Wednesday, 3 February 2021

Reset Malaysia: HIPNOSIS

 *Reset Malaysia : HIPNOSIS.*


Negara betul-betul berada di tahap yang paling membimbangkan. *Korupsi, Kronisme, Nepotisme @ KKN* sedang berada di kemuncak yang paling memualkan.


Setiap hari ada sahaja pendedahan yang viral di media-media sosial.


Dan yang terbaru, negara di hangatkan dengan pendedahan yang muncul melalui sebuah buku.


Ini buku benar-benar bikin *havoc* satu negara !


Buku tersebut adalah tulisan dari *Tan Sri Tommy Thomas* Mantan Peguam Negara yang berjudul *My Story : Justice in the Wilderness.* 


Buku ini telah mengegarkan satu Malaysia dengan pelbagai pendedahannya yang terkandung di dalamnya.


https://www.malaymail.com/news/malaysia/2021/02/03/judicial-and-legal-service-officers-in-uproar-over-ex-ag-tommy-thomas-claim/1946523#.YBqflec6ibc.whatsapp.


Dalam tempoh 3 tahun pentadbiran PH dan PN pasca PRU 14, negara ini sudah menjadi macam *pekan cowboy.*


Itu belum lagi kita toleh ke belakang sepanjang 62 tahun negara ini di tadbir oleh BN. Kita tak tau ada berapa banyak kes atau skandal yang telah berlaku.


*RM 1.18 Trillion Was Illegally Siphoned Out of Malaysia : Malaysian Politician Among 1500 Who Own Offshore Companies – The List Include Mirzan Mahathir , Musa Aman Proxy , Raja Nong Chik , Royal Families & Criminal Kingpins* https://thecoverage.my/rm-1-18-trillion-illegally-siphoned-malaysia-malaysian-politician-among-1500-offshore-companies-list-include-mirzan-mahathir-musa-aman-proxy-raja-nong-chik-royal-famil/


*Apa nak jadi dengan negara ini ???*


Takkan kita nak biarkan sahaja penyangak-penyangak ini semua terlepas begitu sahaja ?


Bagi saya, kita perlu buat satu perubahan yang besar secara drastik dan radikal untuk menyelamatkan negara ini.


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-perlukan-satu-system-reset-280784


Negara ini akan bertambah hancur dan huru-hara sekiranya kita biarkan sahaja tanpa melakukan sebarang perubahan yang besar.


http://permadumalaysia.blogspot.com/2020/09/malaysia-dilanda-politik-kelas-kambing


Oleh itu, marilah kita sama-sama memohon kepada *Majlis Raja-Raja Melayu* agar memberikan perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya untuk memecat TSMY dan melantik *YBM Tengku Razaleigh Hamzah* sebagai PM Malaysia. Ini bagi memberi laluan kepada perlaksanaan *Agenda Reset Malaysia.*


Setelah itu, sebuah *Suruhanjaya Siasatan Di Raja* perlu di tubuhkan bagi menyiasat segala penyelewengan yang telah berlaku semenjak zaman Tun M lagi.


Tun M dan kesemua mereka yang di syaki telah melakukan rasuah, salah guna kuasa dan pecah amanah perlu di tangkap, di siasat dan di dakwa di muka pengadilan.


Kaedah *HIPNOSIS* perlu di perkenalkan dan di gunakan ke atas mereka untuk membongkar segala salah laku dan penyelewengan yang telah mereka lakukan.


Kaedah penyiasatan yang di amalkan sekarang tidak akan berkesan untuk di gunakan ke atas mereka yang berstatus *VVIP* ini.


Tidak ada cara lain yang boleh di gunakan ke atas mereka selain dari kaedah *HIPNOSIS* yang cukup berkesan untuk mendapatkan kebenaran dari mereka.


Kunci kepada segala masalah yang telah berlaku selama ini adalah Tun M. Beliau perlu di siasat dengan kadar segera sementara beliau masih hidup lagi.


Melewat-lewatkan tindakan ini adalah satu pengkhianatan dan satu bentuk kezaliman terhadap rakyat dan negara ini.


Rakyat perlu tahu apa yang sebenarnya sudah berlaku di negara ini. Mereka perlu di beri tahu bagaimana kekayaan negara ini telah di rompak dan di sembunyikan.


Hari ini rakyat menderita dan sengsara akibat dari kerakusan dan sifat tamak haloba para elit politik dan kroni-kroni mereka.


Mereka perlu bertanggung-jawab terhadap apa yang telah dan sedang berlaku di negara ini.


Sudah sampai masanya tindakan yang drastik dan strategik perlu di ambil demi kepentingan rakyat dan negara.


Saya ingatkan sekali lagi, *jangan sampai nasi menjadi bubur.* Kebencian dan kemarahan rakyat sudah semakin meningkat.


PKP 2.0 hanya membuktikan bahawa TSMY dan pasukannya terus gagal untuk mentadbir negara ini.


Kebencian dan kemarahan rakyat kepada TSMY dan kerajaan PN kini sudah beralih kepada YDPA. Ini kerana YDPA di lihat sentiasa mempertahankan TSMY dan kerajaan PN sejak dari awal lagi.


Ini sesuatu yang perlu di pandang *serious* dan di tangani secara bijaksana.


Kini pilihan ada di tangan *Majlis Raja-Raja Melayu.* Sama ada ingin terus membiarkan negara ini hancur atau berbuat sesuatu untuk menyelamatkannya.


Secara peribadi, saya sudah sampaikan apa yang sepatutnya saya sampaikan demi kepentingan rakyat dan negara ini.


Ambil peluang dan kesempatan dalam masa *global resetting* ini untuk kita mereset negara kita. Peluang seperti ini hanya datang setiap 100 tahun sekali.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

4 Februari 2021.



No comments: