Thursday, 18 February 2021

Bismillah : Towards One Party System

 *Bismillah : Towards One Party System.*


Saya tertarik dengan gesaan dari seorang veteran UMNO iaitu Tan Sri Yusuf Latiff.


Beliau mengesa agar YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Penasihat UMNO untuk  menganjurkan perundingan bagi mempelawa Tun M kembali ke pangkuan UMNO.


Bagi saya ini satu gesaan yang baik. Ya, apa salahnya mempelawa Tun M kembali ke pangkuan UMNO. Bukan sahaja Tun M, bahkan tokoh-tokoh lain yang sudah keluar atau di pecat dari UMNO. Tokoh seperti DS Anwar Ibrahim, TSMY, Dato Ibrahim Ali dll.


Jemput mereka kembali ke pangkuan UMNO. Jemput semua orang Melayu untuk menyertai UMNO. Jadikan UMNO sebagai satu-satunya parti untuk orang Melayu dan umat Islam.


Bukankah bagus kalau orang Melayu/Islam ini hanya ada satu parti ?


Kalau China boleh ada satu parti sahaja untuk umatnya yang berjumlah 1.4 billion, kenapa tidak orang Melayu yang hanya berjumlah 16 juta sahaja di seluruh Malaysia mempunyai satu sahaja parti untuk mereka ?


*Yes...* Kenapa tidak ?


Ajaran dari siapa yang mengalakkan orang Melayu/Islam berpecah-belah ?


*Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk berpecah-belah.* 


Silakan berbeza pendapat dan pandangan. Tetapi jangan sesekali menjadikan perbezaan pandangan dan pendapat itu sebagai alasan untuk berpecah-belah.


Apa salahnya kita cari seribu satu alasan untuk bersatu ? Tidak memadaikah Islam itu sebagai asbab untuk orang Melayu bersatu padu ?


Adakah alasan lain lagi yang lebih baik dari Islam untuk menyatukan orang Melayu/Islam ?


Kita sedang berada di dalam era yang paling hebat di mana umat Islam di seluruh dunia hampir 2 billion orang.


Kita ada ramai Ulamak, Asatizah dan Dae'i. Kita ada ramai Hafiz dan Hafizah. Tetapi kenapa kehebatan kita ini di anggap oleh Rasulullah SAW hanya laksana buih-buih di lautan ?


Begitu rapuh sekali kehebatan kita di mata Rasulullah SAW.


Inilah penyakit *Al-Wahnu @ Cinta Dunia Dan Takut Mati.* Inilah wabak yang sedang melanda umat Islam di seluruh dunia.


Dengan populasi yang hampir mencecah 2 billion, kenapa kita masih gagal menjadi umat yang terunggul di dunia ?


Di mana silap kita ? Di mana kesilapan para ulamak dan guru-guru kita dalam membimbing kita untuk menjadi umat yang hebat dan unggul ?


Bukankah Islam agama yang Mulia, agama yang di redhai oleh Allah SWT, agama yang Syumul dll ?


Kenapa keadaan kita begitu lemah hari ini ? 


Seluruh kehidupan kita di kuasai oleh orang-orang yang bencikan kita dan agama kita. Kenapa ?


Bermacam-macam yang telah di lakukan oleh mereka terhadap saudara-saudara kita di seluruh dunia. Ada kalanya kita melihat mereka di perlakukan lebih hina dari binatang.


Apa yang mampu kita buat untuk menolong mereka semua ? Kenapa musuh-musuh kita tidak gerun lagi dengan kita ?


Bagi saya, *enough is enough.* Ini masanya untuk kita bangkit semula. Membina kembali kehebatan dan keunggulan kita sebagai umat Islam.


Sudah sampai masanya bagi *YBM Tengku Razaleigh Hamzah* menonjolkan ketokohan dan kepemimpinan beliau. Beliau satu-satunya tokoh yang di harapkan untuk *mereset kembali bangsa dan negara ini.*


Beliau wajar bangkit untuk menjadi *Tokoh Pemersatu Umat* dalam proses untuk mereset kembali bangsa dan negara ini.


Saya tidak nampak ada tokoh lain yang mampu menyatu padukan orang-orang Melayu/Islam pada waktu ini selain dari *YBM Tengku Razaleigh Hamzah.*


Saya juga tidak nampak ada tokoh lain yang mampu menyelesaikan pelbagai krisis yang sedang melanda bangsa dan negara ini selain dari beliau.


Saya berharap sebagai *Putera Terbaik* bangsa dan negara ini, beliau sudi bangkit menyahut cabaran untuk menyatu- padukan kembali orang Melayu/Islam di negara ini.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang melangkah ke gerbang perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

19 Februari 2021.



No comments: