Saturday, 6 February 2021

Reset Malaysia: Satu Gerakan Rakyat Untuk Rakyat

 *Reset Malaysia : Satu Gerakan Rakyat Untuk Rakyat.*


Ada beberapa persoalan menarik yang ingin saya kongsikan kepada anda semua pada pagi ini.


1. Apakah *Agenda Reset Malaysia* mesti di laksanakan menurut apa yang telah saya sampaikan dalam nota-nota pendek saya ?


2. Apakah hanya *YBM Tengku Razaleigh Hamzah* sahaja yang layak untuk menerajui agenda tersebut ?


3. Bagaimana kalau beliau tidak di lantik untuk menjadi PM Malaysia, apakah itu bermakna *Agenda Reset Malaysia* sudah gagal ?


Untuk makluman semua, *Agenda Reset Malaysia* yang terus saya promosikan hanyalah angan-angan saya di waktu pagi yang berterusan hingga ke hari ini. Angan-angan yang saya kongsikan kepada para pembaca yang setia mengikuti nota-nota pendek saya.


Yang saya kongsikan adalah *Agenda Reset Malaysia* menurut kaca mata saya atau selera saya. Al maklum sekadar angan-angan saya sahaja. 


Tidak ada masalah kalau ada yang berbeza pendapat atau pandangan dalam mengisi *Agenda Reset Malaysia.*


Apa yang penting di sini, bangsa dan negara ini perlu di reset. Perlu di kembalikan kepada landasannya yang sebenar menurut prinsip-prinsip Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.


Dalam soal siapa tokoh yang harus memimpin *Agenda Reset Malaysia* juga tidak penting. Bagi saya, sesiapa sahaja boleh memimpin agenda tersebut. Tidak semestinya *YBM Tengku Razaleigh Hamzah.*


Saya mencadangkan nama beliau atas sebab-sebab tertentu yang telah saya nyatakan.


Kalau TSMY sendiri mahu mengimplementasikan agenda tersebut juga di persilakan.


Bukankah Darurat dan Kerajaan Interim juga termasuk dalam angan-angan saya yang kini sudah menjadi kenyataan ?


Agenda ini perlu di laksanakan demi kepentingan seluruh umat manusia dan umat Islam khususnya. Soal siapa tokoh yang akan menerajui perlaksanaannya tidak penting.


Ini agenda yang bertaraf global. Tokoh yang di perlukan untuk menerajui nya perlu memiliki tahap *consciousness and competency* yang tinggi. Beliau juga perlu mewarisi sifat-sifat *amanah, sidiq, fathonah dan tabligh* sebagaimana yang di miliki oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Rasulullah SAW.


Saya tidak ada apa-apa kepentingan. Saya hanya sekadar berusaha untuk membimbing minda,  emosi dan spiritual bangsa ini agar  bangkit dari lenanya yang panjang. 


Saya sedang berusaha untuk meningkatkan *energy level* bangsa ini dengan angan-angan dan impian besar untuk menjadi sebuah negara bangsa yang terunggul di dunia.


Seperti anak-anak yang susah untuk bangun pagi. Mereka malas untuk bangun pagi kerana tidak ada apa-apa yang menarik dengan rutin mereka pada setiap hari.


Namun, mereka pasti akan bangun pagi sekiranya mereka ada sesuatu yang menarik untuk di lakukan. Seperti pergi bercuti, berkelah di pantai, atau makan angin ke luar negara. Sesuatu yang boleh membuatkan mereka *excited.* Dan *excitement* untuk yang membuatkan mereka berupaya untuk bangun di awal pagi. Ini kerana *energy level* mereka sudah meningkat.


*Excitement and enthusiasm* dari angan-angan tersebut yang akan meningkatkan *energy level* bangsa ini untuk bangkit menyahut segala cabaran yang ada di hadapan.


*Agenda Reset Malaysia* yang saya promosikan adalah untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia agar anda semua mampu *survive, being independent and prosperous* dalam zaman *all digital* yang serba canggih dan serba pantas.


Maka semua orang harus berusaha untuk mereset diri mereka dalam era *global resetting* ini demi kepentingan mereka sendiri. Jika tidak Maka mereka akan ketinggalan zaman.


Jadi tidak timbul sekiranya *YBM Tengku Razaleigh Hamzah* tidak di lantik menjadi PM maka *Agenda Reset Malaysia* akan gagal.


Ini kerana agenda reset adalah agenda peribadi setiap rakyat Malaysia. Bukan sekadar agenda saya atau agenda *YBM Tengku Razaleigh Hamzah* sahaja.


*Ini agenda rakyat untuk rakyat.*


Saya berharap agar pencerahan saya pagi ini dapat merungkaikan beberapa kekeliruan mengenai *Agenda Reset Malaysia.*


Agenda ini bukan agenda saya. Saya tidak memiliki sebarang *hak cipta yang terpelihara* untuk agenda ini. Agenda ini sekadar angan-angan dan impian yang saya kongsikan dengan anda semua.


Saya *haqqul yaqin* dengan,


*1. The greatest wisdom of all time. LA ILAHA ILA ALLAH.*

*2. The greatest book of all time. AL QURAN.*

*3. The greatest secret of all time. THOUGHTS become THINGS.*


Ini kunci kepada *Agenda Reset Malaysia* versi saya.


Jadikan *Agenda Reset Malaysia* sebagai *The Malaysian Dream.* Sama-sama kita bermimpi dan sama-sama kita merealisasikan impian kita.


Teruskan mengikuti nota-nota pendek saya. *Anda akan di rayu, di pujuk, di goda, di inspirasi dan di motivasi untuk mereset diri anda, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.*


Dari sahabatmu yang sedang berusaha untuk merenung nasib bangsa dan negaranya.


- Ramalan Yunus @ Demi Melayu.

7 Februari 2021.


No comments: