Monday, 11 January 2021

Reset Malaysia: Let’s Start A Brand New World

 *Reset Malaysia : Let's Start A Brand New World.*


*Know yourself and know your enemy. The outcome of every battle is predictable.*


     - Sun Tzu @ Art of War.


Nota pendek saya yg bertajuk *The Hero Is Coming* yg bertarikh pada 28/12/2020 ada mencatat bahawa kita mungkin kena *lockdown* pada tahun 2021. Hari ini kenyataan tersebut terbukti benar.


Mesej saya, saya sekadar ingin membuktikan kpd seluruh rakyat Malaysia bahawa kerajaan PN tidak pro rakyat tetapi pro kpd *Para Elit Global.*


Tidak pro Islam tetapi pro kpd agenda *The New World Order.*


Kedua, Covid 19 telah di jadikan *political tool* oleh kerajaan PN utk terus kekal berkuasa.


Ketiga, kerajaan PN lebih mematuhi SOP dari WHO berbanding *Sunnah Rasulullah SAW* dlm menguruskan Covid 19.


Keempat, ancaman sebenar rakyat Malaysia bukan Covid 19 tetapi adalah kerajaan PN.


*Apa lagi yg boleh di harapkan dari sebuah kerajaan yg jelas mengkhianati amanah dari YDPA dan Raja2 Melayu " utk memelihara Islam pada setiap ".*


Kenapa saya menyatakan begitu ?


Jawapan saya mudah.


Bukankah setiap institusi atau pun peralatan negara berkewajipan utk melaksanakan *Sumpah Perlembagaan* yg telah di lafazkan dgn kalimah *Wallahi, Wabillahi, Watallahi* oleh YDPA selaku *Ketua Agama Islam dan Ketua Negara.*


Jgn main2 dgn *Sumpah Perlembagaan @ Sumpah Negara @ Sumpah YDPA.* Kita pasti akan di murkai dan di laknat oleh Allah SWT.


YDPA telah bersumpah dgn nama Allah dan sumpah itu telah mengikat seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan keturunannya.


*Nauzubillahi min zalik.*


Rujuk kpd Perlembagaan Persekutuan. Kita tak perlu jadi pengamal undang-undang utk faham apa yg terkandung dlm Perlembagaan Persekutuan. Kata kuncinya, *kita hanya perlu menjadi seorg Muslim yg beriman dan bertaqwa utk memahaminya.*


Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan dlm perkara 3(1) bahawa " Islam adalah agama bagi persekutuan ".


3(2) Raja atau Sultan adalah Ketua Agama Islam bagi negeri2. Manakala YDPA adalah Ketua Agama Islam di peringkat persekutuan.


Berkait langsung dgn perkara ini, YDPA di kehendaki mengangkat dan menandatangani *Sumpah Jawatan* seperti yg di peruntukkan dlm perkara 37(1) dan Jadual Keempat Bahagian 1 yg antara lain menghendaki YDPA melafazkan bahawa Baginda *".... Berikrar mengaku dgn sesungguhnya dan dgn sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam..."*


Peruntukkan2 tersebut jelas membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan setiap institusi atau peralatan negara wajib di gunakan sepenuhnya utk menegakkan *Aqidah, Syariat dan Akhlak Islam* di negara ini.


Sebarang bentuk penentangan dan pengkhianatan terhadap perkara ini adalah merupakan satu bentuk penderhakaan kpd YDPA dan merupakan ancaman kpd negara ini.


Perkara ini kelihatannya sentiasa di pandang remeh mungkin kerana kita sentiasa mempunyai *Peguam Kerajaan bukan Peguam Negara.*


Dan mungkin kerana itu kepentingan kerajaan lebih di utamakan berbanding kepentingan rakyat dan negara.


Saya berharap nota saya pagi ini akan menjadi peringatan kpd semua pihak khususnya pihak kerajaan yg memimpin pentadbiran dan pengurusan negara ini.


*Sampai bila kita mahu terus bernegara tanpa memperdulikan tanggung-jwb kenegaraan kita ?*


Soal kenegaraan ini penting buat umat Islam. Ia sebahagian dari tuntutan beragama.


Apa yg kita nak jawab di hadapan Allah SWT suatu hari nanti ?


Bab ini memang menakutkan saya. Sebab itu saya tidak boleh penat utk mengingatkan semua pihak.


Rukun Negara yg menjadi falsafah dan ideologi bernegara dan Perlembagaan Persekutuan yg menjadi undang-undang tertinggi negara di anggap seolah-olah seperti tidak wujud.


Ini bukan caranya kita bernegara.


Oleh sebab itu marilah kita sama2 berdoa ke hadrat Allah SWT semoga dgn terbentuknya satu kerajaan baru nanti kita akan dapat memulai satu lembaran baru dlm proses kita utk membina sebuah negara bangsa.


Kita mulakan *Agenda Reset Malaysia* utk mengorak langkah bagi mencapai sebuah impian utk membina satu peradaban baru di Timur di Abad ke 21 pasca Covid 19.


Semoga kita menjadi golongan yg kembali kpd fitrah kita dan berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaaAllah.


Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yg sdg berusaha utk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu

No comments: