Saturday, 27 February 2021

Bismillah : Atlantis 2.0

 *Bismillah : Atlantis 2.0*


Pernah dengar atau terbaca kisah dongeng Plato, seorang ahli falsafah Yunani yang terkenal mengenai satu peradaban hebat yang hilang dalam satu malam iaitu *The Lost City of Atlantis.*


Cerita tersebut di catat dalam naskah kunonya, *Timaeus dan Critias* pada tahun 360 Sebelum Masihi.


Saya begitu tertarik dengan cerita mengenai Atlantis sewaktu saya masih muda lagi kerana peradabannya yang begitu hebat.


Dan waktu itu saya menyimpulkan sekiranya ada peradaban yang begitu hebat di dunia, sudah pasti ia akan di bangunkan oleh Nabi Adam AS. Ini kerana Nabi Adam AS di turunkan dari Syurga dan hidup selama 1000 tahun di atas muka bumi.


Dengan pengalaman baginda yang pernah tinggal di syurga dan mampu berhubung dengan alam-alam ghaib, sudah pasti hanya baginda yang mampu membangunkan sebuah peradaban yang begitu hebat.


Dan waktu itu saya begitu menginginkan agar peradaban yang hebat itu berlaku di Nusantara @ Kepulauan Melayu ini.


Pada tahun 2005, saintis Brazil iaitu Prof Dr Arysio Nunes dos Santos telah mengemparkan dunia dengan mendakwa bahawa lokasi Atlantis yang tenggelam selama lebih dari 11,000 tahun adalah di Nusantara.


Hasil kajian beliau itu di bukukan dengan tajuk *Atlantis : The Lost Continent Finally Found.*


Dakwaan tersebut di sokong oleh kajian dan penelitian yang telah beliau lakukan selama 30 tahun.


Wow ! Menarik bukan....


Apakah benar *The Lost City of Atlantis* adalah sebuah peradaban Nusantara Kuno ?


Sekiranya benar, maka para leluhur kita adalah satu bangsa yang telah membina sebuah peradaban yang hebat dan yang pertama di dunia.


Kita bangsa yang menyimpan sejarah yang hebat dalam DNA kita.


Kajian dan dakwaan itu di teruskan pula oleh seorang putera Negara Indonesia yang bernama *Ahmad Yanuana Samantho* dengan bukunya yang berjudul *Atlantis Nusantara.*


Buku ini juga membariskan sederetan bukti-bukti yang kuat untuk meyakinkan dunia bahawa *Atlantis adalah satu peradaban Nusantara Kuno.*


Jadi, apa kaitannya *Agenda Reset Malaysia* dengan *The Lost City of Atlantis* ini ?


Atlantis adalah sumber inspirasi angan-angan saya mengenai bangkitnya satu peradaban baru dari Nusantara @ Kepulauan Melayu.


Sebuah peradaban baru yang di dorong oleh *kesedaran kerohanian @ spiritual awareness yang tinggi* warisan para leluhur yang menjadi aset terbesar bangsa Nusantara @ Kepulauan Melayu.


Kesedaran yang akan memupuk kembali ajaran *budi pekerti yang luhur dan mulia* yang menjadi kebanggaan *Rumpun Melayu* di Nusantara @ Kepulauan Melayu.


Dengan *emotional and spiritual quality* yang tinggi serta dengan kekayaan adat resam, budaya dan sumber alam semula jadinya, Nusantara @ Kepulauan Melayu ini paling berpotensi untuk bangkit dan membina satu peradaban baru yang hebat di Abad ke 21 pasca Covid 19 ini.


Mungkin sudah waktunya *Satrio Peningit dan Ratu Adil,* dua tokoh yang di tunggu-tunggu oleh bangsa Nusantara @ Kepulauan Melayu ini muncul untuk memimpin kebangkitan peradaban baru ini.


Siapa tahu angan-angan ini suatu hari nanti akan jadi kenyataan. Paling tidak, *ATLANTIS 2.0* adalah sebuah mimpi terindah bangsa Nusantara @ Kepulauan Melayu ini. Bangsa yang mewarisi sebuah kehebatan yang terunggul di dunia.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

28 Februari 2021.

No comments: