Wednesday, 17 February 2021

Bismillah : Pertahankan Sistem Raja Berpelembagaan

 *Bismillah : Pertahankan Sistem Raja Berperlembagaan.*


Semalam, 17 Februari 2021, viral surat Dato Seri Azalina Othman kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Bin Harun.


Kandungannya mempersoalkan mengenai keadaan *parlimen yang telah di gantung* pada masa ini.


Nampaknya keputusan YDPA mengantung parlimen dan memproklamasikan Darurat atas nasihat Peguam Negara dan PM Malaysia terus di persoalkan oleh para pemimpin politik.


Apa yang agak menghairankan saya, mana perginya suara-suara dari Bersih 2.0, Perkasa, Persatuan Perajurit Arshad, Majlis Peguam Negara dan NGO-NGO lain yang selama ini kononnya berjuang untuk mempertahankan demokrasi dan hak rakyat ?


Mengapa senyap je... ??


Apakah mereka sudah hilang keberanian ?


Atau mungkin mereka merasakan bahawa kerajaan TSMY adalah kerajaan yang sah dan tidak melanggar prinsip-prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan ?


Dan apakah mereka juga tidak merasakan bahawa TSMY dan Peguam Negara tidak *Salah Guna Kuasa* dalam memberikan nasihat kepada YDPA ?


Pagi ini saya kongsikan pandangan *YM Dato Aziz Chemor* salah seorang tokoh perjuang yang mempelopori *Agenda Reset Malaysia* mengenai perkara ini.


Beliau berpandangan bahawa *Sistem Raja Berperlembagaan* perlu di pertahankan dan demi menjaga maruah Majlis Raja-Raja Melayu maka satu *Emergency Rulers Council Meeting* perlu di adakan dengan kadar segera.


1. Untuk membatalkan *Penghapusan Immuniti Raja-Raja Melayu* yang telah di lakukan oleh Tun M sewaktu menjadi PM Malaysia yang ke empat dulu.


2. Untuk memecat kerajaan TSMY yang sentiasa di kecam oleh rakyat kerana pelbagai isu dan krisis yang timbul akibat kegagalan dalam mentadbir dan menguruskan negara ini.


3. Meneruskan Proklamasi Darurat dan pengantungan parlimen atas beberapa faktor ;


(1) - Untuk menguruskan pandemik Covid 19 dengan cara yang lebih efisien dan efektif.


(2) - Menangani kemelut politik yang boleh membawa kepada ketegangan dalam masyarakat dan berpotensi mencetuskan  keadaan yang huru-hara.


(3) - Menangani krisis ekonomi yang telah memudharatkan kehidupan rakyat di semua peringkat. Krisis ekonomi juga berpotensi mencetuskan keadaan yang tidak di ingini sebagaimana yang telah berlaku di Myanmar dan Thailand.


(4) - Melantik seorang PM Malaysia yang baru untuk mengetuai *interim @ care taker government* sehingga sampai ke waktu yang di rasakan sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15.


(5) - Menghapuskan ancaman dari *Gerakan Subversif Republik Malaysia @ GSRM* secara tuntas hingga ke akar umbinya.


(6) - Untuk melaksanakan *Agenda Reset Malaysia* bagi meletakkan kembali negara ke landasannya yang sebenar menurut prinsip-prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.


Secara peribadi, saya bersetuju dan menyokong penuh cadangan tersebut. 


Saya rasa, inilah saranan terbaik untuk memelihara maruah Majlis Raja-Raja Melayu, mempertahankan Sistem Raja Berperlembagaan dan menyelesaikan pelbagai krisis yang sedang di alami oleh rakyat dan negara ini.


Membiarkan negara dalam keadaan yang sedia ada akan terus menjerumuskan negara ke dalam kancah kehancuran.


Kerajaan TSMY yang terbukti gagal dan terus menerus mendapat kecaman dari pelbagai pihak tidak wajar di pertahankan lagi.


Semoga pandangan dan saranan dari *YM Dato Aziz Chemor* ini akan mendapat perhatian dari pelbagai pihak dan khususnya dari *Majlis Raja-Raja Melayu* itu sendiri.


Saya sentiasa mengharapkan yang terbaik buat rakyat dan negara ini. Kebijaksanaan Majlis Raja-Raja Melayu bagi menangani perkara ini amat di harapkan dan di hargai.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

18 Februari 2021.



No comments: