Sunday, 17 January 2021

Reset Malaysia : The Royal Politburo Of Malaysia

 *Reset Malaysia : The Royal Politburo Of Malaysia.*


Mungkin ramai yang tidak menyedari tentang masalah sebenar dan utama kita di negara ini.


Ramai yang hanya melihat korupsi, salah guna kuasa, pecah amanah, *money laundering* dan kes seperti 1MDB sebagai masalah utama kita.


Pelbagai kecelaruan dan masalah yang timbul sehingga rakyat tidak merasai keadilan dan kesejahteraan di negara ini adalah kerana kita sebenarnya mengalami krisis perlembagaan sejak sekian lama.


Kegagalan kerajaan politik pilihan rakyat telah menjadikan seluruh institusi atau alat-alat negara tidak berfungsi sepenuhnya untuk menegakkan keadilan dan memberi kesejahteraan kepada rakyat.


*Kerajaan politik selama ini telah gagal untuk mengemban amanah negara yang sebagaimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.*


Perjalanan negara dalam tempoh 40 tahun ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan politik telah memanipulasi alat-alat negara demi kepentingan politik mereka. Bukan untuk kepentingan rakyat dan negara.


Dan ianya menjadi semakin ketara dan menjolok mata sejak PRU 14 sehinggalah ke hari ini. 


Pandemik Covid 19 lebih menyerlahkan lagi aksi-aksi para pemain politik dalam memperjuangkan dan mempertahankan kepentingan mereka. Bukan kepentingan rakyat dan negara.


Mereka di lihat sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kepentingan politik mereka.


Keperitan dan penderitaan rakyat tidak menjadi keutamaan dalam agenda perjuangan mereka.


Kepelbagaian ideologi yang menjadi pegangan pelbagai parti juga di lihat sebagai punca kecelaruan, perbalahan dan perpecahan yang berpanjangan di dalam masyarakat.


Rakyat dan negara kehilangan jati diri akibat larut dalam pertempuran kepelbagaian ideologi tersebut.


Pelbagai krisis yang timbul ini hanya merugikan dan memudharatkan rakyat dan negara.


*Negara sudah jauh terkeluar dari landasan yang telah di tetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Negara sedang menuju ke jurang kehancuran.*


*Sesungguhnya negara ini memang sedang berada dalam keadaan yang cukup kritikal. Proklamasi Dharurat adalah keputusan yang tepat pada masanya.*


Oleh itu sudah sampai masanya sebuah badan yang bebas dari sebarang pengaruh dan kepentingan parti-parti politik di tubuhkan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan negara.


*THE ROYAL POLITBURO OF MALAYSIA @ POLITBIRO DI RAJA MALAYSIA* perlu di tubuhkan demi menjaga kepentingan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


POLITBURO adalah sebuah badan yang bertanggung-jawab untuk merangka dasar-dasar negara dan juga hala tuju negara di bawah pengawasan Majlis Raja-Raja Melayu.


Penubuhan badan tersebut bertepatan dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam.


Badan tersebut juga akan bertindak sebagai lembaga yang akan mengawasi perjalanan semua institusi-institusi negara agar menepati kehendak Islam sebagai Agama Negara.


Idea penubuhan sebuah POLITBURO mungkin tidak akan di senangi oleh para elit politik di negara ini.


Itu wajar. Ini kerana penubuhannya adalah demi kepentingan rakyat dan negara. Bukan demi kepentingan para elit politik.


Jadi sewajarnya penubuhan POLITBURO ini akan lebih di alu-alukan dan di sokong oleh rakyat jelata berbanding oleh para elit politik.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

18 Januari 2021.


No comments: