Saturday, 13 February 2021

Bismillah : Kalau Saya Presiden UMNO

 *Bismillah : Kalau Saya Presiden UMNO...*


Sebenarnya saya dah malas nak mengulas tentang politik lagi. Nota saya yang bertajuk *Saya Jadi PM Malaysia* adalah kemuncak angan-angan saya untuk menyelesaikan pelbagai krisis yang ada di negara ini pada masa ini.


Tetapi kerana desakan seorang kawan, saya gagahi juga.


Dalam nota tersebut, saya catat 10 perkara yang akan saya lakukan dalam tempoh 100 hari sekiranya saya di lantik sebagai PM Malaysia. *Dan yang ke 10 adalah membubarkan semua parti-parti politik.*


Kenapa ? Kerana saya tidak nampak parti-parti politik ini mampu menyelesaikan pelbagai krisis yang ada. Kalau mereka mampu, TSMY tidak akan jadi PM Malaysia sampai ke hari ini.


Ini menunjukkan bahawa tahap *consciousness and competency* parti-parti politik di Malaysia begitu rendah.


Jadi jangan hairan kalau aksi dan prestasi mereka begitu hambar dan tidak sebagaimana yang boleh kita harapkan.


Jadi pagi ini saya terpaksa memasang angan-angan sekiranya saya jadi Presiden UMNO, apa yang perlu saya lakukan sekarang.


Sebagai Presiden UMNO, sebuah parti politik terbesar di Malaysia, saya akan terima Proklamasi Darurat kerana itu adalah *keputusan yang betul walau pun dengan alasan yang salah.* Tetapi mengekalkan TSMY sebagai PM Malaysia itu adalah *keputusan yang salah walau apa pun alasannya.*


Ini kerana beliau sudah terbukti gagal untuk mentadbir negara dan beliau juga adalah merupakan punca kepada segala kemelut politik yang ada.


Sebab itu saya pernah menyatakan bahawa *TSMY adalah merupakan ancaman terbesar kepada negara ini.*


Jadi, demi untuk menyelamatkan rakyat dan negara ini, sebagai Presiden UMNO, saya akan berunding dengan semua parti-parti politik yang ada di negara ini dan mengajak mereka semua membuat *road-show* untuk bertemu dengan Raja-Raja Melayu bagi mempersembahkan kepada Raja-Raja Melayu mengenai aspirasi dan situasi rakyat pada masa ini. Begitu juga mengenai kondisi negara yang sedang tenat pada waktu ini.


Dan memohon kepada Raja-Raja Melayu melalui *Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu* agar memecat TSMY dan melantik seorang PM Malaysia yang baru.


Sekurang-kurangnya ada 10 sebab kenapa beliau perlu di pecat dengan kadar segera.


1. Beliau sudah kehilangan sokongan majoriti di parlimen. Jadi sepatutnya beliau *meletakkan jawatan sebagai PM Malaysia* dan bukannya *menasihati YDPA untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat.* Ini kesalahan yang cukup besar.


2. Memberikan ruang yang luas kepada tokoh-tokoh Wahabi. Ini bukan menjaga agama tetapi merosakkan agama dan merosakkan keharmonian umat Islam. Ini juga kesalahan yang cukup besar. Bertentangan dengan perlembagaan dan fatwa para ulamak.


3. Tidak mengambil sebarang tindakan terhadap *Gerakan Subversif Republik Malaysia* yang mengancam Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu. Kenapa ancaman yang begitu *serious* dan besar terus di biarkan ? Ini benar-benar mengundang kemusykilan.


4. Gagal untuk menguruskan pandemik Covid 19 dengan baik.


5. Gagal untuk membantu rakyat yang dalam penderitaan dan kesengsaraan akibat pandemik Covid 19.


6. Gagal menguruskan kewangan dan ekonomi negara. Ramai pelabur yang telah meninggalkan negara ini kerana hilang keyakinan kepada kerajaan.


7. Tergesa-gesa dalam soal pembelian vaksin yang belum terbukti mampu menyelesaikan masalah ancaman Covid 19. Apa sebenarnya motif di belakang pembelian vaksin ini ? 


8. Rasuah politik berlaku secara besar-besaran dan berleluasa.


9. TSMY dan partinya terus ber *politicking* biarpun dalam waktu darurat sehingga mencetuskan kemarahan rakyat.


10. Tindakan untuk terus mempertahankan TSMY akan mencemarkan nama baik institusi Raja-Raja Melayu di mata rakyat.


Secara waras, apakah dengan 10 perkara yang saya sebutkan di atas ini masih belum mencukupi untuk memecat TSMY ?


Selepas ini, sekiranya Presiden UMNO dan presiden parti-parti lain masih lagi gagal untuk mengambil tindakan yang berkesan bagi menyelamatkan rakyat dan negara, maka wajarkah mereka ini di beri peluang lagi untuk membentuk kerajaan politik ?


Sudah sampai masanya untuk rakyat Malaysia *SAY NO TO POLITICAL PARTIES.*


Sudah terbukti parti-parti politik di Malaysia tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat dan negara ini. Jadi untuk apa ada mereka ? 


Mungkin selepas ini, rakyat tidak perlu lagi berharap kepada kerajaan politik. Apatah lagi di Abad ke 21 pasca Covid 19, *the idea of political goverment is outdated.*


Teruskan mengikuti mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

14 Februari 2021.



No comments: