Monday, 18 January 2021

Reset Malaysia: Raja Lawan Elit Politik

 *Reset Malaysia : Raja Lawan Elit Politik.*


Nota saya yang bertajuk *Amerika Di Ambang Perang Saudara 2.0* mengundang persoalan mengenai apa sebenarnya mesej yang cuba saya sampaikan.


Ramai juga yang menyoal kenapa saya tidak berterus terang sahaja. Pening juga saya nak jawab soalan dari kawan- kawan itu.


Baik, macam ni la...


Secara peribadi, saya melihat ada sesuatu yang salah sejak dari awal penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.


*Sistem politik Raja Berperlembagaan yang bersandarkan kepada Kedaulatan Islam telah di adukan dengan sistem politik Demokrasi Berparlimen yang bersandarkan kepada ideologi sekular, liberal, demokrasi dan kapitalis.*


*Kekuasaan Raja-Raja Melayu versus kekuasaan rakyat yang pada hakikatnya adalah kekuasaan para elit politik @ oligarki.*


*Monarchy versus Civil.*


Setelah 62 tahun masa berjalan, kekuasaan politik sivil ini, saya lihat telah gagal untuk menegakkan keadilan dan kesejahteraan buat rakyat dan negara.


Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan adakalanya seperti tidak wujud.


Rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah sudah menjadi lumrah di mana-mana bahagian negara dan di semua jabatan.


Fitnah, pembohongan, penyebaran maklumat palsu @ hoax, manipulasi maklumat semakin bermaharaja lela.


Semua ini menjadi semakin parah dan semakin tidak terkawal setelah PRU 14 dan selama 22 bulan di bawah pentadbiran PH.


Kita mengharapkan akan ada perubahan yang besar apabila kerajaan PN yang kononnya kerajaan Melayu/ Islam mengambil alih pentadbiran.


Harapan hanya tinggal harapan. Kerajaan PN adalah kerajaan PH 2.0. Mereka meneruskan aspirasi kerajaan PH.


Ini tidak boleh di biarkan terus berlaku. Sesuatu perlu di lakukan demi kepentingan rakyat dan negara.


Saya sarankan *Proklamasi Dharurat* dan sebuah kerajaan interim *@ care taker govt.*


Sebuah kerajaan yang benar-benar mewakili YDPA dan Raja-Raja Melayu @ kekuasaan monarki utk mengembalikan negara ini ke landasannya yang sebenar sebagaimana yang telah di tetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan serta menegakkan prinsip-prinsip kenegaraan yang terkandung dalam Rukun Negara.


Saya gariskan Visi, Misi dan Formula yang perlu di ikuti untuk melaksanakan *Agenda Reset Malaysia* yang bukan sahaja akan memulihkan negara dari pelbagai krisis yang sedang melanda rakyat dan negara, bahkan ia juga berupaya untuk menjadikan negara ini berdiri setanding dengan Amerika dan China dalam Abad ke 21 pasca Covid 19.


Proklamasi Dharurat telah pun di perkenankan dan di isytiharkan. Namun mengekalkan TSMY dan kabinetnya untuk mengisi Proklamasi Dharurat menurut pengamatan saya, adalah satu kesilapan besar yang tidak wajar di lakukan. 


Mana mungkin sebuah kerajaan yang sudah terbukti gagal mampu mengisi agenda Proklamasi Dharurat yang seharusnya melaksanakan *Agenda Reset Malaysia.*


Satu lagi yang paling penting adalah...


Ramai yang masih tidak sedar bahawa ada *Gerakan Subversive Republik Malaysia @ GSRM* di belakang PH dan PN.


Sekiranya ini tidak di tangani dengan baik, ia akan mendatangkan kemudharatan yang besar kepada institusi Raja-Raja Melayu yang memegang amanah untuk memelihara Islam pada setiap masa di negara ini.


GSRM adalah ancaman besar kepada Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan negara ini.


Kenapa kerajaan PH terburu-buru membubarkan *Institut Kajian Strategik Islam Malaysia @ IKSIM* yang di pimpin oleh Prof Dato Naser Disa ?


Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana IKSIM yang bertanggung-jawab mengangkat isu GSRM ke permukaan.


Mereka merasa terancam dengan pendedahan IKSIM.


Ada gerakan global di belakang GSRM. Apa yang sedang berlaku di Amerika dan di seluruh dunia, sedang berlaku juga di negara kita. Malangnya ia masih di anggap remeh oleh semua pihak walau pun IKSIM sudah berusaha mendedahkannya kepada Majlis Raja-Raja Melayu dan juga masyarakat Malaysia.


Kenapa ? Persoalan yang masih sulit di temukan jawapannya.


Sehingga tertubuhnya *care taker govt* yang bakal di terajui oleh Ku Li atau tertubuhnya sebuah *Suruhanjaya Penyiasatan DiRaja* yang khusus untuk menyiasat mengenai perkara ini maka kebenaran mengenai perkara ini akan terus di tutupi sampai bila-bila.


Suka atau tidak suka, saya ingatkan, *we are at war time. The monarchy versus the local elite @ oligarchy.*


Saya hanya berusaha sekadar yang saya mampu untuk menyelamatkan institusi Raja-Raja Melayu, rakyat dan negara ini.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

19 Januari 2021.


No comments: