Sunday, 24 January 2021

Reset Malaysia : Sebelum Nasi Menjadi Bubur

 *Reset Malaysia : Sebelum Nasi Menjadi Bubur !*


Perbincangan dalam *WAG Demi Melayu* malam tadi mengenai mood generasi baru terhadap idea *Republik Malaysia* menarik perhatian saya.


Idea tersebut sudah hangat di perkatakan sejak awal tahun 80an dan menjadi semakin hangat di perkatakan apabila muncul krisis perlembagaan 1993 yang berlatar belakang dari Istana Johor pada tahun 1992.


Idea itu di lihat menjadi satu gerakan yang tersusun semenjak 20 tahun yang lepas.


*Institut Kajian Strategik Islam Malaysia @ IKSIM* menjenamakan gerakan tersebut sebagai *Gerakan Subversif Republik Malaysia.*


Ini kerana idea dan gerakan tersebut adalah merupakan satu bentuk ancaman dan penderhakaan kepada *Kedaulatan Raja-Raja Melayu.*


Ia adalah satu bentuk jenayah berat yang tertakluk di bawah *Seksyen 121B Akta Kanun Keseksaan Malaysia.*


*Kanun itu memperuntukkan hukuman mati kepada para promoternya.*


Mungkin kerana tidak ada sebarang tindakan yang di ambil setakat ini maka idea dan gerakan tersebut terus berkembang terutamanya di tengah-tengah golongan generasi muda.


Sewajarnya mereka di peringatkan agar tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang datang dari *pihak yang memusuhi Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu* di negara ini.


Dari pengamatan saya, kemelut politik yang berlaku hari ini meningkatkan lagi kebencian golongan muda terhadap Istana.


Pada pandangan mereka, Istana di lihat memihak kepada kerajaan PN yang di rasakan gagal untuk mentadbir negara ini dan kini sudah terbukti kehilangan sokongan majoriti di Parlimen Malaysia.


*Proklamasi Dharurat* pula di lihat bukan untuk menyelesaikan pelbagai krisis yang ada tetapi lebih kepada untuk menyelamatkan jangka hayat kerajaan PN.


Dalam keadaan hari ini, di mana rakyat semakin tertekan dengan kehidupan akibat kegagalan kerajaan PN untuk menangani ancaman pandemik Covid 19 dan krisis ekonomi akibat pandemik tersebut, segala kemungkinan boleh berlaku.


Perkara seperti ini jika tidak di tangani dengan pantas dan bijaksana oleh *Majlis Raja-Raja Melayu* boleh mengakibatkan bencana yang besar terhadap negara dan juga Institusi Raja-Raja Melayu.


Hanya *Majlis Raja-Raja Melayu* sahaja yang mampu menghentikan *time bomb* ini dari meledak dan menghuru-harakan masyarakat dan negara.


Ini kesempatan terbaik untuk *Majlis Raja-Raja Melayu* berperanan untuk memperbetulkan keadaan dengan mengimplementasikan *Agenda Reset Malaysia.*


Dan antara tujuan penting dalam *Agenda Reset Malaysia* adalah untuk menghapuskan ancaman dari *Gerakan Subversif Republik Malaysia.*


Saya sudah sering mengingatkan semua pihak mengenai ancaman besar *Gerakan Subversif Republik Malaysia* ini.


Namun sehingga ke hari ini, ia masih di anggap sepi oleh pelbagai pihak. Saya berharap kita masih sempat berbuat sesuatu sebelum segalanya sudah terlambat.


Semoga nota pendek ini mendapat perhatian dari semua pihak demi kepentingan bersama.


*Institusi Raja-Raja Melayu* yang menjadi lambang kedaulatan sebuah negara bangsa wajib di pertahankan walau dengan apa cara sekali pun.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

24 Januari 2021.

No comments: