Tuesday, 23 February 2021

Bismillah : Senjata Mukmin

 *Bismillah : Senjata Mukmin.*


Mungkin ramai yang kecewa dan marah semalam kerana dua berita yang tular di media sosial.


Pertama, kecewa kerana pengumuman *Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu* yang di tunda ke tarikh 30 Jun dan 1 Julai 2021.


Kedua, marah dengan kenyataan Menteri Kesihatan yang mengancam akan menangkap sesiapa sahaja yang mempromosikan pandangan yang anti vaksin.


Hmmm... Ingatkan parlimen sahaja yang di gantung. Nampak gaya perlembagaan negara juga akan turut di gantung agar rakyat Malaysia tidak lagi mempunyai hak untuk bersuara.


Semoga kaedah terbaru yang di umumkan oleh Menteri Kesihatan ini akan membantu mengurangkan ancaman Covid 19 dan mengurangkan kesempitan dan penderitaan rakyat. InsyaaAllah.


Saranan saya Kepada anda semua, jangan kecewa dan jangan marah. Kawal emosi kita sebaik mungkin. Teruskan bersikap positif dan optimis.


Cara terbaik untuk kekal positif dan optimis adalah dengan sentiasa berdoa kepada Allah SWT.


Tidak ada yang lebih hampir kepada kita selain dari Allah SWT.


Dan Allah SWT sentiasa mendengar segala doa-doa kita.


Sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar Raja-Raja kita di ampuni segala dosa-dosa mereka, di permudahkan segala urusan mereka, di berikan ketenangan dan kebahagian serta mendapat hidayah dan bimbingan yang berterusan dari Allah SWT.


Begitu juga dengan para pemimpin kita, sahabat handai kita dan ahli keluarga kita.


Semuanya kita doakan. InsyaaAllah dunia, negara, masyarakat, keluarga dan diri kita akan menjadi semakin baik dari hari ke hari.


Mulai hari ini, teruskan berdoa di setiap kesempatan dan kelapangan. Ini kerana *doa adalah senjata orang-orang mukmin yang paling ampuh dan mustajab.*


*Agenda Reset Malaysia* adalah satu gerakan rakyat untuk merubah cara hidup individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.


Ia bermula dengan merubah *mindset, sikap, tindakan dan tabiat kita.* InsyaaAllah dengan tabiat-tabiat baru ini akan memberikan hasil-hasil yang baru kepada kita.


Kita mulakan dengan sentiasa berdoa kepada Allah SWT. Doakan semua yang kita lihat dan kita temui dalam kehidupan kita sehari-hari.


Kita sendiri akan merasai energi positif yang akan mengalir dalam diri kita. InsyaaAllah jiwa kita akan terasa semakin tenang dan nyaman dengan tabiat baru ini.


Jadi sentiasalah berfikir positif, berbicara yang positif dan bertindak dengan cara-cara yang positif. InsyaaAllah seluruh kehidupan kita akan semakin positif.


Hindarkan dari pemikiran negatif dan pesimis. Ianya sangat meletihkan kerana menghakis segala energi positif kita.


Tetap bersemangat untuk berpegang teguh dan memperjuangkan *Agenda Reset Malaysia* demi kepentingan umat Islam dan seluruh umat manusia.


Alhamdulillah, *Agenda Reset Malaysia* semakin hari semakin di terima ramai. Semakin ramai yang menghubungi saya secara peribadi.


Alhamdulillah, saya mendapat ramai kawan-kawan baru dengan menjadi promoter kepada *Agenda Reset Malaysia.* 


Saya doakan semoga silaturrahmi yang sudah terbina ini akan kekal sehingga ke hari akhirat. InsyaaAllah.


Kekalkan momentum untuk terus membaca dan menonton bahan-bahan yang positif setiap hari.


Teruskan memberi inspirasi dan memotivasi kepada diri anda, keluarga dan sahabat handai anda semua. Kita bina linkungan kita yang sentiasa positif dan optimis.


Kita adalah umat yang terbaik dan terhebat di dunia. Mulakan hari-hari kita dengan sentiasa mendoakan semua yang terlibat dalam kehidupan kita. Mulai dengan Raja-Raja kita dan seterusnya.


InsyaaAllah, hari ini dan hari-hari yang mendatang akan menjadi semakin baik dan semakin harmoni.


Berpegang teguh dengan angan-angan, impian dan harapan kita. Haqqul Yaqin bahawa ia akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.


Allah SWT Maha Berkuasa untuk memberikan segala yang kita inginkan dan kita impikan.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan terus di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sentiasa berdoa untuk kesejahteraan kamu semua di dunia mahu pun di akhirat. Insyaaallah.


Allahumma Aamiin.


- Dato Dr Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

24 Februari 2021.



No comments: