Monday, 1 February 2021

Reset Malaysia : Borneo ! I’m Coming

 *Reset Malaysia : Borneo ! I'm Coming...*


Pengumuman Presiden Indonesia,  Bapak Joko Widodo mengenai Pelan Pembangunan Jangka Menengah Nasional 2020 - 2024 pada 26 Ogos 2019 yang mengandungi perancangan untuk memindahkan Ibu Kota Indonesia dari Jakarta di

Pulau Jawa ke Wilayah Administratif di Kalimantan Timur memberikan potensi baru kepada Borneo.


Potensi dan peluang ekonomi dan perdagangan jangka pendek dan jangka panjang terbuka luas secara tiba-tiba.


Kawasan yang telah di kenal pasti terletak di Kabupaten Penajam Paser Utara dan Kabupaten Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur. 


Borneo adalah kawasan yang mengandungi dua negeri Malaysia iaitu Sabah dan Serawak, Negara Brunei dan Kalimantan, Indonesia.


Sempena dengan *Era Kebangkitan Islam Dari Timur,* Borneo di kenal pasti cukup berpotensi untuk menjadi tapak kebangkitan tersebut.


Strategi kebangkitan Islam yang terkandung dalam *Agenda Reset Malaysia* untuk menjadikan Malaysia sebagai *Single Platform @ Pelantar Tunggal* kepada *Digital Hub, Sistem Monetari, Kewangan dan Perdagangan Islam serta Halal Hub dan Food Bank Umat Islam,* Borneo buat masa ini adalah merupakan kawasan yang paling strategik untuk tujuan tersebut.


Sudah pasti ini akan menjadikan perjanjian perdagangan dan pembangunan *BIMP - EAGA @ Brunei, Indonesia, Malaysia, Philippines - East ASEAN Growth Area* yang di lancarkan di Davao City, Philippines pada tahun 1994 sebagai instrumen yang paling strategik untuk di gunakan dalam bagi memacu pelan pembangunan Ekonomi dan kewangan Syariah *Agenda Reset Malaysia.*


Ini sekali gus akan memacu pertumbuhan dan pembangunan di negeri Sabah dan Serawak yang selama agak ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.


Tumpuan dan kerjasama dengan negara-negara yang terlibat dalam *BIMP - EAGA* wajar di pertingkatkan.


Pertumbuhan dan pembangunan di kawasan ini pasti akan menarik perhatian pelabur-pelabur antarabangsa. Ini kerana kedudukannya yang strategik dari segi geo politik dan perdagangan serta potensi sumber daya alam dan sumber daya manusianya yang cukup besar.


Dengan kehadiran teknologi 5G, AI dan Robotik pasti akan memacu pertumbuhan dan pembangunan ekonomi dan perdagangan yang rancak dan pesat di kawasan ini.


Dengan munculnya gagasan *Single Platform @ Pelantar Tunggal Digital untuk Sistem Monetari, Kewangan dan Perdagangan Islam,* ia akan membangkitkan potensi pasaran yang cukup besar. Ini kerana populasi umat Islam itu sendiri yang sudah hampir mencecah 2 billion manusia.


Borneo wajar di gazetkan sebagai *Special Economic Zone* untuk memenuhi keperluan monetari, kewangan dan perdagangan umat Islam dengan berteraskan kepada Syariah Islam.


Mungkin pada peringkat permulaannya memadai dengan mewujudkan sebuah kawasan *Special Economic Zone* di Sabah atau Serawak. Dan di pertingkatkan keluasannya dari masa ke semasa.


Dengan wujudnya *Special Economic Zone* ini, ia akan berpotensi untuk mulai membuka pasaran yang cukup besar iaitu pasaran umat Islam di seluruh dunia.


Dan  ini juga secara tidak langsung akan memungkinkan wujudnya pelbagai industri yang strategik di kawasan tersebut.


Mudah-mudahan nota pagi ini memberi khabar gembira kepada para penduduk di Sabah dan Serawak dan akan di sambut oleh semua pihak. 


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

2 Februari 2021.



No comments: