Thursday, 28 January 2021

Reset Malaysia : A New Mind

 *Reset Malaysia : A New Mind.*


Kalau kita menelusuri dan mengamati perjalanan dan perjuangan bangsa kita ini dalam tempoh 100 tahun semenjak dari tahun 1920 hingga ke tahun 2020, *apa sebenarnya ideologi kita dalam bernegara ?*


Soalan ini pasti mengundang pelbagai jawapan. Ada yang jawab Islam, Sekular, Liberal, Pragmatik, Demokrasi, Progresif, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan mungkin bermacam-macam lagi.


Tak apa. Saya soal, saya jawab. Ini pengamatan dan kajian peribadi saya yang ingin saya kongsikan kepada anda.


Kesimpulan saya mudah. Ideologi bangsa ini dalam tempoh 100 tahun ini adalah *survival.*


Ideologi ini yang sudah berakar umbi di dalam *Pemikiran Bawah Sedar* bangsa ini.


Sebab itu sewaktu UMNO di tubuhkan pada 11 Mei 1946 untuk menentang *Malayan Union* muncul slogan *Hidup Melayu @ Malay Survival @ Survival Of The Malays.*


Dan ideologi ini masih kuat berada di dalam *Pemikiran Bawah Sedar* Bangsa Melayu hingga ke hari ini.


Ideologi ini yang mempengaruhi kehidupan bernegara bangsa Melayu.


Tokoh bangsa yang sebesar Tun Mahathir sendiri pun aksi dan prestasinya masih sebagai seorang *survivalist.* Apa lagi yang lain.


Sebab itu dia tak mampu membina pengantinya. Begitu juga dengan tokoh-tokoh yang lain.


Semuanya masih bersikap dan bertindak sebagai seorang *survivalist.*


Dan ideologi ini turut di kongsi oleh bangsa Cina dan India yang ada di negara ini.


Muncul pelbagai krisis sehingga ke hari ini adalah di sebabkan daripada ideologi yang sudah tertanam di dalam *Pemikiran Bawah Sedar* bangsa ini sejak sekian lama.


Dan hari ini kita masih lagi menyaksikan perkara yang sama terus berulang lagi. *It is all about survival.*


Untuk bangkit menjadi sebuah negara bangsa yang setanding dengan Amerika dan China, ideologi ini perlu di tukar terlebih dahulu.


Saya ulang lagi kenyataan saya, *tidak ada sejarah yang terbaik yang boleh kita jadikan sebagai panduan selain dari sejarah para Nabi dan para Rasul.*


Agak-agak la apa ideologi mereka ?


Bukankah *the greatest wisdom of all time ?*


*LA ILAHA ILA ALLAH.*


Bukankah kerana *La ilaha ila Allah,* Rasulullah SAW dan para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah dan mendirikan Negara Islam Madinah ?


Bukankah dengan *La ilaha ila Allah* negara Islam itu berkembang dan umat Islam menguasai 2/3 dunia ?


Ini pentingnya kita reset kembali pemikiran kita. Kita *delete* ideologi yang terbukti tidak mampu membawa kita ke mana-mana ?


Kita hanya mampu *survive* di tanah air kita sendiri. Dan hari ini kita masih kalah dengan negara-negara jiran kita.


Takkan kita mahu terus begini untuk 100 tahun akan datang ?


Oleh itu, mulai hari ini kita semua wajib berazam untuk merubah ideologi kita. Kita mahu jadi bangsa yang berdaulat, makmur dan berjaya. Di dunia dan juga di akhirat.


*Kita mahu berubah kerana Allah. Kita mahu berusaha kerana Allah. Kita mahu berkorban kerana Allah. Dan kita mahu berjaya kerana Allah. Hidup dan mati kita kerana Allah. Segala-galanya adalah kerana Allah.*


Kita harus sentiasa mengingatkan diri kita, keluarga kita, sahabat handai kita, masyarakat kita dan negara kita bahawa segala-galanya adalah kerana Allah.


Tidak ada kerana yang lain selain dari kerana Allah.


*Dari Allah, kepada Allah dan kerana Allah.*


Yakinlah bila Allah sentiasa ada di dalam hati kita dan pemikiran kita, tidak ada lagi yang mustahil bagi kita.


Yakinlah dalam tempoh 30 tahun dari sekarang kita akan menjadi lebih hebat dari Amerika dan China.


Genggam erat-erat *Agenda Reset Malaysia* kita. InsyaaAllah, kita akan laksanakannya bersama-sama kerana Allah.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat dan negara.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

28 Januari 2021.



No comments: