Tuesday, 9 February 2021

Bismillah : The Malay Archipelago Economic Caucus

 *Bismillah : The Malay Archipelago Economic Caucus.*


Nota-nota pendek saya mengenai angan-angan sebuah *Agenda Reset Malaysia* sudah sampai ke kemuncaknya. 


Telah saya sampaikan *naratif dan road map* nya. *Visi, Misi dan Formulanya,* secara yang menyeluruh.


Telah saya layangkan juga secara terbuka tawaran saya sehingga ke peringkat untuk memegang jawatan sebagai PM Malaysia. Ini telah saya lakukan melalui nota saya pagi semalam 8/2/2021 yang bertajuk *Saya Jadi PM Malaysia.*


*Selesai bab berangan-angan.* 


Sekarang ini sampai kepada masanya untuk kita beraksi dan berprestasi di pentas perjuangan. Menterjemahkan angan-angan menjadi satu realiti.


Mulai hari ini nota saya, saya mulakan judulnya dengan *Bismillah* bukan lagi *Reset Malaysia.*


Ini bermakna saya dan pasukan kerdil saya yang *super hebat* akan memulakan langkah untuk menyediakan tapak bagi *Kebangkitan Islam Dari Timur.*


*Abdullah Bin Mas'ud,* dia berkata : " Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua belah mata Rasulullah SAW pun berlinang dengan air mata dan wajah Baginda berubah. Aku pun bertanya, mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai ?" Baginda menjawab, kami ahlul bait telah ALLAH pilih akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepas ku kelak sehinggalah datang *satu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam.* Mereka meminta kebaikan tetapi tidak di berikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kejayaan lalu di berikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerimanya sehingga *mereka menyerahkan nya kepada seorang laki-laki dari kaum kerabatku* yang memenuhi bumi ini dengan keadilan sebagaimana ia di penuhi oleh kedurjanaan. Barang siapa di antara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walau pun terpaksa merangkak di atas salju. Sesungguhnya dia adalah *Al MAHDI.*


( Sunan At Tarmizi, Jilid 9;  Sunan Abu Daud, Jilid 5 )


Semoga kita semua terpilih untuk sama-sama berjuang dengan *Khalifah Akhir Zaman* yang telah di janjikan.


*This is what the AGENDA RESET MALAYSIA is all about.*


Kami akan melangkah menuju ke *Pulau Borneo, khususnya ke negeri di bawah bayu iaitu Sabah* untuk memulai perjuangan bagi mengisi *Agenda Reset Malaysia.*


Kami akan bekerjasama dengan kerajaan Negeri Sabah untuk membangunkan sebuah kawasan sebagai *Special Economic Zone* untuk menjadi platform sebuah gagasan besar iaitu *The Malay Archipelago Economic Caucus @ MAEC.* 


Gagasan ekonomi moden yang berteknologi tinggi  ini akan melibatkan kawasan seperti Selatan Phillipine, Pulau Borneo dan juga Sulawesi.


Ia akan menjadi *platform tunggal kepada sistem digital, monetari, kewangan, perdagangan dan food bank* untuk umat Islam di seluruh dunia.


Gagasan ini akan menjadi enjin pertumbuhan dan pembangunan yang pesat kepada perjanjian perdagangan *Brunei, Indonesia, Malaysia, Phillipine - East ASEAN Growth Area @ BIMP - EAGA.*


Ia juga akan berpotensi dan berupaya untuk menjadi tumpuan kepada negara-negara Asia Pasifik yang terlibat dalam perjanjian perdagangan terbesar dunia iaitu *Regional Comprehensive Economic Partnership @ RCEP.*


Ia juga akan menarik minat para pelabur dari seluruh Dunia kerana potensinya yang luar biasa.


Gagasan Ekonomi Baru *MAEC* ini berpotensi untuk menarik pelaburan melangkaui *USD 1 Trillion* ke kawasan yang terlibat.


Kita berharap agar Gagasan Ekonomi Baru ini akan di sambut baik oleh kerajaan Negeri Sabah dan Serawak dan juga oleh seluruh penduduk di Negeri Sabah dan Serawak.


InsyaaAllah, saya akan memaklumkan kepada anda semua dari masa ke semasa mengenai perkembangan projek ini serta peluang-peluang perniagaan dan pelaburan yang boleh di kongsi bersama.


Ikuti jejak-jejak perjuangan ini. *Agenda Reset Malaysia* bukan sekadar angan-angan kosong juga bukan sekadar omong-omong kosong.


*Agenda Reset Malaysia* adalah manifestasi dari sebuah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dan Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan alaf baru.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

9 Februari 2021.



No comments: