Thursday, 18 February 2021

Bismillah : Kita Tuai Apa Yang Kita Semai

 *Bismillah : Kita Tuai Apa Yang Kita Semai.*


Isu mengenai *Sugar Daddy vs Sugar Baby* kelihatannya masih belum reda lagi. Masih mendapat perhatian masyarakat.


Kenapa amalan songsang seperti itu wujud dan terakam dalam sosio-budaya kita ?


Jawapannya mudah. *Kita Tuai apa yang kita semai.*


Inilah hasil dari apa yang kita semai selama ini.


*Kalau padi yang kita semai maka padi jugalah yang kita tuai. Kalau ubi maka ubilah.* Naratifnya cukup sederhana.


Amalan songsang tersebut adalah hasil dari amalan pergaulan bebas dalam masyarakat kita. Amalan yang sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita. 


Pergaulan bebas ini pula akan membawa kepada hubungan bebas dan perlakuan seks bebas.


Bukankah dalam sebuah masyarakat yang semakin liberal dan mengamalkan budaya pergaulan bebas, sepatutnya amalan seperti *sugar daddy vs sugar baby* ini di alu-alukan dan di raikan ?


Apakah ia tidak wajar menjadi satu amalan dalam sosio-ekonomi kita ?


Kalau betul tidak suka dengan amalan tersebut maka semua pihak harus berusaha untuk menghentikan budaya pergaulan bebas di negara ini dengan kadar yang segera.


*Kunci isteri-isteri kita dan anak-anak dara kita di rumah.*


Jangan jadi *munafik* dengan diri kita sendiri dan dalam bermasyarakat dan bernegara.


*Ini peringatan buat diri saya dan kita semua !*


Kononnya kita tidak suka makan buah cempedak tetapi kita terus juga menanam buah cempedak. Apa yang kita nak sebenarnya ??


Saya kongsikan *nasihat seorang Mursyid yang terkenal di Bogor, Indonesia, kepada seorang saliknya yang kebetulan adalah sahabat baik saya.* 


*Mursyid tersebut adalah Habib Muhammad Bin Aqil Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Dato Syed Salim Al Attas ( Mufti Johor Yang Pertama)*


Ini kerana nasihat tersebut amat bermuafakat dengan *Agenda Reset Malaysia.*


Nasihat Mursyid tersebut, *"Fokus kepada Amar Maaruf Nahi Mungkar yang masih banyak tidak di kerjakan oleh umat termasuk ahli keluarga terdekat seperti menjaga solat, melarang pergaulan bebas bukan muhrim dan menjauhi Riba'. Ini yang di perlukan di akhir zaman. Yang lain-lain itu bukan tidak penting tetapi kerapnya kita terjatuh dalam kancah di sibukkan dengan dengan perkara-perkara cabang tetapi yang dasar masih lagi tidak selesai."*


Inilah nasihat yang sepatutnya kita pegang untuk diri kita, keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Mulai hari ini berazam untuk *be part of the solution. Not part of the problem.*


Sentiasa ingat kepada 3 perkara ini ;


1. Solat - ritual yang melatih kita agar sentiasa mengingati Allah SWT setiap masa dan dalam setiap perkara yang kita lakukan  pada setiap hari.


2. Melarang pergaulan bebas dengan bukan muhrim - ini akan mencegah dari segala macam fitnah dan dari berlakunya pelbagai perkara yang tidak di ingini.


3. Menjauhi Riba' - marilah bersama-sama kita berusaha untuk mewujudkan sistem monetari, kewangan dan perdagangan yang bebas Riba'.


Berpegang teguh dengan nasihat ini. InsyaaAllah banyak masalah yang mampu kita selesaikan dengan berpegang kepada nasihat ini.


Ini juga adalah antara perkara-perkara yang di tekankan dalam *Agenda Reset Malaysia.* Agenda baru untuk diri kita, keluarga, masyarakat, negara dan dunia demi kepentingan kita bersama dalam melangkah ke era baru pasca Covid 19.


Mari kita semai benih yang baik. Pasti kita akan menuai hasil yang baik suatu hari nanti. InsyaaAllah.


Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kita dan mempermudahkan segala urusan kita. InsyaaAllah. Allahumma aamiin.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

19 Februari 2021.



No comments: