Tuesday, 26 January 2021

Reset Malaysia : Anwar Menguji Keabsahan Nasihat PM Kepada YDPA di Mahkamah

 *Reset Malaysia : Anwar Menguji Keabsahan Nasihat PM Kepada YDPA di Mahkamah.*


Tindakan Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk memohon kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung peranan PM dalam perisytiharan dharurat dan pengantungan parlimen adalah sesuatu yang harus di alu-alukan oleh semua pihak.


Pertama, ini demi untuk menegakkan prinsip *Keluhuran Perlembagaan Dan Kedaulatan Undang-Undang* di negara ini.


Kedua, untuk menguji sejauh mana bebasnya sistem kehakiman dari pengaruh dan campur tangan eksekutif.


Ketiga, untuk menguji keabsahan kedudukan TSMY sebagai PM Malaysia yang jelas sudah kehilangan sokongan majoriti di parlimen di Mahkamah Tinggi.


Ia perlu di lakukan bagi menegakkan keadilan untuk rakyat Malaysia dan memulihkan kembali imej negara ini.


*Jangan lupa, sebagai Ketua Pembangkang, DS Anwar kini mewakili suara majoriti rakyat Malaysia.*


Langkah ini adalah satu peristiwa politik yang penting bagi rakyat dan negara bagi menangani krisis moral dan krisis politik di negara ini.


Apa yang akan berlaku sekiranya mahkamah meluluskan permohonan tersebut ?


Namun soal sama ada mahkamah meluluskan atau tidak permohonan tersebut sebenarnya adalah tidak penting.


Tindakan memfailkan permohonan itu sahaja sudah pasti akan memberikan tekanan yang besar bukan sahaja kepada TSMY bahkan juga kepada Institusi Raja-Raja Melayu dan khususnya kepada YDPA.


Beban moral yang di tanggung oleh TSMY dan YDPA pada masa ini cukup besar dalam isu ini.


Sekiranya tidak berhati-hati, krisis ini berpotensi menentukan hayat kelangsungan Institusi Raja-Raja Melayu di negara ini.


*Seluruh dunia sudah tahu bahawa TSMY sudah kehilangan sokongan majoriti di parlimen.*


Tindakan bermoral yang sepatutnya beliau lakukan adalah meletakkan jawatan sebagai PM Malaysia bukan selain dari itu.


Tindakan beliau untuk menasihati YDPA agar memperkenankan perisytiharan Proklamasi Darurat adalah satu perbuatan yang jelas tidak bertanggung-jawab dan memalukan negara pada kaca mata dunia.


Perbuatan tersebut secara tidak langsung telah mendatangkan *AIB* yang besar kepada Institusi Raja-Raja Melayu khususnya YDPA.


Tidak ada rakyat Malaysia yang mempertikaikan perisytiharan Proklamasi Darurat. Namun majoriti rakyat Malaysia kini sedang mempersoalkan keabsahan nasihat TSMY kepada YDPA.


Tindakan tidak bertanggung-jawab TSMY itu, saya pasti akan mengheret YDPA ke dalam konflik di kalangan Raja-Raja Melayu.


Saya melihat sudah tidak ada jalan keluar yang lain untuk menyelamatkan imej institusi Raja-Raja Melayu dan YDPA kecuali dengan menubuhkan satu *Majlis Gerakan Negara* yang baru *dan melantik YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengantikan TSMY* bagi memimpin Majlis tersebut.


Hanya inilah satu-satunya jalan yang ada untuk memulihkan kembali imej institusi Raja-Raja Melayu dan YDPA serta menyelesaikan segala konflik dan krisis yang sedia ada.


Mengekalkan TSMY sebagai PM Malaysia adalah satu *tindakan bunuh diri* buat Institusi Raja-Raja Melayu dan YDPA khususnya.


Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu wajar di adakan dengan kadar segera bagi membincangkan mengenai perkara ini.


Melewatkan persidangan tersebut hanya akan menambahkan lagi kesan buruk kepada rakyat dan negara.


Kita teruskan berdoa dan berserah kepada Allah SWT agar Majlis Raja-Raja Melayu dapat membuat keputusan yang tepat bagi menyelamatkan negara ini dari terus di landa dengan pelbagai krisis.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

27 Januari 2021.

No comments: