Friday, 1 January 2021

Reset Malaysia : Ilmu Sains Kemakmuran

 *Reset Malaysia : Ilmu Sains Kemakmuran.*


Dlm Ilmu Sains Kemakmuran yg saya pelajari dan amalkan, *kejayaan di tentukan oleh 60% mindset, 30% pengurusan dan 10% teknik.*


Jadi *mindset @ mind setting* memainkan peranan yg besar dlm hidup kita.


Utk berjaya, ada dua rahsia besar yg perlu kita ketahui.


*The ancient secret* yg merupakan kebenaran sejati yg hakiki adalah sumber sebuah keyakinan mutlak tanpa syarat.


*1. The greatest wisdom of all time.*


Ini pernah saya bahas sebelum ini. Kalau ada permintaan mungkin saya akan bahas sekali lagi.


*2. The greatest secret of all time.*


Ini saya belum pernah bahas lagi. InsyaaAllah saya akan bahas di lain masa. Skrg ni kita iklankan saja dulu.


Skrg ni kita bahaskan dulu apa yg selalu berlaku dlm kehidupan kita. Agar kita mudah utk mereset diri kita.


Pernah dgr *the 90/10 rule ?*


100% kehidupan kita sebenarnya adalah mengenai 10% kejadian yg berlaku kpd kita dan 90% adalah mengenai bagaimana kita merespon kpd kejadian2 tersebut.


Saya bagi contoh mudah ;


Kita sdg memandu kereta di tgh malam di Kuala Lumpur bersama beberapa org rakan. 


Kita melalui sebatang lorong yg agak gelap dan sepi.


Kita ternampak seorg gadis yg cantik dan berambut panjang. Berpakaian cantik dan seorg diri.


Agak2 apa yg bakal timbul dlm benak pemikiran masing2 ?


Ada yg mengatakan ini mesti baru balik kerja syif ptg.


Ada yg mengatakan mungkin dia ini jadi alat perangkap org2 jahat yg nak menyamun.


Ada yg mengatakan mungkin ini perempuan jahat nak jual diri.


Ada yg mengatakan mungkin ini puntianak. Jadi kena *check* kaki dia dulu. Jejak tanah atau pun tidak.


Bermacam-macam persoalan dan bermacam-macam andaian yg timbul di kepala. 


Ini semua bergantung kpd dasar pemikiran masing2.


Yg pasti, ada yg positif, ada yg negatif, ada yg curiga dan ada yg menyeramkan.


Semuanya tergantung kpd *template* yg ada di kepala masing-masing dan bagaimana *template* di kepala seseorg itu tercipta dan terbentuk.


Mengapa ianya berbeza di antara satu dgn yg lainnya ?


Kerana perbezaan itulah maka manusia itu berbeza-beza pula *out put* atau hasilnya.


Ada yg sukses. Ada yg biasa-biasa saja. Dan beragam lagi hasilnya.


Template adalah jalan atau arus pemikiran @ *mind mapping* yg tercipta kerana kejadian yg berlaku berulang-ulang kali dlm perjalanan hidup kita.


Misalnya, setiap hari dia membaca bermacam2 jenis berita. Rompakan, samun, rogol, rasuah, pecah amanah, gossip murahan, berita hoax dan byk lagi.


Semuanya negatif. Semuanya buruk dan busuk macam sampah.


Boleh bayangkan selama 5 tahun dia mengisi otaknya dgn berita2 jenayah, gossip, hoax dll. Apa yg telah terjadi dgn otaknya ?


Di satu sisi yg lain, dia membaca berita2 biznes, majalah2 biznes. Membaca buku2 motivasi dan *personal development.*


Selama lima tahun dia selalu berkumpul dgn org2 yg positif, santun, sukses, berinspirasi dan bersemangat tinggi. 


Apa template yg tercipta di kepalanya ?


Dan sekiranya kedua ini berjalan seiringan dan bertembung dgn fenomena gadis di jalanan tadi, boleh di agak tak apa yg akan timbul di kepala masing-masing ?


Ini adalah tentang perubahan dasar pemikiran kita. Tentang perubahan *mindsetting* kita.


Dasar pemikiran yg tercipta dan terbentuk dari pendapat2, kesimpulan2 dan beberapa keyakinan yg kita kutip dari pelbagai sumber dlm perjalanan hidup kita. Sejak dari kita masih kecil sehinggalah ke hari ini.


Hal2 inilah yg membentuk *self concept* kita. Yg membentuk keyakinan kita.


Semakin kuat dasar2 pemikiran kita, filosofi kita akan semakin kuat keyakinan kita terhadap kebenarannya.


Dasar pemikiran inilah yg akan menentukan keberhasilan kita dlm hidup ini.


Susah, senang, sedih, kecewa, gagal dan berjaya.


Ilmu Sains Kemakmuran @ *Science of Wealth/Getting Rich* telah membuktikannya.


Perubahan dasar yg kita lakukan perlu kita jaga pada setiap masa. Kalau tidak kita akan kembali kpd diri kita yg lama.


Kalau sahabat2 semua belum lagi memiliki template2 tersebut. Lakukanlah perubahan.


Mulakanlah mencipta dan membentuk template2 baru yg lebih positif dan optimis.


Mulakan membaca buku2 *self improvement.* Menonton video2 motivasi setiap hari. Dan mulalah bergaul dgn mereka yg sentiasa positif dan optimis.


*Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati pada hal kamu adalah org2 yg paling tinggi jika kamu org2 yg beriman.*


- Al Quran ( Ali Imran: Ayat 139. )


Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yg sdg berusaha utk merenung nasib bangsa dan negaranya.


Ramalan Yunus@Demi Melayu.

2 Januari 2021


Kita mulakan langkah baru utk mereset diri kita.


Jadikan diri kita sebahagian dari *Agenda Reset Malaysia.*


*Be part of the solution not part of the problem.*

No comments: