Friday, 8 January 2021

Reset Malaysia: Antara Fakta Dan Auta

 *Reset Malaysia : Antara Fakta dan Auta.*


Hari ini baru sembilan hari kita berada dlm tahun 2021.


Suasana negara terus gegak gempita dgn isu politik yg semakin memanas. Sama naik dgn angka yg positif Covid 19.


Di akhir zaman terutamanya di zaman kita ini, zaman *social media @ socmed* susah kita nak bezakan yg mana fakta dan yg mana auta.


Terlalu nipis garis yg membezakan antara keduanya.


*Negara hilang arah tuju kerana sandiwara yg tercipta hasil dari kedunguan sebuah negara bangsa.*


Agak2 la kenapa saya buka cerita mengenai *the greatest wisdom of all time ?*


Ini kerana kita semua sdg di liputi dgn kabus kedunguan. Perkara yg mudah jadi susah. Perkara yg susah apatah lagi.


Dlm suasana hari ini, apa lagi tindakan yg paling bijaksana yg perlu kita lakukan selain dari kembali kpd Allah SWT.


Agak2 la, mahukah Allah SWT memberikan pertolonganNya kpd org2 yg tidak mahu bertaubat dan bermuhasabah diri ?


Makin hari kita menjadi semakin *zulmat.* Semakin tertutup pintu hati kita dari mendapat cahaya taufiq dan hidayah dari Allah SWT.


Ancaman kita pada hari ini bukan Covid 19, bukan krisis politik atau krisis ekonomi. Ancaman terbesar kita adalah *Kerajaan Perikatan Nasional.*


Kelemahan dan kegagalan kerajaan PN dlm mengurus dan mentadbir negara menjadikan keadaan semakin huru hara.


Saya hairan kenapa UMNO dan PAS masih mahu terus menyokong kerajaan yg seperti ini ? 


Di mana perjuangan UMNO dan PAS yg kononnya hendak membela agama, bangsa dan negara ?


Kalau benar *Parlimen Malaysia* itu mewakili rakyat, sepatutnya parlimen sudah memecat kerajaan PN kerana kelemahan dan kegagalannya.


Tapi itu tidak berlaku. Gegak gempita sahaja yg lebih.


Saya sudah tulis sejak awal lagi. Bubarkan kerajaan PN. Gantikan dgn kerajaan interim. Kita reset Malaysia.


Berikan masa kpd kerajaan interim sekurang-kurangnya tiga tahun utk melaksanakan *Agenda Reset Malaysia.*


Saya sudah berikan garis panduannya. Visi, misi dan formula bagaimana *Agenda Reset Malaysia* dapat kita laksanakan.


Cukup tiga tahun kita buat *Referendum Rakyat.* Sama ada kita mahu kekalkan kerajaan interim atau kita mahu satu PRU utk memilih dan membentuk kerajaan rakyat.


Saya bukan pengkritik yg hanya pandai mengkritik sahaja. Saya berikan solusinya.


Saya juga sudah berikan nama2 tokoh yg mampu melaksanakan *Agenda Reset Malaysia* ini. Iaitu tiga tokoh dari Pantai Timur. *Tengku Razaleigh Hamzah, TG Hj Hadi Awang dan DS Najib Razak.*


Kalau mahu saya buktikan formula saya, saya bersedia utk membuktikan formula saya. Bila2 masa sahaja.


Sampai hari ini saya belum nampak lagi ada formula lain yg lebih baik dari apa yg telah saya sampaikan.


Kalau ada, mari kita bincangkan. Sama2 kita buat *comparative study.*


Malangnya, sampai hari ini tidak ada seorg pun wakil dari Istana, parlimen atau kerajaan yg menghubungi saya.


*Its ok. I'm fine. I don't have problem with that.*


Saya akan terus menulis setiap pagi. InsyaaAllah. Itulah cara saya berkomunikasi dgn Tuhan saya. *Zat Wajibul Wujud* yg memerintah dan menguasai sekelian alam.


Saya sampaikan hasrat dan harapan saya setiap pagi kpd Allah SWT melalui nota2 pendek saya. Semoga ia juga akan turut di *AMIN* kan oleh semua yg membaca nota2 pendek tersebut.


Saya luahkan semua isyarat yg telah di pancarkan ke dlm hati saya melalui tulisan saya.


Saya *Haqqul Yakin* dgn kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Saya *Haqqul Yakin* dgn *Sunatullah @ Hukum Alam @ The Universal Law.*


*THOUGHTS become *THINGS.*


Saya *Haqqul Yaqin* kita akan mendapat sebuah *kerajaan interim.* Saya *Haqqul Yaqin* bahawa *Agenda Reset Malaysia* akan dapat di laksanakan di negara ini.


Saya *Haqqul Yaqin* bahawa Visi, Misi dan Formula yg terkandung dlm *Agenda Reset Malaysia* akan menjadikan Malaysia sebagai tapak *Kebangkitan Islam dari Timur.*


Saya *Haqqul Yaqin* dgn janji2 dari Allah SWT. Saya *Haqqul Yaqin* dgn setiap apa yg telah di sampaikan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW.


Kepada sahabat2 yg sering mengikuti nota2 pendek saya, sentiasa bertaubat kpd Allah SWT. Sentiasa memohon keampunan dariNya. Sentiasa berdoa agar Allah SWT membantu rakyat dan negara kita.


Hanya pertolongan dari Allah SWT sahaja yg akan dapat menyelamatkan kita semua dari *Fitnah Dajjal dan sekutu2nya.*


Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yg sdg berusaha utk merenung nasib bangsa dan negaranya.


Ramalan Yunus@ Demi Melayu.

9 Januari 2021

No comments: