Thursday, 7 January 2021

Reset Malaysia : Pedoman Bistari Yang Hakiki

 *Reset Malaysia : Pedoman Bistari Yang Hakiki.*


Sekelian alam ini wujud dalam sebuah kesatuan di liputi oleh kekuasaan dan kebesaran Raja segala Raja. Pemerintah Sekelian Alam iaitu Allah SWT. Tuhan Yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Baik alam manusia mahu pun alam di luar manusia, semuanya saling berhubungan dan berkaitan di antara satu sama lain.


Dan manusia atas sifatnya sebagai *' sebaik-baik kejadian '* mempunyai potensi yg luar biasa dan tanpa batasan.


Potensi itu mengalir melalui dua komponen penting yg di miliki oleh manusia iaitu akal dan nafsunya.


Kekuatan akal dan nafsu ini yg menguatkuasakan  hukum alam,


*THOUGHTS become THINGS.* 


Akal dan nafsu yg mempunyai kekuatan dan potensi yg luar biasa ini sekiranya tidak di kawal akan menjadikan seseorg manusia itu boleh bertukar menjadi seekor raksaksa @ *monster.* 


*" You wouldn't like me when I'm angry. "*


Kata *Dr David Banner* kpd *Mr Mc Gee,* seorg wartawan yg sentiasa mengekorinya dlm cerita *The Incredible Hulk.* Drama TV bersiri yg cukup popular pada lewat tahun 70an.


Kisah seorg lelaki yg baik dan terpelajar mampu bertukar menjadi *the green beast* apabila dia gagal menahan rasa marahnya.


Sejarah panjang manusia telah membenarkannya. Maka muncullah beberapa personaliti seperti *Firaun, Namrud  dan Qarun* yg mewakili sisi buruk manusia yg gagal mengawal akal dan nafsu mereka.


Sebab itu Allah SWT menurunkan *Kitab SuciNya* melalui para NabiNya agar manusia sentiasa kekal pada statusnya sebagai *sebaik-baik kejadian.*


Dan di akhir zaman di turunkanNya *Nabi Muhammad Rasulullah SAW* bagi menyempurnakan akhlak manusia.


Manusia perlu sentiasa berpegang teguh kpd buku manualnya iaitu kitab suci *Al Quran Al Karim.*


Ini kerana seluruh aspek kehidupannya adalah berkaitan dgn aspek budi pekerti @ akhlak yg mulia.


*Baik politik, ekonomi dan kemasyarakatan, dasarnya adalah moral. Dan moral dasarnya adalah agama. Tanpa agama tiada moral.*


*Al Quran adalah pedoman dlm kehidupan berbangsa dan bernegara.*


*Al Quran mengatur kehidupan manusia sesuai dgn fitrahnya sebagai SEBAIK-BAIK KEJADIAN.*


*Al Quran wajib di pegang sebagai aqidah, tuntunan ibadah, politik, perekonomian dan akhlak.*


Tidak wajar adanya *sekularisasi* dlm kehidupan sebagaimana yg terjadi di dlm politik.


Jika seorg *mukmin* meninggalkan Al Quran maka terbelah identitinya menjadi *sekular.*


Berlaku *split personality* apabila pada satu saat kita berpegang kpd Al Quran dan di satu saat yg lain kita meninggalkannya.


Kita menjadi *sekular* dan secara tiba-tiba menjadi pengikut *situational morality.*


Ahli politik yg meninggalkan Al Quran dgn kata lain telah menjadi *sekular* bahkan menjadi *atheis.*


Apabila menjadi *sekular* atau *atheis* semuanya bersifat *permisif @ semuanya boleh.*


Silakan, tetapi ingat, semuanya akan berakhir dgn kehancuran.


Ini yg sdg kita saksikan sekarang @ *the current reality !*


Setiap langkah atau dasar politik wajib berlandaskan kpd agama. Ini kerana langkah dan dasar politik yg akan menentukan kehidupan berbangsa dan bernegara. 


Demi menjamin keadilan dan kesejahteraan maka wajib menerapkan *Islam secara Kaffah* dlm semua aspek.


Jadi amat penting dalam *Agenda Reset Malaysia* semua pihak kembali berpegang teguh kpd *Al Quran Al Karim.*


Luruskan niat dan berjuanglah utk mendapatkan keampunan dan keredhaan dari Allah SWT.


Teruskan mengikuti nota2 pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi utk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yg sdg berusaha utk merenung nasib bangsa dan negaranya.


Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

8 Januari 2021

No comments: