Friday, 12 February 2021

Bismillah : Nusantara Rumah Besar ASWJ

 *Bismillah : Nusantara Rumah Besar ASWJ.*


Saya di tanya, apa pandangan saya tentang ramainya mereka yang bergelar *DATO* pada hari ini.


Bagi saya, perkara itu tidak ada masalah. Itu anugerah dan kurniaan Raja-Raja Melayu kepada rakyat jelata yang menjadi pilihan Raja-Raja Melayu. Adat dan istiadat Raja-Raja Melayu sejak zaman berzaman.


Dan adat istiadat Raja-Raja Melayu ini di amalkan bukan setakat di Malaysia sahaja bahkan di seluruh *Kepulauan Melayu @ Nusantara.*


Ada lebih dari 200 Raja-Raja Melayu di Kepulauan Melayu @ Nusantara ini. Biarpun mereka sudah kehilangan kedaulatan namun adat istiadat ini masih di pertahankan sehingga ke hari ini.


Bagi saya lebih ramai lebih bagus kalau kita tahu makna di sebalik gelaran tersebut.


Dan kalau kita nak bincang perkara ini, yang penting bukan kuantitinya tetapi makna dan nilai di sebalik gelaran tersebut. 


Ada sebuah kewajipan dan tanggung-jawab yang di tuntut dari seorang yang *bergelar @ The Malay Gentleman* ini.


Kita semua tahu bahawa tidak ada Raja-Raja Melayu yang tidak bersumpah melainkan dengan Allah SWT untuk mempertahankan Islam pada setiap masa. Ini tugas dan tanggung-jawab hakiki seorang Raja Melayu.


Maka menjadi kewajipan bagi orang-orang bergelar ini untuk membantu Raja-Raja Melayu melaksanakan tugas dan kewajipan hakiki mereka. Ini kerana mereka sudah menjadi *Orang Raja.*


Kalau mereka sudah sanggup untuk menerima anugerah tersebut dan menjadi *Orang Raja* maka mereka harus pula sanggup untuk menunaikan kewajipan mereka untuk membantu Raja. Tanpa mengira bangsa dan agama mereka.


*Gelaran ini bukan sembarangan. Bukan untuk bermegah-megah tetapi untuk menjunjung Kedaulatan Raja-Raja Melayu yang bersandarkan kepada Kedaulatan Islam.*


Kesedaran ini yang kelihatannya pada hari ini sudah memudar dan semakin hilang di kalangan *Orang-Orang Bergelar* ini.


Hari ini gelaran *DATO* menjadi alat kemegahan dan di anggap sebagai status dalam masyarakat. Ini yang perlu di luruskan kembali di zaman reset ini.


*Kepulauan Melayu @ Nusantara adalah rumah besar kepada Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak dari mula kedatangan Islam di sini.*


Dan Raja-Raja Melayu adalah institusi yang terus berperanan untuk mempertahankannya sehingga ke hari ini.


Tanggung-jawab dan kewajipan ini perlu di teruskan sehingga ke hari kiamat. Dan *Orang-Orang Bergelar* ini wajib membantu Raja-Raja Melayu menunaikan kewajipan tersebut.


Bangsa Melayu sedar mengenai perkara ini. Oleh kerana itu mereka merasa kecewa bila *Orang-Orang Bergelar* ini tidak menunaikan kewajipan mereka.


Mereka tambah kecewa bila ada di kalangan ahli-ahli kongsi gelap @ Mafia juga turut menerima gelaran tersebut.


Bukankah golongan ini terlibat dengan aktiviti-aktiviti jenayah dan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral yang mencemarkan nama baik institusi Raja-Raja Melayu dan Islam ?


Ini perkara yang sangat *serious* dan perlu di beri perhatian oleh semua pihak.


Dan ada pula di kalangan *Orang-Orang Bergelar* ini yang secara terang-terangan menentang Islam. 


Itu yang menentang secara terang-terangan. Bagaimana pula yang menentang secara tidak terang ? 


Jadi orang Raja. Jadi orang kepada Ketua Agama Islam tetapi tidak berselera dengan Islam. Tidak berselera dengan fahaman *Ahli Sunnah Wal Jamaah.* Tidak berselera dengan bahasa dan budaya Melayu.


*Nauzubillahi min zalik !*


*Sudah sampai masanya agar golongan ini di displinkan kembali !*


Kalau tak mahu berjuang untuk mempertahankan Islam, untuk mempertahankan *Ahli Sunnah Wal Jamaah* maka saran saya kepada mereka, elok serahkan kembali anugerah tersebut kepada Raja-Raja Melayu.


Jangan khianati bangsa Melayu. Gelar tersebut adalah amalan dan budaya bangsa Melayu. Bangsa yang menjunjung tinggi agamanya.


Bangsa Melayu sudah berjuang selama 500 tahun untuk mempertahankan Agamanya, Raja-Raja-nya dan tanah airnya.


Jangan lupa, siapa yang berjuang menentang *Malayan Union* untuk merampas kembali *Kedaulatan Raja-Raja Melayu* yang telah tergadai kepada kerajaan Inggeris ?


Ingat ! Bangsa inj telah berkorban segala-galanya untuk mempertahankan jati diri mereka.


Hargailah pengorbanan nenek moyang mereka. Orang sudah berbudi, pandai-pandai la berbahasa.


Wahai para *DATO* sekelian. Pertahankan Islam, Raja-Raja Melayu dan adat istiadat serta budaya Melayu. 


Ingat ! Gelaran itu bukan untuk berseronok-seronok dan bermegah-megah. Apa lagi untuk di jadikan alat bagi memandang rendah pada orang lain. Ingat ! Ada perjuangan yang perlu di galas. *Ada kewajipan keagamaan di situ.*


Kalau orang Jepun, orang Korea yang jauh lebih maju dari kita boleh berbangga dengan adat dan budaya mereka, kenapa kita tidak ?


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

13 Februari 2021.



No comments: