Friday, 5 February 2021

Reset Malaysia: ASEAN Travel Corridor

 *Reset Malaysia : ASEAN Travel Corridor.*


Semalam, 5 Februari 2021, PM Malaysia membuat lawatan kerja ke Jakarta, Indonesia.


Kedatangan beliau di sambut baik dengan meriah oleh Presiden Indonesia, YTH Bapak Joko Widodo. Sambutan yang layak dari seorang saudara kepada saudaranya.


Jutaan terima kasih buat YTH Bapak Joko Widodo dan negara Indonesia.


Saya mendukung sepenuhnya sebarang inisiatif untuk mempererat hubungan Kuala Lumpur - Jakarta.


Hubungan yang erat antara Kuala Lumpur - Jakarta penting untuk geo politik dan geo ekonomi kedua-dua buah negara.


Antara kerja sama yang di bincangkan adalah termasuk inisiatif untuk mewujudkan *ASEAN Travel Corridor* yang sangat di perlukan pada waktu dunia sedang di selubungi dengan ancaman dari pandemik Covid 19.


Ini penting bagi merancakkan kembali aktiviti-aktiviti perdagangan antara negara-negara ASEAN.


Kuala Lumpur - Jakarta perlu bersama-sama memberi tumpuan kepada gagasan *BIMP - EAGA @ Brunei, Indonesia, Malaysia, Philippine - East ASEAN Growth Area.*


Terutamanya di *Pulau Borneo* sebagaimana yang telah saya sampaikan pada nota yang sebelum ini.


Pulau Borneo berpotensi menjadi pusat *Food Security Dunia* yang moden dan berteknologi tinggi.


*BIMP - EAGA dan laluan perdagangan Selat Melaka - Laut China Selatan* boleh di jadikan alat tawar @ *bargaining power* apabila berdepan dengan kuasa-kuasa besar ekonomi seperti Eropah, Amerika, India dan China.


Ia juga boleh di gunakan sebagai alat tawar yang cukup berkesan dalam sebarang perbincangan di dalam *trade pack* yang terbesar masa kini iaitu *Regional Comprehensive Economic Partnership @ RCEP* yang melibatkan negara-negara Asia Pasifik.


Menyedari betapa pentingnya geo politik dan geo strategi pada pasca Covid 19, saya selalu menyarankan agar Malaysia menjadi sebuah  *Global Islamic Monetary, Financial and Trade Platform.*


Dalam zaman *All Digital,* sebuah platform digital yang dapat menyatukan seluruh kekuatan *monetary, finance and trade* umat Islam di seluruh dunia sangat di perlukan.


Saya sudah sampaikan, dalam zaman digital *the name of the new game is big data.* Sesiapa yang mempunyai *data bank* yang paling besar adalah pemenang dalam perlumbaan dunia baru pasca Covid 19.


Untuk memastikan agar angan-angan, impian dan harapan ini tercapai, soal kepemimpinan negara ini perlu di selesaikan secepat mungkin. Kita tidak punya banyak masa dalam era *all digital* yang serba pantas ini.


Tahap *consciousness and competency* yang tinggi dalam bernegara sangat di perlukan.


*Ideologi dan methodologi* yang lain selain dari Islam hanya akan merencatkan pembangunan dan pertumbuhan negara ini dalam semua bidang.


*Majlis Raja-Raja Melayu* perlu memainkan peranan yang besar dalam isu ini. Inilah masa yang sesuai untuk *Majlis Raja-Raja Melayu* membuktikan kewibawaan dan kebijaksanaannya.


Proses politik untuk membentuk kepemimpinan negara tidak akan memberikan solusi yang di perlukan untuk membina *consciousness and competency* negara ini.


Kefahaman, kesedaran dan kerjasama semua pihak terhadap *Agenda Reset Malaysia* dengan kadar yang segera sangat di perlukan.


*Pandemik Covid 19* adalah alasan terbaik untuk mereset negara ini agar negara ini mampu bersaing untuk menjadi sebuah negara yang dapat menyatukan dan memimpin seluruh dunia Islam pada masa ini dan masa akan datang.


Gunakan peluang ini untuk membina kepentingan yang lebih besar bukan untuk mempertahankan kepentingan sempit yang telah melelahkan bangsa dan negara selama ini.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

6 Februari 2021.


No comments: