Thursday, 4 February 2021

Reset Malaysia : Pilihan Rakyat vc Pilihan Istana

 *Reset Malaysia : Pilihan Rakyat vs Pilihan Istana.*


Selama 22 bulan pasca PRU 14, negara ini telah di tadbir oleh kerajaan PH, sebuah kerajaan pilihan rakyat.


Kemudian mulai dari 1hb March 2020 dan sehingga ke hari ini,  kerajaan PN yang di pilih oleh Istana telah mengantikan kerajaan PH untuk mentadbir negara.


Bagaimana prestasi kedua-dua kerajaan ini ?


Majoriti rakyat negara ini akan menyatakan bahawa kerajaan PH adalah lebih teruk dari kerajaan BN. Dan kerajaan PN pula adalah lebih teruk dari kerajaan PH.


Kesimpulannya, baik pilihan rakyat mahu pun pilihan Istana, kedua-duanya adalah pilihan yang teruk buat rakyat dan negara ini.


Walau pun kerajaan PH pilihan rakyat terbukti mempunyai sokongan majoriti di parlimen dan kerajaan PN pula di anggap mempunyai sokongan majoriti di parlimen, kedua-duanya terbukti gagal untuk mentadbir negara ini dengan baik.


Buktinya, rakyat semakin hari semakin menderita dan semakin sengsara.


Maka benarlah *Sabda Rasulullah SAW,*


*" Jika urusan di serahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu. "*


( HR Al Bukhari )


Maka pelajarannya di sini adalah, bukan mudah untuk memilih seorang pemimpin yang mempunyai keahlian untuk memimpin negara ini. Terutamanya dalam keadaan yang luar biasa seperti ini.


Tidak bermakna apabila seseorang tokoh itu mempunyai sokongan majoriti di parlimen maka dia akan berupaya untuk mentadbir dan memimpin negara ini.


Lalu tokoh yang macam mana yang harus di lantik untuk menerajui negara ini ?


*Pilihlah tokoh yang mempunyai hala tuju yang jelas untuk negara ini. Punya visi dan misi serta strategi yang luar biasa untuk menghadapi suasana yang luar biasa seperti hari ini.*


Inilah ciri-ciri tokoh yang punya keahlian untuk memimpin negara ini. Dia tahu apa yang harus di lakukan pada masa ini.


*Pemimpin yang baik adalah seorang yang jujur dan bijaksana dalam menyampaikan amanahnya kepada rakyat dan negara.*


Tanpa kejujuran dan kebijaksanaan, dia tidak akan mampu untuk menegakkan keadilan. Dan tanpa keadilan, tidak akan wujud kesejahteraan buat rakyat di negara ini.


Kepada *Majlis Raja-Raja Melayu* pilihlah seorang tokoh yang jujur, bijaksana dan punya keahlian untuk menerajui kepemimpinan negara ini. Bukan memilih mereka yang kononnya mempunyai sokongan majoriti di parlimen.


Saranan saya, pilihlah tokoh yang mempunyai komitmen untuk melaksanakan *Agenda Reset Malaysia.* Inilah agenda yang di perlukan oleh rakyat dan negara ini untuk bangkit menjadi sebuah negara bangsa yang terunggul di dunia.


Buatlah keputusan dengan kadar segera. Kasihani rakyat yang semakin menderita dan sengsara.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

5 Februari 2021.



No comments: