Tuesday, 2 February 2021

Reset Malaysia : PKP 2.0 Di Lanjutkan

 *Reset Malaysia : PKP 2.0 Di Lanjutkan.*


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana PKP 2.0 di lanjutkan lagi. Ini akan memberikan kita masa lagi untuk terus bermuhasabah diri.


Jadi terimalah semua itu dengan hati yang terbuka. Buat apa nak marah-marah. Itu hanya akan mengundang energi yang negatif dalam diri kita.


Teruskan bersikap positif dan optimis. Teruskan berfikir dengan betul dan bertindak dengan betul. Kita ambil sisi yang baik demi sebuah masa depan yang lebih bermakna buat kita semua.


Apa yang penting di sini, kita terus berpegang teguh dengan *Agenda Reset Malaysia* kita. Agenda yang akan membawa negara kita menjadi sebuah negara yang terunggul di dunia. Sebuah negara *Baldatun Toyyibatun Wa Robbun Ghoffur.*


Inilah masa yang paling sesuai untuk kita menganalisa segala yang berlaku di hadapan mata dan di sekeliling kita.


- Ada perbezaan antara kebenaran dan pembenaran. 

- Ada perbezaan memperjuangkan kebenaran dan memperjuangkan pembenaran.

- Ada perbezaan antara kepemimpinan yang baik dan kepemimpinan yang buruk.

- Ada perbezaan antara kepemimpinan yang mempunyai wawasan dan hala tuju dengan kepemimpinan yang tidak mempunyai wawasan dan tidak mempunyai hala tuju.

- Ada perbezaan antara kepemimpinan yang kompeten dan kepemimpinan yang tidak kompeten.

- Ada perbezaan antara kepemimpinan yang berjuang untuk agenda negara dan kepemimpinan yang berjuang untuk agenda peribadi.


Buat *homework* anda ! 


Analisa dan buat penilaian terhadap semua perkara itu dan bina mindset, sikap, tindakan dan tabiat baru demi masa depan yang lebih baik.


Sudah terbukti kita tidak boleh berharap kepada sesama manusia untuk membela kita. Sebab itu saya sarankan kita kembali kepada Allah SWT. Dialah Raja segala Raja. Hanya Dia yang sentiasa bersedia untuk mendengar segala keluhan dan rintihan kita.


Namun kita bukan anak-anak kecil yang mahu terus mengeluh dan merintih. Kita tidak perlu menangis dan meratapi nasib yang menimpa diri kita.


*We are all fighters in our own ways. Be strong and keep on fighting until we get what we want.*


Gunakan segala masa yang ada sewaktu PKP 2.0 ini untuk membuat perancangan bagi diri kita, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.


Ulang kaji nota-nota pendek saya. Fahami betul-betul, *the greatest wisdom of all time. The greatest secret of all time. And the greatest book of all time* yang telah saya sampaikan.


Ini zaman *the great reset of all time.* Jadi bina *a new mind* untuk menghadapi cabaran-cabaran baru dan hebat di hadapan kita.


*Resetting is process of total disruption and very confusing. But don't worry ! It's just a process of creating a new norm.*


Sebab itu kena ada *a new mind.* Supaya kita ada mindset baru, sikap baru, tindakan baru dan tabiat baru. Tabiat baru ini yang akan memberikan anda hasil yang baru.


*So enjoy the process and be happy.*


*Don't worry about who we are, what we are and where we are now. We can do nothing about our current reality. But we can do something about our future. So focus on our future !*


 Tanya diri anda, *what you want and where you want to go from here ?*


*You must have a clear vision and a clear direction of what you want and where you want to be. Just believe that nothing can stop you from getting what you want and where you want to be.*


Tidak ada apa yang perlu anda risaukan. Anda bukan keseorangan. Nota-nota saya sedang membimbing anda dalam menempuhi perjalanan hidup anda. Kita sedang berjalan bersama-sama sebagai sebuah negara bangsa. Anda hanya perlu yakin dan istiqomah dengan angan-angan, impian dan harapan kita bersama. Terus berpegang teguh dengan *Agenda Reset Malaysia* kita.


Sekali lagi, gunakan masa yang ada ini untuk memperbaiki diri kita. Reset diri kita. Program kehidupan kita dan masa depan kita. Haqqul Yaqin bahawa Allah SWT sentiasa bersedia untuk memperkenankan setiap permintaan kita.


*Be like water my brother. Just keep flowing to the ocean of hope and opportunity.*


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

3 Februari 2021.



No comments: