Monday, 22 February 2021

Bismillah : Antara Legitimasi Dan Kompetensi

 *Bismillah :  Antara Legitimasi Dan Kompetensi.*


Pengumuman hasrat kerajaan untuk mengeluarkan *pasport vaksin* sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang sudah menerima suntikan vaksin Covid 19 saya tanggapi dengan penuh kecurigaan.


Ini wajar kerana saya juga mempersoalkan kenapa rakyat perlu di suntik dengan vaksin secara tergesa-gesa ?


Kenapa semuanya harus di buat secara terburu-buru @ tergesa-gesa ?


Bukankah dengan mengeluarkan *pasport vaksin* itu tandanya kerajaan mahu mewajibkan suntikan vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia ?


Kenapa perkara yang seharusnya menjadi pilihan kepada rakyat Malaysia perlu di wajibkan ?


Saya harus mempersoalkan semua ini kerana kaedah yang saya anjurkan untuk menghadapi ancaman pandemik Covid 19 adalah secara defensif bukan ofensif.


Keutamaan saya adalah soal kehidupan dan kesejahteraan rakyat bukan vaksin.


Saranan saya ini bukan tidak berasas. Dengan kadar penyembuhan yang tinggi dan kadar kematian di sekitar 3%, apakah wajar kita mendakwa *Covid 19 is a deadly pandemic ?*


Keprihatinan rakyat bukan pada vaksin. Tetapi kepada kehidupan mereka. Ramai yang hilang pendapatan, pekerjaan dan perniagaan.


Mereka tidak takut mati akibat Covid 19, tetapi mereka takut tidak dapat menyediakan makanan dan tempat tinggal untuk anak-anak mereka.


Sudah banyak kali saya sampaikan, solusi pandemik Covid 19 melangkaui vaksin.


Sebab itu nota-nota pendek saya lebih banyak menyarankan apa yang seharusnya kita lakukan sekarang dan masa akan datang. Mengambil manfaat dan peluang dari apa yang sedang berlaku sekarang.


Perhatikan nota-nota pendek saya yang lepas. Saya sebenarnya lebih banyak menyoal tentang *consciousness and competency* kerajaan PN. Bukan *legitimacy* nya.


*Consciousness and competency* adalah modal baru untuk menjadi yang terbaik dan terhebat di Abad ke 21 pasca Covid 19.


Semakin tinggi tahap *consciousness and competency* kita sebagai sebuah negara bangsa maka akan semakin tinggi pula pencapaian kita di persada dunia.


Saya tekankan tentang *consciousness and competency* dalam *Agenda Reset Malaysia.* 


Saya bahas mengenai subjek *Intelligence Quotient.* Bahas tentang  *physical, emotional and spiritual awareness @ intelligence.*


Tentang pemikiran sedar, separa sedar dan bawah sedar. Ini kerana sebahagian besar kehidupan kita di pengaruhi oleh *Pemikiran Bawah Sedar* kita.


Kalau saya nak bahas secara terperinci subjek ini, seminggu tak selesai. Sikit-sikit sudah la...


Saya mahu subjek *Consciousness and Competency* ini menjadi topik harian rakyat Malaysia. Saya mahu mereka benar-benar menekuni subjek ini.


Saya mahu rakyat Malaysia menjadi rakyat yang sentiasa positif dan optimis. Saya mahu rakyat Malaysia sentiasa bersemangat dan berfikir mengenai *what can we do now for our future.* Bukan terus berfikir dan berdiskusi tentang *what is happening now and what has happened yesterday.*


Untuk menjadi bangsa yang hebat, premis atau wilayah berfikir yang betul itu penting. Itu yang akan menentukan kejayaan kita di masa hadapan.


Kesedaran mengenai perkara ini perlu ada di semua peringkat. Baik Raja-Raja Melayu, para pemimpin politik, para pemimpin NGO, para usahawan, para pegawai kanan kerajaan mahu pun rakyat jelata.


Ujian pertama kepada potensi negara ini di masa hadapan adalah kepada *Raja-Raja Melayu* itu sendiri. Apa yang mampu mereka lakukan sekarang untuk menentukan hala tuju negara ?


Bukankah *Majlis Raja-Raja Melayu* adalah merupakan institusi tertinggi di negara ini ?


Saya di maklumkan, akan ada *Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu* dalam jangka waktu yang terdekat ini. Sama-sama kita tunggu hasil dari persidangan tersebut.


Hasil dari persidangan tersebut akan menjelaskan kepada kita semua tahap *consciousness and competency* kita sebagai sebuah negara bangsa.


Kalau tinggi tahapnya, Alhamdulillah. Kalau rendah pula tahapnya maka makin banyaklah kerja kita selepas ini.


Apa pun hasilnya ia tetap satu alasan untuk kita bangkit menjadi sebuah negara bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Mengutip slogan mantap Tun Abdullah, mantan PM Malaysia kita yang ke lima.


Kesimpulan nota saya pagi ini, dengan prestasi yang di persembahkan oleh kerajaan PN dalam tempoh hampir setahun ini, tahap *consciousness and competency* kerajaan PN di mata saya begitu rendah sekali.


Itu penilaian saya sebagai *Mr Nobody.* Penilaian orang lain saya tak tahu. Dan sebagai *Mr Nobody* penilaian saya tidak penting.


Kini terpulang kepada penilaian *Majlis Raja-Raja Melayu*. Penilaian dan keputusan *Majlis Raja-Raja Melayu* sangat penting untuk menentukan hala tuju negara dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia. 


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu *Mr Nobody* yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

22 Februari 2021.



No comments: