Saturday, 9 January 2021

Reset Malaysia: Mentari Merah Dari Ufuk Timur

 *Reset Malaysia : Mentari Merah Dari Ufuk Timur.*


Bukan calang2 org ahli parlimen BN yg telah menarik sokongannya dari kerajaan PN.


Beliau adalah YB Dato Ahmad Jazlan Yaakub, Ahli Parlimen Macang yg juga Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.


Ini bermakna beliau bukan sahaja mewakili pengundi di Macang bahkan seluruh ahli2 UMNO di Kelantan.


Ini menjadikan kedudukan kerusi di Parlimen Malaysia 110 di pihak kerajaan dan 110 di pihak pembangkang.


Walau pun secara resminya ini belum mencukupi utk menyingkirkan TSMY sebagai PM Malaysia namun rakyat Malaysia sedia maklum bahawa *kerajaan PN sudah tumbang.*


Ini kerana rakyat tahu pendirian seorg lagi ahli parlimen BN dari Gua Musang iaitu *YBM Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li* yg terus mempertikaikan keabsahan kerajaan PN dan menolak utk menghadiri pembentangan belanjawan 2021.


Bukankah itu bukti jelas yg menunjukkan bahawa beliau tidak menyokong kerajaan PN ?


*Oleh itu, dari sudut moral, kerajaan PN sudah tumbang.*


Tak salah kalau ada pihak yg mendakwa kerajaan PN masih boleh bertahan. Tetapi soalannya utk apa dan apa yg ingin di buktikan ?


*Apa pesan politik dan pesan moral yg ingin di sampaikan kpd seluruh rakyat Malaysia ?*


Silakan kalau mahu terus bertahan, tetapi ingat ! Ini akan menjadi catatan moral dalam sejarah Malaysia, proses sebuah bangsa dlm bernegara.


*Org yg beragama belum tentu berakhlak tetapi org yg berakhlak sudah pasti beragama.*


Jgn lupa peringatan besar dari Allah SWT dalam Surah Al Asr.


*Demi Masa !* *Sesungguhnya manusia itu dlm kerugian -*

*Kecuali bagi org2 yg beriman dan beramal soleh.*

*Dan mereka itu berpesan -pesan dgn kebenaran serta berpesan-pesan dgn sabar.*


      - Surah Al Asr.


Ini satu peringatan besar dari Allah SWT tentang peri pentingnya *Akhlak Yg Mulia* dlm kehidupan seorg manusia dan dlm kehidupan bernegara.


Hanya golongan yg mempunyai ciri2 yg di sebutkan itu sahaja yg akan beruntung apabila kembali semula ke perkampungan yg kekal dan abadi suatu hari nanti. 


Mereka beriman kpd Allah dan RasulNya. Mereka mengabdikan diri kpd Allah SWT secara berjemaah. Saling mengingatkan antara satu sama lain dgn penuh kesabaran.


Bukan ilmu, bukan pangkat, bukan harta atau keluarga yg akan memberi keuntungan kpd manusia tetapi *Akhlak Yg Mulia.*


*Kpd YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Yasin, saatnya sudah sampai. Terimalah kenyataan bahawa YAB Tan Sri perlu mengundurkan diri dari jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.*


Beri laluan kpd *Agenda Reset Malaysia* yg bertujuan utk mengembalikan sebuah negara bangsa ke landasannya yg sebenar. 


Jalan lurus org2 terdahulu yg telah mendapat kurniaan nikmat dari Allah SWT. Bukan jalan org2 yg di murkaiNya. Juga bukan jalan org2 yg sesat.


Sebagai saudara seaqidah, saya hanya mampu mengingatkan YAB Tan Sri dan saudara2 yg lain dlm kerajaan PN kpd peringatan dan ancaman dari Allah SWT.


Saudara2 Ku semua sudah tersesat jauh. Kembalilah ke pangkal jalan. Bertaubat dan memohon keampunan dari Allah SWT peluang masih ada. Semoga Allah SWT masih sudi mengampuni segala dosa2 kita semua.


Ayuh, secara berjemaah sebagai sebuah negara bangsa kita jadikan tahun ini tahun *The Great Reset 2021* utk kembali ke jalan yg di redhai oleh Allah SWT. 


*Agenda Reset Malaysia* adalah sebuah agenda *Revolusi Akhlak* yg telah di tunjukkan oleh Nabi Muhammad Rasulullah SAW dan agenda yg telah di tempuh oleh para sahabat.


Mengutip kata2 sahabat baik saya, *Dato Aziz Chemor,*


*" Tidak ada pelaburan yg terbaik selain dari melabur ke dalam TABUNG AMANAH SAHAM AKHIRAT. "*


*Inna lillahi wainna ilaihi rojiun.*


Ayuh kita kembali kepadaNya dgn segala rendah diri utk memohon keampunan dan keredhaanNya sebelum kita di kembalikan kepadaNya secara paksa.


Sama2 saling mengingatkan antara satu sama lain sementara masa masih ada.


Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yg sdg berusaha utk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

10 Januari 2021 

No comments: