Friday, 29 January 2021

Reset Malaysia : Self Talk

 *Reset Malaysia : Self Talk.*


Pagi ini kita masih membicarakan sedikit lagi mengenai Tauhid @ Hidup Bertuhan.


Ini perkara yang paling penting dan paling mendasar dalam *Agenda Reset Malaysia.* 


Semua perkara harus bermula dari sini. Sebab itu Islam mewajibkan setiap umatnya untuk menuntut ilmu. Dan ilmu pertama yang wajib di tuntut adalah *Ilmu Mengenal Allah.*


Ini untuk memastikan agar setiap Muslim itu mengenali fitrahnya sebagai *Insanul Kamil* yang di jadikan sebagai Hamba dan juga Khalifah Allah SWT di atas muka bumi.


Hanya orang yang mengenal Allah SWT sahaja yang akan sentiasa bersangka baik terhadap Allah SWT, sesama manusia dan dengan sekelian alam.


*Sentiasa bersikap positif dan optimis di dalam kehidupannya.*


Apa pentingnya sentiasa bersikap positif dan optimis ?


Dalam kajian *Ilmu Psaikologi Modern,* manusia lebih banyak bercakap atau berbicara dengan dirinya sendiri berbanding dengan bercakap kepada yang di luàr dirinya atau kepada orang lain atau kepada alam.


Paling cerewet manusia, dia hanya mampu bercakap dengan 20,000 patah perkataan sahaja dalam tempoh 24 jam atau sehari. Tetapi bercakap dengan dirinya sendiri jauh lebih banyak dari angka tersebut.


Beranikah anda bercakap dengan diri anda sendiri, *Tuhan jahat, semua manusia jahat, hidup ini kejam, tidak adil, tidak ada kejujuran, hidup memang susah, nak cari duit susah, nak makan pun susah.* Dan anda sebut perkataan-perkataan itu dalam diri anda berulang-ulang kali dalam tempoh 24 jam selama 30 hari ke depan ?


Berani ?


Boleh anda bayangkan apa yang akan terjadi kepada diri anda dan kehidupan anda selepas itu ?


Ini yang kita namakan sebagai *Self Talk.* Kita berbicara dengan diri kita sendiri. Kata-kata di dalam hati kita.


Kata-kata di dalam hati ini yang akan menentukan sikap anda. Sikap anda akan menentukan tindakan anda. Tindakan anda pula akan menentukan perbuatan anda @ *habit.* Habit inilah yang akan menentukan nasib anda. Dan nasib anda pula akan menentukan kata-kata di dalam hati anda.


*Mindset - Attitude - Action - Habit - Result.*


Inilah yang akan mencipta  dilemma di dalam diri anda dan dalam kehidupan anda.


Jadi berhati-hati apabila anda berbicara dengan diri anda. Berhati-hati dengan kata-kata di dalam diri anda.


*There is no changes without awareness @ consciousness.*


Baik, kita tukar perkataan-perkataan di dalam hati kita. Apa kata kalau anda sebut berulang-ulang kali pula kepada diri anda perkataan-perkataan yang positif dan optimis seperti *Allah baik, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Allah Maha Pengampun, semua manusia baik, hidup ini indah, hidup ini sempurna, senang cari duit, senang cari makan, hidup lancar, hidup mudah dll.*


Anda sebut berulang-ulang kali. Mulai dari bangun tidur sehingga anda tidur kembali. Anda sebut berulang-ulang kali terus menerus secara konsisten selama 30 hari ke depan.


Apa akan terjadi ?


Yakinlah. InsyaaAllah hidup anda akan berubah. Hidup anda menjadi mudah dan lancar semudah anda menyebutkan perkataan-perkataan itu.


Hidup anda akan menjadi ceria, gembira, bahagia dan anda akan melihat dunia dengan penuh harapan dan impian. Sebuah dunia yang menjanjikan segala kemungkinan.


Mulai hari ini, berhati-hati dalam memilih kata-kata di dalam hati anda. Pilih kata-kata yang positif dan optimis.


*Mindset - Attitude - Action - Habit - Result.*


*Saya ingatkan anda semua mengenai konspirasi para elit global. Anda sedang di buat untuk menjadi bimbang, risau, takut, bercelaru dan sentiasa di dalam dilemma dengan Covid 19.*


Jangan biarkan Covid 19 membunuh kehidupan anda. Membunuh cita-cita, impian dan harapan anda.


*Tidak ada sesiapa yang mampu membinasakan diri anda dan kehidupan anda kecuali diri anda sendiri.*


Kita harus tetap positif. Tetap semangat. Tetap ceria. Penuh dengan harapan dan impian. Bayangkan kehidupan yang serba indah. Serba sempurna. Cukup membahagiakan. Baik di dunia mahu pun di akhirat.


Jangan lupa, Allah SWT sentiasa bersama kita. Sentiasa mengasihi dan menyayangi kita. Sentiasa merindui kita. Sentiasa memenuhi setiap permintaan dan permohonan kita.


*Sentiasalah mengingati Allah. Jangan benarkan sesiapa bertakhta di dalam hati anda selain Allah.*


Berpegang teguhlah dengan impian dan harapan kita.


*Haqqul Yaqin* bahawa setiap impian dan harapan kita akan menjadi kenyataan.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

30 Januari 2021

No comments: