all time* adalah meyakini dengan sepenuh hati setiap janji-janji Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.


Yakinlah bahawa dengan menegakkan kembali SOP Allah SWT, kita akan menjadi lebih hebat dari Amerika dan China.


Allah SWT tidak akan membantu mereka. Mereka bukan orang-orang yang beriman dan beramal dengan SOP Allah SWT.


Di sepanjang sejarah para Nabi dan Rasul, sudah banyak kerajaan yang besar tumbang di tangan para Nabi dan Rasul.


Pemerintah yang hebat seperti Namrud dan Firaun juga tumbang di tangan para Nabi dan para Rasul. Apalah sangat kalau di bandingkan Amerika dan China dengan mereka.


Apa yang kita perolehi dengan menegakkan SOP dari WHO ? Nak bersaing dengan Singapura, Vietnam dan Indonesia pun kita tak mampu.


Tapi kalau kita tegakkan SOP Allah SWT, Allah janji kita akan jadi *Penguasa Dunia.*


Kalau umat Islam yang ada di seluruh dunia tidak yakin dengan janji dari Allah, kita umat Islam di Malaysia *haqqul yakin* dengan janji Allah.


Kita sama-sama berazam dan bertekad untuk bernegara dengan SOP Allah SWT.


Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memberikan taufiq dan hidayah kepada Raja kita *Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah* untuk memperkenankan Proklamasi Dharurat yang akan memberi laluan kepada perlaksanaan *Agenda Reset Malaysia* tidak lama lagi.


Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Raja kita dan negara yang kita cintai ini.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

16 Januari 2021.


Thursday, 14 January 2021

Reset Malaysia: Single Currency For The Muslim’s World

 *Reset Malaysia : Single Currency For The Muslim's World.*


Antara pengisian dalam *Agenda Reset Malaysia* saya mencadangkan agar Malaysia menjadi *Monetary, Financial and Trade Center* kepada dunia Islam.


Kalau masyarakat Eropah dalam gagasan *European Union* boleh mempunyai *Euro Dollar* sebagai *single currency* mereka, mengapa dunia Islam tidak boleh ?


Kenapa umat Islam tidak kembali menggunakan *dinar dan dirham @ emas dan perak* sebagai media pertukaran dalam urusan perdagangan sesama mereka ?


Bukankah emas dan perak adalah duit Sunnah ? Dan ia di gunakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.


Bukankah emas dan perak mempunyai nilai yg sebenar ?


Kalau *fiat money* di mana nilai sebenarnya ?


Bukankah nilainya hanya berdasarkan kepada apa yang telah di tetapkan oleh pihak kerajaan dan naik turun nilainya bergantung kepada bekalan dan permintaan dalam pasaran ?


Apa akan jadi kepada *fiat money* kalau sesebuah negara itu jatuh muflis ?


Sudah pasti tidak ada nilai. Macam duit Zimbabwe. Macam duit pisang zaman Jepun.


Lagi satu, di mana bagusnya idea *multi currency* seperti yang di amalkan oleh dunia pada masa ini ?


Dan yg paling menarik, semua matawang di dunia di sandarkan kepada *US Dollar* yang juga *fiat money* dan tidak mempunyai nilai yang sebenar.


Tau tak apa yang paling menarik dalam isu ini ?


Ia di anggap benar dan normal oleh semua pihak yang terlibat. Ia di anggap begitulah sepatutnya ia beroperasi dan tak perlu di ubah lagi.


Begitulah hebatnya indoktrinasi para elit global terhadap kita semua.


Perkara yang tidak masuk akal pun sudah jadi masuk akal kerana ianya sudah di anggap sebagai satu kebenaran dan normal oleh semua pihak.


Perkara yang jelas haram sudah jadi halal kerana semua pihak sudah menganggap ianya halal.


*Nauzubillahi min zalik.*


Semoga kita semua masih sudi di ampuni oleh Allah SWT kerana terlibat dalam *Konspirasi Riba'* yang terbesar di sepanjang zaman.


Oleh kerana itu sempena dengan *zaman reset* yang sedang di sambut secara besar-besaran di seluruh dunia, saya ingin mengajak anda semua untuk melihat isu ini dan menilai kembali amalan yang telah di anggap benar, halal dan normal oleh semua pihak.


Ayuh ! Sama-sama kita raikan zaman reset ini dengan kembali membincangkan perkara ini besar-besaran juga.


Perbincangan ke arah ini harus di munculkan dan di teruskan di tengah-tengah masyarakat Muslim.


Bincang dengan kawan-kawan, bincang dengan keluarga dan bincang dengan sesiapa sahaja.


Bincangkan apa itu *fiat money,* bagaimana ia di cipta, bila ia bermula, bagaimana ia di sebarkan ke seluruh dunia dll.


Bincangkan apa sahaja mengenai *fiat money.*


Ingat ! Sebagai Muslim ada kewajipan agama yang perlu kita penuhi.


Jangan lupa, kita sedang berada dalam zaman yang penuh dengan tipu daya. Segala yang kita pandang, kita dengar dan kita buat penuh dengan tipu daya.


Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga anda, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

15 Januari 2021.



Surat kepada KeBawah Duli Yang Dipertuan Agong

 *Dengan nama Allah SWT Yang Maha Pengasih Dan Penyayang.*


*Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW, Keluarga Baginda, Para Sahabat Dan seluruh Umat Islam.*


*Ke hadrat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung Malaysia.*


*Sembah Patik Harap Di Ampun.*


*Per : Mencadangkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah Sebagai Perdana Menteri Bagi Kerajaan Interim Malaysia.*


Patik pacal yang hina, Dato Dr Mohd Ramalan Bin Yunus yang bermastautin di  Setiawangsa, Kuala Lumpur, mohon berdatang sembah Ke Bawah Duli Tuanku.


Patik sebagai rakyat Tuanku menjunjung di atas batu jemala patik *Titah Perkenan Ke Bawah Duli Tuanku* atas *Proklamasi Dharurat* yang telah di isytiharkan oleh YAB Tan Seri Muhyiddin Yasin selaku Perdana Menteri Ke Bawah Duli Tuanku.


Pada hemat patik, *Titah Perkenan* tersebut adalah sesuatu yang luar biasa, bijaksana, adil dan tepat pada masanya.


Ini kerana negara sedang berhadapan dengan suasana yang sungguh luar biasa dan sudah pasti menuntut kepada satu kaedah yang luar biasa juga bagi menghadapinya.


Negara pada masa ini bukan sahaja sedang menghadapi ancaman kesihatan akibat dari serangan pandemik Covid 19 tetapi juga turut di ancam kestabilan dan kesejahteraannya oleh krisis politik, kewangan dan ekonomi.


Namun ada satu lagi ancaman yang lebih besar yang tidak di sedari oleh banyak pihak adalah ancaman dari *Gerakan Subversif Republik Malaysia.*


Ini adalah satu gerakan besar untuk menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik sekular menjelang tahun 2030.


Atas dasar ini maka patik dengan segala rendah diri menyatakan bahawa *Proklamasi Dharurat* adalah tepat pada masanya.


Dan atas dasar tersebut juga patik berhasrat untuk mencadangkan agar YBM Tengku Razaleigh Hamzah di perkenankan oleh Ke Bawah Duli Tuanku untuk di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk memimpin sebuah kerajaan interim bagi menangani pelbagai krisis yang timbul serta berusaha untuk menghapuskan ancaman yang datang dari *Gerakan Subversif Republik Malaysia.*


Dan di harapkan kerajaan interim ini juga mendapat perkenan Ke Bawah Duli Tuanku untuk melaksanakan *Agenda Reset Malaysia* yang akan meletakkan kembali negara ke landasan yang sebenar sebagaimana yang telah di tetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan menegakkan kembali prinsip-prinsip kenegaraan sebagaimana yang terkandung di dalam Rukun Negara.


Agenda Reset Malaysia juga merupakan satu pelan induk bagi mentransformasikan negara ini untuk menjadi,


1. Hub Digital kepada negara-negara Islam dan umat Islam khususnya dan seluruh penduduk di rantau Asia Tenggara.


2. Untuk menjadi pusat monetari, kewangan dan perdagangan Islam sedunia.


3. Untuk menjadi hub kepada produk-produk halal dan juga sebagai Bank Makanan Sedunia.


Pada hemat patik tidak ada tokoh lain yang boleh di harapkan dan di percayai di negara ini selain daripada beliau bagi mewakili Ke Bawah Duli Tuanku untuk meletakkan kembali kesejahteraan kepada rakyat Ke Bawah Duli Tuanku.


Untuk makluman Ke Bawah Duli Tuanku, ada 3 aset besar yang kini di bawah penguasaan seorang sahabat baik YBM Tengku Razaleigh Hamzah iaitu Yang Mulia Datu Abdul Aziz Bin Hussein @ YM Datu Aziz Chemor.


Aset-aset tersebut adalah,


1. Heavy Hydrogen @ Deuterium.

Konsesi yang bernilai Trillion Dollar US ini kini telah di perolehi oleh YM Datu Aziz Chemor. Konsesi ini adalah hasil kerjasama beliau dengan keluarga mendiang Presiden Marcos.


Sumber kekayaan baru ini telah menyebabkan kerajaan China berusaha untuk mengklaim bahawa Laut China Selatan adalah milik mereka.


2. Azizzerite @ Besi Paling Keras Di Dunia.


YM Datu Aziz Chemor adalah orang yang telah menemui sumber kekayaan baru tersebut. Besi tersebut mempunyai kekerasan melebihi 9.5 Moh's Scale.


Besi ini hanya terdapat di Malaysia. Ia terkandung di dalam Al Quran Surah Al Hadid, Ayat ke 25.


3. The Royal Heritage Fund.


Ini adalah merupakan aset2 rampasan Perang Dunia Ke Dua. Aset-aset tersebut juga kini berada di bawah penguasaan YM Datu Aziz Chemor sebagai Pemegang Amanah.


Bagi tujuan merealisasikan sumber- sumber kekayaan tersebut, kita di perlukan untuk bekerjasama dengan *Committee 300* yang di pengerusikan oleh Queen Elizabeth.


Atas kedudukan Queen Elizabeth maka tidak ada tokoh lain yang setaraf dengan YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang dapat mewakili Ke Bawah Duli Tuanku untuk menguruskan perkara ini.


Ini atas status beliau sebagai Ahli Kerabat Di Raja dan juga atas pengalaman beliau yang pernah di lantik menjadi Pengerusi Bank Dunia.


Tanpa kerjasama dari *Committee 300* maka agak sukar untuk kita mendapatkan aset-aset tersebut buat selama-lamanya.


Ketiga-tiga sumber kekayaan baru ini akan di letakkan di bawah *Tabung Amanah Di Raja* yang akan di letakkan di bawah pengawasan Majlis Raja-Raja Melayu.


Ini penting agar wang dan aset-aset tersebut dapat di gunakan sepenuhnya demi kepentingan Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan Negara Malaysia tanpa sebarang campur tangan dari pihak-pihak lain.


Tabung Amanah tersebut akan di bentuk setelah YBM Tengku Razaleigh Hamzah di perkenankan untuk di lantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Untuk mencapai hasrat yang telah tersebut di atas maka patik sekali lagi memohon agar kerajaan interim ini mendapat perkenan Ke Bawah Duli Tuanku untuk beroperasi sekurang-kurangnya selama 3 tahun.


Setelah 3 tahun patik juga memohon mencadangkan agar satu *Referendum Rakyat* di adakan bagi mendapat kan pandangan rakyat sama ada kerajaan interim ini perlu di kekalkan atau satu Pilihanraya Umum di adakan bagi membentuk sebuah kerajaan politik pilihan rakyat.


Di dalam era *The Global Reset 2021* maka ini adalah saat yang terbaik untuk menubuhkan sebuah kerajaan interim yang bebas dari tekanan politik bagi melaksanakan agenda besar negara.


Agenda Reset Malaysia menepati agenda reset global yang bertujuan untuk mereset sistem monetari dunia dan perlaksanaan matawang digital dalam era *All Digital* pasca Covid 19.


InsyaaAllah, Agenda Reset Malaysia akan menjadikan kedudukan Malaysia setanding dengan negara-negara maju yang lain dalam G20.


Demi kepentingan Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan Negara Malaysia, patik sangat berharap agar hasrat dan cadangan patik ini mendapat perhatian dan perkenan dari Ke Bawah Duli Tuanku.


Patik berdoa ke hadrat Allah SWT semoga Raja-Raja Melayu menjadi payung Negara dan Negeri serta menjadi simbol kebijaksanaan dan keadilan sebuah negara bangsa senantiasa di limpahi dengan rahmat dari Allah SWT.


Sekian dari patik.


Ampun patik Tuanku. Sembah patik harap di ampun.


*Dato Dr Mohd Ramalan Bin Yunus.*


Setiawangsa, Kuala Lumpur.