Monday, 4 January 2021

Reset Malaysia : Belief System

 *Reset Malaysia : Belief System.*


What is a *belief system ?*


Secara mudah di terangkan, *a BELIEF SYSTEM is an ideology or set of principles that helps us to interpret our daily reality. This could be in the form of religion, political affiliation, philosophy, or spirituality, among many other things. These beliefs are shaped and influenced by a number of different factors.*


Keterangan di atas adalah dari *Guru Online* saya pakcik *Google.*


Dalam usaha kita utk mereset diri kita penting bagi kita melihat dan menilai kembali *belief system* kita.


Nilai dasar ini yg akan membentuk pemikiran dan persepsi kita. Ia akan terpancar melalui kata2 dan tindakan kita. Dan inilah yg membentuk realiti kita.


Utk membentuk realiti baru maka kita harus sentiasa berhati-hati dgn apa yg kita fikirkan, pemilihan kata-kata dan tindakan2 kita.


Sebab itu saya tekankan dlm *Agenda Reset Malaysia* kita harus kembali berpegang kpd kebenaran. Dan sumber kebenaran itu tidak lain dan tidak bukan adalah dari idea,


*Tiada Tuhan lain selain Allah. Dan Muhammad pesuruh Allah.*


Idea ini wajib di yakini tanpa syarat. Inilah kebenaran yg hakiki, mutlak dan sejati.


*Dulu, kini dan selama-lamanya.*


Di iktikadkan dlm hati, di lafazkan dgn kata2 dan di laksanakan dgn perbuatan.


Ketiga-tiganya harus muafakat dan harmoni. Bersatu dan berpadu sebagai sebuah kesatuan.


Kesatuan ini yg akan melahirkan keadilan dan kesejahteraan dlm realiti kita.


Sebab itu penting sebelum kita berusaha utk memberi keadilan dan kesejahteraan kpd org lain, kita wajib memberikan keadilan dan kesejahteraan itu kpd diri kita sendiri terlebih dahulu.


Tidak ada kewajipan lain yg lebih penting dan utama selain dari memberikan ilmu yg benar yg boleh membawa kita *makrifat* kpd Allah dan RasulNya kpd diri kita sendiri.


Allah SWT menjadikan alam yg terbentang luas ini dan segala tanda2 kebesaran dan kekuasaanNya sebagai sumber ilmu utk kita mengenali diri kita dan seterusnya utk mengenali diriNya.


Sebuah perjuangan *The Great Reset 2021* bermula dari diri kita. 


Ini kerana, mengutip kata2 dari Maulana Jalaluddin Rumi, *" kita adalah sebuah lautan dlm setitik air. Bukan setitik air dari sebuah lautan. "*


Memahami hakikat ini kita akan tahu dgn sepenuh keyakinan bahawa sumber kekuasaan, kebesaran, dan kemuliaan itu ada di dlm diri kita.


Kita mampu berubah dan mengubah. Laksana air laut yg mampu merubah pantai.


Sebab itu berhati-hati dgn apa yg kita yakini.


*THOUGHTS become THINGS.*


Realiti kita hari ini yg huru hara dan kelam kabut adalah gambaran kecelaruan yg ada dlm diri2 manusia.


Ada pertempuran hebat yg berlaku di dlm diri kita tanpa kita sedari. Pertempuran antara kebenaran dan kebathilan.


Kebathilan yg kita datangkan tanpa kesedaran, kita tabrakkan kebathilan itu dgn kebenaran yg sentiasa ada di dlm diri kita semua.


Kita akan terus berada dlm situasi ini sekiranya kita semua tidak berusaha utk memberikan ruang dan peluang kpd kebenaran itu utk menang dan menguasai diri kita.


Bezakan antara kebenaran dan pembenaran. Sentiasa berpegang teguh dgn kebenaran. Bukan pembenaran. Hanya kebenaran yg mampu memberikan keadilan dan kesejahteraan kpd kita semua.


Kita boleh kalau kita yakin kita boleh.


*Whatever your mind can conceive and believe, it can achieve.*


   - Napoleon Hill


Mulakan mereset kembali *template* anda. Banyakkan membaca buku2 atau menonton video2 yg mendatangkan faedah.


Banyakkan bergaul dgn org2 yg sentiasa positif dan optimis.


Saya sendiri sudah lebih 5 tahun tidak membaca surat khabar, menonton TV. Apatah lagi menonton wayang.


Berhenti menjadikan diri kita sebagai *Tong Sampah !* 


Bukankah lebih baik kita jadi seperti sebuah perpustakaan ?


Kita adalah makhluk yg paling mulia di sisi Allah SWT. Jadi, kembalilah kpd fitrah diri kita itu.


Banyakkan berpuasa dari perbuatan maksiat dan kemungkaran.


Jaga hati, jaga mata dan jaga lidah kita. InsyaaAllah akan terzahir akhlak yg mulia.


Akhlak yg mulia itu bukan sekadar kata2 yg lemah lembut tetapi sikap yg tegas, berani dan ada hala tuju.


Ayuh ! Kita berjuang secara berjemaah utk *Agenda Reset Malaysia.*


Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yg sdg berusaha utk merenung nasib bangsa dan negaranya.


Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

5 Januari 2021

No comments: