Saturday, 16 January 2021

Reset Malaysia : World Baitul Mal

 *Reset Malaysia : World Baitul Mal.*


*Riba'* adalah perkara yang cukup besar dalam kehidupan seorang Muslim setelah *Aqidah yang benar.*


Sekecil-kecil dosa Riba' adalah sama dengan dosa seseorang yang berzina dengan ibunya.


*Nauzubillahi min zalik.*


Ini dosa yang paling tidak masuk akal. Dosa yang seharusnya hanya di lakukan oleh orang-orang yang tidak waras @ terencat akal.


Mana mungkin seorang anak yang waras berzina dengan ibunya ?


Allah SWT dan Rasul-Nya sangat membenci Riba' malah mengisytiharkan perang terhadap para pengamalnya dan mereka yang terlibat dengan Riba'.


Tidak ada dosa lain yang Allah dan Rasul-Nya isytiharkan perang melainkan Riba'.


Berperang dengan Amerika dan China sahaja sudah sangat mengerunkan apalagi berperang dengan Allah dan Rasul-Nya. Mahu lari ke mana kita ?


Sistem monetari dan kewangan dunia yang berasaskan kepada Riba' telah menyebabkan dunia sentiasa di landa krisis kewangan. Dan ia juga telah menyebabkan jurang di antara yang kaya dan miskin menjadi terlalu besar.


Ramai yang sudah jatuh miskin dan melarat akibat Riba'. Sama ada individu, syarikat mahu pun negara.


Perkara seperti ini tidak wajar di biarkan terus berlanjutan.


Maka sudah sampai waktunya segenap perhatian dan usaha di tumpukan untuk memerangi Riba'.


Kesedaran dari seluruh umat Islam di Malaysia mahu pun di dunia sangat di perlukan dalam mengerakkan usaha ke arah memerangi Riba'.


Oleh itu sempena era *Agenda Reset Malaysia* maka Malaysia harus mempromosikan penubuhan sebuah *Baitul Mal Dunia @ World Baitul Mal* dan juga sebuah *Pusat Monetari, Kewangan dan Perdagangan Islam Dunia* bagi tujuan untuk mewujudkan satu *pelantar tunggal @ single platform* untuk menjadi tapak *sistem monetari dan kewangan Islam dunia.*


Kaedah *multi platform* sebagaimana yang menjadi amalan sistem monetari dan kewangan dunia pada hari ini tidak mampu dan tidak sesuai untuk melaksanakan sistem monetari dan kewangan Islam.


Sebagai pemahaman yang mudah, *Single Platform Theory* adalah kaedah menggunakan *Single Balance Sheet* untuk sistem monetari dan kewangan Islam sedunia.


Hanya kaedah ini yang akan mampu membina kewangan umat Islam sedunia dan mampu menghapuskan Riba'.


*Sistem monetari dan kewangan Islam tidak boleh di dirikan di atas platform sistem monetari dan kewangan konvensional.*


Tidak masuk akal untuk bermain ragbi di stadium permainan bolasepak. Tiap sesuatu itu ada tempatnya yang tersendiri. Dan meletakkan sesuatu pada tempatnya, itulah yang di namakan sebagai keadilan.


*Keadilan dan kesejahteraan adalah matlamat Islam. Cara hidup mulia yang di redhai oleh Allah SWT.*


Buktinya, walau pun sistem perbankan Islam moden sudah wujud lebih dari 40 tahun namun ianya tidak mampu menyelesaikan masalah *Riba'* dan masalah pembiayaan *@ financing* peribadi dan perniagaan umat Islam. Apatah lagi untuk membantu pembiayaan negara-negara Islam.


Ini menjadikan umat Islam semakin lemah dan terus ketinggalan dalam arus perkembangan perdagangan dan ekonomi moden yang di kuasai oleh para elit global.


*Dan ia juga hanya menjadikan umat Islam semakin keliru dan merasa semakin di zalimi.*


Kalau dunia boleh mempunyai *World Bank, Bank of International Settlement dan IMF* untuk mengatur sistem monetari dan kewangan konvensional mengapa tidak dengan sistem monetari dan kewangan Islam ?


Sistem monetari dan kewangan Islam juga perlukan institusi-institusi kewangannya sendiri yang bersifat global dan sentral bagi memastikan ianya muafakat dgn Syariat Islam dan mencapai tujuannya.


Sudah ada gerakan2 seperti *Monetary Movement For Justice* yang di pimpin oleh *Prof Dr Ahmed Kameel* untuk menjadi *think tank* kerajaan Malaysia bagi merealisasikan agenda ini.


Kita ada ramai pakar dan ahli-ahli kewangan yang berpengalaman untuk membantu pihak kerajaan. Apa yang penting di sini, kerajaan hanya perlu tahu apa yang sepatutnya di lakukan.


Agenda seperti ini tidak perlukan pakar fizik atau *Rocket Scientist.* Kita bukan nak menjelajah Planet Marikh seperti *Elon Musk.*


Kita hanya nak melakukan sesuatu yang *down to earth* dan menjadi kewajipan bagi seluruh umat Islam. Kewajipan besar yang masih gagal di penuhi sehingga ke hari ini.


Semoga *care taker govt* yang akan di pimpin oleh *YBM Tengku Razaleigh Hamzah @ Ku Li* nanti akan memberikan penumpuan kepada agenda ini.


InsyaaAllah, agenda ini akan menjadikan Malaysia sebagai *Pusat Monetari, Kewangan Dan Perdagangan Islam Dunia.*


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

17 Januari 2021.



No comments: