Sunday, 28 February 2021

Bismillah : Pesanan Agung Dari Para Leluhur Kita

 *Bismillah : Pesanan Agung Dari Para Leluhur Kita.*


Malaysia dan Indonesia adalah dua buah negara yang berjiran dan serumpun. Memiliki agama, bahasa dan budaya yang sama.


Dua buah negara yang yang bersaudara dan yang mendominasi Nusantara @ Kepulauan Melayu. 


Pagi ini kita sembang sedikit mengenai apa *Pesanan Agung Para Leluhur* bangsa Melayu @ bangsa Nusantara buat kita semua dalam kehidupan berbangsa dan bernegara.


Kalau di Malaysia kita lihat pada *prinsip @ rukun pertama* dalam *Rukun Negara* iaitu, *Kepercayaan Kepada Tuhan.*


Kalau di Indonesia, kita lihat pada *Sila Pertama* dalam *Panca Sila* iaitu *Ketuhanan Yang Maha Esa.*


Kenapa *Ke-Tuhan-an* yang menjadi prinsip pertama kedua-dua negara ?


Apa kaitannya atau kepentingannya *Ke-Tuhan-an* dalam kehidupan berbangsa dan bernegara ?


Ini penting untuk di fahami kerana kehidupan itu punya dua sisi. *Eksotoris dan esotoris.*


Eksotoris yang bersifat eksternal @ luaran dan esotoris yang bersifat internal @ dalaman. Atau dalam lain perkataan yang bersifat fizikal dan meta fizikal.


Nyata ghaib, jiwa raga, zahir bathin, luar dalam, rohani jasmani dan sebagainya.


Memahami sisi kehidupan yang bersifat esotoris ini penting kerana ini akan membawa kepada puncak kesedaran, kebijaksanaan dan kecerdasan dalam kehidupan berbangsa dan bernegara.


Dengan memahami sisi kehidupan yang esotoris maka baru kita akan menyedari mengapa kerajaan-kerajaan purba di Nusantara @ Kepulauan Melayu itu besar-besar wilayahnya dan luas pula pengaruhnya suatu masa dahulu.


Dan mengapa para leluhur kita sangat bijaksana dan mempunyai pelbagai kesaktian @ kemampuan yang luar biasa.


Kebijaksanaan mereka terserlah di dalam pantun, syair mahu pun dalam pelbagai perpatah dan petua yang mereka wariskan kepada kita.


Daripada mana mereka memperoleh kebijaksanaan dan kecerdasan yang luar biasa itu ?


Tidak lain dan tidak bukan ini kerana para leluhur kita mempunyai kesedaran yang tinggi dan benar mengenai kewujudan satu entiti yang tertinggi di Alam Semesta Raya ini.


Insaf dan akur dengan kebenaran yang sejati inilah yang telah membuatkan para leluhur kita *bijak, cerdas dan sakti.*


Sebab itu saya nyatakan dari awal bahawa asas atau inti dari *Agenda Reset Malaysia* adalah kembali kepada hakikat kehidupan yang sebenar iaitu kembali kepada kesedaran yang mutlak dan hakiki.


*The greatest wisdom of all time* adalah *La ilaha ila Allah* @ Tiada Tuhan selain Allah.


Mencapai kemuncak *Makrifatullah* itulah kesedaran yang mutlak dan hakiki yang akan menerbitkan kebijaksanaan, kecerdasan dan kesaktian. 


Golongan para elit global yang menguasai kedudukan 1% di puncak piramid kehidupan kita sudah lama mengetahui rahsia ini. Kita sahaja yang tidak menyedari tentang perkara ini.


Sebab itu mereka berjaya mengawal dan mengelola kehidupan kita sehingga kita di buat tidak berdaya untuk menentang mereka.


Mereka mengatur kehidupan kita dengan doktrin *FEAR AND GREED* semenjak kita lahir lagi.


Lihatlah di sekeliling kita. Realiti kehidupan kita hari ini. Bukankah seluruh kehidupan kita sedang di atur dengan doktrin *FEAR AND GREED ?*


Pandemik Covid 19 adalah dalil yang jelas bagaimana *FEAR* di gunakan untuk mengawal dan mengelola kehidupan kita.


Sebab itu Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW mengingatkan kita tentang penyakit *Al Wahnu @ Cinta Dunia dan Takut Mati.*


Sebagai *counter narrative* kepada agenda jahat para elit global ini maka penting bagi kita semua untuk kembali kepada *the greatest book of all time* iaitu *Al Quran Al Kareem.*


Bukan kembali kepada admin kita, *Tuan Sheikh Abdul Kareem,* tetapi kembali kepada *Al Quran Al Kareem.* Jangan salah faham pulak ya...


Maka sebab itu di dalam *the greatest book of all time @ Al Quran Al Kareem* menyatakan dengan jelas bahawa *awal agama itu mengenal Allah.*


Kesedaran dan keimanan yang mutlak terhadap satu *entiti yang tertinggi, yang tunggal yang menguasai dan mengatur Alam Semesta Raya* ini penting dalam kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat dan bernegara.


Apa jalan yang sebenar untuk mengenal Tuhan ? 


*Barang siapa yang mengenal dirinya maka kenallah ia akan Tuhannya.*


Inilah jalan yang telah di lalui oleh para leluhur kita jauh sebelum kedatangan Islam di Nusantara @ Kepulauan Melayu.


Dengan berusaha untuk mengenali diri mereka yang bathin mereka berjaya mengenali Tuhan dengan kenal yang sebenar-benar kenal.


Mereka keluar mengembara, berkelana ke serata pelusuk Nusantara @ Kepulauan Melayu mencari guru-guru kerohanian yang selalunya bersembunyi atau menjauhkan diri dari hiruk pikuk dunia untuk mengajar mereka *Ilmu Mengenal Diri.*


*Ilmu Mengenal Diri* bukan sebarang ilmu. Ini bukan ilmu akal atau ilmu kalam tetapi ini *Ilmu Rasa.*


Ini bukan ilmu nak mengenal garam tetapi ilmu nak mengenal masinnya rasa garam. Manisnya rasa gula dan pedasnya rasa cabai.


Kalau tak pernah rasa, sampai mati tak akan tahu masinnya garam, manisnya gula dan pedasnya cabai.


Bukan mudah jalan yang telah di tempuh oleh para leluhur kita untuk mencapai kesedaran yang mutlak dan hakiki.


Maka kepada seluruh saudara-saudaraku yang berada di seluruh Nusantara @ Kepulauan Melayu, hargailah pesanan kerohanian @ spiritual mereka yang di pateri sebagai prinsip yang pertama dalam kehidupan berbangsa dan bernegara.


Hayati secara bersungguh-sungguh pesanan kerohanian @ spiritual mereka itu.


Sama-sama kita berusaha untuk belajar dan mengenali apa itu *Ilmu Mengenal Diri dan apa itu Ilmu Rasa.*


Jangan risau, InsyaaAllah saya akan terus menulis mengenai subjek terpenting dalam *Agenda Reset Malaysia* ini sedikit demi sedikit dari masa ke semasa demi kepentingan kita bersama dalam mencapai impian kita untuk mengulangi kehebatan dan keunggulan para leluhur kita suatu hari nanti.


InsyaaAllah kita akan terus bersama-sama berusaha dan berjuang untuk membina satu peradaban baru yang terunggul di dunia.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

1 March 2021.



Saturday, 27 February 2021

Bismillah : Atlantis 2.0

 *Bismillah : Atlantis 2.0*


Pernah dengar atau terbaca kisah dongeng Plato, seorang ahli falsafah Yunani yang terkenal mengenai satu peradaban hebat yang hilang dalam satu malam iaitu *The Lost City of Atlantis.*


Cerita tersebut di catat dalam naskah kunonya, *Timaeus dan Critias* pada tahun 360 Sebelum Masihi.


Saya begitu tertarik dengan cerita mengenai Atlantis sewaktu saya masih muda lagi kerana peradabannya yang begitu hebat.


Dan waktu itu saya menyimpulkan sekiranya ada peradaban yang begitu hebat di dunia, sudah pasti ia akan di bangunkan oleh Nabi Adam AS. Ini kerana Nabi Adam AS di turunkan dari Syurga dan hidup selama 1000 tahun di atas muka bumi.


Dengan pengalaman baginda yang pernah tinggal di syurga dan mampu berhubung dengan alam-alam ghaib, sudah pasti hanya baginda yang mampu membangunkan sebuah peradaban yang begitu hebat.


Dan waktu itu saya begitu menginginkan agar peradaban yang hebat itu berlaku di Nusantara @ Kepulauan Melayu ini.


Pada tahun 2005, saintis Brazil iaitu Prof Dr Arysio Nunes dos Santos telah mengemparkan dunia dengan mendakwa bahawa lokasi Atlantis yang tenggelam selama lebih dari 11,000 tahun adalah di Nusantara.


Hasil kajian beliau itu di bukukan dengan tajuk *Atlantis : The Lost Continent Finally Found.*


Dakwaan tersebut di sokong oleh kajian dan penelitian yang telah beliau lakukan selama 30 tahun.


Wow ! Menarik bukan....


Apakah benar *The Lost City of Atlantis* adalah sebuah peradaban Nusantara Kuno ?


Sekiranya benar, maka para leluhur kita adalah satu bangsa yang telah membina sebuah peradaban yang hebat dan yang pertama di dunia.


Kita bangsa yang menyimpan sejarah yang hebat dalam DNA kita.


Kajian dan dakwaan itu di teruskan pula oleh seorang putera Negara Indonesia yang bernama *Ahmad Yanuana Samantho* dengan bukunya yang berjudul *Atlantis Nusantara.*


Buku ini juga membariskan sederetan bukti-bukti yang kuat untuk meyakinkan dunia bahawa *Atlantis adalah satu peradaban Nusantara Kuno.*


Jadi, apa kaitannya *Agenda Reset Malaysia* dengan *The Lost City of Atlantis* ini ?


Atlantis adalah sumber inspirasi angan-angan saya mengenai bangkitnya satu peradaban baru dari Nusantara @ Kepulauan Melayu.


Sebuah peradaban baru yang di dorong oleh *kesedaran kerohanian @ spiritual awareness yang tinggi* warisan para leluhur yang menjadi aset terbesar bangsa Nusantara @ Kepulauan Melayu.


Kesedaran yang akan memupuk kembali ajaran *budi pekerti yang luhur dan mulia* yang menjadi kebanggaan *Rumpun Melayu* di Nusantara @ Kepulauan Melayu.


Dengan *emotional and spiritual quality* yang tinggi serta dengan kekayaan adat resam, budaya dan sumber alam semula jadinya, Nusantara @ Kepulauan Melayu ini paling berpotensi untuk bangkit dan membina satu peradaban baru yang hebat di Abad ke 21 pasca Covid 19 ini.


Mungkin sudah waktunya *Satrio Peningit dan Ratu Adil,* dua tokoh yang di tunggu-tunggu oleh bangsa Nusantara @ Kepulauan Melayu ini muncul untuk memimpin kebangkitan peradaban baru ini.


Siapa tahu angan-angan ini suatu hari nanti akan jadi kenyataan. Paling tidak, *ATLANTIS 2.0* adalah sebuah mimpi terindah bangsa Nusantara @ Kepulauan Melayu ini. Bangsa yang mewarisi sebuah kehebatan yang terunggul di dunia.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

28 Februari 2021.

Bismillah : The Right Mental Attitude

 *Bismillah : The Right Mental Attitude.*


Dari awal tulisan saya, saya menekankan tentang mindset. Ini penting untuk menghadapi proses perubahan mendadak yang sedang berlaku di seluruh dunia.


Hanya dengan mindset yang betul sahaja kita akan memiliki sikap yang betul, membuat keputusan dan tindakan-tindakan yang betul dan membina tabiat-tabiat baru yang betul.


Ini kerana ada hukum *cause and effect @ kesan dan akibat.* Kita tuai apa yang kita semai, itu pesanan orang-orang tua kita.


Sebab itu penting untuk membangun *consciousness and competency* yang tinggi dalam dunia yang sedang bergerak pantas ini.


*Physical, emotional and spiritual intelligence* perlu di bangunkan secara seimbang dan harmoni untuk mendapatkan hasil yang luar biasa.


Semua ini perlukan bimbingan dan latihan yang berterusan. Setakat baca buku, tak jadi.


Kalau banyak sangat baca buku nanti *consciousness* yang tinggi tapi *competency* pulak yang rendah.


Keseimbangan ini hanya boleh di capai dengan konsep *action learning.*


*In a real world, you need to become a real fighter. And you cannot become a real fighter just by reading books.*


*Learn, train and fight. Learn, train and fight. Repeat the whole process until you become a champion.*


Jadi penting kena ada *Cikgu @ Mentor @ Coach* yang betul. *The real teacher will teach you how to become a real fighter. The fake teacher will teach you how to become a fake fighter.*


Jadi jangan hairan kalau hari ini lebih ramai yang banyak bercakap dari banyak bertindak. Sebab ramai yang berguru dengan Cikgu yang banyak bercakap. Bukan banyak bertindak.


Cikgu pun tak ada mindset yang betul, jadi macam mana murid nak ada mindset yang betul ?


Jadi proses pertama untuk membentuk mindset, sikap, tindakan dan tabiat yang betul adalah dengan mencari seorang *Cikgu @ Mentor @ Coach* yang betul. Yang *REAL* bukan yang *FAKE.*


*So remember this, get a real teacher, real education, real battle and a real life.*


Dalam *Agenda Reset Malaysia,* mencari *Cikgu @ Mentor @ Coach* yang betul itu sangat penting dalam semua bidang yang ingin kita ceburi. Tiap-tiap bidang ada gurunya masing-masing.


Guru-guru yang *REAL* ini tak ada di kolej atau di universiti. Mereka cuma ada di jalanan. Ini kerana mereka adalah *Street Fighter* bukan *College Lecturer.*


Dalam tempoh 30 tahun ini, *technoprenuer* yang berjaya adalah terdiri dari mereka yang gagal di sekolah. *Bill Gates, Mark Zuckerberg dan Jack Ma sebagai contoh.*


Sebab apa ? Sebab ini era untuk *action learning.* Pembelajaran secara akademik sudah menjadi idea yang ketinggalan zaman.


Ini era para *generalist* bukan era para *specialist* lagi. Kerja-kerja golongan *specialist* akan di ambil alih oleh *teknologi AI dan Robotik.*


*So, what is the right mental attitude ?* 


*Think correctly act accordingly.*


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

27 Februari 2021.



Friday, 26 February 2021

Bismillah : Para Elit Global

 *Bismillah : Para Elit Global.*


Saya sering menggunakan istilah *Para Elit Global* dalam nota-nota saya. Saya pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah *Para Elit Global* yang saya maksudkan itu.


*Para Elit Global* adalah golongan 1% yang berada di kedudukan paling atas dalam piramid kehidupan kita. Golongan 1% yang menguasai golongan 99% dan menguasai 90% kekayaan dunia.


Mereka adalah para globalis yang mengendalikan negara-negara *super power.*


Mereka bukan rakyat Amerika. Mereka juga bukan rakyat China. Mereka tidak punya semangat nasionalisme apatah lagi patriotisme. Mereka ada di mana-mana.


Tuhan mereka duit dan agama mereka kapitalis.


Mereka adalah kelompok-kelompok *the secret society* yang menguasai dunia dan menguasai sistem dalam kehidupan hari ini.


Mereka adalah golongan yang mistik dan misteri. Mereka di kenal dengan pelbagai nama seperti *Illuminati, Freemason, The White Hat, Skull and Bones, Die Spinners* dll.


Mereka adalah golongan yang hebat dan mempunyai kecerdasan yang luar biasa. Ini kerana mereka adalah golongan yang mewarisi dan mengamalkan *Ilmu Mesir Kuno* sehingga ke hari ini. Mereka adalah *globalis cabal @ kaballa.*


Dan dengan mengamalkan *Ilmu Mesir Kuno* ini mereka berjaya menguasai manusia dan dunia hingga ke hari ini. Mereka menjadikan sekelian manusia sebagai hamba atau haiwan-haiwan ternakan mereka.


Apa itu *Ilmu Mesir Purba ?*


*Ilmu Mesir Purba* adalah *Ilmu Kerohanian @ spiritual* atau *Ilmu Makrifat* di kalangan orang Melayu dan umat Islam. Iaitu ilmu yang menghubungkan Manusia dengan Penciptanya. Ilmu yang membawa kesedaran kerohanian. Ilmu yang memberi kesedaran tentang siapa *Sebenar-benar Diri @ Diri Sejati* kita.


Dengan kesedaran kerohanian inilah baru kita akan berupaya untuk mengenali rahsia-rahsia alam dan mendapat maklumat-maklumat yang tersembunyi yang tidak dapat di tangkap oleh pemikiran sedar kita.


Dengan kesedaran kerohanian inilah manusia mampu menguasai energi-energi ghaib yang bertebaran di alam semesta. Dan energi-energi ini di gunakan sama ada untuk kepentingan peribadi mereka atau pun untuk membantu dan memberi manfaat kepada orang lain.


Dengan kecerdasan luar biasa yang mereka perolehi maka golongan *Para Elit Global* ini telah menciptakan sistem kehidupan yang holistik dan komprehensif bagi menguasai manusia dan dunia.


Mereka menciptakan *Common Education System* dengan doktrin *fear and greed* yang berorientasikan materialisme untuk mengawal dan mengendalikan manusia.


*Common Education System* hanya membawa kesedaran fizikal kepada manusia. Sedangkan sebahagian besar kehidupan manusia  adalah di kuasai oleh *Pemikiran Bawah Sedar* mereka.


Tanpa kemampuan untuk menguasai *Pemikiran Bawah Sedar,* kehidupan manusia adalah ibarat seperti haiwan ternak yang di cucuk hidungnya. Mereka mudah di kawal dan di kendalikan walau pun sudah bergelar *Professor.*


Hanya dengan menguasai *Ilmu Jiwa @ Tasawuf* dan *Ilmu Roh @ Kerohanian @ Mafrifat* sahaja baru kita akan dapat menguasai *Pemikiran Bawah Sedar* kita.


Dengan *Ilmu Tasawuf* kita akan dapat mencapai *Emotional Intelligence* dan dengan *Ilmu Makrifat* sahaja kita akan mencapai *Spiritual Intelligence.*


Tanpa pencapaian *Emotional Intelligence* dan *Spiritual Intelligence* yang tinggi, kita tidak akan berupaya menjadi manusia yang luar biasa.


Manusia luar biasa yang memiliki *intiusi yang tajam* dan juga memiliki kebolehan-kebolehan yang luar biasa @ sakti.


*Sakti* dalam istilah Melayu. *Moksa* dalam istilah *Hindu Kuno.* Dan *Mukso* dalam istilah *Jawa @ Kejawen.*


Dan dalam Islam, perkara-perkara luar biasa dan mencarik adat ini di sebut sebagai *Mukjizat dan Karomah.*


Inilah ilmu yang di kuasai oleh para Rasul, Nabi dan Wali Allah. 


Tanpa mencapai kesedaran kerohanian yang tinggi, *kita tidak akan mencapai tahap pencerahan yang hakiki @ nurani.*


Sebab itu dalam *Agenda Reset Malaysia* saya tekankan subjek mengenai tahap *Consciousness and competency* ini secara individu, berkeluarga, bermasyarakat dan dalam bernegara.


Kena faham tiga tingkatan kesedaran dalam *Intelligence Quotient @ Darjah/Nilai Kecerdasan.* Iaitu tahap *Kesedaran Fizikal, Kesedaran Emosi/Jiwa dan Kesedaran Spiritual/ Kerohanian.*


Ilmu yang hebat ini apabila di kuasai oleh golongan yang serakah, tamak dan haloba maka hanya akan mendatangkan kemudharatan kepada umat manusia dan dunia.


Saranan saya, untuk berhadapan dengan ancaman dari *Para Elit Global,* umat Melayu/ Islam perlu kembali menguasai *Ilmu Tasawuf dan Ilmu Makrifat* untuk mencapai tahap *kesedaran jiwa/emosi dan kesedaran spiritual/kerohanian yang maksima.*


InsyaaAllah di lain masa kita akan bahas lagi subjek ini. Kita akan bahas mengenai kaedah dan strategi yang di gunakan oleh *Para Elit Global* untuk mengawal dan mengendalikan kita. 


Ini subjek yang paling penting dalam *Agenda Reset Malaysia* demi memastikan bangsa ini menjadi bangsa yang terunggul di dunia.


*Untuk menjadi bangsa yang hebat, kita perlu menguasai ilmu yang hebat dan memiliki kesedaran dan kemampuan yang hebat dan luar biasa.*


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

26 Februari 2021.



Wednesday, 24 February 2021

Bismillah : Our National Interest

 *Bismillah : Our National Interest.*


Apa sebenarnya *kepentingan kebangsaan @ national interest ?*


Apa sahaja yang boleh mendatangkan kesan kepada matlamat yang ingin di capai oleh sebuah negara bangsa adalah merupakan kepentingan kebangsaan.


Dan secara dasarnya ia melibatkan 5 dimensi iaitu, *geo-politik, ekonomi, militari, sosio-budaya serta sains dan teknologi.*


Apa sebenarnya matlamat kebangsaan kita ?


Berdasarkan kepada status negara ini sebagai *sebuah negara Islam* dan juga Sumpah YDPA *untuk mempertahankan Islam pada setiap masa* maka *Kedaulatan Islam* adalah merupakan matlamat kebangsaan.


Selepas lebih 60 tahun sejak perisytiharan *Proklamasi Negara Persekutuan* apakah kita sudah berjaya mendaulatkan Islam di segenap lapangan dalam kehidupan berbangsa dan bernegara ?


Kegagalan kita untuk mendaulatkan Islam di segenap lapangan adalah kegagalan kita dalam membina kehidupan berbangsa dan bernegara.


Berapa ramai yang sedar dan peka mengenai perkara ini ?


Apakah proses politik selama ini bergerak demi kepentingan kebangsaan atau demi kepentingan parti-parti politik ?


Sebab itu saya pernah menyarankan agar di tubuhkan sebuah *lembaga pengawas simak dan imbang* di bawah pengawasan Majlis Raja-Raja Melayu.


Sebuah lembaga yang juga akan bertindak sebagai badan penasihat kepada YDPA.


Kalau di China, lembaga ini di kenali sebagai *Central Committee @ Politburo.*


Di Russia dan di Iran, lembaga ini di kenali sebagai *Majlis Presiden @ Majlis Keselamatan Negara.*


Biar apa pun namanya, lembaga ini bertanggung-jawab sepenuhnya untuk membina *kesedaran dan kecerdasan* rakyat dalam kehidupan berbangsa dan bernegara.


Dengan pengalaman lebih dari 60 tahun dan dengan pelbagai krisis yang datang dan pergi serta dengan apa yang telah kita capai dan belum kita capai maka penubuhan lembaga ini adalah merupakan pra-syarat yang penting untuk kita maju ke hadapan sebagai sebuah negara bangsa.


Sampai bila kita mahu terus di belenggu dengan isu-isu *Korupsi, Kronisme dan Nepotisme ?*


Sampai bila kita mahu terus di belenggu dengan pelbagai krisis politik, ekonomi dan sosial ?


Sampai bila kita mahu terus tunduk kepada kuasa-kuasa asing seperti haiwan yang di cucuk hidungnya ?


Dalam era reset ini, sudah sampai masanya untuk kita membina satu sistem pentadbiran dan pengurusan yang baru bagi negara ini. Kita perlukan methodologi yang baru.


*Democracy + Capitalism is a weapon of mass destruction. Its not working for us. Its working against us.*


Maka wajarkah kita mempertahankan sesuatu yang sudah terbukti hanya merosakkan dan merugikan kita ?


Kita tidak akan berjaya mencapai matlamat kebangsaan kita dengan menggunakan kaedah yang sudah terbukti gagal.


Jadi, sudah sampai masanya bagi semua pihak untuk sedar mengenai perkara ini.


*Remember this my friends ! If you're an intelligent person, you will do what you love most. But if you're a genius, you will do what is needed most.*


*Agenda Reset Malaysia* sebagai satu gerakan yang di wujudkan untuk mencapai matlamat kebangsaan dan mempertahankan kepentingan kebangsaan akan mempastikan lembaga yang strategik ini di wujudkan.


InsyaaAllah kita akan terus membahaskan mengenai perkara ini dari masa ke semasa.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

25 Februari 2021.


Tuesday, 23 February 2021

Bismillah : Senjata Mukmin

 *Bismillah : Senjata Mukmin.*


Mungkin ramai yang kecewa dan marah semalam kerana dua berita yang tular di media sosial.


Pertama, kecewa kerana pengumuman *Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu* yang di tunda ke tarikh 30 Jun dan 1 Julai 2021.


Kedua, marah dengan kenyataan Menteri Kesihatan yang mengancam akan menangkap sesiapa sahaja yang mempromosikan pandangan yang anti vaksin.


Hmmm... Ingatkan parlimen sahaja yang di gantung. Nampak gaya perlembagaan negara juga akan turut di gantung agar rakyat Malaysia tidak lagi mempunyai hak untuk bersuara.


Semoga kaedah terbaru yang di umumkan oleh Menteri Kesihatan ini akan membantu mengurangkan ancaman Covid 19 dan mengurangkan kesempitan dan penderitaan rakyat. InsyaaAllah.


Saranan saya Kepada anda semua, jangan kecewa dan jangan marah. Kawal emosi kita sebaik mungkin. Teruskan bersikap positif dan optimis.


Cara terbaik untuk kekal positif dan optimis adalah dengan sentiasa berdoa kepada Allah SWT.


Tidak ada yang lebih hampir kepada kita selain dari Allah SWT.


Dan Allah SWT sentiasa mendengar segala doa-doa kita.


Sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar Raja-Raja kita di ampuni segala dosa-dosa mereka, di permudahkan segala urusan mereka, di berikan ketenangan dan kebahagian serta mendapat hidayah dan bimbingan yang berterusan dari Allah SWT.


Begitu juga dengan para pemimpin kita, sahabat handai kita dan ahli keluarga kita.


Semuanya kita doakan. InsyaaAllah dunia, negara, masyarakat, keluarga dan diri kita akan menjadi semakin baik dari hari ke hari.


Mulai hari ini, teruskan berdoa di setiap kesempatan dan kelapangan. Ini kerana *doa adalah senjata orang-orang mukmin yang paling ampuh dan mustajab.*


*Agenda Reset Malaysia* adalah satu gerakan rakyat untuk merubah cara hidup individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.


Ia bermula dengan merubah *mindset, sikap, tindakan dan tabiat kita.* InsyaaAllah dengan tabiat-tabiat baru ini akan memberikan hasil-hasil yang baru kepada kita.


Kita mulakan dengan sentiasa berdoa kepada Allah SWT. Doakan semua yang kita lihat dan kita temui dalam kehidupan kita sehari-hari.


Kita sendiri akan merasai energi positif yang akan mengalir dalam diri kita. InsyaaAllah jiwa kita akan terasa semakin tenang dan nyaman dengan tabiat baru ini.


Jadi sentiasalah berfikir positif, berbicara yang positif dan bertindak dengan cara-cara yang positif. InsyaaAllah seluruh kehidupan kita akan semakin positif.


Hindarkan dari pemikiran negatif dan pesimis. Ianya sangat meletihkan kerana menghakis segala energi positif kita.


Tetap bersemangat untuk berpegang teguh dan memperjuangkan *Agenda Reset Malaysia* demi kepentingan umat Islam dan seluruh umat manusia.


Alhamdulillah, *Agenda Reset Malaysia* semakin hari semakin di terima ramai. Semakin ramai yang menghubungi saya secara peribadi.


Alhamdulillah, saya mendapat ramai kawan-kawan baru dengan menjadi promoter kepada *Agenda Reset Malaysia.* 


Saya doakan semoga silaturrahmi yang sudah terbina ini akan kekal sehingga ke hari akhirat. InsyaaAllah.


Kekalkan momentum untuk terus membaca dan menonton bahan-bahan yang positif setiap hari.


Teruskan memberi inspirasi dan memotivasi kepada diri anda, keluarga dan sahabat handai anda semua. Kita bina linkungan kita yang sentiasa positif dan optimis.


Kita adalah umat yang terbaik dan terhebat di dunia. Mulakan hari-hari kita dengan sentiasa mendoakan semua yang terlibat dalam kehidupan kita. Mulai dengan Raja-Raja kita dan seterusnya.


InsyaaAllah, hari ini dan hari-hari yang mendatang akan menjadi semakin baik dan semakin harmoni.


Berpegang teguh dengan angan-angan, impian dan harapan kita. Haqqul Yaqin bahawa ia akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.


Allah SWT Maha Berkuasa untuk memberikan segala yang kita inginkan dan kita impikan.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sentiasa berdoa untuk kesejahteraan kamu semua di dunia mahu pun di akhirat. Insyaaallah.


Allahumma Aamiin.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

24 Februari 2021.



Monday, 22 February 2021

Bismillah : Antara Legitimasi Dan Kompetensi

 *Bismillah :  Antara Legitimasi Dan Kompetensi.*


Pengumuman hasrat kerajaan untuk mengeluarkan *pasport vaksin* sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang sudah menerima suntikan vaksin Covid 19 saya tanggapi dengan penuh kecurigaan.


Ini wajar kerana saya juga mempersoalkan kenapa rakyat perlu di suntik dengan vaksin secara tergesa-gesa ?


Kenapa semuanya harus di buat secara terburu-buru @ tergesa-gesa ?


Bukankah dengan mengeluarkan *pasport vaksin* itu tandanya kerajaan mahu mewajibkan suntikan vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia ?


Kenapa perkara yang seharusnya menjadi pilihan kepada rakyat Malaysia perlu di wajibkan ?


Saya harus mempersoalkan semua ini kerana kaedah yang saya anjurkan untuk menghadapi ancaman pandemik Covid 19 adalah secara defensif bukan ofensif.


Keutamaan saya adalah soal kehidupan dan kesejahteraan rakyat bukan vaksin.


Saranan saya ini bukan tidak berasas. Dengan kadar penyembuhan yang tinggi dan kadar kematian di sekitar 3%, apakah wajar kita mendakwa *Covid 19 is a deadly pandemic ?*


Keprihatinan rakyat bukan pada vaksin. Tetapi kepada kehidupan mereka. Ramai yang hilang pendapatan, pekerjaan dan perniagaan.


Mereka tidak takut mati akibat Covid 19, tetapi mereka takut tidak dapat menyediakan makanan dan tempat tinggal untuk anak-anak mereka.


Sudah banyak kali saya sampaikan, solusi pandemik Covid 19 melangkaui vaksin.


Sebab itu nota-nota pendek saya lebih banyak menyarankan apa yang seharusnya kita lakukan sekarang dan masa akan datang. Mengambil manfaat dan peluang dari apa yang sedang berlaku sekarang.


Perhatikan nota-nota pendek saya yang lepas. Saya sebenarnya lebih banyak menyoal tentang *consciousness and competency* kerajaan PN. Bukan *legitimacy* nya.


*Consciousness and competency* adalah modal baru untuk menjadi yang terbaik dan terhebat di Abad ke 21 pasca Covid 19.


Semakin tinggi tahap *consciousness and competency* kita sebagai sebuah negara bangsa maka akan semakin tinggi pula pencapaian kita di persada dunia.


Saya tekankan tentang *consciousness and competency* dalam *Agenda Reset Malaysia.* 


Saya bahas mengenai subjek *Intelligence Quotient.* Bahas tentang  *physical, emotional and spiritual awareness @ intelligence.*


Tentang pemikiran sedar, separa sedar dan bawah sedar. Ini kerana sebahagian besar kehidupan kita di pengaruhi oleh *Pemikiran Bawah Sedar* kita.


Kalau saya nak bahas secara terperinci subjek ini, seminggu tak selesai. Sikit-sikit sudah la...


Saya mahu subjek *Consciousness and Competency* ini menjadi topik harian rakyat Malaysia. Saya mahu mereka benar-benar menekuni subjek ini.


Saya mahu rakyat Malaysia menjadi rakyat yang sentiasa positif dan optimis. Saya mahu rakyat Malaysia sentiasa bersemangat dan berfikir mengenai *what can we do now for our future.* Bukan terus berfikir dan berdiskusi tentang *what is happening now and what has happened yesterday.*


Untuk menjadi bangsa yang hebat, premis atau wilayah berfikir yang betul itu penting. Itu yang akan menentukan kejayaan kita di masa hadapan.


Kesedaran mengenai perkara ini perlu ada di semua peringkat. Baik Raja-Raja Melayu, para pemimpin politik, para pemimpin NGO, para usahawan, para pegawai kanan kerajaan mahu pun rakyat jelata.


Ujian pertama kepada potensi negara ini di masa hadapan adalah kepada *Raja-Raja Melayu* itu sendiri. Apa yang mampu mereka lakukan sekarang untuk menentukan hala tuju negara ?


Bukankah *Majlis Raja-Raja Melayu* adalah merupakan institusi tertinggi di negara ini ?


Saya di maklumkan, akan ada *Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu* dalam jangka waktu yang terdekat ini. Sama-sama kita tunggu hasil dari persidangan tersebut.


Hasil dari persidangan tersebut akan menjelaskan kepada kita semua tahap *consciousness and competency* kita sebagai sebuah negara bangsa.


Kalau tinggi tahapnya, Alhamdulillah. Kalau rendah pula tahapnya maka makin banyaklah kerja kita selepas ini.


Apa pun hasilnya ia tetap satu alasan untuk kita bangkit menjadi sebuah negara bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Mengutip slogan mantap Tun Abdullah, mantan PM Malaysia kita yang ke lima.


Kesimpulan nota saya pagi ini, dengan prestasi yang di persembahkan oleh kerajaan PN dalam tempoh hampir setahun ini, tahap *consciousness and competency* kerajaan PN di mata saya begitu rendah sekali.


Itu penilaian saya sebagai *Mr Nobody.* Penilaian orang lain saya tak tahu. Dan sebagai *Mr Nobody* penilaian saya tidak penting.


Kini terpulang kepada penilaian *Majlis Raja-Raja Melayu*. Penilaian dan keputusan *Majlis Raja-Raja Melayu* sangat penting untuk menentukan hala tuju negara dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia. 


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu *Mr Nobody* yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

22 Februari 2021.



Bismillah : Selamat Datang Vaksin Covid 19

 *Bismillah : Selamat Datang Vaksin Covid 19 !*


Sempena meraikan ketibaan *Vaksin Covid 19* di Malaysia, pagi ini kita sembang sikit pasal pandemik Covid 19.


Saya antara orang yang di anggap sebagai golongan *Anti Vaksin*, pentaksub Teori Konspirasi, jahil Sains, tidak ada otoriti dan tidak layak bercakap tentang Covid 19 kerana bukan pakar bidang. 🤣


Sekarang ini memang terlihat trend di medsos hanya golongan dari dunia perubatan sahaja yang merasakan hanya mereka sahaja yang layak dan ada otoriti untuk bercakap tentang vaksin dan Covid 19.


Betul, saya bukan pakar bidang. Saya bukan seorang *specialist.* Saya seorang *generalist @ jack of all trade and  master of none.*


Tetapi untuk mendakwa saya tidak layak menyuarakan pendapat tentang pandemik Covid 19, saya rasa anggapan tersebut agak keterlaluan.


Pertama, sebagai rakyat Malaysia, saya berhak untuk bersuara. Hak itu di jamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Begitu juga dengan rakyat Malaysia yang lain. Jadi, jangan nafikan hak kami.


Keduanya, faham tak apa itu pandemik ?


Dalam bahasa mudah, pandemik adalah penyakit wabak besar yang berjangkit melalui populasi manusia yang tersebar secara meluas merentasi benua ke seluruh dunia.


Jadi kalau sudah begitu sifatnya, pandemik bukan sahaja mengenai soal kesihatan tetapi adalah soal yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia.


Soal agama, politik, monetari, kewangan, perdagangan, ekonomi, pendidikan, perundangan, pelancungan dll. 


Jadi bagi saya, ini bukan urusan para *specialist* sahaja. Ini urusan semua pihak. Semua pihak  berhak bersuara bagi kepentingan masing-masing.


Dan sudah tentu pandangan golongan *generalist @ jack of all trade* seperti saya ini wajar di berikan perhatian yang khusus. Ini kerana golongan ini sentiasa melihat masalah atau persoalan dari *kaca mata burung @ over view.*


Sebab itu sebelum munculnya pandemik Covid 19 ini, tak ada siapa pun yang kenal dengan saya. Tetapi bila berlaku pandemik Covid 19 ini, tiba-tiba muncul nota-nota pendek saya hampir setiap hari. Dan nota-nota itu viral bukan sahaja di seluruh Kepulauan Melayu bahkan hingga ke Jepun, Korea Selatan, India dan China. Siap di alih bahasa lagi. *That is the power of social media.*


Ini kerana dalam masa beginilah golongan *generalist* perlu memainkan peranan yang besar untuk memberi pencerahan mengenai apa yang sedang berlaku dan memberikan saranan-saranan mengenai apa yang perlu di lakukan.


Dan bagi anda yang sering mengikuti nota-nota pendek saya, pasti anda perasan bahawa hujah-hujah saya berdiri di atas premis, *Covid 19 is a manufactured virus, a manufactured pandemic and the solution is beyond vaccine.*


Premis kedua yang saya gunakan, *Covid 19 is a tool for global resetting @ for monetary reset and the implementation of digital currency.*


Kalau premis-premis perbincangan saya ini salah, sila buktikan....


Sebab itu nota-nota pendek saya berusaha untuk memujuk, merayu, mengoda, menginspirasi dan memotivasi anda untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Ini kerana dunia sedang di reset. Dan kita sedang di paksa untuk memasuki satu wilayah baru. Wilayah *all digital* dan *a cash less world.*


Hala tuju yang saya sarankan adalah kembali kepangkal jalan. Kembali kepada Islam. Kembali kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.


Bukan mengikuti jalan-jalan syaitan dan globalis cabal.


Saya tak yakin dan saya tak nampak ada cara hidup lain yang lebih selamat, adil dan sejahtera selain dari cara hidup Islam. Hanya Islam yang mampu menyelesaikan segala masalah manusia dalam semua aspek kehidupan.


Saya melihat peluang besar dengan kedatangan pandemik Covid 19 ini. Peluang untuk *Make Islam Great Again.*


Saya berikan hala tuju. Visi, misi dan formulanya agar kita bangkit sebagai sebuah negara bangsa.


Saya ajak seluruh bangsa Melayu dan umat Islam berangan-angan, bermimpi dan membina satu harapan dan keyakinan baru. Saya nukilkan *story board* dan *road map* untuk menjadikan kita umat yang terunggul di dunia.


Saya ingin kita sama-sama merealisasikan isyarat Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW mengenai *Kebangkitan Islam Dari Timur.*


Dalam keadaan hidup kita yang makin tersepit dan terhimpit ini, salahkah saya menjaja satu impian baru yang cukup indah buat kita semua ?


Dan yang paling menarik bila dalam nota saya semalam, saya gunakan gelaran *Dato Dr* saya, saya telah di anggap sebagai sombong, bongkak dan berlagak dengan gelaran tersebut.


Sebenarnya saya telah di tegur oleh pihak istana Raja Melayu kerana tidak menggunakan gelar tersebut. Ini kerana gelaran tersebut di kurniakan kepada saya sebagai alat untuk perang psaikologi bila berdepan dengan musuh-musuh Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan Wilayah Kepulauan Melayu ini.


Secara peribadi saya sendiri gerun dan tidak selesa dengan gelar-gelar tersebut. Saya lebih senang di lihat sebagai suara yang mewakili masyarakat marhaen. Ini kerana saya memang rakyat marhaen.


Jadi bagi saya, amat dangkal kalau kita hanya mendengar pandangan dari golongan dunia perubatan sahaja. Kepakaran dari semua bidang di perlukan dalam menghadapi pandemik Covid 19 dan kehidupan pasca Covid 19.


Yang terbaik menurut saya, kita raikan kepelbagaian pendapat dan pandangan untuk menghadapi ancaman dari pandemik Covid 19. Semua pihak terkesan dengan pandemik ini.


Mohon janganlah ada pihak yang merasakan hanya mereka sahaja yang ada otoriti dan layak bersuara dalam keadaan sekarang.


Islam tidak pernah menghalang umatnya berbeza pendapat dalam soal-soal *furuq.* Malah di minta untuk meraikannya kerana ada rahmat di sebalik perbezaan itu.


Jangan melihat pada yang berbicara tetapi lihatlah kepada apa yang di bicarakan. Siapa kita untuk menilai seseorang itu ahli atau pun tidak.


*Think correctly act accordingly.*


Era *all digital* adalah satu wilayah baru. *The unchartered territory* kata para penganalis ekonomi dan kewangan.


Pesan saya, jadikanlah *Al Quran, the greatest book of all time* sebagai panduan dan pedoman kita untuk melayari wilayah baru ini. Agar kita selamat di dunia dan juga di akhirat nanti.


Kita jumpa lagi esok, InsyaaAllah.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu seorang *Saudagar Mimpi* yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

22 Februari 2021.



Saturday, 20 February 2021

Bismillah : Sunnah Money For World

 *Bismillah : Sunnah Money For World.*


Saya mengalu-alukan pengumuman Presiden Russia, Vladimir Putin, bahawa negaranya bebas dari ketergantungan dengan *Dollar Amerika* dan dari cengkaman *Rothschild Banking Cartel.*


Tindakan tersebut di lakukannya demi menjamin kedaulatan Russia dalam era dunia yang semakin tidak ada sempadan. Dan beliau juga menyatakan bahawa *inilah hadiah terbesar yang boleh di berikannya kepada generasi akan datang Russia.*


Pendirian Russia ini menunjukkan bahawa monopoli US Dollar yang di kuasai oleh Rothschild sebagai *world reserve currency* semakin hilang cengkamannya.


Pendirian Russia ini seharusnya di ikuti oleh negara-negara lain. Tidak masuk akal matawang yang tidak mempunyai *intrinsic value* di jadikan sebagai *world reserve currency.*


Dalam era *all digital* dan dengan adanya teknologi *block chain* masyarakat dunia berupaya membebaskan diri dari cengkaman *Rothschild's world wide banking cartel.* 


Inilah masanya masyarakat dunia beralih kepada *digital currency* yang bersandarkan kepada *emas dan perak.* 


Dan inilah masanya untuk masyarakat dunia membebaskan diri dari penipuan sistem perbankan dunia tajaan Rothschild yang memimpin globalis cabal dan *New World Order.*


Siapa mereka yang harus di berikan kebenaran *to create money out of thin air* melalui kaedah *fractional reserve banking ?*


Sampai bila manusia mahu terus di perbodoh-bodohkan oleh kelompok *globalis cabal* ini ?


Dengan tegas saya menyatakan bahawa *today's world monetary and financial system is the biggest scam of all time.*


*Agenda Reset Malaysia* yang mempromosikan *Islamic Monetary, Financial and Trade System* adalah merupakan satu inisiatif untuk membebaskan manusia dari belenggu *RIBA'* dan dari *world wide monetary and financial scam.*


Saya bersetuju bila ada pihak yang menyatakan bahawa menyokong *Agenda Reset Malaysia* adalah wajib kerana agenda tersebut adalah gerakan *Jihad Fi Sabilillah umat di akhir zaman.* Ini kerana inti agenda tersebut adalah untuk mengajak manusia kembali *mendaulatkan Islam sebagai satu cara hidup dalam semua aspek kehidupan manusia di atas muka bumi.*


Menegakkan prinsip *amar maaruf nahi mungkar* dan melancarkan perang terhadap *RIBA.*


Bukankah sebagai umat yang beragama Islam kita mempunyai kewajipan untuk mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya secara mutlak ?


*Ketaatan yang mutlak bukan kepada Ulil Amri apatah lagi kepada para globalis cabal.*


Jadi berpegang teguhlah kepada *Agenda Reset Malaysia.* Doakan semoga idea *Special Economic Zone* di Negeri Sabah yang akan menjadi platform tunggal kewujudan *Sistem Monetary, Kewangan dan Perdagangan Islam* menjadi kenyataan.


Yakinlah bahawa dalam era *all digital* dan dengan adanya teknologi *block chain* apa yang saya sampaikan ini boleh menjadi kenyataan. InsyaaAllah.


Buktinya, lihat sahaja kepada *Bitcoin* yang sudah di terima secara meluas di seluruh dunia.


Kalau *Bitcoin* dan juga beberapa lagi *crypto currency* lain yang tidak mempunyai *intrinsic value* boleh di terima, kenapa tidak *i-dinar dan dirham* yang mempunyai sandaran emas dan perak ?


*Think correctly act accordingly.*


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di goda, di pujuk, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

21 Februari 2021.



Friday, 19 February 2021

Bismillah : Hala Tuju Inisiatif MyDigital

 *Bismillah : Hala Tuju Inisiatif MyDigital ?*


Semalam, 19 Februari 2021, secara resmi TSMY telah melancarkan *inisiatif MyDigital yang merupakan (blue print) Pelan Tindakan Ekonomi Malaysia.*


Inisiatif MyDigital di anggap sebagai pelengkap kepada dasar pembangunan negara seperti *Rancangan Malaysia Ke - 12 ( RMKe-12 ) dan Wawasan Kemakmuran 2030 (WK 2030 ).*


Ia bertujuan untuk memperkasakan kehidupan seluruh rakyat Malaysia dalam pelbagai aspek kehidupan dan merupakan hala tuju kepada *Pelan Transformasi Digital Negara.*


Inisiatif yang seharusnya di alu-alukan oleh semua pihak. Ini kerana ianya adalah sesuatu yang harus di lakukan oleh pihak kerajaan bagi menyediakan rakyat dan negara ini dengan kehidupan *all digital* di Abad Ke 21 pasca Covid 19.


Kehidupan di era *all digital* tanpa perancangan yang betul dan tepat adalah merupakan kehidupan yang lebih mencabar kerana sifatnya yang berorientasikan teknologi terkini dan kompetitif.


Ia menuntut tahap *consciousness and competency* yang tinggi untuk mengadaptasi dan melayari kehidupan norma baru baik secara peribadi, berkeluarga, bermasyarakat mahu pun dalam bernegara.


Ia menuntut perubahan *mindset, sikap, tindakan dan tabiat yang baru* yang muafakat dengan perubahan yang di bawa oleh era baru *all digital.*


*Penting bagi semua pihak untuk memahami permainan baru ini dengan segala macam  peraturan-peraturan barunya.*


Tanpa benar-benar memahami permainan baru ini akan menyebabkan kita semakin tertinggal bukan semakin ke hadapan dalam era baru ini.


Dalam permainan baru ini, tahap *consciousness and competency* kita masih terlalu jauh di bandingkan dengan Amerika, China dan negara-negara maju yang lain.


Untuk itu, perubahan yang drastik, radikal secara holistik dan komprehensif perlu di lakukan terhadap *Sistem Pendidikan Negara.* 


Perubahan pada Sistem Pendidikan Negara yang akan menentukan *survival* bangsa dan negara ini.


Membawa kaedah pembelajaran dan pendidikan sekadar ke *alam maya @ online* bukanlah perubahan yang di maksudkan. Itu hanyalah sekadar norma baru bukan orientasi, kaedah dan strategi baru untuk menghadapi cabaran-cabaran dalam era baru ini.


Norma baru *all digital* membawa satu era baru iaitu era *techno-preneurship* yang akan merubah tatanan ekonomi kepada *skill economy* bukan lagi *job economy* seperti yang kita fahami sebelum ini.


Kita tidak akan mampu bersaing tanpa melakukan anjakan paradigma yang drastik dan radikal sebagai sebuah negara bangsa.


Dalam era ini peluang pekerjaan akan semakin pupus. Ia akan di ambil alih oleh jentera, drone dan robot yang di lengkapi dengan teknologi 5G, AI dan IOT.


Menguasai skill-set baru untuk menjana pelbagai pendapatan *di alam maya @ online* akan menjadi satu kemestian di era baru ini. 


*Closing, copy writing, trading and network effect* adalah antara contoh-contoh *high income skills* yang harus di kuasai dalam era baru ini.


Kita tidak ada pilihan lain kecuali melakukan perubahan dan anjakan tersebut dengan kadar yang segera.


Pihak kerajaan harus benar-benar memahami permainan baru ini agar dapat menyediakan sistem dan prasarana sokongan yang di perlukan bagi membantu rakyat untuk menguasai model baru ekonomi dalam era baru ini.


Sekadar mengingatkan semu pihak, tanpa memberikan perhatian yang khusus dan istimewa kepada segala saranan yang telah saya sampaikan melalui nota-nota pendek saya, jangan harap kita akan ke mana-mana.


Kita akan sentiasa menjadi pengikut dan terus menjadi konsumer kepada segala produk dan perkhidmatan dari negara-negara luar terutamanya negara G20.


Tanpa menerapkan dan mengimplementasikan formula yang saya anjurkan iaitu *MMT + Geo Politik + Geo Ekonomi + Geo Strategi* kita akan semakin jauh tertinggal.


Dalam era ini, *commodity is the next game changer.* Gagasan ekonomi baru *The Malay Archipelago Economic Caucus* dengan penumpuan untuk membangunkan platform tunggal bagi *Sistem Monetari, Kewangan dan Perdagangan Islam* dengan slogan *Make Islam Great Again* adalah merupakan kaedah dan strategi terbaik untuk menjadi yang terbaik dalam era ini.


Kalau saranan saya di anggap bukan yang terbaik, sila tunjukkan kepada saya saranan yang lebih baik.


Saya sudah sampaikan apa yang seharusnya saya sampaikan kepada bangsa dan negara yang saya cintai ini. Kini terpulang kepada *Majlis Raja-Raja Melayu* dan kerajaan Malaysia untuk menentukan hala tuju sebenar negara. Hala tuju yang akan menentukan jatuh bangunnya bangsa dan negara ini.


Saya sudah berusaha untuk melaksanakan kewajipan saya menurut kadar kemampuan saya yang di kehendaki dan di izinkan oleh Allah SWT.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

20 Februari 2021.



Thursday, 18 February 2021

Bismillah : Kita Tuai Apa Yang Kita Semai

 *Bismillah : Kita Tuai Apa Yang Kita Semai.*


Isu mengenai *Sugar Daddy vs Sugar Baby* kelihatannya masih belum reda lagi. Masih mendapat perhatian masyarakat.


Kenapa amalan songsang seperti itu wujud dan terakam dalam sosio-budaya kita ?


Jawapannya mudah. *Kita Tuai apa yang kita semai.*


Inilah hasil dari apa yang kita semai selama ini.


*Kalau padi yang kita semai maka padi jugalah yang kita tuai. Kalau ubi maka ubilah.* Naratifnya cukup sederhana.


Amalan songsang tersebut adalah hasil dari amalan pergaulan bebas dalam masyarakat kita. Amalan yang sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita. 


Pergaulan bebas ini pula akan membawa kepada hubungan bebas dan perlakuan seks bebas.


Bukankah dalam sebuah masyarakat yang semakin liberal dan mengamalkan budaya pergaulan bebas, sepatutnya amalan seperti *sugar daddy vs sugar baby* ini di alu-alukan dan di raikan ?


Apakah ia tidak wajar menjadi satu amalan dalam sosio-ekonomi kita ?


Kalau betul tidak suka dengan amalan tersebut maka semua pihak harus berusaha untuk menghentikan budaya pergaulan bebas di negara ini dengan kadar yang segera.


*Kunci isteri-isteri kita dan anak-anak dara kita di rumah.*


Jangan jadi *munafik* dengan diri kita sendiri dan dalam bermasyarakat dan bernegara.


*Ini peringatan buat diri saya dan kita semua !*


Kononnya kita tidak suka makan buah cempedak tetapi kita terus juga menanam buah cempedak. Apa yang kita nak sebenarnya ??


Saya kongsikan *nasihat seorang Mursyid yang terkenal di Bogor, Indonesia, kepada seorang saliknya yang kebetulan adalah sahabat baik saya.* 


*Mursyid tersebut adalah Habib Muhammad Bin Aqil Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Dato Syed Salim Al Attas ( Mufti Johor Yang Pertama)*


Ini kerana nasihat tersebut amat bermuafakat dengan *Agenda Reset Malaysia.*


Nasihat Mursyid tersebut, *"Fokus kepada Amar Maaruf Nahi Mungkar yang masih banyak tidak di kerjakan oleh umat termasuk ahli keluarga terdekat seperti menjaga solat, melarang pergaulan bebas bukan muhrim dan menjauhi Riba'. Ini yang di perlukan di akhir zaman. Yang lain-lain itu bukan tidak penting tetapi kerapnya kita terjatuh dalam kancah di sibukkan dengan dengan perkara-perkara cabang tetapi yang dasar masih lagi tidak selesai."*


Inilah nasihat yang sepatutnya kita pegang untuk diri kita, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Mulai hari ini berazam untuk *be part of the solution. Not part of the problem.*


Sentiasa ingat kepada 3 perkara ini ;


1. Solat - ritual yang melatih kita agar sentiasa mengingati Allah SWT setiap masa dan dalam setiap perkara yang kita lakukan  pada setiap hari.


2. Melarang pergaulan bebas dengan bukan muhrim - ini akan mencegah dari segala macam fitnah dan dari berlakunya pelbagai perkara yang tidak di ingini.


3. Menjauhi Riba' - marilah bersama-sama kita berusaha untuk mewujudkan sistem monetari, kewangan dan perdagangan yang bebas Riba'.


Berpegang teguh dengan nasihat ini. InsyaaAllah banyak masalah yang mampu kita selesaikan dengan berpegang kepada nasihat ini.


Ini juga adalah antara perkara-perkara yang di tekankan dalam *Agenda Reset Malaysia.* Agenda baru untuk diri kita, keluarga, masyarakat, negara dan dunia demi kepentingan kita bersama dalam melangkah ke era baru pasca Covid 19.


Mari kita semai benih yang baik. Pasti kita akan menuai hasil yang baik suatu hari nanti. InsyaaAllah.


Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita dan mempermudahkan segala urusan kita. InsyaaAllah. Allahumma aamiin.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

19 Februari 2021.



Bismillah : Towards One Party System

 *Bismillah : Towards One Party System.*


Saya tertarik dengan gesaan dari seorang veteran UMNO iaitu Tan Sri Yusuf Latiff.


Beliau mengesa agar YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Penasihat UMNO untuk  menganjurkan perundingan bagi mempelawa Tun M kembali ke pangkuan UMNO.


Bagi saya ini satu gesaan yang baik. Ya, apa salahnya mempelawa Tun M kembali ke pangkuan UMNO. Bukan sahaja Tun M, bahkan tokoh-tokoh lain yang sudah keluar atau di pecat dari UMNO. Tokoh seperti DS Anwar Ibrahim, TSMY, Dato Ibrahim Ali dll.


Jemput mereka kembali ke pangkuan UMNO. Jemput semua orang Melayu untuk menyertai UMNO. Jadikan UMNO sebagai satu-satunya parti untuk orang Melayu dan umat Islam.


Bukankah bagus kalau orang Melayu/Islam ini hanya ada satu parti ?


Kalau China boleh ada satu parti sahaja untuk umatnya yang berjumlah 1.4 billion, kenapa tidak orang Melayu yang hanya berjumlah 16 juta sahaja di seluruh Malaysia mempunyai satu sahaja parti untuk mereka ?


*Yes...* Kenapa tidak ?


Ajaran dari siapa yang mengalakkan orang Melayu/Islam berpecah-belah ?


*Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk berpecah-belah.* 


Silakan berbeza pendapat dan pandangan. Tetapi jangan sesekali menjadikan perbezaan pandangan dan pendapat itu sebagai alasan untuk berpecah-belah.


Apa salahnya kita cari seribu satu alasan untuk bersatu ? Tidak memadaikah Islam itu sebagai asbab untuk orang Melayu bersatu padu ?


Adakah alasan lain lagi yang lebih baik dari Islam untuk menyatukan orang Melayu/Islam ?


Kita sedang berada di dalam era yang paling hebat di mana umat Islam di seluruh dunia hampir 2 billion orang.


Kita ada ramai Ulamak, Asatizah dan Dae'i. Kita ada ramai Hafiz dan Hafizah. Tetapi kenapa kehebatan kita ini di anggap oleh Rasulullah SAW hanya laksana buih-buih di lautan ?


Begitu rapuh sekali kehebatan kita di mata Rasulullah SAW.


Inilah penyakit *Al-Wahnu @ Cinta Dunia Dan Takut Mati.* Inilah wabak yang sedang melanda umat Islam di seluruh dunia.


Dengan populasi yang hampir mencecah 2 billion, kenapa kita masih gagal menjadi umat yang terunggul di dunia ?


Di mana silap kita ? Di mana kesilapan para ulamak dan guru-guru kita dalam membimbing kita untuk menjadi umat yang hebat dan unggul ?


Bukankah Islam agama yang Mulia, agama yang di redhai oleh Allah SWT, agama yang Syumul dll ?


Kenapa keadaan kita begitu lemah hari ini ? 


Seluruh kehidupan kita di kuasai oleh orang-orang yang bencikan kita dan agama kita. Kenapa ?


Bermacam-macam yang telah di lakukan oleh mereka terhadap saudara-saudara kita di seluruh dunia. Ada kalanya kita melihat mereka di perlakukan lebih hina dari binatang.


Apa yang mampu kita buat untuk menolong mereka semua ? Kenapa musuh-musuh kita tidak gerun lagi dengan kita ?


Bagi saya, *enough is enough.* Ini masanya untuk kita bangkit semula. Membina kembali kehebatan dan keunggulan kita sebagai umat Islam.


Sudah sampai masanya bagi *YBM Tengku Razaleigh Hamzah* menonjolkan ketokohan dan kepemimpinan beliau. Beliau satu-satunya tokoh yang di harapkan untuk *mereset kembali bangsa dan negara ini.*


Beliau wajar bangkit untuk menjadi *Tokoh Pemersatu Umat* dalam proses untuk mereset kembali bangsa dan negara ini.


Saya tidak nampak ada tokoh lain yang mampu menyatu padukan orang-orang Melayu/Islam pada waktu ini selain dari *YBM Tengku Razaleigh Hamzah.*


Saya juga tidak nampak ada tokoh lain yang mampu menyelesaikan pelbagai krisis yang sedang melanda bangsa dan negara ini selain dari beliau.


Saya berharap sebagai *Putera Terbaik* bangsa dan negara ini, beliau sudi bangkit menyahut cabaran untuk menyatu- padukan kembali orang Melayu/Islam di negara ini.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

19 Februari 2021.



Wednesday, 17 February 2021

Bismillah : Pertahankan Sistem Raja Berpelembagaan

 *Bismillah : Pertahankan Sistem Raja Berperlembagaan.*


Semalam, 17 Februari 2021, viral surat Dato Seri Azalina Othman kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Bin Harun.


Kandungannya mempersoalkan mengenai keadaan *parlimen yang telah di gantung* pada masa ini.


Nampaknya keputusan YDPA mengantung parlimen dan memproklamasikan Darurat atas nasihat Peguam Negara dan PM Malaysia terus di persoalkan oleh para pemimpin politik.


Apa yang agak menghairankan saya, mana perginya suara-suara dari Bersih 2.0, Perkasa, Persatuan Perajurit Arshad, Majlis Peguam Negara dan NGO-NGO lain yang selama ini kononnya berjuang untuk mempertahankan demokrasi dan hak rakyat ?


Mengapa senyap je... ??


Apakah mereka sudah hilang keberanian ?


Atau mungkin mereka merasakan bahawa kerajaan TSMY adalah kerajaan yang sah dan tidak melanggar prinsip-prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan ?


Dan apakah mereka juga tidak merasakan bahawa TSMY dan Peguam Negara tidak *Salah Guna Kuasa* dalam memberikan nasihat kepada YDPA ?


Pagi ini saya kongsikan pandangan *YM Dato Aziz Chemor* salah seorang tokoh perjuang yang mempelopori *Agenda Reset Malaysia* mengenai perkara ini.


Beliau berpandangan bahawa *Sistem Raja Berperlembagaan* perlu di pertahankan dan demi menjaga maruah Majlis Raja-Raja Melayu maka satu *Emergency Rulers Council Meeting* perlu di adakan dengan kadar segera.


1. Untuk membatalkan *Penghapusan Immuniti Raja-Raja Melayu* yang telah di lakukan oleh Tun M sewaktu menjadi PM Malaysia yang ke empat dulu.


2. Untuk memecat kerajaan TSMY yang sentiasa di kecam oleh rakyat kerana pelbagai isu dan krisis yang timbul akibat kegagalan dalam mentadbir dan menguruskan negara ini.


3. Meneruskan Proklamasi Darurat dan pengantungan parlimen atas beberapa faktor ;


(1) - Untuk menguruskan pandemik Covid 19 dengan cara yang lebih efisien dan efektif.


(2) - Menangani kemelut politik yang boleh membawa kepada ketegangan dalam masyarakat dan berpotensi mencetuskan  keadaan yang huru-hara.


(3) - Menangani krisis ekonomi yang telah memudharatkan kehidupan rakyat di semua peringkat. Krisis ekonomi juga berpotensi mencetuskan keadaan yang tidak di ingini sebagaimana yang telah berlaku di Myanmar dan Thailand.


(4) - Melantik seorang PM Malaysia yang baru untuk mengetuai *interim @ care taker government* sehingga sampai ke waktu yang di rasakan sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15.


(5) - Menghapuskan ancaman dari *Gerakan Subversif Republik Malaysia @ GSRM* secara tuntas hingga ke akar umbinya.


(6) - Untuk melaksanakan *Agenda Reset Malaysia* bagi meletakkan kembali negara ke landasannya yang sebenar menurut prinsip-prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.


Secara peribadi, saya bersetuju dan menyokong penuh cadangan tersebut. 


Saya rasa, inilah saranan terbaik untuk memelihara maruah Majlis Raja-Raja Melayu, mempertahankan Sistem Raja Berperlembagaan dan menyelesaikan pelbagai krisis yang sedang di alami oleh rakyat dan negara ini.


Membiarkan negara dalam keadaan yang sedia ada akan terus menjerumuskan negara ke dalam kancah kehancuran.


Kerajaan TSMY yang terbukti gagal dan terus menerus mendapat kecaman dari pelbagai pihak tidak wajar di pertahankan lagi.


Semoga pandangan dan saranan dari *YM Dato Aziz Chemor* ini akan mendapat perhatian dari pelbagai pihak dan khususnya dari *Majlis Raja-Raja Melayu* itu sendiri.


Saya sentiasa mengharapkan yang terbaik buat rakyat dan negara ini. Kebijaksanaan Majlis Raja-Raja Melayu bagi menangani perkara ini amat di harapkan dan di hargai.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

18 Februari 2021.



Tuesday, 16 February 2021

Bismillah : Inteligence Quotient

 *Bismillah : Intelligence Quotient.*


Dalam *Agenda Reset Malaysia* saya memberikan penekanan kepada subjek *Consciousness and Competency.* Ini bagi memastikan agar kita menjadi cerdas dalam bernegara.


Tahap-tahap *Consciousness/Awareness @ Kesedaran* inilah yang akan meningkatkan tahap kecerdasan, kepintaran dan kebijaksanaan kita sebagai sebuah negara bangsa.


Tanpa memiliki atau menguasai tahap-tahap *Consciousness and Competency* yang tinggi, bagaimana kita mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini ?


Ada 3 tahap kesedaran dalam *Intelligence Quotient @ Nilai/Darjah kecerdasan.*


1. *Tahap kesedaran fizikal.* Ini tahap yang berada dalam *Pemikiran Sedar @ Conscious Mind.* Kesedaran yang berorientasikan materialisme @ menyukai perkara-perkara yang berbentuk material. Contohnya, suka kepada gaji besar, jawatan besar, rumah besar, kereta besar dan produk-produk yang berjenama dll.


Kesedaran tahap ini cukup mudah untuk di kawal dan di kendalikan oleh pihak yang berkuasa atau pihak yang berkepentingan walau pun sudah mempunyai gelar *Professor.*


Ini kerana sebahagian besar kehidupan manusia di kuasai oleh *Pemikiran Bawah Sedar @ Unconscious Mind.* Bukan oleh *Pemikiran Sedar.*


2. *Tahap kesedaran emosi/jiwa.* Tahap kesedaran ini berada di dalam *Pemikiran Separa Sedar @ Sub conscious Mind.*


Di sini letaknya kesedaran tentang etika, moral, semangat, keyakinan, ketabahan, pengorbanan dll.


Dalam Islam, ilmu yang membahas soal-soal yang berkaitan tentang emosi/jiwa ini adalah *Ilmu Tasawuf.*


Kecerdasan emosi/jiwa sangat penting untuk membangun daya saing atau kompetensi.


3. *Kesedaran Spiritual/Kerohanian.* Tahap kesedaran ini adalah di dalam *Pemikiran Bawah Sedar @ Unconscious Mind.* Ini tahap kesedaran yang tertinggi.


Dalam Islam, ilmu yang membahas soal-soal kerohanian ini di kenali sebagai *Ilmu Makrifat.* Iaitu ilmu yang membahas soal-soal Ketuhanan. Ilmu yang menghubungkan manusia dengan penciptanya. Ilmu yang memberi kesedaran tentang siapa *sebenar-benar diri kita @ Diri Sejati* kita.


Dalam masyarakat Melayu Nusantara, ilmu ini di kenali sebagai *Ilmu Mengenal Diri @ Ilmu Melayu Purba.*


Di kalangan orang Jawa ia di kenali sebagai ilmu Jawa Kuno iaitu ilmu *Sanghyang Nawaruci @ Sang Guru Sejati.*


Dengan kesedaran kerohanian inilah baru kita akan berupaya untuk mengenali rahsia-rahsia alam dan mendapat maklumat-maklumat yang tersembunyi yang tidak dapat di tangkap oleh pancaindera atau pemikiran sedar kita.


Dengan kesedaran kerohanian ini juga manusia akan mampu menguasai energi-energi ghaib yang bertebaran di alam semesta. Dan energi-energi ini boleh di gunakan sama ada untuk tujuan yang baik atau untuk tujuan yang jahat. Untuk kepentingan peribadi atau untuk manfaat awam.


Dengan menguasai Ilmu Kerohanian manusia akan memiliki *intiusi yang tajam* dan juga memiliki kebolehan-kebolehan yang luar biasa.


Dalam Islam, kebolehan-kebolehan ini di kenali sebagai *mukjizat dan karomah.* Inilah yang di miliki oleh para Rasul, Nabi dan Wali Allah.


Kebolehan luar biasa ini di kalangan orang Melayu di kenali sebagai *sakti @ kesaktian.*


*Moksa* dalam istilah *Hindu Kuno.* Dan *Mukso* dalam istilah *Jawa @ Kejawen.*


Tanpa mencapai kesedaran kerohanian yang tinggi, kita tidak akan mencapai tahap pencerahan yang hakiki yang sejati dan azali.


Begitulah kehebatan kesedaran kerohanian atau spiritual. Dan inilah sebabnya mengapa saya tekankan subjek ini dalam *Agenda Reset Malaysia* sebagai syarat utama untuk bernegara secara cerdas.


Kita perlu sedar bahawa musuh utama kita iaitu *Para Elit Global* menguasai Ilmu Kerohanian yang tinggi. Mereka menguasainya dengan mempelajari *Ilmu Kerohanian Mesir Kuno.*


Dengan kecerdasan yang luar biasa ini mereka mencipta sistem kehidupan yang holistik dan komprehensif untuk mengawal dan menguasai manusia hingga ke hari ini.


Dan hari ini dengan menggunakan Covid 19, mereka sedang mereset dunia untuk mengawal dan menguasai manusia secara digital dan total.


InsyaaAllah kita akan terus membahas subjek yang penting ini dari masa ke semasa.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

17 Februari 2021.

Monday, 15 February 2021

Bismillah: Kenyataan Tun M Mencalar Imej Istana Negara

 *Bismillah : Kenyataan Tun M Mencalar Imej Istana Negara.*


Kenyataan Tun M yang tular di media sosial semalam pasti mengaibkan dan memberi tekanan kepada *Istana Negara.*


Kenyataan beliau yang menyatakan secara jelas mengenai salah laku kerajaan TSMY sewajarnya di berikan perhatian dan sokongan oleh semua pihak yang cintakan negara ini dan terutamanya oleh pemimpin-pemimpin politik.


Kenyataan tegas dari Tun M itu memaparkan kelemahan ketara pihak *Istana Negara* yang di lihat seolah-olah bersekongkol dengan kerajaan TSMY.


Apa tindakan dari *Istana Negara* dan juga kerajaan TSMY terhadap Tun M selepas ini ?


Apakah beliau akan di tangkap dan di dakwa kerana kenyataan tegasnya itu yang mungkin boleh di anggap sebagai satu cubaan untuk menghasut rakyat jelata agar memberontak terhadap *Istana Negara ?*


Ini kerana dalam tempoh darurat ini macam-macam perkara boleh berlaku. Kerajaan TSMY berkuasa penuh dan boleh melakukan apa sahaja tanpa sekatan dan pertikaian. 


Sekurang-kurangnya itulah anggapan atau persepsi yang ingin di bina oleh kerajaan TSMY di kalangan rakyat Malaysia.


Atau apakah mungkin kita bakal menyaksikan seorang lagi YDPA turun dari takhta sebelum cukup tempuhnya dengan kenyataan tegas dari Tun M ini ?


Saya sudah acap kali mengingatkan, *jangan sampai nasi menjadi bubur.* Apa yang telah di lakukan oleh kerajaan TSMY jelas salah dan tidak bermoral. Sudah pasti ia akan mengundang kemarahan rakyat.


Kini hanya *Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu* sahaja yang mampu menyelesaikan kemelut dan ketegangan ini.


*Keadilan dan kebijaksanaan dari Raja-Raja Melayu* sedang di tuntut oleh rakyat untuk menyelesaikan masalah ini.


Salah laku kerajaan TSMY telah menjadikan *Istana Negara* terpaksa berdepan dengan kemarahan rakyat.


Kini negara benar-benar berada dalam keadaan darurat. Saya yakin, peristiwa politik yang akan berlaku selepas ini akan membuka pintu gerbang yang akan memberi laluan kepada *Agenda Reset Malaysia.*


*Majlis Raja-Raja Melayu* sudah tidak ada pilihan lain kecuali memberi laluan kepada *Agenda Reset Malaysia* untuk beroperasi bagi mengembalikan negara ini ke landasannya yang sebenar.


Pilihan selain dari itu hanya akan menjerumuskan negara ini ke dalam pelbagai krisis yang lebih parah lagi.


Sejak dari awal lagi saya sudah menyatakan bahawa *keadaan yang luar biasa memerlukan solusi yang luar biasa untuk menanganinya.*


Kelihatannya kita sedang di giring ke arah itu. Ke arah penyelesaian yang luar biasa.


Sebagaimana yang pernah saya nyatakan sebelum ini, mukadimah *Agenda Reset Malaysia* sudah tercapai sebanyak 75%. Hanya tinggal lagi 25% sahaja.


Saya tetap *haqqul yaqin* bahawa *Agenda Reset Malaysia* akan tetap menjadi kenyataan.


Kepada seluruh rakyat Malaysia, teruskan berpegang teguh dengan angan-angan dan impian kita untuk melihat negara tercinta ini bangkit dan menjadi sebuah negara yang terunggul di dunia.


Jangan lupa dengan *the greatest secret of all time. THOUGHTS become THINGS.*


*Terima kasih kepada Tun M kerana sudi menjadi suara kepada aspirasi seluruh rakyat Malaysia.*


Bagi saya secara peribadi, apa pun yang kita perkatakan mengenai Tun M, *he is always a fighter and a hero in his very own way.*


Kita nantikan langkah politik seterusnya dari Tun M. Langkah yang saya yakini akan memberikan *green lane* kepada *Agenda Reset Malaysia.*


Semoga tindakan Tun M ini akan menjadi asbab kepada berlakunya satu peristiwa politik yang besar yang akan mengubah hala tuju negara.


Sama-sama kita doakan dan sama-sama kita saksikan.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

16 Februari 2021.



Saturday, 13 February 2021

Bismillah : Kalau Saya Presiden UMNO

 *Bismillah : Kalau Saya Presiden UMNO...*


Sebenarnya saya dah malas nak mengulas tentang politik lagi. Nota saya yang bertajuk *Saya Jadi PM Malaysia* adalah kemuncak angan-angan saya untuk menyelesaikan pelbagai krisis yang ada di negara ini pada masa ini.


Tetapi kerana desakan seorang kawan, saya gagahi juga.


Dalam nota tersebut, saya catat 10 perkara yang akan saya lakukan dalam tempoh 100 hari sekiranya saya di lantik sebagai PM Malaysia. *Dan yang ke 10 adalah membubarkan semua parti-parti politik.*


Kenapa ? Kerana saya tidak nampak parti-parti politik ini mampu menyelesaikan pelbagai krisis yang ada. Kalau mereka mampu, TSMY tidak akan jadi PM Malaysia sampai ke hari ini.


Ini menunjukkan bahawa tahap *consciousness and competency* parti-parti politik di Malaysia begitu rendah.


Jadi jangan hairan kalau aksi dan prestasi mereka begitu hambar dan tidak sebagaimana yang boleh kita harapkan.


Jadi pagi ini saya terpaksa memasang angan-angan sekiranya saya jadi Presiden UMNO, apa yang perlu saya lakukan sekarang.


Sebagai Presiden UMNO, sebuah parti politik terbesar di Malaysia, saya akan terima Proklamasi Darurat kerana itu adalah *keputusan yang betul walau pun dengan alasan yang salah.* Tetapi mengekalkan TSMY sebagai PM Malaysia itu adalah *keputusan yang salah walau apa pun alasannya.*


Ini kerana beliau sudah terbukti gagal untuk mentadbir negara dan beliau juga adalah merupakan punca kepada segala kemelut politik yang ada.


Sebab itu saya pernah menyatakan bahawa *TSMY adalah merupakan ancaman terbesar kepada negara ini.*


Jadi, demi untuk menyelamatkan rakyat dan negara ini, sebagai Presiden UMNO, saya akan berunding dengan semua parti-parti politik yang ada di negara ini dan mengajak mereka semua membuat *road-show* untuk bertemu dengan Raja-Raja Melayu bagi mempersembahkan kepada Raja-Raja Melayu mengenai aspirasi dan situasi rakyat pada masa ini. Begitu juga mengenai kondisi negara yang sedang tenat pada waktu ini.


Dan memohon kepada Raja-Raja Melayu melalui *Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu* agar memecat TSMY dan melantik seorang PM Malaysia yang baru.


Sekurang-kurangnya ada 10 sebab kenapa beliau perlu di pecat dengan kadar segera.


1. Beliau sudah kehilangan sokongan majoriti di parlimen. Jadi sepatutnya beliau *meletakkan jawatan sebagai PM Malaysia* dan bukannya *menasihati YDPA untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat.* Ini kesalahan yang cukup besar.


2. Memberikan ruang yang luas kepada tokoh-tokoh Wahabi. Ini bukan menjaga agama tetapi merosakkan agama dan merosakkan keharmonian umat Islam. Ini juga kesalahan yang cukup besar. Bertentangan dengan perlembagaan dan fatwa para ulamak.


3. Tidak mengambil sebarang tindakan terhadap *Gerakan Subversif Republik Malaysia* yang mengancam Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu. Kenapa ancaman yang begitu *serious* dan besar terus di biarkan ? Ini benar-benar mengundang kemusykilan.


4. Gagal untuk menguruskan pandemik Covid 19 dengan baik.


5. Gagal untuk membantu rakyat yang dalam penderitaan dan kesengsaraan akibat pandemik Covid 19.


6. Gagal menguruskan kewangan dan ekonomi negara. Ramai pelabur yang telah meninggalkan negara ini kerana hilang keyakinan kepada kerajaan.


7. Tergesa-gesa dalam soal pembelian vaksin yang belum terbukti mampu menyelesaikan masalah ancaman Covid 19. Apa sebenarnya motif di belakang pembelian vaksin ini ? 


8. Rasuah politik berlaku secara besar-besaran dan berleluasa.


9. TSMY dan partinya terus ber *politicking* biarpun dalam waktu darurat sehingga mencetuskan kemarahan rakyat.


10. Tindakan untuk terus mempertahankan TSMY akan mencemarkan nama baik institusi Raja-Raja Melayu di mata rakyat.


Secara waras, apakah dengan 10 perkara yang saya sebutkan di atas ini masih belum mencukupi untuk memecat TSMY ?


Selepas ini, sekiranya Presiden UMNO dan presiden parti-parti lain masih lagi gagal untuk mengambil tindakan yang berkesan bagi menyelamatkan rakyat dan negara, maka wajarkah mereka ini di beri peluang lagi untuk membentuk kerajaan politik ?


Sudah sampai masanya untuk rakyat Malaysia *SAY NO TO POLITICAL PARTIES.*


Sudah terbukti parti-parti politik di Malaysia tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat dan negara ini. Jadi untuk apa ada mereka ? 


Mungkin selepas ini, rakyat tidak perlu lagi berharap kepada kerajaan politik. Apatah lagi di Abad ke 21 pasca Covid 19, *the idea of political goverment is outdated.*


Teruskan mengikuti mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

14 Februari 2021.



Friday, 12 February 2021

Bismillah : Nusantara Rumah Besar ASWJ

 *Bismillah : Nusantara Rumah Besar ASWJ.*


Saya di tanya, apa pandangan saya tentang ramainya mereka yang bergelar *DATO* pada hari ini.


Bagi saya, perkara itu tidak ada masalah. Itu anugerah dan kurniaan Raja-Raja Melayu kepada rakyat jelata yang menjadi pilihan Raja-Raja Melayu. Adat dan istiadat Raja-Raja Melayu sejak zaman berzaman.


Dan adat istiadat Raja-Raja Melayu ini di amalkan bukan setakat di Malaysia sahaja bahkan di seluruh *Kepulauan Melayu @ Nusantara.*


Ada lebih dari 200 Raja-Raja Melayu di Kepulauan Melayu @ Nusantara ini. Biarpun mereka sudah kehilangan kedaulatan namun adat istiadat ini masih di pertahankan sehingga ke hari ini.


Bagi saya lebih ramai lebih bagus kalau kita tahu makna di sebalik gelaran tersebut.


Dan kalau kita nak bincang perkara ini, yang penting bukan kuantitinya tetapi makna dan nilai di sebalik gelaran tersebut. 


Ada sebuah kewajipan dan tanggung-jawab yang di tuntut dari seorang yang *bergelar @ The Malay Gentleman* ini.


Kita semua tahu bahawa tidak ada Raja-Raja Melayu yang tidak bersumpah melainkan dengan Allah SWT untuk mempertahankan Islam pada setiap masa. Ini tugas dan tanggung-jawab hakiki seorang Raja Melayu.


Maka menjadi kewajipan bagi orang-orang bergelar ini untuk membantu Raja-Raja Melayu melaksanakan tugas dan kewajipan hakiki mereka. Ini kerana mereka sudah menjadi *Orang Raja.*


Kalau mereka sudah sanggup untuk menerima anugerah tersebut dan menjadi *Orang Raja* maka mereka harus pula sanggup untuk menunaikan kewajipan mereka untuk membantu Raja. Tanpa mengira bangsa dan agama mereka.


*Gelaran ini bukan sembarangan. Bukan untuk bermegah-megah tetapi untuk menjunjung Kedaulatan Raja-Raja Melayu yang bersandarkan kepada Kedaulatan Islam.*


Kesedaran ini yang kelihatannya pada hari ini sudah memudar dan semakin hilang di kalangan *Orang-Orang Bergelar* ini.


Hari ini gelaran *DATO* menjadi alat kemegahan dan di anggap sebagai status dalam masyarakat. Ini yang perlu di luruskan kembali di zaman reset ini.


*Kepulauan Melayu @ Nusantara adalah rumah besar kepada Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak dari mula kedatangan Islam di sini.*


Dan Raja-Raja Melayu adalah institusi yang terus berperanan untuk mempertahankannya sehingga ke hari ini.


Tanggung-jawab dan kewajipan ini perlu di teruskan sehingga ke hari kiamat. Dan *Orang-Orang Bergelar* ini wajib membantu Raja-Raja Melayu menunaikan kewajipan tersebut.


Bangsa Melayu sedar mengenai perkara ini. Oleh kerana itu mereka merasa kecewa bila *Orang-Orang Bergelar* ini tidak menunaikan kewajipan mereka.


Mereka tambah kecewa bila ada di kalangan ahli-ahli kongsi gelap @ Mafia juga turut menerima gelaran tersebut.


Bukankah golongan ini terlibat dengan aktiviti-aktiviti jenayah dan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral yang mencemarkan nama baik institusi Raja-Raja Melayu dan Islam ?


Ini perkara yang sangat *serious* dan perlu di beri perhatian oleh semua pihak.


Dan ada pula di kalangan *Orang-Orang Bergelar* ini yang secara terang-terangan menentang Islam. 


Itu yang menentang secara terang-terangan. Bagaimana pula yang menentang secara tidak terang ? 


Jadi orang Raja. Jadi orang kepada Ketua Agama Islam tetapi tidak berselera dengan Islam. Tidak berselera dengan fahaman *Ahli Sunnah Wal Jamaah.* Tidak berselera dengan bahasa dan budaya Melayu.


*Nauzubillahi min zalik !*


*Sudah sampai masanya agar golongan ini di displinkan kembali !*


Kalau tak mahu berjuang untuk mempertahankan Islam, untuk mempertahankan *Ahli Sunnah Wal Jamaah* maka saran saya kepada mereka, elok serahkan kembali anugerah tersebut kepada Raja-Raja Melayu.


Jangan khianati bangsa Melayu. Gelar tersebut adalah amalan dan budaya bangsa Melayu. Bangsa yang menjunjung tinggi agamanya.


Bangsa Melayu sudah berjuang selama 500 tahun untuk mempertahankan Agamanya, Raja-Raja-nya dan tanah airnya.


Jangan lupa, siapa yang berjuang menentang *Malayan Union* untuk merampas kembali *Kedaulatan Raja-Raja Melayu* yang telah tergadai kepada kerajaan Inggeris ?


Ingat ! Bangsa inj telah berkorban segala-galanya untuk mempertahankan jati diri mereka.


Hargailah pengorbanan nenek moyang mereka. Orang sudah berbudi, pandai-pandai la berbahasa.


Wahai para *DATO* sekelian. Pertahankan Islam, Raja-Raja Melayu dan adat istiadat serta budaya Melayu. 


Ingat ! Gelaran itu bukan untuk berseronok-seronok dan bermegah-megah. Apa lagi untuk di jadikan alat bagi memandang rendah pada orang lain. Ingat ! Ada perjuangan yang perlu di galas. *Ada kewajipan keagamaan di situ.*


Kalau orang Jepun, orang Korea yang jauh lebih maju dari kita boleh berbangga dengan adat dan budaya mereka, kenapa kita tidak ?


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

13 Februari 2021.



Thursday, 11 February 2021

Bismillah : Ancaman Negara

 *Bismillah : Ancaman Negara.*


Hutang negara adalah merupakan ancaman terbesar kepada kedaulatan sesebuah negara. Ketidak mampuan sesebuah negara untuk membayar hutang akan menyebabkan sesebuah negara itu muflis dan hilang kedaulatannya.


Kesan dari serangan pandemik Covid 19 akan mengakibatkan banyak negara di dunia hilang kemampuan kewangannya.


Semakin lama sesebuah negara itu mengurungkan dirinya atas alasan untuk memulihkan negara dari serangan Covid 19 maka keupayaan kewangan negara itu juga akan menjadi semakin lemah.


Maka selepas ini akan ada banyak negara yang terpaksa melutut kepada para elit global untuk memohon pinjaman bagi membiayai perbelanjaan negara mereka.


Mereka akan menjadi seperti haiwan ternak yang di cucuk hidung kerana terpaksa mengikuti segala kemahuan para elit global.


Nak buat macam mana, *" CASH IS KING. "* Kata-kata DS Najib yang ada kebenarannya.


Agak-agak kenapa hutang negara di panggil *National Debt ?*


Ada perbezaan antara *nation* dengan *state.*


*Nation* merujuk kepada bangsa, dan *state* merujuk kepada negara. Jadi bila di panggil *National Debt* maka maknanya bangsa atau rakyat yang berhutang.


Hari ini kita berhutang maka anak, cucu dan cicit kita yang akan membayar hutang-hutang tersebut nanti.


Soalannya sekarang, sampai bila nak berhutang ?


Apa yang akan berlaku kepada kehidupan anak, cucu dan cicit kita kalau mereka tidak mampu membayar hutang tersebut nanti ?


*Renung-renungkanlah apa yang telah saya nyatakan ini.*


Dalam situasi pada hari ini, bukan semua orang layak dan berkemampuan untuk memimpin sebuah negara.


Yang berangan-angan memang ramai. Tapi yang benar-benar berkemampuan dan berkebolehan terlalu sedikit.


Sebut pasal *Modern Monetary Theory* pun masih terlalu ramai yang tak tahu dan tak pernah dengar, jadi macam mana nak bercerita mengenai perancangan kewangan sesebuah negara pasca Covid 19.


Apatah lagi kalau nak bercerita tentang formula *Modern Monetary Theory @ MMT + Geo Politik + Geo Ekonomi + Geo Strategi,* lagi ramai la yang ternganga jawabnya. Sedangkan inilah formula yang di gunakan oleh Negara China.


Hasilnya, dari sebuah negara yang miskin, dalam tempoh 40 tahun mereka mampu menandingi Amerika. Dan mereka kini akan menjadi negara yang memimpin dunia di Abad ke 21 pasca Covid 19.


Nak tahu macam mana formula *MMT + Geo Politik + Geo Ekonomi + Geo Strategi* mampu menjadikan Malaysia setanding dengan Amerika dan China ?


Sama-sama kita saksikan perkembangan gagasan *The Malay Archipelago Economic Caucus* yang akan berpusat di Negeri Sabah.


InsyaaAllah, kita akan saksikan nanti bagaimana gagasan ini akan dapat membangunkan bukan sahaja Negeri Sabah tetapi juga *Pulau Borneo, Mindanao, Sulawesi dan juga Kepulauan Maluku.*


Kita akan saksikan bagaimana terbentuk dan terbinanya *sistem monetari, kewangan dan perdagangan* yang seterusnya akan membentuk *eko sistem dalam sebuah model Ekonomi Islam.*


Kita juga akan menyaksikan bagaimana Sabah akan menjadi *single platform @ digital hub* kepada dunia Islam.


*You may say I'm a dreamer, its ok. But I'm not the only one.*


Kita tak akan biarkan anak, cucu dan cicit kita untuk menanggung segala kesalahan dan kesilapan kita. Kita nak buktikan kepada mereka bahawa kita adalah bangsa pejuang. Bangsa yang hebat dan bangsa yang terunggul di dunia.


Nenek moyang kita telah membuktikan kepada dunia bahawa kita telah mampu bertahan dari di jajah selama 500 tahun. Kini sampai masanya untuk kita membuktikan kepada dunia betapa hebatnya kita.


Peperangan di antara Amerika dan China yang dalam pelbagai bentuk, ekonomi, perdagangan, kewangan, monetari, teknologi, militari dll. Telah membuka peluang yang besar kepada kita.


InsyaaAllah, kita akan memanfaatkan peluang yang terbuka luas ini sebaik mungkin.


*They are nothing compared to us. We have everything and we are better than them.*


Kita adalah *bangsa yang bertauhid jauh sebelum kedatangan Islam. Kita adalah bangsa yang makrifat kepada Allah SWT.*


Kita satu-satunya bangsa yang jauh lebih dahulu *menguasai 4 anasir iaitu api, air, angin dan tanah.*


Kita juga bangsa yang mampu berhubung dan berkomunikasi dengan alam ghaib.


Jadi, jangan perkecilkan kemampuan dan potensi bangsa ini. Bangsa ini pasti akan bangkit di tangan pemimpin sejatinya. Seorang pemimpin yang mengenali jati diri dan potensi bangsa ini.


*It's our show time ! So let us show them what is a dramatic performance is all about.*


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan demi agama, bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

12 Februari 2021.



Wednesday, 10 February 2021

Bismillah : Perangi Kebathilan Dan Kemungkaran

 *Bismillah : Perangi Kebathilan Dan Kemungkaran.*


Bila saya teliti kembali senarai nama ahli-ahli *Jawatan Kuasa Bebas Darurat @ JKBD,* ada satu nama yang bukan sahaja menarik perhatian saya bahkan turut merunsingkan pemikiran saya. 


Pada senarai No 10, iaitu *Prof Madya Dato Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis Indera Kayangan.*


Di Malaysia, selain sebagai seorang Mufti Ngeri Perlis, beliau juga terkenal sebagai antara tokoh besar aliran Wahabi.


Soalan saya, kenapa seorang tokoh Wahabi di lantik dalam *JKBD* untuk mewakili golongan agama ? 


Apakah sudah tidak ada lagi tokoh-tokoh agama Islam dari kalangan para ulamak *Ahli Sunnah Wal Jamaah @ ASWJ* yang boleh di lantik bagi mewakili golongan agama ?


Bukankah Malaysia ini adalah sebuah negara Islam *ASWJ ?* Jadi kenapa mahu terus menonjolkan tokoh-tokoh Wahabi ini dalam jawatan-jawatan tinggi yang strategik ?


Kemana hala tuju negara ini sebenarnya ? Apa motif sebenar di sebalik perlantikan tersebut ?


Di satu sisi yang lain, apakah pihak berkuasa terutamanya *Kementerian Keselamatan Dalam Negeri @ KDN* masih tidak sedar lagi bahawa beliau ini adalah ikon dan sumber inspirasi kepada *Ustaz Wan Ji Wan Husin* yang terkenal sebagai promoter *Gerakan Subversif Republik Malaysia ?*


Sudah ada beberapa lapuran polis yang di buat ke atas *Ustaz Wan Ji* sewaktu TSMY menjawat jawatan sebagai Menteri KDN. Namun sehingga kini belum ada sebarang tindakan yang di ambil terhadap beliau.


Sebagai seorang anak kepada seorang ulama terkenal, saya yakin TSMY tahu membezakan antara fahaman ASWJ dan juga fahaman Wahabi. Lalu kenapa beliau masih terus memberikan ruang dan peluang kepada tokoh-tokoh Wahabi ? Apa sebenarnya motif dan agenda beliau ?


*Saya keliru dan tidak faham dengan tindakan beliau.*


Apakah beliau ingin terus melihat perpecahan dan suasana yang tidak harmoni terus berlaku di kalangan umat Islam di Malaysia ?


Sebagai seorang Muslim dan Rakyat Malaysia, soalan yang *super penting* dari saya adalah...


Di mana letaknya *Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang* di negara ini ?


Kalau pihak kerajaan sendiri tidak mahu menghormati perlembagaan dan undang-undang lalu siapa lagi ?


Apakah rakyat Malaysia masih lagi boleh berharap bahawa kerajaan mampu berlaku adil dan memberikan keadilan kepada mereka ?


Kalau keadilan sudah tidak mampu lagi di tegakkan apakah masih ada harapan lagi untuk menikmati kesejahteraan di negara ini ?


Kalau rakyat tidak menghormati perlembagaan dan undang-undang, mereka boleh di ambil tindakan. Tetapi kalau kerajaan pula, bagaimana ?


Siapa yang akan mengambil tindakan terhadap kerajaan ?


Kalau golongan yang radikal dan ekstremis serta anti kepada Raja-Raja Melayu ini terus di berikan tempat yang seluas-luasnya maka jangan salahkan rakyat dan umat Islam kalau suatu hari nanti mereka berpaling dari Raja-Raja Melayu.


*Saya ingin mengingatkan semua pihak bahawa dalam ajaran Islam, ketaatan kepada Ulil Amri itu bersyarat, tidak mutlak. Jangan sampai nasi menjadi bubur !*


Dalam keadaan rakyat yang sedang di landa dengan kesengsaraan dan penderitaan ini, maka perkara-perkara yang sensitif seperti ini perlu di berikan perhatian. Ini kerana ia berpotensi untuk menjadi asbab kepada perkara-perkara yang tidak di ingini.


Oleh yang demikian, *Majlis Raja-Raja Melayu* perlu menjelaskan sikap dan pendirian kepada umat Islam di negara ini dengan kadar yang segera.


Apakah sikap dan pendirian Raja-Raja Melayu ? Mempertahankan *ASWJ* atau menyokong Wahabi ?


Di sepanjang sejarah, golongan ASWJ tidak pernah menentang Raja atau Khalifah Islam. Tetapi tidak begitu sikapnya dengan golongan Wahabi yang berfahaman radikal dan ekstremis ini.


Saya mohon kepada semua pihak agar lebih prihatin dan sensitif mengenai perkara yang cukup penting dan utama bagi umat Islam ini.


*Majlis Raja-Raja Melayu* perlu membuat pendirian yang tegas dalam perkara ini. *Gerakan Subversif Republik Malaysia* perlu di siasat sehingga ke akar umbi.


Cukup-cukuplah menguris dan menyakiti hati dan perasaan kami sebagai umat Islam di negara ini. Kami punya kewajipan dan tanggung-jawab untuk mempertahankan aqidah kami.


Kalau benar kita sudah tidak mahu lagi menghormati prinsip *Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan,* maka ayuh ramai-ramai kita campakkannya ke laut. Kita sudah tidak layak lagi untuk hidup bernegara.


*Demi kepentingan Islam, umat Melayu dan Raja-Raja Melayu, saya mohon agar nota ini di viralkan seluas-luasnya.*


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang melangkah ke gerbang perjuangan alaf baru.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

11 Februari 2021.



Bismillah : Luruskan Niat

 *Bismillah : Luruskan Niat.*


Alhamdulillah, akhirnya *Jawatan Kuasa Bebas Darurat* telah di perkenankan perlantikannya oleh KBDYMM SPB YDPA pada 9 Februari 2021.


Cuma yang agak membingungkan, apakah tugas dan peranannya ?


Bukankah sepatutnya JKBD ini yang akan mentadbir negara bagi pihak YDPA ?


Kalau benar, mengapa TSMY belum meletak jawatan dan kabinetnya juga belum di bubarkan ?


Pelik bin Ajaib.... 🤔


Apa pun kita ucapkan tahniah kepada tokoh-tokoh besar yang telah di lantik menganggotai JKBD tersebut.


Kita berharap semoga JKBD tersebut mampu melaksanakan tugas untuk memulihkan keadaan negara yang sedang di landa dengan pelbagai krisis.


Di harapkan, aksi dan prestasi mereka juga adalah sebesar nama dan profil mereka. 


Ini kerana mereka telah di lantik dalam keadaan yang luar biasa dan untuk mengendalikan keadaan yang luar biasa. Maka sudah pasti rakyat juga akan mengharapkan hasil yang luar biasa dari mereka.


Rakyat pasti akan menilai prestasi mereka dalam tempoh 100 hari. Dan kemungkinan besar neraca yang akan di gunakan adalah 10 perkara yang telah saya cadangkan dalam nota saya yang bertajuk *Saya Jadi PM Malaysia* pada 8 Februari 2021.


Kalau saya sebagai rakyat marhaen pun mampu mencadangkan 10 perkara yang mempunyai *high impact* kepada negara, takkan la tokoh-tokoh besar negara tak mampu buat yang lebih baik dari itu.


Kalau setakat hasilnya cuma yang biasa-biasa saja, lebih baik lantik budak-budak yang baru keluar universiti. Betul tak ?


Jadi sama-samalah kita saksikan *the dramatic performance* dari JKBD dalam tempoh 100 hari nanti. 


Sama-sama kita saksikan, apakah tindakan-tindakan yang akan di ambil untuk menyelamatkan rakyat dan negara ini dari pelbagai krisis yang sedang di hadapi.


Perlu kita ingatkan bahawa kegagalan mereka dalam menyelesaikan pelbagai krisis yang ada, adalah merupakan kegagalan YDPA dalam memerintah dan mentadbir negara ini.


Jadi, ini adalah merupakan satu amanah dan tanggung-jawab yang cukup berat buat mereka. Kita berharap agar mereka tidak mensia-siakan peluang yang telah di berikan kepada mereka.


*Kita mengharapkan yang terbaik dan luar biasa dari mereka.*


Persembahan ala-ala macam *David Copperfield* la...


Mereka juga perlu sedar bahawa rakyat mengharapkan agar *Agenda Reset Malaysia* perlu di laksanakan demi memberikan keadilan dan kesejahteraan kepada rakyat.


Mengabaikan *Agenda Reset Malaysia* bermakna mereka menafikan hak rakyat untuk mendapatkan yang terbaik dari negara ini.


Manakala di sisi yang lain pula, gagasan *The Malay Archipelago Economic Caucus* dan cadangan pembangunan *Special Economic Zone* di Sabah telah mendapat sokongan yang padu dari *Ybhg Tan Sri Dr Kamal Salleh* yang merupakan Pengerusi kepada *Malaysian Institute of Economic Research @ MIER.*


Sokongan dan minat *Tan Sri Dr Kamal Salleh* itu telah di suarakan dalam pertemuan di antara beliau dengan *YM Datu Abdul Aziz Hussein @ Datu Aziz Chemor* selaku ketua *Jawatan Kuasa Bertindak* gagasan tersebut pada petang semalam.


Ini sesuatu yang sangat bermakna dan akan memberikan nilai tambah yang besar kepada idea penubuhan gagasan tersebut.


Semoga selepas ini akan ada lagi institusi-institusi atau korporat-korporat besar yang akan tampil memberikan sokongan mereka kepada idea tersebut.


Kita ikuti terus jejak-jejak langkah gagasan *The Malay Archipelago Economic Caucus* untuk menjadi tapak *Kebangkitan Islam Dari Timur.*


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan alaf baru.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

10 Februari 2021.