Wednesday, 20 January 2021

Reset Malaysia : The Greatest Book Of All Time

 *Reset Malaysia : The Greatest Book Of All Time.*


Saya pernah di jemput untuk meresmikan sebuah seminar antarabangsa yang bertajuk *' Quantum & Non Linear Optic '* yang di anjurkan oleh University Malaya pada 2 - 5 Februari 2018 bagi mengantikan *Dato Seri Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Innovatif* pada ketika itu.


Di hadapan hampir seribu orang tetamu jemputan dan juga lebih dari dua ratus orang saintis dunia, saya menyatakan secara tegas bahawa, *" tidak ada gunanya kita membaca ribuan buku se umur hidup kita sekiranya kita tidak pernah membaca sebuah buku ini yang di panggil AL QURAN. "*


*AL QURAN is not a book of science. It is a book of signs.*


Pesanan yang saya tujukan khusus kepada para saintis dunia itu sebagai hadiah kerana sudi bertandang ke sebuah negara Islam bernama Malaysia.


Saya berharap dengan saranan tersebut maka hati mereka terbuka untuk membaca Al Quran dan berkenalan dengan *Kebenaran Yang Hakiki.*


Al Quran adalah sebuah buku @ kitab yang memberi pertunjuk kepada jalan hidup yang benar. Baik hidup sebagai seorang individu, berkeluarga, bermasyarakat dan juga bernegara.


*Kitab Al Quran ini, tidak ada keraguan baginya ( tentang datangnya dari Allah dan tentang kesempurnaannya ) ; dan merupakan pertunjuk bagi orang yang ( hendak ) bertaqwa.*


 - Surah Al Baqarah Ayat 2.


80% kandungan Al Quran telah di buktikan kebenarannya oleh Sains Moden. Dan kalau 80% sudah terbukti benar maka yang 20% juga sudah pasti benar.


Biar pun sudah terbukti kebenarannya namun manusia masih juga tidak mahu mengikuti pertunjuk-pertunjuk dari Al Quran.


*Sesungguhnya kami telah mengemukakan kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu, mereka khuatir akan mengkhianati amanat itu, dan di pikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh.*


 - Surah Al Ahzab Ayat 72


Sia-sialah kehidupan orang yang tidak pernah membaca Al Quran dan tidak mahu mengikuti pertunjuk-pertunjuk dari Al Quran.


Maka kekallah mereka sebagai manusia yang amat zalim dan amat bodoh.


Oleh sebab itu, *Agenda Reset Malaysia* mengajak anda untuk kembali berpegang kepada Al Quran agar kita tidak terus kekal di dalam golongan manusia yang amat zalim dan amat bodoh.


Hanya Al Quran sahaja yang mampu mengajar kita tentang *Kebenaran Yang Hakiki* dan juga mengajar kita bagaimana mana untuk berlaku adil dan benar. Baik kepada diri kita sendiri, keluarga, masyarakat mahu pun kepada negara.


Hanya dengan berpandukan kepada pertunjuk-pertunjuk dari Al Quran sahaja baru kita akan dapat mencapai kejayaan yang hakiki baik di dunia mahu pun di akhirat.


Sudah sampai masanya sebagai sebuah negara bangsa untuk kita sama-sama kembali kepada Al Quran.


Hanya pertunjuk-pertunjuk dari Al Quran sahaja yang akan menjamin kejayaan kita dalam perjuangan untuk membina keunggulan kita sebagai sebuah negara bangsa.


Kita berkewajipan untuk menunaikan amanah kita untuk menegakkan keadilan dan kesejahteraan di atas muka bumi ini. Untuk memerangi kebathilan dan kemungkaran yang sedang berleluasa di atas muka bumi.


Kebathilan dan kemungkaran yang di taja oleh para elit global melalui proksi-proksi mereka di seluruh dunia.


Dengan memiliki sebuah kitab sakti yang luar biasa kehebatan dan kemuliaannya mustahil kita tidak dapat mengalahkan agenda jahat para elit global.


Ayuh ! Marilah kita mulai membina hubungan kita dengan Al Quran. Kita mulai bertadarus walau pun dengan sepotong ayat pada setiap hari.


Yakinlah bahawa hidup yang di temani Al Quran itu akan lebih menyenangkan dan mendamaikan. Kita akan bertambah yakin dan bersemangat hari demi hari.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

21 Januari 2021.


No comments: