Sunday, 7 February 2021

Karya TerAgung Al Tamim The Last Mujaddid

 Karya Teragung Guru TerAgung Al Amin *

*Reset Malaysia : Saya Jadi PM Malaysia.*


Saya penat mengikuti pelbagai perbincangan politik, masalah-masalah rakyat dan negara di media-media sosial.


Bagi saya, kita sepatutnya berbincang mengenai solusi bukan masalah.


Saya bukan melawak bila saya menyatakan, *" Give me this country for 100 days.*


Saya cuma minta untuk 100 hari. Bukan 100 bulan. *" I'll show you what I can do. "*


Jadi pagi ini saya ingin kongsikan kepada anda semua angan-angan saya sekiranya saya di lantik untuk menjadi PM Malaysia. 


Saya kongsikan apa yang akan saya lakukan dalam tempoh 100 hari pentadbiran saya.


Ada 10 perkara utama yang ingin saya lakukan dalam tempoh 100 hari tersebut.


1. Saya akan membatalkan segala SOP yang sedang di laksanakan pada masa ini. *Business as usual.*


Saya gantikan dengan kempen *Gaya Hidup Sehat.* 


2. Membatalkan perjanjian pembelian vaksin.


3. Moratorium untuk tempoh 1 tahun berkuat kuasa serta merta.


4. Bantuan kewangan berstruktur kepada golongan menengah dan ke bawah untuk tempoh 3 tahun.


5. Menubuhkan Tabung Kemakmuran Negara @ *Sovereign Wealth Fund.* Bertujuan untuk membiayai *5 Years Strategic Plan.*


- USD 1 Trillion New Capital Injection.

- National Entrepreneurship Development Program.

- Strategic Industries Development Plan.

- World Islamic Digital Hub.

- World Islamic Monetary, Financial and Trade Centre.

- Islamic Food Bank.


6. *Tax Holiday* untuk 3 tahun.


7. Haramkan semua aktiviti-aktiviti perjudian dan tempat-tempat maksiat di seluruh negara.


8. Kempen zikir dan selawat di setiap mesjid dan surau di seluruh negara pada setiap malam.


9. Kempen untuk mengalakkan bersedekah dan berbuat amal kebajikan.


10. Bubarkan semua parti-parti politik.


Bagi saya, 10 perkara yang ingin saya lakukan ini bukanlah sesuatu yang sukar untuk di laksanakan oleh mana-mana individu yang di lantik sebagai PM Malaysia.


Sebagai pemimpin kita perlu berani, tegas dan hala tuju. Untuk apa jadi pemimpin kalau kita tidak tahu apa yang perlu di lakukan dan bagaimana untuk melakukannya.


Saya kira, kita tak perlukan masa yang lama untuk merangka pelan strategik yang seperti ini. Dan saya kira kita tak perlukan pakar-pakar bidang pun untuk menghasilkan pelan strategik yang seperti ini.


Memadai dengan mempunyai azam dan semangat yang kuat untuk menyelamatkan rakyat dan negara ini.


Bagi saya, *di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Mujur lalu melintang patah.*


Kalau tak percaya yang saya mampu melakukan apa yang telah saya nyatakan, cubalah...


Pernah ke ada rakyat negara ini yang berani membuat cabaran terbuka seperti ini ?


Kalau tak pernah, apa salahnya sekali ini kita mencuba. *No harm trying ma...*


Jangan lupa, *only crazy people create history.*


Sebagaimana yang selalu saya sampaikan, *ini suasana yang luar biasa. Kita perlukan solusi yang luar biasa juga bagi menguasai keadaan ini.*


Jangan biarkan suasana pada hari ini menguasai kita. Jangan biarkan ia meragut kehidupan kita.


Kita di lahirkan untuk menguasai keadaan bukan di kuasai oleh keadaan.


Saya berharap nota pendek saya pagi ini sampai kepada *Raja-Raja Melayu.*


Saya tak berniat untuk bersikap biadab dan kurang ajar kepada sesiapa. Saya sekadar ingin menyatakan sikap dan pendirian saya terhadap masalah yang sedang kita hadapi bersama. Itu saja.


InsyaaAllah, cukup 100 hari saya akan meletakkan jawatan saya sebagai PM Malaysia. Berikanlah jawatan tersebut kepada sesiapa yang lebih layak dari saya.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

8 Februari 2021.

No comments: