Sunday, 24 January 2021

Reset Malaysia: Ulamak Pembimbing Kehidupan Bernegara

*Reset Malaysia : Ulamak Pembimbing Kehidupan Bernegara.*


Hari ini kita sedang menyaksikan krisis moral di peringkat yang paling memualkan.


Negara sedang di pimpin oleh sebuah kerajaan yang di anggap paling tidak bermoral kerana pemimpin-pemimpinnya terdiri dari mereka yang telah mengkhianati mandat rakyat. Sehingga ada yang sanggup mengelar mereka sebagai *kluster katak.*


Rakyat juga menganggap bahawa kerajaan ini adalah kerajaan yang paling korup dan hanya mengutamakan kepentingan politik mereka sahaja berbanding kepentingan rakyat dan negara.


Kerajaan ini juga di lihat terpaksa bergantung kepada *Titah dari Istana* untuk memastikan agar *Belanjawan 2021* yang di bentangkan mendapat kelulusan parlimen.


Dan yang paling mengecewakan rakyat adalah apabila mereka terpaksa menyaksikan di hadapan mata mereka bagaimana seorang Perdana Menteri yang sudah kehilangan sokongan majoriti di parlimen tanpa segan silu memohon Proklamasi Dharurat dari YDPA dengan alasan yang tidak boleh di terima oleh rakyat iaitu untuk menangani ancaman pandemik Covid 19.


Rakyat melihat Proklamasi Dharurat hanyalah perisai untuk melindungi hayat politik kerajaan yang gagal ini.


Dan kini, jelas terpancar kemarahan rakyat jelata terhadap Istana kerana di anggap terus melindungi sebuah kerajaan yang tidak bermoral dan telah terbukti gagal untuk mentadbir negara.


*Inilah akibatnya apabila para ulamak mendiamkan diri dan tidak berperanan sebagaimana yang seharusnya.*


Apabila ini berlaku, siapa yang sepatutnya di persalahkan ?


Bagi saya, *semua pihak patut di persalahkan kerana gagal meletakkan para ulamak di tempat yang sewajarnya.*


Peranan para ulamak di pinggirkan sejak sekian lama. Pandangan-pandangan dan nasihat mereka tidak di endahkan. Mereka hanya di perlukan sebagai *rubber stamp* untuk melegitimasi segala kehendak pemimpin politik.


Begitu rendah dan hina sekali kedudukan para ulamak di negara kita.


Bukankah mereka sepatutnya di jadikan tempat rujuk kepada setiap dasar atau keputusan yang ingin di ambil dan di laksanakan oleh pihak kerajaan ?


Tidakkah mereka ini sepatutnya menjadi penasihat kepada setiap jabatan-jabatan kerajaan dan juga korporat-korporat besar di negara ini ?


Kita lupa bahawa negara kita adalah sebuah negara Islam. Kita lupa bahawa kita berkewajipan untuk mematuhi Syariat Islam pada segala bidang .


Kita lupa bahawa Raja-Raja kita telah bersumpah dengan nama Allah untuk mempertahankan Islam pada setiap masa.


Kita lupa bahawa kita wajib bernegara menurut Syariat Islam.


Sampai bila kita mahu terus menghina para ulamak kita ?


Sampai bila kita mahu terus memperlekehkan tugas dan peranan mereka ?


Begitu rendah sekali akhlak dan budi pekerti kita kepada para ulamak kita.


*Nauzubillahi min zalik.*


Sempena *Agenda Reset Malaysia* saya ingin mengajak semua pihak untuk merenung kembali perkara ini. Sudah sampai waktunya kita meletakkan para ulamak kita pada kedudukan yang sewajarnya.


Mari kita kembali memuliakan dan menghormati para ulamak kita.


*Sesungguhnya para ulamak itu adalah pewaris Nabi.* Maka wajib bagi kita semua untuk menghormati dan memuliakan para pewaris Nabi ini.


Sudah sampai waktunya Raja-Raja kita dan para pemimpin kita untuk kembali menghormati dan memuliakan para ulamak.


Bukan mereka yang seharusnya ke Istana tetapi pihak Istanalah yang seharusnya mendatangi pondok-pondok mereka.


Sampai bila kita mahu terus hidup di dalam kemurkaan Allah SWT ?


Mana mungkin Allah SWT akan memuliakan kita kalau kita sendiri masih enggan memuliakan para kekasih-Nya dan pembela-pembela  agama-Nya.


Di dalam *Agenda Reset Malaysia* ada kedudukan yang istimewa buat para ulamak. InsyaaAllah.


Semoga Allah SWT masih sudi mengampuni dosa-dosa kita atas segala perlakuan yang tidak wajar kepada para ulamak kita.


Mulai saat ini marilah kita berjanji kepada diri kita untuk kembali menghormati dan memuliakan para ulamak kita.


Semoga Allah SWT kembali berbelas kasihan kepada kita dan merahmati kehidupan kita.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

25 Januari 2021.


No comments: