Sunday, 28 February 2021

Bismillah : Pesanan Agung Dari Para Leluhur Kita

 *Bismillah : Pesanan Agung Dari Para Leluhur Kita.*


Malaysia dan Indonesia adalah dua buah negara yang berjiran dan serumpun. Memiliki agama, bahasa dan budaya yang sama.


Dua buah negara yang yang bersaudara dan yang mendominasi Nusantara @ Kepulauan Melayu. 


Pagi ini kita sembang sedikit mengenai apa *Pesanan Agung Para Leluhur* bangsa Melayu @ bangsa Nusantara buat kita semua dalam kehidupan berbangsa dan bernegara.


Kalau di Malaysia kita lihat pada *prinsip @ rukun pertama* dalam *Rukun Negara* iaitu, *Kepercayaan Kepada Tuhan.*


Kalau di Indonesia, kita lihat pada *Sila Pertama* dalam *Panca Sila* iaitu *Ketuhanan Yang Maha Esa.*


Kenapa *Ke-Tuhan-an* yang menjadi prinsip pertama kedua-dua negara ?


Apa kaitannya atau kepentingannya *Ke-Tuhan-an* dalam kehidupan berbangsa dan bernegara ?


Ini penting untuk di fahami kerana kehidupan itu punya dua sisi. *Eksotoris dan esotoris.*


Eksotoris yang bersifat eksternal @ luaran dan esotoris yang bersifat internal @ dalaman. Atau dalam lain perkataan yang bersifat fizikal dan meta fizikal.


Nyata ghaib, jiwa raga, zahir bathin, luar dalam, rohani jasmani dan sebagainya.


Memahami sisi kehidupan yang bersifat esotoris ini penting kerana ini akan membawa kepada puncak kesedaran, kebijaksanaan dan kecerdasan dalam kehidupan berbangsa dan bernegara.


Dengan memahami sisi kehidupan yang esotoris maka baru kita akan menyedari mengapa kerajaan-kerajaan purba di Nusantara @ Kepulauan Melayu itu besar-besar wilayahnya dan luas pula pengaruhnya suatu masa dahulu.


Dan mengapa para leluhur kita sangat bijaksana dan mempunyai pelbagai kesaktian @ kemampuan yang luar biasa.


Kebijaksanaan mereka terserlah di dalam pantun, syair mahu pun dalam pelbagai perpatah dan petua yang mereka wariskan kepada kita.


Daripada mana mereka memperoleh kebijaksanaan dan kecerdasan yang luar biasa itu ?


Tidak lain dan tidak bukan ini kerana para leluhur kita mempunyai kesedaran yang tinggi dan benar mengenai kewujudan satu entiti yang tertinggi di Alam Semesta Raya ini.


Insaf dan akur dengan kebenaran yang sejati inilah yang telah membuatkan para leluhur kita *bijak, cerdas dan sakti.*


Sebab itu saya nyatakan dari awal bahawa asas atau inti dari *Agenda Reset Malaysia* adalah kembali kepada hakikat kehidupan yang sebenar iaitu kembali kepada kesedaran yang mutlak dan hakiki.


*The greatest wisdom of all time* adalah *La ilaha ila Allah* @ Tiada Tuhan selain Allah.


Mencapai kemuncak *Makrifatullah* itulah kesedaran yang mutlak dan hakiki yang akan menerbitkan kebijaksanaan, kecerdasan dan kesaktian. 


Golongan para elit global yang menguasai kedudukan 1% di puncak piramid kehidupan kita sudah lama mengetahui rahsia ini. Kita sahaja yang tidak menyedari tentang perkara ini.


Sebab itu mereka berjaya mengawal dan mengelola kehidupan kita sehingga kita di buat tidak berdaya untuk menentang mereka.


Mereka mengatur kehidupan kita dengan doktrin *FEAR AND GREED* semenjak kita lahir lagi.


Lihatlah di sekeliling kita. Realiti kehidupan kita hari ini. Bukankah seluruh kehidupan kita sedang di atur dengan doktrin *FEAR AND GREED ?*


Pandemik Covid 19 adalah dalil yang jelas bagaimana *FEAR* di gunakan untuk mengawal dan mengelola kehidupan kita.


Sebab itu Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW mengingatkan kita tentang penyakit *Al Wahnu @ Cinta Dunia dan Takut Mati.*


Sebagai *counter narrative* kepada agenda jahat para elit global ini maka penting bagi kita semua untuk kembali kepada *the greatest book of all time* iaitu *Al Quran Al Kareem.*


Bukan kembali kepada admin kita, *Tuan Sheikh Abdul Kareem,* tetapi kembali kepada *Al Quran Al Kareem.* Jangan salah faham pulak ya...


Maka sebab itu di dalam *the greatest book of all time @ Al Quran Al Kareem* menyatakan dengan jelas bahawa *awal agama itu mengenal Allah.*


Kesedaran dan keimanan yang mutlak terhadap satu *entiti yang tertinggi, yang tunggal yang menguasai dan mengatur Alam Semesta Raya* ini penting dalam kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat dan bernegara.


Apa jalan yang sebenar untuk mengenal Tuhan ? 


*Barang siapa yang mengenal dirinya maka kenallah ia akan Tuhannya.*


Inilah jalan yang telah di lalui oleh para leluhur kita jauh sebelum kedatangan Islam di Nusantara @ Kepulauan Melayu.


Dengan berusaha untuk mengenali diri mereka yang bathin mereka berjaya mengenali Tuhan dengan kenal yang sebenar-benar kenal.


Mereka keluar mengembara, berkelana ke serata pelusuk Nusantara @ Kepulauan Melayu mencari guru-guru kerohanian yang selalunya bersembunyi atau menjauhkan diri dari hiruk pikuk dunia untuk mengajar mereka *Ilmu Mengenal Diri.*


*Ilmu Mengenal Diri* bukan sebarang ilmu. Ini bukan ilmu akal atau ilmu kalam tetapi ini *Ilmu Rasa.*


Ini bukan ilmu nak mengenal garam tetapi ilmu nak mengenal masinnya rasa garam. Manisnya rasa gula dan pedasnya rasa cabai.


Kalau tak pernah rasa, sampai mati tak akan tahu masinnya garam, manisnya gula dan pedasnya cabai.


Bukan mudah jalan yang telah di tempuh oleh para leluhur kita untuk mencapai kesedaran yang mutlak dan hakiki.


Maka kepada seluruh saudara-saudaraku yang berada di seluruh Nusantara @ Kepulauan Melayu, hargailah pesanan kerohanian @ spiritual mereka yang di pateri sebagai prinsip yang pertama dalam kehidupan berbangsa dan bernegara.


Hayati secara bersungguh-sungguh pesanan kerohanian @ spiritual mereka itu.


Sama-sama kita berusaha untuk belajar dan mengenali apa itu *Ilmu Mengenal Diri dan apa itu Ilmu Rasa.*


Jangan risau, InsyaaAllah saya akan terus menulis mengenai subjek terpenting dalam *Agenda Reset Malaysia* ini sedikit demi sedikit dari masa ke semasa demi kepentingan kita bersama dalam mencapai impian kita untuk mengulangi kehebatan dan keunggulan para leluhur kita suatu hari nanti.


InsyaaAllah kita akan terus bersama-sama berusaha dan berjuang untuk membina satu peradaban baru yang terunggul di dunia.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

1 March 2021.



No comments: