Wednesday, 10 February 2021

Bismillah : Luruskan Niat

 *Bismillah : Luruskan Niat.*


Alhamdulillah, akhirnya *Jawatan Kuasa Bebas Darurat* telah di perkenankan perlantikannya oleh KBDYMM SPB YDPA pada 9 Februari 2021.


Cuma yang agak membingungkan, apakah tugas dan peranannya ?


Bukankah sepatutnya JKBD ini yang akan mentadbir negara bagi pihak YDPA ?


Kalau benar, mengapa TSMY belum meletak jawatan dan kabinetnya juga belum di bubarkan ?


Pelik bin Ajaib.... 🤔


Apa pun kita ucapkan tahniah kepada tokoh-tokoh besar yang telah di lantik menganggotai JKBD tersebut.


Kita berharap semoga JKBD tersebut mampu melaksanakan tugas untuk memulihkan keadaan negara yang sedang di landa dengan pelbagai krisis.


Di harapkan, aksi dan prestasi mereka juga adalah sebesar nama dan profil mereka. 


Ini kerana mereka telah di lantik dalam keadaan yang luar biasa dan untuk mengendalikan keadaan yang luar biasa. Maka sudah pasti rakyat juga akan mengharapkan hasil yang luar biasa dari mereka.


Rakyat pasti akan menilai prestasi mereka dalam tempoh 100 hari. Dan kemungkinan besar neraca yang akan di gunakan adalah 10 perkara yang telah saya cadangkan dalam nota saya yang bertajuk *Saya Jadi PM Malaysia* pada 8 Februari 2021.


Kalau saya sebagai rakyat marhaen pun mampu mencadangkan 10 perkara yang mempunyai *high impact* kepada negara, takkan la tokoh-tokoh besar negara tak mampu buat yang lebih baik dari itu.


Kalau setakat hasilnya cuma yang biasa-biasa saja, lebih baik lantik budak-budak yang baru keluar universiti. Betul tak ?


Jadi sama-samalah kita saksikan *the dramatic performance* dari JKBD dalam tempoh 100 hari nanti. 


Sama-sama kita saksikan, apakah tindakan-tindakan yang akan di ambil untuk menyelamatkan rakyat dan negara ini dari pelbagai krisis yang sedang di hadapi.


Perlu kita ingatkan bahawa kegagalan mereka dalam menyelesaikan pelbagai krisis yang ada, adalah merupakan kegagalan YDPA dalam memerintah dan mentadbir negara ini.


Jadi, ini adalah merupakan satu amanah dan tanggung-jawab yang cukup berat buat mereka. Kita berharap agar mereka tidak mensia-siakan peluang yang telah di berikan kepada mereka.


*Kita mengharapkan yang terbaik dan luar biasa dari mereka.*


Persembahan ala-ala macam *David Copperfield* la...


Mereka juga perlu sedar bahawa rakyat mengharapkan agar *Agenda Reset Malaysia* perlu di laksanakan demi memberikan keadilan dan kesejahteraan kepada rakyat.


Mengabaikan *Agenda Reset Malaysia* bermakna mereka menafikan hak rakyat untuk mendapatkan yang terbaik dari negara ini.


Manakala di sisi yang lain pula, gagasan *The Malay Archipelago Economic Caucus* dan cadangan pembangunan *Special Economic Zone* di Sabah telah mendapat sokongan yang padu dari *Ybhg Tan Sri Dr Kamal Salleh* yang merupakan Pengerusi kepada *Malaysian Institute of Economic Research @ MIER.*


Sokongan dan minat *Tan Sri Dr Kamal Salleh* itu telah di suarakan dalam pertemuan di antara beliau dengan *YM Datu Abdul Aziz Hussein @ Datu Aziz Chemor* selaku ketua *Jawatan Kuasa Bertindak* gagasan tersebut pada petang semalam.


Ini sesuatu yang sangat bermakna dan akan memberikan nilai tambah yang besar kepada idea penubuhan gagasan tersebut.


Semoga selepas ini akan ada lagi institusi-institusi atau korporat-korporat besar yang akan tampil memberikan sokongan mereka kepada idea tersebut.


Kita ikuti terus jejak-jejak langkah gagasan *The Malay Archipelago Economic Caucus* untuk menjadi tapak *Kebangkitan Islam Dari Timur.*


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan alaf baru.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

10 Februari 2021.



No comments: